Wednesday, June 21, 2017

TIPU MUSLIHAT DAP LETAK CALON MELAYU



Pengundi Melayu perlu berhati-hati dengan taktik DAP yang dijangka meletakkan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang bagi menarik sokongan mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru pengundi Melayu dan Islam perlu memilih calon berdasarkan parti dan bukannya individu kerana parti yang akan menentukan perjuangan memartabatkan Islam.


“Saya percaya mereka (DAP) akan letak ramai calon Melayu di kawasan majoriti Melayu bagi mengelirukan masyarakat untuk menyokong mereka.

“Dia (calon DAP) mungkin orang Islam, mungkin berjubah dan sebagainya, tetapi apabila mewakili parti DAP atau pembangkang, perjuangannya tidak seperti UMNO yang memperjuangkan Islam selaku parti dominan dalam Barisan Nasio­nal (BN),” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Tadarus al-Quran peringkat Parlimen Bera yang disertai 700 orang di Masjid Darul Fikri, di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, taktik DAP meletakkan calon-calon Melayu dilihat memberikan ke­lebihan kepada calon mereka untuk mendekati dan berkempen secara terus de­ngan masyarakat Islam.


“Dari segi kempen, tentulah calon DAP boleh masuk ke dalam masjid untuk berkempen dan bercakap soal agama yang mana orang Melayu akan menerima dia sebagai pe­mimpin, bukan berdasarkan parti tetapi dia orang Melayu dan Islam. 


 “Jadi janji-janji dia untuk memperjuangkan Islam lebih dipercayai berbanding dengan calon DAP daripada masyarakat lain yang bercakap soal hendak memperjuangkan Islam,” kata­nya.
Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan kepada jumlah kerusi, DAP akan terus menguasai Pakatan Harapan dan menjadi dominan.


Katanya, perpecahan Melayu yang mempunyai tiga parti dalam pakatan pembangkang akan dapat memastikan DAP terus dominan dan menentukan sebarang keputusan yang dibuat.
“Lebih-lebih lagi DAP akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu se­perti di Raub dan Mentakab yang akhirnya DAP akan me­nguasai kerusi yang banyak dan berkuasa memilih Perdana Menteri,” ujarnya


No comments:

Post a Comment