Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Saturday, May 5, 2018

LIOW BUAT LAPORAN POLIS




Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membuat satu laporan polis ekoran penyebaran klip video yang mempergunakan agama Tao untuk menghina pemimpin negara termasuk dirinya.

Tiong Lai berkata, beliau menyedari perkara tersebut selepas membaca akhbar Sin Chew Jit Poh bertarikh 5 Mei 2018 yang menyatakan klip video itu telah menggemparkan rakyat kerana mencerca dan menyumpah pemimpin-pemimpin negara supaya dilanggar kereta, terputus tangan dan patah kaki.

Beliau yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bentong memberitahu telah menonton klip video tersebut dan mendapati pihak terlibat telah mempergunakan agama Tao untuk menghina dirinya, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kiong.

“Klip video tersebut secara jelas mengancam ketenteraman awam dan menimbulkan sifat kebencian terhadap pemimpin negara daripada kaum Cina dan India serta mengandungi unsur memburukkan imej saya serta pemimpin negara


“Saya memminta polis siasat kerana video ini juga berbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dalam negara kita,” katanya.


Saturday, April 28, 2018

MASYARAKAT CINA KEMBALI




Kebangkitan masyarakat Cina pada hari penamaan calon Barisan Nasional hari ini menunjukkan mereka tidak boleh lagi diperdaya oleh pembangkang. Mereka di lihat menunjukkan sokongan kepada Calon BN tanpa berbelah bagi lagi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengajaran yang ditimba oleh mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu memberi mereka banyak kesedaran bahawa mereka perlukan wakil dalam barisan kabinet. 

Pengundi Cina kali ini tentu sedar adalah lebih baik bekerjasama dan memberi sokongan kepada BN. Mereka kini optimis BN akan mencatat kejayaan yang lebih baik pada PRU kali ini. 

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Barisan Nasional komited terhadap parti berasaskan kaum Cina seperti MCA, GERAKAN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, (SUPP) dalam BN. 

"Saya harap parti komponen Bn yang mewakili masyarakat Cina akan menang banyak kerusi pada PRU - 14 ini kerana kita perlukan suara mereka", kata Perdana Menteri.

Tuesday, April 24, 2018

HARAPAN CINA TIDAK KEPADA DAP LAGI



Terlajak perahu bisa diundur, terlajak buat keputusan tanggung laa sendiri. Pepatah Melayu ini memang sesuai laa untuk pemimpin DAP yang selama ini ingat kaum Cina akan tetap menyebelahi mereka sahaja. Ya betulah, dulu mejoriti ramai yang memberi Harapan kepada DAP untuk mengambil alih negara. Namun nampaknya DAP menghancurkan Harapan mereka apabila mengangkat musuh tradisi mereka Tun Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang juga calon Perdana Menteri, Malaysia yang baru.

Haiiyaa..!!! manyak suweiii ini macam maa... Kita sudah berpuluh tahun lawan sama dia kasi dia turun dari kerusi PM, tapi ini Lim kit Siang mau  kasi kerusi PM lagi sama dia. Rungut seorang penyokong DAP yang kecewa dengan keputusan pemimpin DAP. 

Rata-rata kaum Cina tidak suka kepada bekas Perdana Menteri ini kerana beliau dilihat rasis dan bermulut celupar. Tapi apakan daya, pemimpin DAP sudah membuat keputusan. 

Seperti yang kita tahu, tak semua pemimpin di peringkat bawahan yang sokong keputusan ini. Banyak sudah yang meletakkan jawatan dan ada juga yang dipecat gara-gara menentang keputusan ini. 

Inilah yang terjadi kepada parti DAP yang kononnya begitu demokratik, tetapi tidak boleh dikritik langsung. 

Bagi sesetengah ahli dan penyokong, DAP telah menjual maruah parti itu kepada bekas Perdana Menteri sehinggakan sanggup mengetepikan logo roket yang menjadi kebanggaan mereka selama ini. Maruah mereka bagaikan di injak-injak oleh Mahathir. 

Manakala ahli dewan undangan negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang telah keluar dari DAP, menyertai parti baru dan bakal bertanding menentang calon DAP. Padanya DAP dibawah Dinasti Lim telah rosak teruk dan kacau bilau. 

Berbeza sekali dengan parti MCA yang dilihat begitu progesif dalam membantu masyarakat setempat. Memang betul MCA jarang membuat kenyataan politik kerana mereka lebih suka membantu rakyat di bawah, bukan sibuk aktif di media sosial dan membuat kenyataan-kenyataan mencari popular. 

Rakyat bukan nak dengar cerita kosong, mereka mahu dibantu dan mendengar keluh kesah mereka. 

Justeru itu dalam pilihanraya kali ini manifesto khas MCA tekab membela rakyat dari semua peringkat terutama belia. MCA bertekad mahu memperkasakan belia dan wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat negeri persekutuan dan politik. 

Rakyat mahu peluang pekerjaan dan perniagaan, bukan nak dengar cerita yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Maka sebab itu juga MCA dalam manifestonya bertekad untuk menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kerja untuk membangunkan kemahiran keusahawanan serta membuka peluang perniagaan baru sejajar dengan TN50. 

Bagi kaum cina hari ini, biarlah DAP dengan cita-cita mereka yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Kerakusan mereka ingin berkuasa sehinggakan menganiaya ahli parti sendiri dilihat terlalu terdesak dan kotor. 


Rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina seharusnya melihat kekusutan mereka ini sebagai satu ikitbar bahawa Malaysia tidak mungkin terbina dan maju dengan golongan manusia yang tidak menghargai kawan dan penyokong-penyokong. 


Sunday, April 22, 2018

SAMSENG DAP TAKUTKAN RAKYAT HANTAR MEMORANDUM





DAP sejenis makhluk yang tak ada adap dan budi pekerti mulia. Sudah beberapa kali mereka mengeluarkan kata-kata kesat mengherdik dan mencaci pihak lawan. Nga kor Meng pernah mengelarkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamri Abdul Kadir sebagai Hitam Metalik. Pernah dalam satu ceramah dia menyebut pemimpin UMNO ini "Melayu Pukimak". Mereka Mengelar pemimpin MCA sebagai penakut, budak suruhan UMNO dan sebagainya bagi menyakiti hati kaum Cina.

Bagitulah sedikit sebanyak berkenaan dengan perangai buruk pemimpin DAP yang tidak pernah membuat provokasi buruk dan jelik. 

Bagitu juga yang berlaku apabila Setiausaha MCA Cheras, Prof. Datuk Dr. Toh Kian Kok dengan beberapa penduduk tempatan dan peniaga berhimpun di hadapan Pusat Khidmat DAP Cheras bagi menyerahkan memorandum yang janji yang di taburkan Kok Wei selama 31 tahun menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut. 

Kira-kira 15 penyokong DAP menyerbu Kian Kok bagi menghalang beliau beredar meninggalkan himpunan. Mereka membawa sepanduk yang menghina MCA seperti parkataan "Tak Tahu Malu", "Dalam luar bukan Manusia" dan "muka babi". 

Mereka begitu angkuh, biadap dan kurang ajar dengan membawa dua bingkai cermin dan meminta Kian Kok mencerminkan diri sama ada beliau layak atau tidak menegur DAP. Dalam lain kata DAP parti yang tidak boleh ditegur. 

Macam-macam kata-kata kesat dikeluarkan kepada mereka kepada Kian Kok namun beliau tidak terikut dengan provakasi itu. Bagi Kian Kok beliau cukup tergejut dan rasa amat takut dengan sikap ala samseng yang ditunjukkan oleh pengikut DAP yang begitu extreme. 

Tak boleh nak dibayangkan andai DAP menguasai negara, tentulah rakyat akan lebih takut jka mereka diugut oleh samseng-samseng. 

Saturday, April 21, 2018

PILIH PARTI YANG MEMBAWA KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGARA



Kita semua sedar dengan nikmat kesejahteraan dan keamanan ini, negara dapat menikmati kemakmuran dan kemewahan. Sebagai rakyat kita tentulah inginkan sebuah negara yang aman dan sejatera. Disamping dapat mencari rezeki dengan mudah,kita juga dapat mewariskan kepada generasi kita kekayaan dan keamanan negara.

Oleh itu sewajarnya kita menolak extreminist dan cauvinisme. Kita mahu hidup aman damai dan sejahtera untuk semua bangsa. Keamanan dan kesejahteraan ini perlu kita kekalkan selama-lamanya. 

Justeru itu kita perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu membawa negara kita ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan hidup. Kita perlukan kepimpinan yang bersatu padu dan bekerjasama. Kepimpinan yang mengambarkan satu masyarakat Malaysia bukannya hanya kepimpinan satu kaum sahaja dan juga kepimpinan yang serius menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Perkara ini diingatkan oleh Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak, yang mengajak rakyat menolak parti yang pemimpinnya tercalit dengan rasuah dan salah guna kuasa. Kepimpinan DAP merosot bagaikan hilang arah tuju. Kepimpinan DAP tidak lagi dipercayai oleh ahli sendiri sehinggakan bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau meminta pemimpin DAP yang didakwa atas kesalahan rasuah mengundur diri dan melepaskan jawatan dengan segera. 

Mengapa perlu parti dibebankan  dengan salah laku yang mereka buat ? Bahkan beliau mengesa masyarakat berpegang teguh kepada prinsip asalkan bukan korup (ABC). 

Ramai sudah ahli DAP dan juga bekas ahli DAP yang di pecat meluahkan rasa tidak puashati mereka kepada kepimpinan yang terbabit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa. 


Tuesday, April 10, 2018

APA HELAH DAP GUNA LOGO PKR ?




Ramai yang tertanya kenapa DAP begitu mudah kali ini mengalah untuk tidak menggunakan lambang partinya ROKET dalam PRU ke 14 kali ini. Yang bermasalah ialah PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) yang telah digantung pendaftarannya sementara. 

Habis kenapa pula DAP yang perlu berkorban ? Apa ke hal ? Ini yang pelik kita nak fikirkan. Entah apalah yang Tun Mahathir buat sampai berjaya melenturkan parti paling Chauvinis dan keras menentangnya dahulu. 

Tapi bila dikaji dan difikir-fikiran, ada logik kenapa DAP sanggup melepaskan logo roketnya dan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat. Sepanjang tahun ini DAP terlibat dengan pelbagai kontroversi dan masalah. Dari masalah pemilihan parti sendiri CEC, masalah Lim Guan Eng dengan kes rasuah, salah guna kuasa, dan kes terowongnya dan juga sentimen orang Melayu yang tidak suka dan cukup anti dengan lambang roket DAP. 

Sebab itulah tidak hairan DAP sanggup  mengadaikan maruah mereka dengan mengunakan logo PKR. Jelas sekali peranan Tun Mahathir cukup kuat dalam PAKATAN HARAPAN. DAP kali ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat menumbangkan Barisan Nasional. 

Boleh ke kita percaya dan yakin dengan mereka yang tidak yakin dan peraya dengan kekuatan sendiri. DAP ini sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat undi Melayu. Mereka sedar tidak selamanya mereka boleh menipu, jadi ini adalah peluang mereka untuk mempergunakan Tun Mahathir sepenuhnya. 

Wednesday, March 28, 2018

NGEH, NGA, SIVAKUMAR DAN MENTOR MEREKA DIARAH KELUAR DEWAN




Sebenarnya admin dah boleh agak, akan ada ahli parlimen pembangkang akan buat perangai pada sidang dewan rakyat kali ini, tapi tak sangka pula Ketua "crook" yang sudah tua lanjut tu pun nak jadi "samseng" keras kepala jugak. 

Jelas sekali "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Bapa borek, anak rintik, Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Itulah senario yang berlaku kepada tiga ahli parlimen pembangkang yang tak serik-serik membuat kacau dan menyusahkan dewan. 

Mereka adalah ahli parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) digantung 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat  mulai semalam kerana menghina Speaker dan Dewan.

Mereka bertiga telah membuat kenyataan yang biadap menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kedudukan apabila menolak soalan berkaitan kapal mewah yang dikaitkan dengan Jho Low serta soalan-soalan 1MDB.

Eloklah sangatlah, dengan hukuman ini "the three stooges" ini tidak dapat mengambil apa-apa bahagian dalam perbahasan dalam dewan yang mulia. 

Apa yang menarik lagi,hari ini mereka punya mentor, Lim Kit Siang juga dikenakan tindakan yang sama kerana mencabar keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul Kajian Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya yang dijadual dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini (Rabu) untuk diteruskan.

Tapi si tua ini begitu degil, tak nak keluar dari dewan setelah diperintahkan untuk keluar dari dewan.Pandikar Amin telah mengarahkan Lim untuk keluar sendiri daripada Dewan tetapi anggota Parlimen itu enggan.

Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 (3) untuk menggantung Lim.  

“Majlis mesyuarat hari ini memutuskan untuk mencadangkan supaya Gelang Patah digantung daripada perkhidmatan majlis mesyuarat selama enam bulan,” kata Azalina.  

Usul itu disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim.

Kekecohan tercetus selepas tamat sesi soal jawab pagi Rabu apabila Charles Santiago (DAP-Klang) mempersoalkan keputusan Pandikar untuk meneruskan pembentangan Usul Kajian Semula Persempadanan walaupun terdapat tiga injunksi oleh pembangkang di mahkamah.


Monday, March 26, 2018

CALON MUDA MAMPU TARIK PENGUNDI

Untuk "berperang" kita mesti menyediakan jentera perang yang ampuh, gagah dan berani. Justeru itu orang muda sangat diperlukan dalam membentuk satu jentera perang yang bersedia menghadapi musuh dalam apa jua keadaan. 



Namun begitu "orang lama" juga perlu ada sebagai pembimbing dan pembentuk kepada satu pasukan. Nasihat dan pengalaman mereka dalam peperangan perlu bagi memastikan "pisang tidak berbuah dua kali". 

Sebagai Presiden sebuah parti yang mendokong perjuangan masyarakat Cina,Datuk Seri Liow Tiong Lai sedar akan perkara ini. Dalam menghadapi "perang" PRU ke 14 ini ramuan  ini perlu bagi memastikan jentara BN ampuh menahan serangan pembangkang. 

Menurut Liow, MCA mensasarkan 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN yang mana kesemuanya akan diisi 50 peratus calon muda baru dan 50 peratus lagi calon muda berusia bawah 40 tahun. 

Mereka semua cukup komited dalam perjuangan, energertik dan bersemangat. MCA berharap dengan sokongan jitu masyarakat Cina dan digemleng dengan tenaga muda yang begitu bersemangat MCA mampu meraih kemenangan sekali ganda daripada PRU ke 13 yang lalu. 

Maklum balas yang diterima menunjukkan sokongan kepada MCA di beberapa kawasan meningkat 70 peratus. 

MCA sedar bahawa calon muda ini memang belum dikenali ramai, mereka bukanlah insan yang popular dikalangan rakyat dan parti. Namun apa yang penting adalah gerak kerja jenteria parti, jentera pilihan raya yang cergas dari akar umbi hinggalah kepada kepimpinan.  Dengan semangat dan kerjasama antara komponen BN, Liow yakin calon Muda mampu memenangi pilihan raya kali ini. 

Justeru itu apa saja tohmahan pembangkang sudah lagi tidak memberi kesan, kerana rakyat tidak melihat kepada apa yang diperkatakan, mereka merasa aman dan selesa dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil. 

Wednesday, March 21, 2018

GUAN ENG SENDIRI CARI PENYAKIT PENYAKIT




Keghairahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengeksploitasi kanak-kanak dalam kempen politiknya nampaknya menjadi senjata makan tuan. Rakyat menyelar tindakannya tersebut yang membawa budaya politik menghasut. 

Sebenarnya kita semua sudah tahu budaya politik DAP. Mereka suka mengambil apa saja peluang asalkan memberi keuntungan kepada mereka. Tapi kali ini nampaknya tidak menjadi. Teruk Guan Eng "dibelasah" natizen di media sosial. 

Susulan daripada peristiwa itu dua NGO dan Penang Front Party (PFP) yang mahukan pihak polis menyiasat insiden ini dimana Lim Guan Eng didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politiknya.

Rakyat dari semua golongan mahukan Guan Eng meminta maaf. Tanpa mengira apa pun fahaman politik rakyat telah menyatakan tindak bodoh Guan Eng itu melampau dan menjengkelkan. 

David Dass, Bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi menyifatkan tindak Guan Eng ni perbuatan menghasut melibatkan anak-anak kecil ini adalah perkara yang tidak boleh diterima dan menjijikkan. Satu perlakuan yang memalukan diri sendiri. “Kalau Guan Eng suka sangat menyanyi dan menari, dia boleh lakukan di media sosial bukannya di hadapan kanak-kanak. Saya minta semua pihak untuk terus mendesaknya agar memohon maaf secara terbuka,” kata David Dass lagi. 

Kita kalau nak berpolitik, berpolitiklah secara berhemah dan matang. Tidak perlulah sampai menggunakan kanak-kanak yang masih tak faham apa-apa. Sepatutnya tidak perlulah melibatkan kanak-kanak dalam pertelingkahan politik khususnya pada usia se kecil ini. Sepatutnya kita perlu mengajar mereka nilai murni hormat-menghormati dan saling menyayangi bukan budaya membenci. 

Apa yang mengecewakan lagi ada  laporan yang menyebut Guan Eng memang membawa sendiri cakera padat (CD) pada program yang didakwa dilakukan pada majlis perasmian pusat tuisyen di Pulau Pinang.

Insiden ini jelas membuktikan Guan Eng sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa meskipun dia sedar kuasa itu semakin lama semakin terhakis kerana terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi dalam pentadbiran.

Adalah lebih baik Guan Eng menumpukan perhatiannya kepada skandal Terowong Dasar Laut yang semakin hari semakin terbongkar. 

Rakyat perlu sedar budaya politik pembangkang ini hanya membawa kepada perpecahan dan kehancuran. Kita tidak mahu budaya buruk ini diwarisi oleh generasi kita pada masa akan datang. Sejak tertubuhnya DAP tidak pernah sekali mereka membawa budaya politik yang membangunkan negara.




Saturday, March 17, 2018

MCA PILIH MUKA BARU



MCA  menyelami hasrat rakyat yang mahukan kepimpinan negara lebih bertenaga dan efisyen. Dunia hari ini melihat orang muda mempunyai visi yang lebih jauh dan kedepan. di Malaysia kerajaan Barisan Nasional telah mengamalkan perkara seperti ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri memulakan perjalanan politiknya semuda 28 tahun hinggalah kini. Hasilnya kita mempunyai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dalam politik, berkeliber dan cekap dalam pentadbiran.

Justeru itu kepimpinan MCA telah memilih 50 peratus  calon muka baru berusia bawah 50 tahun dalam  menghadapi Pilihan Raya ke 14 ini. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menghantar semua senarai nama calon kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tindakkan selanjutnya. Semua senarai itu telah di muktamadkan oleh MCA sebagai calon BN dalam PRU ke 14 nanti. 

Tion Lai juga turut mengesa ahli MCA melipat gandakan lagi usaha kerja dan memberi tumpuan kepada PRU ke 14 bagi memastikan kemenangan BN. Beliau yakin kali ini masyarakat Cina akan memilih Barisan Nasional setelah kecewa dengan DAP dan Pakatan Rakyat yang tidak memberi khidmat kepada rakyat. 

Tuesday, March 13, 2018

PAKATAN JANJI SEGALANYA PERCUMA




Tak masuk akal ! Itulah perkataan yang sewajarnya dianugerahkan kepada Manifesto Pakatan Harapan. Apa mereka ingat mentadbir negara ini boleh dibuat main-main dengan mengula-gulakan rakyat dengan janji kosong dan tak berpijak dibumi yang nyata.

Pakatan yang diketuai DAP menjanjikan akan melaksanakan 10 perkara dalam tempoh 100 hari jika dapat menawan Putrajaya, antaranya memansuhkan perlaksanaan cukai GST dan memperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

GST seperti yang kita ketahui menyumbang RM45 bilion kepada pendapatan negara. Adalah tidak masuk akal untuk negara kehilangan sebahagian besar sumbangan GST kepada pendapatan negara. Bagaimana mereka ingin menguruskan perbelanjaan negara dengan kehilangan pendaptan sebegitu besar. 

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semua janji yang ditawarkan dalam manifesto itu dilihat tidak munasabah dan hanya lebih bersifat populis dengan matlamat memancing undi pilihan raya.

"Manifesto Pakatan Harapan hanyalah omogan kosong yang kita lihat janjinya tidak boleh ditepati. Mereka hanya memainkan perasaan rakyat dengan mengadakan pelbagai janji populis jangka pendek dan tidak mempunyai hala tuju dan masa depan.



Idea dalam manifesto pembangkang merupakan copy-paste idea 2013 yang sehingga kini langsung tidak ditunaikan oleh mereka. Pendek lata semuanya menipu belaka. Sedangkan sudah dua penggal mereka berjaya kekal di Pulau Pinang dan Selangor. Mahukah rakyat sekali lagi dipermainkan oleh mereka ?

Lima Teras utama yang ditampilkan dalam manifesto pembangkang mengulangi janji-janji kosong menghapuskan tol. Dahulu semasa PRU 13 pun mereka memberi janji-janji yang sama. Namun tak ada satu tol pun yang dimansuhkan sebaliknya dinaikkan lagi.

Janji dan Harapan rakyat dipersia-siakan oleh pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah. 


Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan kata perlu dikotakan dengan menamatkan operasi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor sejak 1 Januari lalu. Justeru itu sewajarnya rakyat melihat siapa yang boleh dipercayai.  


Monday, March 5, 2018

LUNYAI GUAN ENG DI LANYAK WEE KA SIONG




Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang lunyai dilanyak dan disesah oleh Datuk Seri Wee Ka Siong. Guan Eng bolehlah di ibaratkan sudah terkena pukulan TKO tapi masih lagi dihentam sampai lembek. 

Ini berikutan satu lagi desakan yang dibuat oleh Timbalan Presiden tersebut agar menjelaskan jumlah sebenar rasuah yang membabitkan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM 6.3 bilion. 

Ini berikutan dua orang  ahli perniagaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta dan RM3 juta untuk menutup siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Rakyat tergejut bukan hanya sebab penahanan mereka itu , tetapi keberanian mereka mencuba untuk memberi rasuah yang sedemikian banyak wang untuk menutup siasatan yang dijalankan SPRM. Haiiyaa...!!! sudah kena tahan SPRM lagi berani bagi rasuah. Ini memang betul-betul gila punya orang. 

Hal ini bukan sekadar dengar-dengar cakap, tapi ianya sendiri sudah disahkan oleh syarikat terbabit. Memang sahlah projek mega Terowong Lim Guan Eng ini memang ada sesuatu yang besar sedang disembunyikan. 



Ka Siong berkata, rakyat terkejut dengan laporan berita mengenai dua ahli perniagaan dibayar RM22 juta oleh syarikat pembinaan utama projek itu dalam usaha untuk menutup siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas projek terowong serta tiga lebuh raya di negeri itu.

Beliau juga mendakwa pembayaran wang tunai RM22 juta itu disahkan oleh syarikat terbabit.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kerajaan Pulau Pinang tidak lagi boleh mengelak daripada menjawab pertanyaan saya berhubung projek mega terowong dasar laut sejak dua minggu lalu.

"Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang beberapa kali cuba mempertahankan penganugerahan projek terowong itu, namun kenyataan mereka baru-baru ini seperti mereka cuba menjarakkan diri serta 'cuci tangan' daripada skandal ini.

"Ini adalah tindakan pengecut kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka wajar mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan mengakui skandal projek terowong dasar laut itu adalah yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang, yang akan menjejaskan berbilion-bilion duit rakyat Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Selasa lalu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama bagi menutup siasatan projek itu.

Semalam, seorang Datuk ditahan kerana didakwa menerima RM3 juta daripada syarikat pembinaan utama projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Thursday, February 22, 2018

WEE KA SIONG "HENTAK" GUAN ENG SAMPAI "BISU"



Mana pergi kesombongan dan keangkuhan dinasti Lim dalam DAP ? Mana suara Lim Guan Eng yang kononnya hebat berhujah ? Mana pergi semua,  kenapa sudah membisu bagaikan cicak tertelan kapur? 

Itulah orang cakap dulu, jangan berlagak sombong sangat nanti terpeleot nanti sakit. Sekarang apa dah jadi, setiap kali buka mulut....makin terbuka segala kebobrokan dan segala kisah yang tersembunyi.

Guan Eng ingat Wee Ka Siong ni siapa ? ingat dia boleh buli atau kelentong macam Mat Sabu. Pendedahan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkenaan firma China, China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd. (CRCC) yang didakwa hanya dibayar sebanyak lima peratus atau kira-kira RM3 juta oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak kontrak projek terowong dasar laut ditandatangani membuatkan mulut Guan Eng terlopong dan ternganga tak boleh nak jawab.


Hal ini bukan kes kecil bahkan ianya amat serius kerana melibatkan teknikal dan kewangannya dan juga membuktikan bahawa CRCC dan sebuah lagi firma China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) sudah tidak terlibat lagi  dengan projek berkenaan. Macam mana syarikat yang sudah tidak terlibat ada dalam projek ini ? Ini yang buat Guan Eng jadi bisu dalam seminggu ini. 

Hello Guan Eng, ini bukan projek jual kacang putih tepi jalan daa....!!!

Apa yang lebih mengejutkan, Wee juga mendedahkan, syarikat Sri Tinggi Sdn. Bhd  iaitu salah satu syarikat yang disebut-sebut oleh Lim Guan Eng kononnya terlibat dalam projek terowong dasar laut sudah tidak lagi menjadi pemegang saham dan satu lagi syarikat iaitu Juterasi Sdn. Bhd. langsung tidak beroperasi lagi. 

Lim Guan Eng, tolong jawab, "Apa sudah jadi nii???"

Mana mungkin Zenith Contruction Sdn. Bhd. yang baru setahun jagung dengan modal berbayar RM300,000 menjadi kontraktor tunggal dalam projek ini ? T

Tahu tak anda berapa umur Zenith Con. Sdn Bhd. ini ? Syarikat ini baru 82 HARI hidup dalam dunia ini. Syarikat "baby" lagi, makan pun kena suap lagi !

Ini lagi satu kegilaan dan kebodohan Lim Guan Eng dalam menguruskan projek yang bernilai Jutaan Ringgit. Semuanya lebur, caca marba dan melingkup. Cara paling selamat ialah tuduh BN sabotaj projek ini. Rakyat tidak bodohlah nak dipermain-mainkan. 


Jelas sekali, kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai DAP itu telah  menyerahkan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari. Ini mungkin membawa erti syarat kelayakan tender projek kerajaan DAP Pulau Pinang dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM381 juta tidak lagi dilaksanakan kerajaan negeri itu,” 


Sunday, February 18, 2018

PEMIMPIN MCA LEBIH PATRIOTIK




Sejak di bangku sekolah lagi penulis bersekolah di sekolah Kebangsaan yang campur semua bangsa, Melayu, Cina, India, Siam dan lain bangsa. Kami semasa kecil tidak kenal ras atau bangsa. Kami berkawan, bergaduh dan kembali berkawan bersama-sama seperti satu keluarga. 


Semasa menyambut perayaan samada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru China atau Deeppavali penulis dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang bersama-sama meraikan bersama dengan mengunjungi rumah rakan-rakan. Lagi pun jiran-jiran bukan Islam menyediakan khas makanan halal untuk kami. 


Seronok jika ingat zaman kanak-kanak. Zaman dimana tiada hasutan, tiada perasaan benci dan adu domba. Semua kaum dapat hidup aman dalam satu kampung. Itulah saat manis dan indah yang penulis masih ingat semasa di tinggal di kampung. 


Namun kemurnian dan nikmat hidup bermasyarakat di uji dan telah dicemari dengan agenda jahat cauvinis DAP yang begitu angkuh, biadap dan mementingkan diri sendiri. DAP tidak boleh dirujuk sebagai parti yang membawa agenda sesuatu kaum. DAP merupakan satu parti yang membawa agenda sekumpulan manusia yang mementingkan keuntungan sendiri. 


Tidak pernah satu tempat yang mereka lewati tidak berlaku perpecahan. Jika ditanya pernahkah pemimpin DAP hidup bersama-sama masyarakat kampung yang miskin, jawapan sudah tentu tidak ! tidak ada dalam agenda mereka untuk penduduk diluar bandar. Isu yang selalu mereka bangkitkan ialah Hak Kaum Bumiputra kononnya tidak adil dan berat sebelah.


Isu ini dimainkan di hadapan orang-orang Cina bagi membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap keistimewaan orang Melayu. Sedangkan keisitimewaan ini langsung tidak mencuit hak-hak kaum lain yang menjadi warganegara Malaysia. 


Semua kaum di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka tidak pernah langsung mempersoalkan sedikit keistimewaan yang ada pada orang Melayu dan bumiputra yang lain. Tidak pernah sehinggalah datangnya penghasut PAP dan anak didiknya DAP menyertai Malaysia. 


Walaupun dalam suasana perayaan Tahun Baru Cina ini pun pemimpin cauvinis DAP memainkan sentimen perpecahan. Pemimpin cauvinis DAP penuh belagak, sombong dan angkuh menghina pemimpin MCA dengan menyatakan "MCA leader slain, Kit Siang hails DAP triumph in battle of CNY video". 


Kit Siang begitu angkuh kerana merasakan DAP telah kalahkan MCA dalam video Chinese News Year yang ditularkan. Bagi DAP kekuatan mereka hanya ada pada kaum cina. DAP tidak langsung menjaga hati orang Melayu seolah-olah mereka boleh menang tanpa orang Melayu.  


Lim kit Siang tidak pernah peduli semua itu, mengikut logiknya Video CNY DAP lebih 8,411 kali lebih dari MCA pada nya satu bukti kononnya DAP masih lagi menjadi pilihan kaum Cina. Dengan angkuhnya dia mengistiharkan " Pemimpin MCA telah kalah". 


Kita sedar kuasa media juga penting dalam menentukan kemenangan sesuatu kempen, tapi dalam pada itu kita perlu sedar bahawa betapa banyaknya segala penipuan yang dibuat atas nama media. 

DAP hanya memandang dengan sedikit kelebihan atau seperti yang mereka ungkapkan "kemenangan" dalam video CNY melebihi video MCA. Mereka terlupa posisi undi di Malaysia tidak hanya kepada sesuatu kaum. Di Malaysia kita ada kaum Melayu sebagai mejoriti, Cina, India dan lain-lain kaum. 

Apakah DAP mahu mengenepikan undi mereka ? Tahukah DAP bahawa tanpa undi dari kaum-kaum lain mereka tidak akan berjaya berkuasa seperti hari. Begitu sekali mereka memperlecehkan kaum lain terutama orang Melayu. 

Tidak hairanlah orang Melayu dan lain-lain kaum memandang DAP seperti musuh, bukan salah mana-mana kaum....tetapi salah DAP yang tidak menghormati hak-hak mereka sebagai pengundi. 


Sejak DAP berkawan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang mempunyai masalah dengan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib, DAP sudah merasakan akan kemenangan sudah berada dipihaknya. Sebab itulah DAP tidak sangsi dengan penyokong-penyokong Tun akan memberi undi Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 


Sebenarnya DAP tersilap, ramai dikalangan pemimpin DAP dan penyokong DAP sangat membenci bekas Perdana Menteri keempat itu. Jika DAP rasa orang Melayu akan menyokong mereka, DAP sebenarnya bermain dengan api yang bila-bila masa boleh membakar diri mereka sendiri. Siapa yang pernah lupa cacian Tun Mahathir kepada DAP sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun ? 


Berbanding dengan sokongan orang Melayu kepada pemimpin MCA, jelas...kebanyakkan orang Melayu lebih mudah memberi undi kepada MCA dibawah payung Barisan Nasional kerana bagi mereka pemimpin MCA lebih dilihat patriotik dan setia kepada Negara berbanding pemimpin DAP dan Pakatan yang dilihat banyak menemui pemimpin musuh negara.


Pemimpin MCA dilihat lebih mesra dengan rakyat dan sentiasa suka membantu samaada mereka dipilih atau tidak dikawasan tersebut. Ini jelas menunjukkan betapa MCA sentiasa iklhas membantu rakyat tanpa mengira siapa mereka. 


Tidak seperti DAP yang suka menaguk di air yang keruh. Setiap kali terjadi konflik antara orang Melayu DAP akan datang menambah minyak dalam api. Pada DAP perbalahan antara orang Melayu merupakan satu keuntungan politik kepada mereka. Sebab itulah mereka menerima Tun Mahathir yang selama ini menentang DAP selama ia berkuasa. 

DAP PARTI CAUVINIS YANG BAHAYA KEPADA PERPADUAN NEGARA 

Saturday, February 17, 2018

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI PRESIDEN MCA



YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA
CHINESE NEW YEAR MESSAGE
16 FEBRUARY 2018

As we celebrate and welcome the new lunar year, I would like to wish all Malaysians good health, harmony, prosperity and success in all your undertakings. This is truly an auspicious occasion, bringing with it the promise of fresh opportunities, new beginnings and the chance for all of us to once again come together to create a bright future for our nation.

This past year has been a transformative one for Malaysia. Our domestic economy continues to grow at a steady pace, even as the strengthening Ringgit points to improved investor sentiment. With a myriad of nation-building projects well underway, including upgrades to our transportation infrastructure, we are on track to become a developed nation on the global stage.

Looking ahead, 2018 is certainly shaping up to be a prosperous one for the Rakyat. As always, your Barisan Nasional Government is focused on catering to the needs and welfare of Malaysians. Most notably, the reductions in income tax which was tabled during the recent Budget 2018 will provide households with greater disposable income and spending power.

In tandem, MCA too has been and will continue to be a champion for the Chinese community. We remain tireless in our efforts to provide aid and support, be it in terms of access to quality education, revitalisation of new villages, or encouraging businesses to grow. On the international front, MCA is proud to play a pivotal role in strengthening diplomatic ties with China, as Malaysia stands to benefit greatly from the China One Belt One Road initiative.

It goes without saying that 2018 is an important year for all of us. On our part, MCA looks forward to continue representing and serving the Chinese community in the Government. We are steadfast in our dedication towards our responsibilities. As a Party built on values of moderation, acceptance, mutual cooperation and progress, we believe we can continue to do our part for our nation and the Rakyat.

May this Lunar New Year be filled with goodwill, abundance and happy reunions with family and friends. To those travelling over the long weekend, be sure to drive safely and practice road safety habits.

Gong Xi Fa Cai!

Friday, February 16, 2018

PAKAR SAHKAN TEROWONG DASAR LAUT BAIK......


PAKAR SAHKAN TEROWONG DASAR LAUT BAIK JANGAN BUAT !

Apa kepakaran Lim Guan Eng ? Dia tahu ke bab-bab engineer ni ? Tak ada langsung. Jika nak banding pengatahuan dia dengan Dato Seri Ir. Dr Wee Ka Siong bagaikan langit dan bumi. 

Atas sebab kebodohannya jugalah berlaku banjir luar biasa di Pulau Pinang dan tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa. Mahukah kita beri lagi tempat kepada pemimpin yang bodoh dan menyusahkan rakyat ?

Menurut beberapa pakar kejuruteraan tempatan, projek kerajaan DAP Pulau Pinang membina terowong dasar laut yang menghubungkan Bagan Ajam ke Persiaran Gurney hanyalah satu pembaziran besar-besaran yang tak ada manfaat langsung bahkan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. 

Pada mereka projek berkenaan hanya akan menambahkan lagi kesesakan di bahagian pulau. Tak akan berlaku pengurangan kesesakan lalu lintas seperti mana kenyataan pemimpin Kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang. 


Kerajaan Pulau Pinang  sepatutnya  menyediakan satu analisis manfaat kos sebelum meneruskan  pembina terowong dasar laut itu. Analisis tersebut perlulah me­rangkumi kos sosial dan kos alam sekitar. Ianya bagi memastikan pembi­naan laluan ketiga itu rele­van dengan keperluan semasa dan jangka panjang sekurang-ku­rangnya untuk tempoh 20 tahun lagi. Itulah yang di perjelaskan oleh Pensyarah Pe­ran­cangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad.

Menurut beliau lagi, analisis itu juga perlu mengenal pasti permukaan bentuk muka bumi negeri tersebut kerana tanah di Pulau Pinang tidak mempunyai sifat je­le­ketan atau cohesive iaitu tidak melekat dan ini tidak sesuai untuk digali bagi tujuan pembinaan terowong.

“Cerunnya ter­di­ri daripada pa­sir berlodak bercampur batu-ba­tu besar dan ini menyebabkan binaan mudah gelincir.


“Walaupun analisis ini akan menelan belanja yang tinggi tetapi kerajaan negeri perlu menye­dia­kannya kerana sudah tentu penduduk Pulau Pinang tidak mahu kemudahan itu akan membe­bankan mereka pada masa akan datang,

Pakar kejuruteraan terowong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Othman Che Puan menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya memastikan kapasiti penggunaan jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang kini pada tahap 50 peratus ditingkatkan dan bukannya membina projek berke­naan.

Beliau yang juga Dekan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM berkata, pembinaan terowong dasar laut adalah rumit malah banyak projek seumpamanya di luar negara bukan sahaja mengambil masa yang lama untuk disiapkan malah menelan perbelanjaan yang besar berbanding membina jambatan.

“Saya bagi contoh pembinaan terowong dasar laut di Istanbul yang menghubungkan sebelah Ero­pah dan Asia bandar raya itu, walaupun jaraknya hanya lima kilometer (km), lebih pendek da­ri­pada apa yang hendak dibina di Pulau Pinang namun ambil masa lima tahun, kira-kira setahun untuk setiap km.

“Justeru, bukankah lebih baik kerajaan negeri meningkatkan per­khidmatan pengangkutan a­wam seperti feri dan bas, selain be­kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan tempatan bagi menambah bilangan penerbangan ke negeri tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini yang menyenaraikan empat sebab ke­napa tidak perlu membina tero­wong dasar laut di Pulau Pinang termasuk pemberian tender se­dekad lebih awal kepada kontraktor.

Menurut Othman, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelbagai alternatif bagi meng­urangkan kesesakan di Pulau Pinang bukan hanya bergantung sepenuhnya dengan membina terowong dasar laut.

“Jika memang perlu ada laluan ketiga dan keempat untuk masuk ke Pulau Pinang ia perlu mengambil kira jenis laluan tersebut sama ada jambatan atau terowong, bergantung pada peruntukan kewa­ngan dan kesan atau impak terhadap ekosistem,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pe­ran­cangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata, Ketua Menteri Pulau Pi­nang, Lim Guan Eng ” katanya.

Sunday, February 11, 2018

PAKAR PUTAR BELIT TERBELIT DENGAN PENIPUAN SENDIRI



Serangan bertali arus Timbalan Presiden MCA, Datu Seri Dr Wee Ka Siong terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya kepada Ketua Menterinya Lim Guan Eng berjaya memerankap dan mengucar kacirkan  sehingga terburai cerita-cerita yang tidak diketahui oleh rakyat. 

Lim Guan nampak jelas terkesan dengan serangan yang dilancarkan oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh Wee Ka Siong. Walau pun segala macam penerangan yang Lim Guan Eng berikan, akhirnnya semua itu menjadi senjata yang makan tuan, kerana timbul pelbagai persoalan baru yang mengelirukan. Senang cakap Guan Eng terperangkap dengan dengan kenyataannya sendiri. 

Selalu sangat membelit akhirnya terbelit  dia terbelit diri sendiri. Gelaran "master of trickery" paling sesuai untuk Lim Guan Eng, yang kini kantoi berbohong di dewan negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Datuk Seri Wee Ka Siong beliau menimbulkan persoalan berkenaan kontraktor utama CRCC. Kenyataanya seperti dibawah. 


Sesungguhnya tidak masuk akal apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng  mencadangkan Menteri Pengangkutan Dato 'Sri Liow Tiong Lai memberi tekanan kepada China Railyway Construction Corporation Ltd (CRCC) untuk menarik diri daripada projek Terowong Pulau Pinang yang kontroversi.

Jika betullah projek itu berada dilandasan yang betul, tidak ada sebab bagi CRCC untuk menarik diri daripada projek RM6.3 bilion yang telah dianugerahkan.

Memandangkan beliau menegaskan bahawa CRCC masih merupakan kontraktor utama untuk projek Terowong Pulau Pinang, pastinya mudah baginya untuk mendapatkan CRCC untuk mengeluarkan penafian.

Bagaimanapun, baru-baru ini Guan Eng berkata bahawa CRCC tidak pernah berhubung dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Ini bagaikan satu letupan bom apabila kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat berkomunikasi dengan kontraktor utama yang dikatakan sebagai projek mega terbesar mereka. Guan Eng, saya fikir pelantikan kontraktor utama adalah prerogatif SPV dan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri?

Berdasarkan maklumat yang diterima dari sumber-sumber industri kejuruteraan yang kemudiannya disahkan oleh EXCO Chow Kon Yeow, baru-baru ini, CRCC dikontrakkan sejumlah US $ 22 juta (lebih kurang RM69 juta) untuk menjalankan kerja-kerja reka bentuk terperinci untuk 3 jalan raya dan terowong.

Ini mengejutkan kerana skop reka bentuk terperinci adalah skop terbesar di antara laporan bernilai RM305 juta yang kerajaan negeri Penang membayar SPV Tunnel untuk.

6. Mengikut angka-angka yang dikeluarkan oleh EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng, komponen kos reka bentuk terperinci bagi 3 jalan raya dan terowong ini menambah sehingga RM253.8 juta (RM177.5 untuk 3 jalan raya dan RM76.3 juta untuk terowong) daripada RM305 juta.

Memandangkan CRCC hanya dibayar RM69mil untuk semua rekaan terperinci yang merupakan sebahagian besar kerja, apa sebenarnya skop yang 34 perunding yang lain dibayar untuk layak baki RM236 juta daripada RM305 juta?

Bahkan lebih membimbangkan ialah saya diberitahu bahawa CRCC tidak dapat meneruskan projek kerana mereka hanya menerima 5% (atau sedikit lebih RM3 juta) dari kontrak RM69mil mereka sejak projek terowong itu diberikan 5 tahun yang lalu.

Bagaimanakah anda mengharapkan CRCC untuk terus bekerja jika mereka tidak menerima bayaran yang dipersetujui?

Keadaan ini betul-betul membimbangkan kerana bagaimana kontraktor induk projek RM6.34 bilion hanya menerima jumlah yang agak kecil dalam tempoh 5 tahun? Sekiranya ini benar, adakah ini tidak mencerminkan kekuatan kewangan SPV terowong?

Adakah ini mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berani menjawab cabaran yang saya berulang sepanjang minggu lalu untuk membuktikan berapa banyak yang telah dibayar oleh CRCC sejak projek itu telah diberikan 5 tahun yang lalu?

Adakah ini juga mengapa BUCG telah mengeluarkan secara senyap dari projek itu dan hanya mempunyai 0.0057% pegangan saham sebelum Ketua Menteri membuat persembahan awam untuk didakwa "menendang mereka" dari Pulau Pinang?

Adakah ini juga sebab mengapa Mudajaya Group Bhd yang tersenarai di Malaysia berundur dari projek itu walaupun secara rasmi dianugerahkan kontrak RM810 juta untuk membina satu daripada 3 jalan raya dan, dalam penyerahan rasmi mereka ke Bursa Malaysia pada November 2017, Mudajaya telah menyebutkan bahawa pelbagai Ketidaktentuan projek adalah sebab utama pengeluaran mereka?

Gelaran  pakar putar belit terbaik negara memang paling sesuai untuk Lim Guan Eng, yang kini kantoi berbohong di dewan negeri Pulau Pinang.


Dia melabel saya sebagai "pembangkang bersiri politik", padahal sebenarnya dia nampaknya mengalami pelbagai gangguan personaliti. "Petik" beliau begitu baik yang dibuat bahawa dia telah menipu dirinya untuk menipu orang ramai dan membina reputasi palsu.

Guan Eng tak puashati dengan media arus perdana kononnya tidak berlaku adil dalam laporan berkenaan Terowong Dasar Laut. Beliau juga tidak lagi dapat menahan amarahnya kepada Datuk Wee Ka Siong. 

Dia juga tidak pasti adakah projek terowong itu boleh diteruskan seperti dalam perancangan kerana menurutnya semua nya telah di sabotaj oleh BN. Tengoklah betapa senang dia melepaskan tanggungjawabnya kepada kerajaan negeri pimpinannya. 

Tuesday, January 30, 2018

ROS SIASAT STATUS CEC DAP !



Nampaknya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang terbaru ini tidak dapat lari dari kontroversi. Kejayaan dua beranak Dinasti Lim mengekalkan kedudukan mereka memang menimbul banyak spekulasi.  Bagaimana seorang yang dipenuhi dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa masih lagi diberi tempat dalam DAP. Sudah tentu ianya mengundang banyak tanda soal.

Justeru itu siasatan yang telus dan terperinci pihak Jabatan Pendaftaran Perutubhan (ROS) amatlah diharapkan bagi perkara ini. ROS pun masih lagi menjalankan sisatan mengenai aduan akar umbi ahli DAP terhadap pemilihan semula CEC DAP  tahun lepas yang didakwa tidak sah dan tidak mengikut undang-undang. 

Sehingga kini ROS masih mennyiasat dan belum ada lagi sebarang keputusan berhubung dengan status CEC DAP. dan kedudukan parti itu. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pengarahnya sendiri, Surayati Ibrahim, yang menyatakan status parti tersebut masih belum diputuskan kerana siasatan masih belum selesai.

“Setakat ini belum diputuskan (status sama ada CEC DAP sah atau tidak sah), ia masih lagi dalam siasatan,”

Menunggu keputusan siasatan ini membuatkan pemimpin DAP terutama Lim Guan eng dan Lim Kit Siang dalam dilema. Seolah-olah menunggu hukuman mati. Adakah ROS akan membuat kejutan sebelum PRU 14 ini ? DAP perlu bersedia dengan segala kemungkinan sahaja.  Hanya mereka yang tahu samada mereka menipu atau tidak dalam pemilihan yang diadakan. 

ROS sewajarnya membuat keputusan segera me­ngenai sta­tus pemilihan se­mula CEC DAP sama ada sah atau tidak kerana aduan daripada 16 perwakilan dan ahli DAP yang mahukan pemilihan diadakan semula. 

Nampaknya drama pemilihan DAP tidak pernah habis, bantahan demi bantahan di buat oleh ahli DAP sendiri kerana mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan mereka yang memalukan. Ini lah sejarah DAP yang mempunyai pemimpin yang penuh dengan skandal dan penyelewengan. 

DAP hari ini bagaikan sebuah parti segala yang dimiliki oleh "perompak" dan "penyamun" 

Bantahan terhadap pemilihan CEC DAP pada 12 November 2017 itu melibatkan pelbagai isu termasuk kertas undi tidak diletakkan nombor siri dan nama calon, tiada pa­meran senarai nama calon di media dan proses pengiraan undi dibuat secara tertutup tanpa sebarang pemerhati dan wakil.

Antara yang membuat aduan kepada pihak ROS adalah Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Asam Kumbang, Santokh Singh yang mendakwa pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Sebelum ini, CEC DAP didapati tidak sah dan terbatal oleh ROS sebanyak dua kali iaitu pada 15 Disember 2012 dan 29 September 2013.



Thursday, January 25, 2018

GUAN ENG TUNJUK KUKU BESI



Siapa yang menentangnya akan mendapat mendapat balasan yang setimpal. Itulah yang berlaku kepada Teh Yee Cheu yang menjadi mangsa kezaliman DAP. Kerana berani menentang Lim Guan Eng, semua pekerja di Pejabat DUN nya dipecat kerana sikap Teh yang begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. 

Jelas sekali perangai kejam Dinasti Lim terhadap pengikut mereka sendiri begitu kejam dan zalim. Ini adalah balasan kepada mereka yang berani melawan Dinasti Lim, satu Dinasti parti politik yang paling lama di Malaysia. 

Mereka dibuang tanpa asbab musabab yang mewajarkan tindakan itu dibuat, dan paling menyedihkan tiga hari selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, seorang kakitangan Yee Cheu yang enggan dikenali berkata, dia terkilan ke­rana diberi notis pemberhentian kerja dalam tempoh singkat serta tanpa alasan yang kukuh.

Apa yang lebih malang ada dikalangan kakitangan Yee merupakan ahli seumur hidup DAP yang taat setia pada pejuangan DAP. Siapa sangka begini akhirnya perjuangan mereka ditamatkan oleh rakan seperjuangan, bukannya lawan. Inikah hasil dari kesetiaan mereka kepada DAP ? 

Samada  mereka suka atau tidak, mereka perlu meninggalkan parti DAP yang penuh dengan kezaliman dan kuku besi. 

Bukan kali pertama Yee diperlakukan begini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, sejak dulu lagi peruntukan sebanyak RM6000 kepada pusat khidmatnya disekat. Malahan sebagai Wakil Rakyat, beliau dihalang untuk mengurus bantuan banjir untuk penduduk dikawasan Tanjung Bungah yang berjumlah RM700.

Begitu juga dengan bantuan tahunan untuk pusat khidmatnya yang berjumlah RM200,000. Semuanya disekat tidak diberikan. Inilah wajah sebenar DAP yang disanjung oleh pengikut dalam Pakatan Harapan. 

Begitulah wajah sebenar DAP kepada mereka yang tidak tahu siapakah DAP dan Dinasti Lim. Mereka tidak segan silu bertindak zalim kepada orang yang menentang mereka. 



.