Thursday, June 22, 2017

AGENDA MEREKA HANYALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN



Apalah sangat nak dihairankan dengan segala kenyataan dari barat berkenaan negara kita. Mana pernah mereka melihat negara ini dengan rasa gembira, melainkan rasa tercabar dan dengki. Adalah lucu bila orang kita terutama pembangkang beria-ria sangat menjunjung keadilan barat.

Dahulu, sebahagian daripada  mereka beria-ria sangat mengutuk Amerika Zalim, Amerika Pembohong, mana senjata WMD dan macam-macam lagi kutukan mereka terhadap Amerika dan media barat. Namun hari ini mereka sanggup mengadaikan maruah diri, maruah agama dan negara demi kuasa yang menjadi idaman mereka.

Siapa yang tidak tahu dan kenal betapa hipokritnya keadilan cara Amerika. Satu persatu negara Islam tumbang kerana kerakusan Amerika mahu memerintah dunia. Mereka menguasai media besar didunia. Dunia dicorakkan dengan mengunakan kuasa media dan tentera yang mereka ada.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa," rakyat terutama umat Islam sudah jelas apa jenis Keadilan ala Amerika, Demokrasi ala Amerika, dan Diplomasi ala Amerika. Rakyat Palestin, Libya, Syria, Mesir,   Yaman dan beberapa negara lain telah  merasainya".

Macam-macam alasan yang mereka akan gunakan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain. Kebiasaannya mereka akan menggunakan pembangkang, penentang atau pun pemberontak  dalam negara.

Sebab itulah munculnya kumpulan demontrasi seperti BERSIH, BLACKOUT dan sebagainya diciptakan bagi mewujudkan ketidakanstabilan negara. Ini merupakan salah satu cara mereka hendak menjatuhkan kerajaan secara  pintu belakang.

Jika anda masih ingat, ketika demontrasi BERSIH yang lalu, ada beberapa rakyat asing terlibat secara langsung memberi pidato yang mengutuk kerajaan Malaysia. Begitu berani sekali mereka menonjolkan diri mereka sebagai penentang kerajaan.

Persoalannya, siapa yang memberi akses jalan masuk kepada mereka ? Sudah tentulah pengkhianat yang mahukan kerajaan ini tumbang. Pengkhianat dan petualang bangsa yang mudah dicucuk hidungnya, sanggup mengadaikan maruah diri dan tanahair kepada musuh negara.

Sebagai negara Islam yang berkembang pesat dan maju dan kebangkitan gergasi ekonomi dunia negara China membuka nafsu Amerika dan sekutu rapatnya Israel untuk menguasai kawasan Blok timur Asia Tenggara. Hubungan baik Malaysia dan China menjadi duri dalam daging Amerika yang begitu mengidamkan laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, pada mereka cukuplah sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi....apa yang mereka mahu adalah ketidakstabilan dalam negara. Justeru itu tidak penting bagi mereka untuk mencari kebenaran, segala bukti atau mengikut lunas "the rule of law" kerana matlamat mereka hanyalah mahukan kerajaan sedia ada ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan boneka mereka.

Serangan terbaru pembangkang yang menggunakan kenyataan Department of Justice (DoJ) sebenarnya tidak mampu mengugat kerajaan. Saman sivil yang dikeluarkan oleh DoJ tidak merujuk kepada mana-mana individu secara jelas. Ia hanyalah satu ilusi permaianan persepsi bagi mengabui dan menimbulkan syak wasangka buruk rakyat kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri.

Oleh itu, Pesan Tan Sri Annuar Musa kepada Ahli UMNO, sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti dan kerajaan, kita haruslah mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.

Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.
Watawa saubil haq, watawa saubil sabr.










Wednesday, June 21, 2017

TIPU MUSLIHAT DAP LETAK CALON MELAYU



Pengundi Melayu perlu berhati-hati dengan taktik DAP yang dijangka meletakkan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang bagi menarik sokongan mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru pengundi Melayu dan Islam perlu memilih calon berdasarkan parti dan bukannya individu kerana parti yang akan menentukan perjuangan memartabatkan Islam.


“Saya percaya mereka (DAP) akan letak ramai calon Melayu di kawasan majoriti Melayu bagi mengelirukan masyarakat untuk menyokong mereka.

“Dia (calon DAP) mungkin orang Islam, mungkin berjubah dan sebagainya, tetapi apabila mewakili parti DAP atau pembangkang, perjuangannya tidak seperti UMNO yang memperjuangkan Islam selaku parti dominan dalam Barisan Nasio­nal (BN),” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Tadarus al-Quran peringkat Parlimen Bera yang disertai 700 orang di Masjid Darul Fikri, di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, taktik DAP meletakkan calon-calon Melayu dilihat memberikan ke­lebihan kepada calon mereka untuk mendekati dan berkempen secara terus de­ngan masyarakat Islam.


“Dari segi kempen, tentulah calon DAP boleh masuk ke dalam masjid untuk berkempen dan bercakap soal agama yang mana orang Melayu akan menerima dia sebagai pe­mimpin, bukan berdasarkan parti tetapi dia orang Melayu dan Islam. 


 “Jadi janji-janji dia untuk memperjuangkan Islam lebih dipercayai berbanding dengan calon DAP daripada masyarakat lain yang bercakap soal hendak memperjuangkan Islam,” kata­nya.
Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan kepada jumlah kerusi, DAP akan terus menguasai Pakatan Harapan dan menjadi dominan.


Katanya, perpecahan Melayu yang mempunyai tiga parti dalam pakatan pembangkang akan dapat memastikan DAP terus dominan dan menentukan sebarang keputusan yang dibuat.
“Lebih-lebih lagi DAP akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu se­perti di Raub dan Mentakab yang akhirnya DAP akan me­nguasai kerusi yang banyak dan berkuasa memilih Perdana Menteri,” ujarnya


Monday, June 19, 2017

PEMBANGKANG GAGAL LAGI, KENYATAAN DoJ TIDAK ADA ASAS




Untuk kesekian kalinya 1MDB menjadi sasaran fitnah pembangkang Pakatan ProDAP setelah Department Of Justice (DoJ) membangkitkan semula isu 1MDB. Apa masalah sebenarnya dengan pembangkang ini ?

Tahukah mereka bahawa tindakan DoJ hanyalah berdasarkan aduan yang mereka terima. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.

Tidak ada pun bahan dalam tuduhan tersebut, tindakan sivil berdasarkan aduan dan tidak berdasarkan keputusan mahkamah. Sebab itu tiada apa-apa tindakan mahkamah lagi.  Entah kenapa pula pembangkang jadi kelam kabut cempera.

Apa yang dipetik dalam kenyataan DoJ, ia hanya menyebut perkara-perkara yang berlaku dalam Malaysia. Kebanyakkannya tidak langsung mempunyai kaitan dengan subjek sama ada adakah berlaku jenayah di Amerika seperti yang didakwa. Doj hanya memetic aduan yang mereka terima, persoalannya siapa yang membawa aduan itu kepada DoJ ?

Masalahnya DoJ tidak mempunyai bukti-bukti kukuh berkenaan kegiatan pengubalan wang haram, jika tidak sudh tentulah DoJ boleh terus mendakwa pesalah terbabit dimahkamah US dan merampas harta atau aset berdasarkan akta Pengubalan Wang Haram.

Apabila tiada pilihan DoJ mengunakan mengunakan keadah saman sivil bagi merampas aset-aset yang disyaki hasil dari jenayah tersebut. Saman sivil ini tidak memerlukan bukti-bukti, cukuplah sekadar dengan aduan awam. Maka si pembawa aduan ini perlulah membawa bukti-bukti tersebut kepada DoJ !

Semua ini hanyalah satu permainan pembangkang yang ingin mengaburi mata rakyat dan cuba merosakan imej Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak.

Menurut Peguam Negara,  Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Sehingga kini tiada mana-mana siasatan mengaitkan kes sivil dengan Perdana Menteri. DoJ hanyalah membuat ulangan tuduhan lama yang cuba mengaitkan nama Perdana Menteri.

Agak pelik juga apabila DoJ tidak meminta bantuan kerajaan Malaysia dalam usaha mereka menfailkan semula saman sivil yang berkait dengan 1MDB. Ia amat terpesong dan meragukan kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Aziz mensyaki ada sesuatu yang tidak kena kali ini dan bagi beliau ia merupakan suatu cubaan atau konspirasi pihak tertentu menggunakan kuasa asing melalui DoJ walaupun dengan melakukan pertuduhan tanpa mengikut lunas keadilan se­­benar semata-mata untuk menja­tuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB ini isu dalaman Negara, DoJ tidak boleh bertindak sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa Malaysia. Nampaknya DoJ sendiri tidak mengikut lunas undang-undang seperti yang mereka cuba pertahankan.

Nampak jelas ada agenda pihak-pihak tertentu yang telah cuba menjatuhkan Perdana Menteri tetapi masih lagi gagal hingga hari ini. Walaupun telah berkali-kali dibuktikan Perdana Menteri tiada kaitan dengan fitnah ini, mereka tidak pernah putus asa berusaha untuk menjatuhnya.

Sebenarnya kegilaan pembangkang menyerang 1MDB hanyalah kerana ianya tidak menguntungkan golongan kapitalis haram. Mereka tidak suka kerajaan yang sedia ada membantu rakyat miskin. Selama ini mereka bebas mendapat projek kerajaan dengan memberi suapan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Setelah kerajaan bertindak tegas terhadap penerima rasuah, mereka tidak lagi bebas menyapu projek-projek kerajaan secara batil.


Saturday, June 17, 2017

CUBAAN MENGABUI MATA ORANG MELAYU, DAP ANTI ISLAM




Setelah puas menentang Islam dan undang-undang Islam, tiba sahaja bulan Ramadan pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP menjadi begitu mulia. Sehinggakan sanggup bersama-sama umat Islam berbuka puasa. "Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa".

Nampak sangat lakonan mereka ini cuba meraih sokongan masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Sebenarnya tak pelik pun dengan puak-puak Cauvinis DAP ini bermain wayang. Betapa sopan dan lembutnya mereka mengedarkan buah kurma di bazar-bazar Ramadan demi meraih sokongan orang Melayu kepada parti mereka.

Apakah mereka rasa orang Melayu akan menerima mereka dengan helah ini ? Jangan haraplah !

Namun ada juga orang Melayu yang menerima mereka sehinggakan membenarkan mereka berucap di dewan solat. Perkara ini cukup memalukan kerana ianya telah pun dilarang berkali-kali oleh sultan.

Yang peliknya ada juga melayu yang sanggup makan sedulang dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Sampai begitu sekalilah DAP cuba meraih sokongan orang Melayu terhadap parti mereka.

Segala lakonan dua beranak ini sudah lama rakyat tahu. Mereka hanya bermuka-muka sahaja didepan orang Melayu. Padahal mereka lah orang yang paling anti dengan Melayu dan agama Islam.

Jelas sekali betapa hipokritnya pemimpin DAP, parti anak beranak ini. Sebelum ini Lim Kit Siang pernah  menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kesan kepada kehidupan orang bukan Islam.


Ini membuktikan betapa pemimpin DAP ini jenis manusia bermuka-muka apabila berhadapan dengan orang Melayu Islam. Bukan itu sahaja Lim kit Siang juga melakukan penipuan sangat besar. Ini kerana pindaan Akta 355 ini adalah hanya untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam sahaja. 

Friday, June 16, 2017

TOLAK PPBM - DAP MAHU MELAYU BONEKA SEBAGAI PEMIMPIN



Dalam memberi saingan kepada Barisan Nasional adalah penting Pakatan Harapan mempunyai seorang Ketua yang berkuasa memberi arahan.

Perkara ini amat difahami oleh Tun Dr Mahathir dan Itulah salah satu caranya bagi memberi tekanan kepada Barisan Nasional.

Namun syak wasangka DAP terhadap Tun Dr Mahathir masih belum lagi hilang, mereka masih lagi sangsi dengan sikap Tun Dr Mahathir yang bila-bila masa sahaja boleh menjadi senjata berbahaya.

Jelas sekali Pakatan Harapan terbina dengan binaan yang cukup rapuh. Masing-masing mempnyai agenda sendiri. Keputusan untuk melantik seorang bakal Perdana Menteri dikalangan mereka pun bercelaru. Itu sahaja cukup untuk membuktikan mereka takkan berjaya pada PRU ke 14 ini.

Sebenarnya DAP tidak mahu wujud UMNO baru dalam Pakatan Harapan. Itu saja sebabnya. Kebencian mereka terhadap Tun Dr Mahathir tidak pernah padam. Sikap Diktatornya semasa memimpin negara masih lagi menjadi igauan DAP.

Sepertimana yang kita kenal, Tun Dr Mahathir jenis yang tidak akan tunduk kepada sesiapa pun. Adalah silap jika DAP , PKR dan PAN rasa mereka boleh memperain-mainkan orang tua ini. Mereka belum kena kuntau orang tua ni seperti mana mantan-mantannya terdahulu.

KAMI TIDAK AKAN BENARKAN MAHATHIR BERKUASA DALAM PAKATAN




Nasib ketiga-tiga parti Melayu dalam Pakatan Harapan untuk mengu­asai gabungan itu tidak akan tercapai kerana DAP tidak akan mengizinkan cita-cita mereka itu kesampaian.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sikap DAP sejak dahulu sudah diketahui mahu memonopoli pakatan itu atas prinsip mereka mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen walaupun mereka menafikan perkara itu.

Beliau menjelaskan, berdasarkan pengalaman Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu, bukan mudah untuk menyelesaikan isu-isu yang bertelagah apatah lagi untuk mencapai satu keputusan sepakat.


“Pas menjangkakan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Harapan akan berpanjangan sebab bukan sahaja isu siapa nak jadi Perdana Menteri atau siapa yang akan menerajui pakatan, tetapi lebih besar daripada itu iaitu apabila tiba soal pengagihan kerusi dan pematuhan kepada keputusan nanti.

“Perkara-perkara itu akan timbul polemik kerana pengalaman Pas berada dalam Pakatan Rakyat dahulu bukan mudah nak selesaikan isu-isu sebegini. DAP ternyata dari dahulu mahu berkuasa walaupun cuba menutup niat sebenar mereka itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, DAP menegaskan menolak ke­ghairahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakat­an Harapan.


Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden dilihat sebagai tidak wajar tambahan pula parti itu baharu sahaja meng­anggotai Pakatan Harapan.


Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, rakyat boleh melihat sikap DAP yang cuba mengelirukan orang Melayu dengan meletak­kan calon Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun pada hakikatnya calon itu sebenarnya mewakili DAP.
Kata beliau, nasib parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan masih kabur dan hanya bergantung kepada satu keputusan selepas PRU dan sejauh mana mereka boleh meyakinkan DAP untuk berkuasa.


“Namun, kalau mereka tidak kuat, DAP tentunya akan mengu­asai. Rakyat boleh menilai tentang situasi yang berlaku sekarang bagaimana nasib PKR, PPBM dan PAN dalam Pakatan Harapan,” katanya.


Sebelum ini PPBM yang hanya berusia tidak sampai setahun telah menamakan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.


PPBM turut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presi­den Pakatan Harapan) selain Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing sebagai Naib Presiden.


PPBM MAHU MENGUASAI PAKATAN HARAPAN



Seperti yang dijangkakan, hubungan DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan satu hubungan yang berlandaskan setiakawan. Mereka hanya saling perguna dan mempergunakan. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa.

Seperti biasa DAP tentulah tak mahu mengalah dan tunduk dengan aura kuasa Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa.

Justeru itu hari ini DAP dengan tegas menolak ketuanan PPBM dalam usaha memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Keghairahan PPBM yang mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden bagi Pakatan Harapan amat mengusarkan DAP. Oleh sebab itulah Lim Guan Eng dengan berangnya menentang penguasaan PPBM dalam Pakatan Harapan.

DAP sedar jika Tun Dr Mahathir diberi kuasa, telunjuk mereka akan menjadi tumpul. DAP tidak mahu bayang-bayang UMNO wujud dalam Pakatan Harapan. Mereka mahu terus berkuasa, itu sahaja.

Jika yang meminta jawatan Pengerusi itu adalah dari parti PKR atau PAN, DAP mungkin tak ada masalah. Sebab itulah Lim Guan Eng dengan mudah menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan menolak calon dari parti PPBM.

Justeru itu Guan Eng menegaskan, DAP dan parti-parti lain dalam pakatan  masih setia menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.
“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.

Keangkuhan dan Ego DAP bakal membawa masalah kepada Pakatan Harapan. Tun Mahathir sedar perkara ini. Pakatan Harapan perlu bersatu dalam satu nada.

Sebab itulah PPBM mengsyorkan agar Pakatan bertanding dengan menggunakan satu lambing sahaja. Itu pun DAP bantah, apatah lagi jika nak meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Muhyiddin sebagai Presiden. Memang tak ada harapan lah.

Pergolakan dalaman pakatan antara DAP dan PPBM bakal memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Mereka hanya berpakat demi kepentingan parti politik masing-masing.





Thursday, June 15, 2017

BUTANG SOS WAJIB UNTUK SEMUA GRAB DAN UBER



Semua syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab diarahkan untuk melengkapi aplikasi mereka dengan butang SOS secepat mungkin bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, butang SOS yang akan dihubungkan terus ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut dibuat bagi membolehkan penumpang untuk memberi amaran polis jika keselamatan mereka terancam.


Katanya, sistem tersebut sudah digunapakai oleh perkhidmatan Uber di India dan pengenalan butang tersebut di negara ini adalah baik ekoran beberapa kes yang melibatkan pemandu Uber baru-baru ini.


“Kami sudah berjumpa dengan Uber hari ini dan mereka telah bersetuju untuk memperkenalkan butang SOS ini. Selain itu, mereka juga akan mengadakan pemeriksaan yang ketat kepada pemandu termasuk pemeriksaan tingkah laku dan rekod jenayah.

“Mereka juga diminta untuk berkongsi maklumat mengenai pemandu mereka dengan SPAD bermula 16 Jun ini walaupun sebelum undang-undang bagi perkhidmatan ini berkuatkuasa iaitu dijangka pada Julai ini,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Baru-baru, terdapat beberapa kes melibatkan perkhidmatan Uber termasuk satu insiden di Pulau Pinang semalam apabila seorang pemandu Uber dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam.


Sementara itu, Mohd. Azharuddin berkata, kes-kes yang melibatkan pemandu Uber ketika ini dalam siasatan polis dan SPAD akan menunggu siasatan tersebut selesai sebelum mengambil tindakan yang perlu.


“Tindakan yang boleh dilakukan jika didapati bersalah adalah seperti menyenarai hitam pemandu terbabit untuk menjadi pemandu syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan ataupun pemandu teksi.


“Kami juga mungkin menyita kenderaan yang terlibat siasatan lanjut,” ujarnya. -

TRAGEDI KEMALANGAN MAUT, SPAD GANTUNG PERMIT GOLDEN HORSE PLANTATIONS SDN. BHD.





Lapan orang maut di kilometer 25 Jalan Bahau, Negeri Sembilan ke Keratong, Pahang dalam satu tragedi kemalangan yang melibatkan sebuah treler sawit milik Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. yang bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu  Perodua MyVi, Proton Exora dan Toyota Vios.

Berikutan tragedi yang menyedihkan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertindak menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. berkuat kuasa serta merta. Tindakan gantung lessen ini termasuk kepada kesemua kenderaan di bawah pengendali syarikat tersebut berikutan tragedi yang cukup menyedihkan itu.

Walaupun tindakan ini dilihat agak keras namun ia perlu dilakukan berdasarkan kronologi kemalangan itu berlaku. Menurut sumber, treler tersebut cuba memotong sebuah motorsikal, namun pemandunya gagal mengawal kenderaan tersebut lalu masuk ke lorong bertentangan dan menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.

Yang mana ketika itu sebuah Myvi dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau. Manakala sebuah kereta Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar.

Pemandu treler yang membawa muatan kelapa sawit itu kini ditahan dan akan direman bagi siasatan selanjutnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD, pihak SPAD mengingatkan mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan. SPAD juga memberikan peringatan keras kepada pengendali agar sentiasa mematuhi keperluan keselamatan. Pengendali yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan. 

Justeru admin merasakan tindakan tegas SPAD ini perlu bagi mengingatkan pengendali kenderaan syarikat agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya. Tindakan tegas ini tidaklah seberapa sangat jika dibandingkan dengan kesedihan sanak saudara yang kehilangan orang yang mereka sayangi.

"Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan barangan awam darat di jalan raya menjadi keutamaan bagi SPAD. Di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka"













Tuesday, June 13, 2017

SUDAHLAH KAKI RASUAH, MENFITNAH PULA !





Dirinya terpalit dengan skandal rasuah, penjualan tanah tanpa tender terbuka, dikatakan tamak membolot 14 jawatan, menghabiskan wang rakyat beratus juta hanya untuk kononnya dibuat FEASIBILITY STUDY (Laporan kebolehupayaan) projek jalan raya di Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi masalah yang dibawanya sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Namun lelaki tak ada maruah dan tak tahu malu ini masih lagi ingin menfitnah kononnya kerajaan Barisan Nasional semasa menerajui Pulau Pinang telah menjual tanah pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi. Ini semua adalah ingin mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinannya. 

Guan Eng tak perlu nak bersandirwara dengan rakyat, jika betul apa yang didakwanya itu, silalah dengan segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan Guan Eng membangkitkan perkara tersebut hanya ingin mengelirukan pemikiran rakyat yang mula mempertikai segala tindak-tanduknya dalam pentadbiran negeri apatah lagi apabila terbongkarnya skandal penjualan tanah secara rundingan terus  kepada pemaju swasta. Kelihatan keputusan itu seperti diputuskan oleh satu orang, namun seperti biasa Guan Eng menafikan dan mendakwa ianya keputusan semua exco. 

Semua yang didakwa oleh Guan Eng tiada langsung bukti atau dokumen-dokumen sokongan, cuma dakwaan mulut dan lidah yang tak bertulang. Jika dia jujur dan amanah, dia perlu mengemukakan sekali dengan dokumentasi sahih kerana rakyat juga ingin mengetahui kebenarannya. Bukannya sekadar dakwaan kosong. Jika pemimpin DAP masih lagi berjiwa pembangkang, maka layaklah tinggalkan kerusi Ketua Menteri dan berikan kepada yang lebih layak.

Tindakan Guan Eng yang berterusan membangkitkan isu itu tanpa me­nunjukkan sebarang bukti hanya mengelirukan penduduk negeri ini apatah lagi dakwaan tersebut dibantah parti Gerakan negeri.

“Segala dakwaan yang dibuat Guan Eng itu perlu dikemukakan dengan dokumentasi sahih kerana penduduk negeri ini berhak mengetahui perkara sebenar memandangkan melibatkan tanah rakyat.

“Sehubungan itu, beliau perlu berani membawa perkara tersebut kepada SPRM supaya satu siasatan telus dapat dijalankan, bukan setakat membangkitkannya di media semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, pihaknya mempertimbangkan untuk menyaman Guan Eng yang berterusan mengelirukan rakyat dengan menyeleweng fakta berhubung projek tambak laut Seri Tanjung Pinang dan Lebuh Raya Jelutong di sini.

Menurut Baljit, dakwaan Guan Eng kononnya tanah itu dijual pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi memberi persepsi buruk kepada kerajaan BN terdahulu sedangkan transaksi tersebut merupakan satu bentuk konsesi tambakan laut.

Sementara itu, Rahmad turut mengalu-alukan tindakan undang-undang yang mahu diambil Gerakan terhadap Guan Eng berhubung isu terbabit yang disifatkan mampu menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

Menurut beliau, pertikaian isu terbabit perlu dimuktamadkan menerusi saluran mahkamah dengan segera bagi mengelak tanah rakyat terus dijadikan modal ‘sandiwara’ politik.

“Sedangkan pada akhirnya, penduduk negeri ini juga yang terpaksa menanggung kerugian kerana sedikit demi sedikit, tanah yang sepatutnya memberi manfaat kepada mereka dinikmati oleh pemaju swasta,” katanya.



Monday, June 12, 2017

DANA HARAM UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN ?




Kerajaan bersedia bertindak membekukan mana-mana akaun pesisir pantai di Labuan sekiranya siasatan mendapati sumber wang tersebut diperoleh daripada hasil kegiatan haram.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan undang-undang akan diambil jika terdapat bukti kukuh mengenai syarikat atau individu yang terlibat dalam kegiatan haram tersebut.

Sambil memberi pe­ringatan tegas, beliau berkata, segala pemantauan mengenai kegiatan terbabit dilakukan secara terus oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kesan kegiatan haram ini sa­ngat bahaya kepada kedudukan ekonomi negara kerana kegiatan yang dijalankan boleh menjurus kepada lari cukai dan jenayah penipuan.


“Kegiatan ini kalau tidak dipantau dan dihalang boleh menyebabkan ia digunakan untuk membiayai kegiatan ekstremis di dalam dan luar negara,” tegasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia menerusi laporan eksklusif melaporkan berbilion-bilion ringgit wang haram tersimpan dalam akaun pesisir pantai di Labuan yang dipercayai sebahagian daripada wang berkenaan digunakan untuk menampung dana politik parti tertentu demi merampas pemerintahan negara.

Jelas laporan itu, dana tersebut dijana melalui hasil kegiatan sindiket yang menawarkan skim pelaburan palsu kepada orang ramai dari dalam dan luar negara.

Hasil keuntungan memperdaya orang ramai itu akan disalurkan ke akaun pesisir pantai sebelum diagihkan untuk pelbagai tujuan termasuk membiayai dana parti politik tertentu di negara ini.

Malah laporan itu turut mendedahkan kemasukan wang haram itu turut dilakukan secara fizikal melalui jalan darat melibatkan utara, pantai timur dan selatan negara.

Lebih membimbangkan, wang haram turut dikesan dibawa ma­suk ke negara melalui salah satu lapangan terbang dan dikhuatiri disalurkan untuk aktiviti pengganas.

Sunday, June 11, 2017

SISTEM AES, KEJARA BUKAN UNTUK MENYUSAHKAN RAKYAT



Anda mungkin tidak menyukai AES ...., namun ingatlah AES hanya menyusahkan pemandu yang tidak patuh pada undang-undang jalan raya. Iaitu mereka yang merasakan rugi jika kenderaan mereka dipandu perlahan kerana mempunyai cc yang tinggi.

Jika ada yang masih marahkan kerajaan kerana memasang AES, ingatlah tragedi kemalangan bas di Pagoh pada Disember 2016 yang mengorbankan 14 nyawa. Mampukah kita menerima berita seperti itu lagi? Mahukah kita ia berlaku lagi ?

Banyak lagi kejadian kehilangan nyawa yang berpunca dari memandu melebihi had laju. Mungkin ada diantara mereka saudara mara, rakan atau teman kita. AES mungkin bukan ubat yang terbaik bagi penyakit ini, namun pencegahan perlu dibuat demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 


Tidak hanya cukup dengan sistem AES, bagi menambahbaikkan sistem ini  ia digabungkan dengan sistem KEJARA yang mana ia kini dikenali sebagai Sistem  AwAS. 

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  bahawa pelaksanaan sistem AES telah digabungkan dengan sistem KEJARA bagi membentuk satu sistem penguatkuasaan yang dinamakan AwAS. 

Kerajaan amat mementingkan keselamatan rakyat dijalan raya. Agak pelik apabila ada yang marahkan kerajaan kerana memasang kamera AES dengan alasan ianya menyusahkan rakyat, membebankan rakyat dengan mengaitkan dengan kos kehidupan yang tinggi. Sebenarnya apa kaitannya AES dengan kos kehidupan ? 

Jika yang dimaksudkan dengan jumlah saman yang nak kena bayar diatas kesalahan memandu melebihi had laju, itu adalah salah diri sendiri bukannya salah kerajaan.  Jika tidak mahu didenda, ikutlah peraturan jalan raya.

Laporan di laman web See Hua Daily yang menyatakan tiga kamera AES akan di pasang di tiga lokasi di Miri adalah tidak benar. Kementerian Pengangkutan Malaysia menafikan berita tersebut, ianya tidak benar sama sekali.  Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak ada asas. Jika ada kemusykilan, mereka boleh rujuk dengan media arus perdana yang mempunyai integriti dalam setiap laporan. 

Setiap kamera AES yang diletakkan di sesuatu tempat ianya bergantung kepada proses dan kajian yang terperinci. Kerajaan juga mengambil kira pandangan masyarakat setempat selain melihat kekerapan kemalangan yang berlaku dikawasan berkenaan. Kementerian juga melihat lokasi-lokasi cadangan yang ada resiko berlakunya kemalangan. 

Sehingga hari ini  YB Menteri Pengangkutan  hanya mengumumkan 7 lokasi baru sistem AwAS yang telah dikenalpasti dan dilaksanakan. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sebanyak 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak adalah berita palsu, tidak benar sama sekali. 

Melaksanakan sistem AwAS ini tidak berkmaksud Kementerian Pengangkutan mengbambil alih kerja polis,  bidang kuasa penguatkuasaan kesalahan had laju dan penguatkuasaaan kamera bergerak masih lagi di bawah bidang kuasa pihak Polis. 

Rakyat perlu merujuk kepada Kementerian Pegangkutan Malaysia untuk mendapat maklumat yang BENAR DAN SAHIH tentang sistem AwAS. Jangan mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang berlegar-legar dalam media sosial.



DAP SUDAH MELAMPAUI BATAS




Hakikatnya, orang Melayu memang tidak boleh menerima DAP.

Sikap mereka yang jelas anti Islam dan Melayu menyebabkan orang Melayu tidak boleh menerima mereka. Bahkan parti Melayu yang bergabung dengan Pakatan Pro DAP juga menerima tempiasnya.

PKR, PPBM dan PAN yang bersekutu dengan DAP digelar pengkhianat oleh orang Melayu. Begitu dalam sekali permusuhan orang Melayu dengan DAP.

Luka 13 Mei 1969 yang berpunca dari DAP begitu mendalam dan sukar untuk sembuh.

Serangan DAP kepada institusi Islam, seperti JAKIM, JAIS, MAIS, Mufti Pahang bahkan mempertikaikan Titah Sultan menambah luka dihati orang Melayu.

Tindakan DAP yang mendewakan pengganas komunis seperti Chin Peng bagaikan duri sembilu yang menyucuk dihati sanubari bangsa Melayu.

Sememangnya DAP anti Melayu dan Islam.
DAP ! you have crossed the line.

Thursday, June 8, 2017

PAKATAN ProDAP LAYAK JADI PEMBANGKANG, BUKAN KERAJAAN




Rakyat jangan mudah  terpedaya dengan hasutan baru Rafizi berkenaan  dana 1MDB kononnya dibayar sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah. Ini merupakan satu lagi siri fitnah Rafizi yang cuba mengalih perhatian rakyat terhadap pergolakan dalam Pakatan ProDAP yang masing-masing bermimpikan kerusi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu temuramah berkata, apa-apa berita atau dakwaan yang datang dari Rafizi perlu dilihat dengan satu timbangan yang tertentu kerana kewibaan beliau yang banyak tercalar dengan berita-berita yang tidak sahih dan fitnah. "Beliau adalah "spin doctor", apabila dia mendapat berita yang separuh benar, dia suka war-warkan. Kadangkala tanpa ada bukti-bukti kukuh yang mana akhirnya dia terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah dan dijatuhkan hukuman. 

Ini adalah kerana keghairahan beliau untuk menjadi bahan berita, dengan ada sedikit bahan cerita beliau suka menokok tambah. Bagi saya apa-apa sahaja yang datang dari Rafizi berdasarkan track rekodnya  perlulah dilihat dengan rasa sangsi. 

Lagi pun pembangkang ini perlukan cerita-cerita panas untuk terus hidup dimata rakyat. Kononnya mereka bekerja untuk rakyat, padahal tak ada satu pun usaha mereka yang membantu rakyat. Semuanya dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. 

Sebenarnya rakyat sudah muak dan mangli dengan isu-isu yang dibawa oleh pembangkang terutamanya Rafizi, apatah lagi isu 1MDB yang sudah lama kerajaan selesaikan. 

Mereka sesama sendiri pun mempunyai masalah yang tidak boleh selesai. Sehingga kini masih berbalah tentang calon Perdana Menteri. Masing-masing membawa agenda parti sendiri. Mereka tidak ada asas dasar pejuangan sendiri.  Hidup mereka berdasarkan isu bukannya dasar, sebab itulah apa yang kita lihat mereka hanya mainkan isu agar rakyat bangkit marahkan kerajaan, itu sahaja yang mereka boleh lakukan. Tidak ada apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara yang mereka bawa.  

Justeru itu mereka hanya layak untuk sekadar menjadi pembangkang, kerana mereka tidak ada kemampuan untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat seperti yang dilakukan Barisan Nasional. 

SIVARASA BERSALAH - MOHON MAAF DIATAS KEBODOHANNYA




Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa akhir­nya mengakui telah menging­kari titah Sultan Selangor, Sul­tan Sharafuddin Idris Shah yang melarang sebarang bentuk aktivi­ti politik diadakan di masjid dan surau di negeri ini.


Selain memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin di sebalik tindakannya berucap di ruang solat Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang sebelum ini, Sivarasa turut menyatakan beliau telah mene­liti serta memahami titah baginda mengenai larangan tersebut yang tertakluk kepada semua ahli politik, Islam atau bukan Islam.

“Pada 5 Jun lalu, saya telah menyerahkan sepucuk surat peribadi kepada Sultan Sela­ngor bagi menjelaskan apa yang berlaku sewaktu majlis pemberian sumbangan di Masjid An-Nur, 24 Mei lalu. Dalam surat itu, saya menjelaskan kepada Tuanku bahawa ucapan saya di dalam masjid berkenaan bukan satu ceramah atau ucapan politik.

“Walau bagaimanapun, saya telah meneliti titah Tuanku yang dibuat di Masjid An-Nur Temasya, Glenmarie pada 2 Jun lalu yang mana baginda menjelaskan arahan dan peringatan bahawa mana-mana ahli politik baik beragama Islam mahu pun bukan tidak boleh memberi apa-apa ceramah atau ucapan di dalam atau di luar masjid.

“Maka, adalah jelas saya telah mengingkari arahan ini dengan membuat ucapan ringkas di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Justeru, dalam surat itu, saya telah memohon maaf kepada Tuanku atas kesilapan saya ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp di sini hari ini.

Jumaat lalu, Sultan Selangor menzahirkan rasa murka baginda apabila menyifatkan Sivarasa telah melampaui batas kerana mengadakan program politik serta berucap di ruang solat utama masjid berkenaan, 24 Mei lalu.

Titah baginda, larangan menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik di Selangor telah ditegaskan berulang kali sebelum ini sama ada melibatkan orang Islam dan bukan Islam bagi menge­lakkan ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini mengakui perkara itu dan menghantar sendiri surat peribadi Sivarasa kepada Sultan Selangor.

“Saya fikir beliau (Sivarasa) telah membuat keputusan yang terbaik. Saya telah mengadakan perbincangan dengannya dan beliau telah menulis sepucuk surat peribadi dan meminta saya menyampaikan kepada Sultan Selangor.

“Saya telah sampaikan surat itu dua hari lalu. Saya sendiri tidak tahu apa kandungan surat berkenaan, namun saya yakin beliau mengambil keputusan yang tepat kerana beliau me­ngakui insiden itu berlaku atas ketelanjurannya,” ujarnya.


Tuesday, June 6, 2017

DAP RISAU PENGUNDI BERPINDAH




Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab isu pemindahan pengundi disifatkan sebagai "salah alamat".

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak melibatkan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional (BN).

"Sebagai pemimpin politik, Nga sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan. Persoalannya, adakah Nga tidak tahu atau tidak pernah mahu ambil tahu soal bantahan sewaktu daftar pemilih dipamerkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Nga sebelum ini yang meminta penjelasan BN dan Zambry mengenai pemindahan pengundi di beberapa kawasan di Perak.

Menurut Saarani, proses belah bahagi yang telah diwartakan pada tahun lalu oleh SPR berdasarkan peruntukan undang-undang, turut menyebabkan pergerakan pengundi khususnya perubahan daerah mengundi.

"Ini melibatkan pengundi tanpa mengira penyokong mana-mana parti dan proses ini dilakukan oleh SPR dalam usaha memperbetulkan sempadan pilihan raya. Malah, DAP juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Saarani turut menasihati Nga supaya tidak bermain “baling batu sembunyi tangan” selepas DAP sering menggunakan fitnah dan tohmahan terhadap pihak lain bagi menutup “kejahatan” yang dilakukan mereka. -

Monday, June 5, 2017

KATA MEREKA - UMNO JAHIL DAN TOLAK HUDUD



Dahulu serang dan nak Tumbangkan UMNO kerana ada Kilang Arak dan Rumah urut yang beratus- ratus. Nak tumbangkan UMNO kerana orang UMNO jahil, kafir dan sebagainya.
Hari ni Kilang Arak masih berdiri megah, dan rumah urut dari ratuan sudah jadi ribuan - pusat judi pun sudah beribu-ribu. Pesta Arak Oktober Fest dengan senang hati dibiarkan tanpa ada halangan. 


Orang bukan Islam dengan suka hati menghina agama Islam, tuduh Islam agama keganasan, berani lawan Titah Sultan, siap nak saman Sultan lagi.

Inilah akhir jadinya bila DAP, PAS dan PKR ambil Selangor. Kononnya nak bawa SINAR ISLAM di Selangor seperti kata Zaidy Adn Taman Templer dan jauhkan kejahilan UMNO.
Janji manusia, Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah jauhkan kita dari manusia yang menjual ayat-ayat Tuhan demi pangkat dan kesenangan dunia.

SIVARASA BIADAP




Tindakan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di ruang Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang, Sela­ngor baru-baru ini, adalah melampaui batas kerana memperkecilkan agama Islam dan melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan le­bih keras perlu dikenakan terhadap wakil rakyat pembangkang itu yang tidak menghormati agama Islam.

“Macam mana dia boleh ma­suk sampai ke situ, kalau setakat di bawah ada khemah dan lain-lain tidak apa, tetapi sampai ke atas maknanya dia langsung tidak peduli tentang agama kita dan tidak hormati agama kita.

“Saya berharap tindakan diambil sebagai pengajaran kepada orang lain kerana amaran sudah diberi beberapa kali dan mereka masih lagi buat tidak peduli,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di Masjid Darul Fikri Bera, di sini hari ini.

Pada 24 Mei lalu, Sivarasa didakwa menggunakan ruang solat Masjid An Nur sebagai tempat berpolitik yang menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin.

Ismail Sabri menambah, pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen itu yang jelas tidak menghormati agama Islam serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, tindakan wakil rakyat pembangkang yang berterusan melakukan tindakan seperti itu di masjid menunjukkan mereka tidak peduli kepada sensitiviti umat Islam.

“Dia tidak boleh bagi alasan sekejap atau lama (memasuki masjid) kerana itu tidak menjadi persoalan, yang menjadi persoalan ialah dia masuk ke situ yang sudah dianggap melanggar peraturan dan tidak menghormati kesucian Islam,” katanya.


Friday, June 2, 2017

BARU KAU SEDAR DIRI BUKAN SENANG NAK JADI KETUA


Baru hang tau Midin bukan senang hendak memimpin parti, apatah lagi dengan hendak berhadapan dengan pelbagai karenah ahli yang mempunyai pelbagai jenis ragam.

Itulah yang dihadapi oleh Perdana Menteri, Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO yang kau khianatinya dahulu, Midin.

Hari ini hang punya parti, celaru haru biru hijau  kerana apa Midin ? Kerana apa lagi jika bukan kerana pentadbiran yang lemah dan tak ada ruh perjuangan.

Hang sendiri tak boleh mengawal keadaan dalam parti. Hang biarkan Tun Mahathir kehulu-kehilir membawa agenda peribadinya untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi dimana hang punya tanggungjawab kepada parti PPBM ? Tak ada melainkan sebagai puppet Tun Mahathir saja.

Sebab itulah ahli-ahli PPBM diPerak minta hang letak jawatan, sebab hang macam tak berfungsi. Hang ingat nak main politik sahaja.

Hang kata, tak faham kenapa mereka marah dekat hang padahal pucuk pimpinan parti yang buat keputusan. Bukankah pucuk pimpinan parti tu hang yang berkuasa ? Kalau hang tak berkuasa, Letak la jawatan !

KEMATIAN MISTERI INSPEKTOR - BAPA TUNTUT SIASATAN MENYELURUH




Bapa kepada Inspektor Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala, Sharif Folidin Jaafar, 63, berharap pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kematian anak sulungnya itu.

Beliau berkata, cara kematian anaknya amat meragukan dan pihak keluarga amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar serta keterangan kes sehingga menjadi bahan cemuhan dalam kalangan orang ramai.

“Terlalu banyak yang menjadi persoalan dalam kes tersebut, malah ada yang mengatakan anak saya bertindak demikian akibat tidak dapat cuti kerana ingin melawat saya yang sedang sakit sedangkan saya sihat dan baru bertemu dengannya beberapa hari lepas,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Hulu Langat hari ini.

Tambah Sharif Folidin, anaknya juga pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja selepas ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan sebelum ini.

Mayat Inspektor Ahmad Al-Syamir, 29, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) IPD Pasir Puteh di sini ditemukan terkulai di atas kerusi pejabatnya de­ngan satu kesan tembakan di dahi pagi ini.

Tangan kanannya pula masih memegang sepucuk pistol jenis P99 Walther manakala tubuhnya berlumuran darah.

Bagaimanapun punca kematian pegawai polis itu masih menjadi misteri dan sedang disiasat.

Dalam pada itu, pe­mangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa ditemukan pada pukul 9.40 pagi oleh seorang anggota polis yang mencarinya di bilik.

Ujarnya, sebelum kejadian, mangsa menjalankan tugas melakukan rondaan di sekitar daerah ini bermula pukul 8 malam tadi hingga 8 pagi ini.


Thursday, June 1, 2017

SELEPAS KANTOI - RAFIZI MENGAKU MEMBUAT FITNAH




Selepas seminggu membuat tuduhan mengenai usaha melobi pentadbiran Presiden Donald Trump bagi pihak Putrajaya, Rafizi Ramli hari ini tampil memohon maaf kepada wanita yang didakwanya terlibat kerana tersilap menamakannya sebagai pengantara bagi tujuan itu.

Naib Presiden PKR itu mengakui tersilap menamakan Pengarah CRT Insights Technologies Sdn. Bhd., Florence Goh yang terletak di Jalan Molek 2/1, Taman Molek, Johor Baru dalam isu itu.

Permohonan maaf itu walau bagaimanapun hanya dibuat selepas Florence atau nama sebenarnya, Goh Siew Boy menafikan yang syarikatnya dan beliau terlibat dalam dakwaan berkenaan melalui sidang akhbar hari ini.

Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Rafizi mengesahkan bahawa Goh Siew Boy dari CRT Insights Technologies Sdn. Bhd. bukanlah Florence Goh sebagai Pengarah Godfrey Group Ltd. yang didakwanya terlibat dalam kontrak melobi itu, sebaliknya menamakan pula individu lain iaitu Goh Swee Gaik sebagai pengarah syarikat yang dimaksudkan itu yang terletak di Jalan Molek 2/3, Taman Molek, Johor Baru.

Beliau memberi alasan perbezaan alamat satu nombor iaitu 2/1 berbanding 2/3 menyebabkan kekeliruan itu dan selepas siasatan ‘segera’ sekali lagi dibuat barulah beliau tersedar mengenai perkara tersebut.

Dalam sidang akhbar pada pagi ini di Putrajaya, Florence menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai syarikat Godfrey Group Ltd. sekali gus menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan pengarah syarikat tersebut seperti mana yang terdapat dalam dokumen didedahkan Rafizi baru-baru ini.

“Pada mulanya saya tidak tahu nama saya dikaitkan dalam hal ini sebelum seorang wartawan dari portal berita menghantar emel kepada saya pada Sabtu untuk menanyakan soalan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Rafizi, namun saya abaikan kerana anggap itu emel palsu.

“Walau bagaimanapun pada Ahad ketika membuka laman sosial Facebook saya terkejut apabila terlihat satu kenyataan daripada Facebook We Fully Support Pakatan Harapan berhubung perkara itu serta menamakan saya sebagai Pengarah Godfrey Group Ltd.,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Dalam pada itu Siew Boy ketika dihubungi mengenai permohonan maaf Rafizi berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pandan itu kerana membersihkan namanya, tetapi menegaskan beliau perlu menilai kesan sampingan terhadap perniagaannya sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Rafizi amat berat kerana boleh memberi kesan kepada syarikatnya yang menjalankan perniagaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejak 10 tahun lalu.