Showing posts with label Datuk Dr. Liow Tiong Lai. Show all posts
Showing posts with label Datuk Dr. Liow Tiong Lai. Show all posts

Wednesday, October 4, 2017

AHLI BENGANG, KIT SIANG PERTAHANKAN ANAK



Nampaknya veteran DAP, Lim Kit Siang tak boleh langsung jika ada orang yang menyentuh kedudukan anak kesayangannya Lim Guan Eng kerana sehingga kini masih buat bodoh je berkenaan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Gesaan akar umbi yang mahukan pemilihan semula CEC secepat mungkin dia buat tak reti saja. Padahal ini juga adalah arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kata Naib Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan Klang, L.P Pannerselvam. 

Kit Siang sampai hari ini buat tak reti saja desakkan pemilihan semula CEC. Bukan kita tak tahu dia mahu mengekalkan Dinasti Lim dalam DAP sampai bila-bila. Tak ada lagilah dalam dunia ini parti dikuasai oleh satu keluarga melainkan DAP. Samalah macam PAP, hari ini kita lihat Perdana Menteri Singapura dikuasai oleh keluarga Lee. Sememangnya DAP dan PAP satu DNA.

Mereka kalau bercakap berkenaan Demokrasi bukan main lagi hentam UMNO, MCA dan MIC. Selalunya sasaran DAP ialah MCA. Ini kerana DAP mahukan sokongan orang Cina kepada mereka. Padahal apalah sangat sumbangan DAP kepada kaum Cina. Asyik menipu dengan janji-janji kosong sahaja. 

Nak tak nak DAP kena buat pemilihan ini selewat-lewatnya pada bulan Disember ini seperti yang telah diarahkan oleh ROS. Sebelum itu DAP kena dedahkan senarai semua nama perwakilan serta cawangan. Jangan nak kelentong lagi ahli seperti pemilihan lepas. Jangan sampai pemilihan kali ini tak sah lagi.

Namun kita yakin DAP ni pakar buat drama,entah drama apa pula kali ini mereka nak buat. Harap ahli DAP bijak untuk membuat keputusan agar DAP tidak lagi di dominasi oleh perosak dari Dinasti Lim. 


Pada 20 Julai lalu Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menegaskan DAP perlu akur dengan arahan jabatan itu supaya mengadakan pemilihan semula CEC.

Menurutnya, kegagalan DAP berbuat demikian menyebabkan CEC yang sedia ada bukan sahaja tidak diiktiraf, melah tidak boleh berfungsi secara sah.


Dalam pada itu, Pannerselvam tidak menolak kemungkinan Kit Siang dan Guan Eng bimbang akan hilang jawatan jika pemilihan semula CEC diadakan berikutan kerjasama DAP dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


“Saya difahamkan sebilangan besar ahli DAP di peringkat akar umbi tidak bersetuju dengan tindakan DAP adakan kerjasama de­ngan PPBM terutama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mereka tidak puas hati kerana kerjasama itu tidak memberi




Monday, September 25, 2017

DAP WAKIL KEPADA PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN



Sejak Merdeka sehingga hari ini tidak ada satu pun pembangunan yang di buat oleh pembangkang. Perpaduan dan keharmonian antara kaum ini pun diusahakan oleh perikatan Barisan Nasional. Bukan satu perkara yang mudah untuk memupuk persefahaman antara kaum. Mesti ada tolak ansur dan memahami dan menghormati sensitiviti antara kaum. Barisan Nasional sehingga kini masih lagi berjaya mempertahankan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang mana negara luar yang mempunyai satu etnik pun sukar melakukannya. 

Kerana apa ? Kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak suka kepada pergaduhan dan pertumpahan darah. Sikap sebeginilah yang perlu kita kekalkan dan diwarisi kepada anak cucu kita.

Namun sejak kehadiran parti DAP, sedikit demi sedikit nilai murni persefahaman dan perpaduan kaum cuba di ganggu gugat oleh mereka. Pada awal kemunculan mereka, DAP cuba memainkan sentimen perkauman, DAP telah mengganggu gugat keharmonian kaum dengan memainkan sentimen perkauman dengan membawa aliran membenci orang Melayu. 

Selama beratus-ratus tahun masyarakat Cina tinggal bersama orang Melayu tanpa ada pergeseran kini cuba di robek oleh DAP. Masyarakat Cina hidup dengan aman damai sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Orang Melayu menerima masyarakat Cina ketika itu sebagai saudara, sahabat, rakan kerana ketekunan, kerajinan dan kesetiaan masyarakat Cina kepada Sultan dan Tanah Melayu ketika  itu.

Bahkan disaat-saat negara diancam komunis pun orang Melayu, Cina dan India berkerjasama menentang kezaliman dan kekejaman pengganas komunis. 

Namun selepas hari kemerdekaan dan tertubuhnya Parti DAP, mereka mula memainkan jarum perpecahan dan perkauman. Hubungan baik dan kerjasama erat antara orang Melayu dan Cina dipandang dengan penuh dengki dan khianat. Orng Cina yang bekerjasama dengan orang Melayu diaanggap penakut dan tak berani.Kebiadapan dan niat jahat DAP ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menimbulan kemarahan masyarakat Cina kepada orang Melayu. 


Syukurlah MCA sebagai wakil kaum Cina bertindak bijak dan berhemah. Segala usaha jahat DAP ditangkis dengan memberi khidmat yang baik kepada semua golongan masyarakat termasuk orang Melayu, India, Cina dan lain-lain. 

Niat ikhlas dan gerak kerja penuh semangat MCA telah menunjukkan peningkatan sokongan kaum Cina kepada BN. Ini ditunjukkan pada pilihanraya kecil yang lepas di Teluk Intan dan Kuala Selangor. Jelas sekali kaum Cina menolak politik perkauman dan kebencian yang di bawa oleh DAP.

MCA di bawah kepimpinan Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Dato' Sri Wee Kaa Siong telah menunjukan satu kerjasama erat bermula dari peringkat bawaahan sehinggalah keperingkat atasan. Banyak masalah rakyat telah diselesaikan dan hubungan dengan rakyat pun bertambah mesra dan erat. 

Dalam beberapa majlis terutama pada Hari Malaysia 16 September yang lalu, komuniti Cina yang hadir diluar pada jangkaan. Mereka keluar beramai-ramai bagi menujukkan patriotisme yang tinggi kepada negara.  Ini jelas menunjukkan masyarakat Cina  hari ini yakin dengan kerajaan Barisan Nasional. Boleh dikatakan majlis anjuran MCA mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Cina. 








Sunday, August 13, 2017

ECRL : PEMBANGKANG CUBA CETUS KONTROVERSI




Sebenarnya kita sudah boleh agak akan serangan pembangkang apabila ECRL  dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Serangan ini bukan bermula baru-baru ini bahkan sejak Perdana Menteri membuat lawatan ke negara China pada awal projek ini dahulu.

Bukan sekali penerangan dan penjelasan telah di buat oleh kerajaan berkenaan dengan hubungan Malaysia dan China atas isu ECRL ini, namun mereka memilih untuk buat-buat tidak faham dan menghasut rakyat demi kelangsungan politik sempit mereka.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkali-kali menjelaskan bahawa kerjasama antara Malaysia dan China merupakan hubungan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Tuduhan bahawa China bakal menjajah Malaysia melalui projek-projek usahasama merupakan tuduhan yang dangkal dan tidak berpijak kepada fakta yang sebenar. Ianya lebih kepada ingin membakar sentimen perkauman.

Mereka bukan tidak tahu betapa pentingnya projek ini kepada rakyat Pantai Timur. Sudah lama rakyat disini mengidam-idamkan pembangunan dan kemajuan. Inilah masa dan ketikanya kerajaan membuktikan keikhlasan dengan membawa pelaburan yang besar ke tiga negeri di Pantai Timur.

Tiong Lai juga mengingatkan agar rakyat berhati-hati dengan golongan yang cuba merosakakn hubungan antara Malaysia dan China tanpa memikirkan kepentingan negara di masa hadapan. Mereka tidak fikir lain melainkan kepetingan politik mereka, jadi usahlah berharap mereka akan fikir periuk nasi rakyat. 


Bagi pembangkang ECRL ini hanya akan merugikan negara dan rakyat tanpa menilai kebaikannya pada masa akan dantang. Apakah mereka fikir landasan sepanjang 688 kilometer ini di bina dengan sia-sia. Bayangkan berapa banyak perniagaan bakal hidup, berapa banyak kargo dapat diangkut dengan lebih efisyen, berapa masa dapat dijimatkan dan berapa ramai pelancong akan dapat melawat tempat-tempat yang mereka rancang dengan mudah dan selesa. 

Friday, July 28, 2017

TAMAT SUDAH DRAMA PENIPUAN DAP





Kecelaruan dalam Pakatan semakin hari semakin melebar. Apa tidaknya selepas pengumuman pakatan harapan menggunakan satu lambang iaitu HARAPAN sebagai lambang parti pakatan dalam menentang Barisan Nasional, penykong tiap-tiap parti berbalah siapa bakal PM pakatan HARAPAN.

Di tambah lagi dengan gelagat Pengerusi HARAPAN Tun Mahathir yang selalu buat pusingan u-turn. Pening juga pemimpin Pakatan seperti  Mat Sabu, Hisyamuddin Rais, Azmin Ali cuba menyucikan kembali Tun Mahathir di mata penykong pakatan.

Setiap kali mereka cuba menyerang Barisan Nasional dengan isu lapuk terutama 1MDB dan GST mereka pula dilanda krisis dalam yang semakin meruncing. Penyokong dan ahli mereka sendiri bergasak mahukan namakan seorang sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (jika menang pilihanraya).

Macammanalah nak menyelamat Malaysia jika parti sendiri penuh dengan segala masalah yang tak selesai sampai hari ini. Contohnya DAP dengan masalah pemilihan CEC mereka yang tidak pernah sudah.

 Apa lagi yang DAP nak menipu pengundi cina? Apakah dengan menyalahkan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) DAP boleh terus membohongi rakyat bahawa tiada penipuan dalam pemilihan CEC. Orang macam ni kah nak diletakkan sebagai penyelamat Malaysia. Lawak apakah ini ?

Oleh itu tidak hairan jika DAP memindahkan semua kelemahan mereka kepada MCA, jika ianya melibatkan kaum Cina. Segala kekurangan dan masalah kaum Cina DAP akan cari MCA untuk disalahkan. Padahal apa yang sudah DAP bantu kaum Cina di Malaysia ? Tidak ada satu pun melainkan ianya memberi manfaat kepada mereka.

Apa yang dibuat MCA  jauh lebih besar mafaatnya kepada masyarakat terutama kaum Cina jika nak dibandingkan dengan DAP.

Wednesday, June 28, 2017

SIKAP PROFESIONAL KREW AIR ASIA MENDAPAT PUJIAN MENTERI





Dalam situasi kecemasan ketenangan amat diperlukan bagi seseorang ketua dalam menentukan hala tuju dan membuat keputusan. Apatah lagi apabila saat kecemasan itu berlaku diruang udara. Tentulah sikap yang profesional dan tenang amat didambakan saat itu.


Begitulah yang berlaku kepada pesawat Air Asia X D7237 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Perth Australia. Tahniah diucapkan kepada Semua Krew kabin dan pilot dalam pesawat tersebut kerana dapat mengawal keadaan penumpang yang cemas  ketika itu.


Berita yang menjadi perhatian seluruh dunia juga mendapat pujian daripada Menteri Pengangkutan Malaysi.  Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memuji kecekapan juruterbang serta anak kapal Air Asia X kerana Berjaya mengawal keadaan sehingga pesawat Berjaya di daratkan. Namun begitu bagi Liow, perkara ini amat serius dan beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa bagi melakukan siasatan penuh terhadap insiden ini.


Pesawat tersebut yang tiba-tiba bergegar selepas 90 minit memulakan penerbangan. Ia dikatakan berpunca dari masalah teknikal. Ketika penerbangan AirAsia X D7 237, satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam satu oil pump serta merosakkan sistem hidraulik sebelum 'ditelan' oleh enjin.


Ketidakseimbangan bilah kipas ini mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterbang mematikan enjin tersebut dan berpatah balik.


"Namun untuk dua jam seterusnya gegaran yang kurang sedikit kekuatannya masih berlaku kerana satu fenomena yang digelar 'efek kincir angin' yang mana bilah kipas tersebut diputarkan oleh angin akibat pesawat itu menujah ke hadapan.


Juruterbang pesawat tersebut dengan begitu profesional telah  berjaya mengawal keadaan kapal terbang serta berjaya menenangkan penumpang yang dalam keadaan amat cemas.
Pesawat Airbus A330 berjaya mendarat dengan selamatnya bersama 359 orang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 10 pagi, Jun 25, 2017.


Kesemua penumpang telah dipindahkan ke pesawat gentian yang telah disediakan pada jam 11.40 malam pada hari yang sama.


Monday, June 26, 2017

DOJ PERLU BUKTIKANNYA DI MAHKAMAH



Sebenarnya isu 1MDB bukan sekadar isu politik pakatan rakyat, tetapi ianya juga cerita survival kapitalis rakus yang tidak mahukan kerajaan campurtangan dalam mengurus projek-projek besar dalam Negara. Tangan-tangan ghaib inilah yang melihat 1MDB sebagai satu masalah besar kepada mereka. Kapitalis ini hanya mahukan kekayaan yang mereka "rompak"selama ini tak diganggu gugat oleh kerajaan, manakala pembangkang pulamahu mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan melalui 1MDB melalui bantuan kewangan kapitalis rakus.

Kenyataan ini bukan omongan kosong penulis, ianya telah dibuktikan oleh Nurul Izzah apabila dia menjanjikan Justo bakal mendapat projek-projek kerajaan andai pembangkang Berjaya menumbangkan kerajaan jika dia menjual dokumen-dokumen yang ada kaitan dengan 1MDB. Permainan rakus mereka bukan sahaja melibatkan taikun-taikun dalam negara, ia juga melibatkan kuasa asing yang mengunakan senjata media untuk menyerang kerajaan.

Selepas gagal menggunakan portal Sarawak Report dan World Street Jurnal (WSJ) dalam usaha menumbangkan kerajaan, pembangkang dilihat belum lagi berputus asa. Kali Department of Justice pula menjadi medium mereka meluaskan peperangan menentang kerajaan. Setiap butir kenyataan DoJ bagaikan kata-kata azimat buat pembangkang membalun 1MDB, sedangakan DoJ sendiri gagal membuktikan dakwaannnya di mahkamah.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia telah menjalankan siasatan yang cukup telus dan terperinci terhadap 1MDB. Merujuk kepada laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) termasuk Bank Negara dan Polis DiRaja Malaysia. Bagi beliau DOJ mesti membuktikan dakwaan mereka di mahkamah. Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah terhadap 1MDB. 1MDB hanya bermasalah dari segi pengurusan yang lemah, yang mana tadbir urusnya terlalu bergantung kepada hutang. Namun begitu plan rasionalisasinya telah Berjaya dilaksanakan oleh pengurusan baru dibawah kepimpinan Encik Arul Kanda.

Peluang ini diambil oleh pembangkang untuk dipolitikkan sehingga menimbulkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan. Bagi pembangkang tidak penting apa itu kebenaran dibuktikan. Yang penting bagi mereka adalah menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Nawaitu mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menumbangkan kerajaan yang sah. Segala bukti daripada kerajaan dinafikan oleh mereka, kerana mereka tidak berkehendakkan bukti.

Percayalah sama DOJ, Sarawak Report, WSJ atau mana-mana pun media dari barat mereka tidak pernah ikhlas membela nasib bangsa Malaysia. Jangan biarkan keamanan dan kemakmuran Negara ini diperkotak katikkan oleh kuasa luar. PASTIKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA KEKAL BEBAS MERDEKA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI







Saturday, May 20, 2017

KIT SIANG SIBUK BERPOLITIK, GELANG PATAH TERPINGGIR



Rata-rata penduduk GELANG PATAH menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ahli parlimen mereka sendiri yang asyik berpolitik dan meninggalkan Gelang Patah terkontang kanting tiada pembelaan.

Betapa PATAHnya hati mereka melihat Gelang Patah sering diabaikan. Rasa macam nak patah-patahkan saja ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab ini. Ramai juga yang sudah patah semangat dengan karenah Lim Kit Siang yang tidak kira malam atau siang berpolitik saja kerjanya, pembangunan dan keperluan penduduk di Gelang Patah tidak pernah dia perduli.

Dari dulu lagi sudah dipesan, jangan percaya dengan lagak dan cakap-cakap kosong DAP. Mereka bukan tahu buat kerja. Berilah satu kerja yang baik untuk rakyat yang telah mereka laksanakan ? Tak ada pun, lagi menyusahkan rakyat adalah. Di Pulau Pinang, tarif air dinaik 4 kali dalam era pemerintahan DAP. 

Alasan mereka, tarif air di Johor lagi tinggi dari mereka. Ehh... apa jenis jawapan ni ? Bukankah mereka dahulu berkempen untuk mengurangkan beban rakyat, sepatutnya mereka kurangkan lagi tarif air tersebut bukan naikkan lagi. 

Inilah muka-muka penipu pemimpin DAP, mereka menipu rakyat hidup-hidup tanpa ada rasa malu. Oleh itu penduduk Gelang Patah terutama kaum Cina kena sedar, bahawa DAP tidak pernah buat kerja untuk rakyat. Hanya Barisan Nasional yang sentiasa membela rakyat.

Sebab itulah walaupun tidak menang kerusi di Gelang Patah, parti MCA sentiasa berada di kawasan bagi membantu rakyat di Gelang Patah. Ahli-ahli MCA sentiasa bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen Gelang Patah kembali kepada rakyat. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mahukan semua ahli MCA berkerja keras membantu rakyat bagi mengembalikan keyakinan mereka kepada Barisan Nasional. Sudah tentulah rakyat di Gelang Patah tidak mahu lagi insiden ahli parlimen mereka yang "hilang"entah kemana berlaku lagi. 

Menurutnya lagi,'Parlimen Gelang Patah merupakan  antara10 kerusi yang menjadi perhatian MCA sebelum PRU 14. Ka Siong mahu ahli-ahli MCA bersungguh -sungguh memastikan kemenangan kembali berpihak kepada Barisan Nasional. 

Biarlah DAP nak berpolitik siang malam pun, kita perlu utamakan kesejahteraan rakyat.  










Wednesday, May 17, 2017

MAT SABU YANG SOKONG IDEOLOGI KOMUNIS BUKAN MCA



Kerjasama erat Malaysia China sejak zaman Tun Abdul Razak lagi. Ketika itu China dipimpin oleh Presiden Mao Ze Dong.Tun Mahathir ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pun pernah ke China dalam usaha mempereratkan hubungan dua hala.

Adakah Tun ketika itu membawa ideologi komunis ke Malaysia ? Sudah tentu lah tidak . Maka apa masalahnya jika MCA, parti dari kompenen Barisan Nasional menjalinkan kerjasama dengan China dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Lim Guan Eng juga menjalinkan kerjasama dengan negara komunis tersebut senyap la pula. Apasal Tun Mahathir tak cakap DAP sekutu komunis ?

Serangan Tun Mahathir dan PERKASA terhadap MCA dilihat satu cubaan untuk melemahkan Barisan Nasional. Mungkin mahu menarik kaum Melayu agar menyokong parti PPBM atau PKR. Justeru itu MCA perlu dilabelkan dengan satu label yang dibenci oleh orang Melayu, iaitu Komunis.  

Manakala kaum Cina dilhat akan terus kekal menyokong DAP. Serangan ini tidak lain tidak bukan bertujuan melemahkan Barisan Nasional. Tun Mahathir ketika menjadi Pengerusi Barisan Nasional sering menyelar DAP sebagai parti yang cauvinis, perkauman dan lebih dekat dengan ideologi komunis. Hari ini kenyataannya telah berputar kepada MCA. 

Sikap Tun Mahathir ini tidak hairan, Sedangkan Lim Kit Siang boleh dengan tiba-tiba tak ingat, lupa dan nyanyuk berkenaan isu skandal Forex Tun Mahathir yang selama beberapa dekad menjadi pelurunya menyerang Tun Mahathir, takkan lah Tun M tak boleh hendak membalas jasa Lim kit Siang anak beranak Company.

Sebagai sebuah komponen Barisan Nasional MCA melihat hubungan erat dengan negara China bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia keseluruhan. Sebab itu kita lihat hubungan Perdana Menteri dengan pemimpin utama China begitu erat. 

Tidak timbul isu MCA nak bawa ideologi kerana MCA hanya mengadakan kerjasama dengan CPC dalam proses mengadakan perjanjian diantara MCA dan CPC. Kerjasama ini hanya berkisar dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan lain-lain yang berkaitan.

Latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China (CPC) hanyalah dari sudut teknikal dan MCA bukan dihantar untuk membawa pulang  dasar  fahaman komunis ke Malaysia. Jika tuduhan komunis ini hendak ditujukan kepada MCA, sewajarnya Tun Mahathir dan PERKASA  menuding jari kepada Mat Sabu Presiden PAN yang jelas dan terang menyokong perjuangan pengganas komunis. 

Adalah pelik jika rakan sepakatan menjunjung tinggi pengganas komunis tetapi MCA pula yang menjadi sasaran. Jika kita lihat disudut sejarah pun jelas parti MCA dari awal-awal lagi penubuhannya adalah parti yang anti komunis.. 

Jika DAP, PPBM dan PERKASA berani, katakanlah tidak pada ideologi komunis dan dalam pada masa yang sama juga Kerajaan Pulau Pinang perlu membatalkan  semua kerjasama yang telah dijalinkan dengan kerajaan China. 



Sunday, April 9, 2017

AWAS, KEJARA PERLU DEMI KESELAMATAN ORANG RAMAI DI JALAN RAYA



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah beroperasi sejak 1 April lalu namun kementeriannya memberi tempoh dua minggu ini sebagai tempoh percubaan, bermakna ia akan berkuat kuasa sepenuhnya 15 April ini.

Oleh itu dari 1 hingga 14 April ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan hanya akan diberi maklum sahaja. Selepas 15 April sahaja mata demerit akan dikenakan kepada mereka jika kesalahan lalu lintas dilakukan.

Menjelang akhir tahun ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sebanyak 23 kesalahan jalan raya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

AWAS akan bermula dengan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat dan juga kesalahan melibatkan had laju, tegas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron. Manakala 21 kesalahan-kesalahan lain akan dikuatkuasakan secara peringkat demi peringkat sehingga akhir tahun ini.

Diharap dengan perlaksanaan sistem ini akan lebih mendisiplinkan pemandu-pemandu.  Pesalah trafik yang didapati melakukan kesalahan ini akan diberi amaran berdasarkan mata merit mereka. Jika mata demerit mereka telah mencapai 40 mata pertama, lesen mereka akan digantung dan jika terus melakukan kesalahan hingga 100 mata, lesen mereka akan dibatalkan.

Jika didapati mereka memandu semasa lesen digantung atau dibatalkan, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara tida lebih tiga tahun.  

Orang ramai yang rasa terbeban dengan denda dan saman yang dikenakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) perlu mengelak dari melakukan kesalahan tersebut. 

Kerajaan tidak pernah berniat untuk menbebankan rakyat, apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa pengguna jalan raya. 

Pelbagai kempen kesedaran jalan raya yang telah kerajaan buat, namun kesannya masih belum cukup memuaskan hati. Kita sedar kes kemalangan jalan raya di Malaysia masih lagi tinggi dan membimbangkan. 

Justeru itu perlaksanaan sistem AWAS dan KEJARA  dilihat perlu bagi mengatasi masalah ini, terutama dalam kesalahan melanggar isyarat lampu merah dan memandu lebih dari had laju. 

Rakyat perlu memahami ketegasan kerajaan ini bukan untuk menyusahkan mereka, bahkan bagi menyalamat nyawa orang ramai yang juga mungkin orang kesayangan mereka. 




Sunday, March 12, 2017

TARESA TUNJUK KUASA DAP



Apa yang berlaku di Majlis Kahwin pasangan Melayu di Seputeh hari ini dapat membuka mata rakyat disana terutama yang menyokong pembangkang. 

Lihat sendiri kebiadapan yang sangat melampau dilakukan oleh Ahli Parlimen Seputih Taresa Kok dari DAP dan penyokongnya yang membuat kecoh dan sanggup mengganggu serta menakutkan pasangan, ahli keluarga dan tetamu yang hadir.Mereka sangat biadap dan tidak ada langsung sikap timbang rasa.

Taresa ingin menunjukkan kuasa DAP dalam menentukan hala tuju negara. Dia rasa DAP sudah cukup kuat untuk mendesak kerajaan mengikut kata mereka. Nampaknya dia tersilap langkah. 


Teresa Kok dan sekumpulan penyokong tegar DAP mengadakan bantahan projek Rumah Wilayah Persekutuan yang akan dibangunkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Perbuatan biadap Taresa dan pengikut-pegikutnya telah mengganggu satu majlis perkahwinan pasangan Melayu yang dibuat di Dewan Komuniti dan Masyarakat Taman Desa.  

Malulah tuan rumah dengan tetamu yang hadir di majlis. Majlis yang sepatut diraikan dengan gembira tiba-tiba diganggu oleh sekumpulan manusia yang bongkak dan biadap. 

Sebenarnya tindakan provokatif Taresa Kok dan kumpulannya hanyalah mahukan tindak balas dariapada rakyat terutama orang Melayu agar boleh dijadikan alasan kononnya orang Melayu rasis. Sebab itulah mereka telah siap sediakan media mereka untuk merakam tindakan orang Melayu terhadap perbuatan mereka. 

Namun hasrat mereka gagal, bahkan perbuatan mereka itu hanya menambah kemarahan rakyat terhadap DAP. Penduduk disitu bertindak menegur dengan sopan dan baik meminta mereka bersurai. 

Oleh sebab itulah hari ini rakyat terutama kaum Cina telah sedar dan kembali menyokong kerajaan. Pada pilihanraya Sungai Besar , Calon Barisan Nasional Budiman Zohdi mendapat sokongan dari kaum Cina. Sebab itulah BN menang besar di Sungai Besar. 

Ini kerana mereka telah sedar, permainan politik perkauman DAP tidak lagi boleh diterima. Mereka sedar hanya dengan keamanan dan kestabilan sahaja dapat memajukan negara. 

MCA dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan dibantu oleh timbalannya Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong telah membawa perubahan yang positif, sehingga berjaya membawa kembali sokongan kaum Cina kepada parti kerajaan. 

Politik kebencian, fitnah dan perpecahan yang dibawa oleh DAP dan sekutunya akhirnya memakan diri. Bahkan pemimpin-pemimpin mereka pun terlibat dengan gejala rasuah. 

Benarlah kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, politik DAP hanya membawa kepada perbalahan kaum dan pecah belah. Tengoklah cara berpolitik DAP, hanya menimbulkan pergaduhan antara orang Melayu dan kaum lain. Sedangkan MCA membawa kepada penyatuan dan kerjasama antara kaum.  




















Monday, February 20, 2017

RUU 355: MCA TIDAK BERMAKSUD CAMPUR TANGAN







MCA tidak suka sebarang kontroversi dan tidak pernah berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam terutama berkenaan melibatkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355. MCA faham pekara ini cukup serius dan sensitif kepada umat Islam. 

Apa yang berlaku cuma kekhuatiran yang disuarakan oleh komuniiti kecil bukan Islam termasuklah segolongan kecil golongan muda, walaupun perkara RUU 355 ini ianya tidak melibatkan masyarakat bukan Islam. Itulah yang disampaikan oleh Setiausaha Agung MCA. Datuk Seri Ong Ka Chuan. 

MCA amat kecewa apabila pandangan yang disuarakan disalah faham sebagai anti Islam atau ingin campur tangan dala hal ehwal Islam. Namun sebenarnya MCA berniat baik iaitu mahu menghilangkan kekeliruan kepada yang bukan Islam dan pada masa yang sama mahu melihat rakyat di negara ini hidup dalam keadaan bersatu pada serta aman damai. Pada MCA kepentingan negara adalah lebih penting daridapa segala-galanya.

MCA tidak pernah berhasrat untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam seperti pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

“Isu ini (RUU 355) sangat sensitif kerana ia melibatkan agama dan sebagai parti politik, kita perlu menyuarakan pandangan bagi pihak masyarakat Cina supaya tidak ada kekhuatiran dan kebimbangan di kalangan mereka".

“Saya meminta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung perasaan kerana MCA berniat baik, kita mahu sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman damai,”


Diharap segala kekeliruan ini dapat dirungkaikan dan rakyat kembali bekerjasama meneruskan agenda negara. Sebaiknya semua parti-parti politik lebih menumpukan kepada agenda yang mempunyai kebersamaan serta nilai universal antaranya pendidikan, kos sara hidup dan pembangunan ekonomi. Elakkan kepada memberi tumpuan perkara-perkara yang boleh mengundang pecah belah, kekeliruan dan salah faham. 

Dalam pada itu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini pernah menyatakan pendirian  bahawa  MCA akan menyokong RUU 355 ini andai KEPUTUSAN KAJIAN tersebut tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

Beliau merujuk kepada JAWATANKUASA yang telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu yang melibatkan pakar-pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif perlaksanaan RUU 355.  






Sunday, February 19, 2017

BINCANG SEMULA DASAR KABOTAJ





Dasar Kabotaj ini sudah lama diperkatakan  oleh aktivis politik, NGO, economist, apatah lagi pihak pembangkang dan juga pehak kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu. Namun jelas sekali apa yang  dilihat seolah-olah tiada jalan penyelesaian sehinggakan isu panas ini lenyap begitu saja. 

Sebelum ini iaitu pada Ogos 2016, Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Sabah (FSI) Datuk Mohd Basri Abd Gafar baru-baru ini membuka lembaran baharu berupa pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapa Mohamed mengenai dasar kabotej tersebut. Dengan ringkas Mustapa Mohamed menyatakan bahawa kapasiti pelabuhan di Sepanggar tidak mencukupi dan menyebabkan penghantaran perlu dilakukan di Pelabuhan Kelang dan dengan itu mengekalkan dasar kabotaj saperti sebelumnya.

Baru -baru ini kementerian Pengangkutan(MOT) ketika Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkunjung ke Sabah berkata, kementeriannya  bersedia membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah. Ini sebagai satu usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.

Menurut Liow lagi, kerajaan Persekutuan sentiasa peka terhadap keperluan Sabah dengan menyediakan persekitaran ekonomi terbaik untuk negeri itu.

"Punca kos barangan pengguna yang tinggi di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung sudah lama dibincangkan dengan sebahagian besarnya dikaitkan dengan perlindungan dasar kabotaj Malaysia.

Di bawah Dasar Kabotaj, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.

Kabotaj adalah dasar perkapalan yang dilaksanakan pada 1 Jan, 1980 mewajibkan kapal membawa barangan ke Sabah dan Sarawak berlabuh di Pelabuhan Klang untuk memindahkan barangan ke kapal lain sebelum meneruskan pelayaran. Pengangkutan barang-barang dan penumpang dari pelabuhan Klang itu kemudian diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.



Dalam pada itu Liow turut mengumumkan bahawa kerajaan telah mengkaji semula dasar kabotaj ini. Ini bagi meliberalisasikan mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri Sabah. 


Berucap pada Forum Pelabuhan Sabah, Liow berkata, antara sebab utama harga barangan tinggi di Sabah bukan saja berpunca dari dasar kabotaj dan kos perkapalan, tetapi ada saluran pengedaran lemah, caj pengendalian yang tinggi dna pangangkutan darat yang tidak efektif.

Jika dilihat dari sudut perhubungan pengangkutan, sebenarnya Sabah sewajarnya memenfaatkan sepenuhnya kedudukan strategiknya dalam kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina  (BIMP-EAGA).

."Pengguna lautan dari Amerika Selatan dan Australia ke China, sukakan Sabah berdasarkan lokasinya yang strategik.

“Oleh itu, Sabah perlu memanfaatkan potensinya untuk muncul sebagai penggiat utama dalam sektor maritim dan logistik," katanya.

Menyedari pentingnya Sabah sebagai hab maritim, Tiong Lai berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.027 bilion untuk pengembangan Pelabuhan Kontena Sapangar Bay (SBCP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Pengembangan itu merupakan pengiktirafan penting ke atas pembangunan infrastruktur pelabuhan Sabah dan peranannya dalam mewujudkan peningkatan ekonomi yang seimbang di negeri ini menerusi perhubungan dan rantaian pelabuhan," katanya.a

Friday, February 17, 2017

DEGO RIDE TIDAK DIBENARKAN




Kepelbagaian pengangkutan awam di Malaysia banyak memberi kemudahan kepada rakyat. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat. Antara pengangkutan moden yang telah sedia ada di Malaysia termasuklah monorail, LRT, keretapi, ETS, teksi, bas dan yang terbaru MRT. 

Grabcar dan Uber walaupun sebelum ini menjadi musuh kepada pemandu teksi, kini telah mendapat kepercayaan mejoriti rakyat dan kabinet dikatakan masih mengkaji keadah untuk menjadikannya pengangkutan awam alternatif. 

Namun baru-baru ini kita digejutkan dengan kehadiran satu lagi pengangkutan untuk orang awam yang menggunakan motosikal atau lebih dikenali sebagai DEGO RIDE

Dego Ride ini popular di Indonesia tapi di Malaysia ia tidak dibenarkan. Orang awam perlu berhati-hati kerana keselamtan mereka tidak terjamin apabila menggunakan "teksi motorsikal" ini. 

Agak mengejutkan apabila JPJ dikatakan memburu lebih 5000 penunggang Dego Ride di Lembah Klang sahaja. JPJ sentiasa memantau pergerakan mereka ini dan orang awam diminta agar jangan melanggan Dego Ride. 

Tak sangka begitu banyak sekali Dego Ride ini, kerajaan perlu buat sesuatu yang tegas sebelum kejadian buruk menimpa pelanggan Dego Ride. 

Sebab itu lah Kabinet dengan segera bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motorsikal Dego Ride ini. 

Perkara ini telah diputuskan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai setelah Mesyuarat Jemaah Menteri mengambil serius faktor keselamatan orang awam kerana perkhidmatan tersebut mendatangkan resiko kepada orang awam. 

“Kementerian Pengangkutan tetap dengan keputusan sebelum ini bahawa kita tidak sesekali membenarkan perkhidmatan itu beroperasi di negara ini.

Namun Liow berkata beliau amat terbuka dan mengalu-alukan pengusaha Dego Ride sekiranya mereka mahu berjumpa untuk memberi penjelasan."Saya amat terbuka dalam soal ini", katanya. 

Dalam perkembangan yang lain, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk V. Valluvan berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat dan sedang memantau pergerakan mereka bagi memastikan perkhidmatan tersebut tidak lagi beroperasi.

Jika ditangkap mereka akan dikenakan tindakan tegas terhadap mereka yang degil dan masih menjalankan kegiatan berkenaan. Kegiatan ini perlu dibenteras kerana ia memberi resiko kepada kedua-dua pihak.

Pihak JPJ lebih mengutamakan keselamatan orang awam yang menggunakan perkhidmatan itu kerana mereka tidak dilindungi oleh undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.  

Susulan dari tindakan penguatkuasaan, JPJ telah menyaman tiga pemilik yang motosikalnya digunakan untuk tujuan Dego Ride dalam operasi penyamaran di sekitar ibu negara dan Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan kes pertama diambil tindakan melibatkan kesalahan tersebut.


Valluvan berkata, semua yang disaman akan didakwa di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.



Thursday, January 12, 2017

MH 370, MALAYSIA TERUS MENCARI ?



Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih lagi belum terungkai. Pencariannya masih lagi diteruskan, cuma lokasi pencariannya berubah ke bahagian utara Lautan Hindi.

Ramai pakar percaya rangka jet penumpang itu berada dikawasan berkenaan. 

Mereka mencari ke kawasan  baru sejak jumaat yang lalu dan masih berlansung  sehingga kini, Portal Daily Beast melaporkan, pencarian tersebut menggunakan kapal Belanda, Equator. 

Penerbangan MH370 yang hilang dari radar dikatakan jatuh di Lautan Hindia pada March 2014. 239 penumpang termasuk krue bertugas terbunuh, Sebagian besar  mereka daripada China yang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Misi pencarian ini diteruskan sejak beberapa bulan lalu menggunakan pengesan satelit. Mereka juga mengunakan kenderaan dasar laut (AUV) bagi mengesan bangkai pesawat tersebut. 

Lokasi pencarian yang baru ini dikatakan terletak di kawasan yang pernah dua kali diselidiki dan diteliti. Dalam pada itu, jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian berkenaan, Dan O’Malley berkata, Equator sedang melengkapkan laluan terakhirnya dan mengumpul beberapa data sonar di kawasan yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Hujung bulan ini Equator dijangkakan mengakhiri pencariannya di Lautan Hindi. 

Menurut menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kawasan seluas 120,000 meter persegi itu akan menjadi tumpuan terakhir pencarian. Semuanya akan berakhir jika tiada petunjuk yang kuat dan kredibel.

Berdasarkan laporan terbaru oleh Biro Keselamatan Transportasi Australia, pencarian itu akan selesai dalam satu atau dua bulan ini. Keputusan seterusnya adalah berdasarkan laporan yang akan didapati nanti. 

Selama 27 bulan yang lalu, ATSB mencari di kawasan seluas 119,139 kilometer persegi dan berkemungkinan besar mereka mencari di kawasan yang salah. Pakar yakin,  MH370 mungkin terhempas di utaran lokasi pencarian aal iaitu antara latitud 32 hingga 36 darjah selatan.  


Sebelum ini pasukan penyiasat Perancis menjalankan siasatan terhadap setiap orang yang menaiki pesawat MH370. Semua latar belakang mereka disiasat penumpang dan kru. Namun tiada yang menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan.

Perancis menjalankan siasatannya sendiri berikutan empat warga negaranya merupakan antara penumpang pesawat MH370.

Waris-waris mangsa sudah dimaklumkan berkenaan keputusan pemeriksaan latar belakang penumpang dan anak kapal oleh agensi penyiasatan domestik Perancis DGSI semuanya didapati negatif. 

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Gyslain Wattrelos yang mana isterinya dan dua anaknya berada dalam pesawat tersebut mengesahkannya.

Persoalan ini timbul apabila pihak berkuasa Malaysia mendapati terdapat dua penumpang Iran berada di dalam pesawat tersebut yang menggunakan pasport curi.

Misteri ini semakin sukar diramalkan apabila penyiasatan ini semakin dekat dengan pengakhirannya. Adakah warga dunia akan membiarkannya terus menjadi misteri yang tidak berjawab ?    


Wednesday, January 11, 2017

JIKA TIDAK MELIBATKAN MASYARAKAT CINA, MCA SOKONG RUU 355



Isu dan polimik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) menjadi isu hangat sejak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU335 di Dewan Rakyat, pada November tahun lepas, perbiincangan mengenainya dijadualkan pada Mac 2107.

Ekoran dari penentangan keras dari ahli parlimen DAP dan mencabar MCA dan Gerakan, sekutu kuat Barisan Nasional agar menyatakan pendiriannya. Sebenarnya permainan politik kotor DAP ini sudah dapat dibaca awal-awal lagi. 

Dalam menangani permainan politik kotor DAP dan sekutu mereka yang cuba menimbulkan keadaan panik bagi rakyat bukan Islam, MCA akan membuat kajian Jawatankuasa Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA akan menyokong RUU 355 ini andai keputusan kajian tersebut tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Menurut beliau lagi, jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu melibatkan pakar-pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif perlaksanaan RUU 355. 

Rakyat bukan Islam perlu bertenang kerana hasil kajian akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa RUU 355 tidak akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina di negara ini seperti yang difitnahkan oleh ahli parlimen pembangkang. 

Hasrat MCA mengambil langkah terperinci dalam isu ini hanyalah bagi memastikan  akta akan memberi kesan terhadap Perlembagaan Persekutuan. 


Friday, January 6, 2017

KAD KOMUTER LINK SEMURAH RM2.00





KTM Berhad sentiasa meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatannya untuk pengguna. Disamping memberi perkhidmatan yang mesra KTM juga membantu pengguna dalam penjimatan kos. Oleh itu mulai esok 5 Januari sehingga 5 Februari 2017 KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 berbanding harga asal RM10. 


KTM membuat promosi ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter mengunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

Ini bagi menggalakan pengguna KTM Komuter beralih daripada cara pembayaran tunai kepada bukan tunai (cashless). Dengan cara ini pengguna dapat berjimat sebanyak 20% berbanding bayaran tunai. 

Oleh itu pengguna mempunyai pilihan disamping dapat menjimatkan kos. Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kaedah ini sewajarnya menjadi pilihan. Dengan ini pengguna tidak perlu beratur dikaunter atau mesin tiket dan penjimatan perbelanjaan tambang.


“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.


Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing. 


Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.



Monday, December 19, 2016

BELT AND ROAD TARIK MINAT PELABUR




Jelas sekali manfaat kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa pulang pelaburan bernilai RM114 dari hasil lawatan ke China baru-baru ini. 

Hasilnya MCA berjaya dalam usaha dan inisiatif menandatagani deklarasi program Belt and Road antara Malaysia dan China. Sudah tentu kejayaan ini akan menarik minat pelabur asing serta membuka ruang dan peluang perniagaan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Deklarasi ini melambangkan satu tanda usahasama serta sokongan terhadap persahabatan erat antara dua negara. 

Kerajaan China dilihat begitu komitmen serta memberi tumpuan yang serius kepada program Belt and Road. Selain itu terdapat lebih 65 buah negara menyertai program tersebut termasuk Malaysia yang mana secara tidak langsung membuka peluang kepada negara-negara itu untuk melabur di negara Malaysia. 

Liow yakin dengan inisiatif ini, ianya bakal memberi manfaat kepada ekonomi negara malah menjadi jambatan kepada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Menariknya 46 buah organisasi dan persatuan turut menandatangani deklarasi tersebut yang mana akan menghubungkan Malaysia - China melalui jalan darat dan laut. Ia satu kaedah dalam menceburi pasaran Asia dan Eropah. 

Belt and Road ini akan melibatkan pembinaan banyak lebuh raya, kereta api, jambatan dan infrastruktur lain - blok bangunan fizikal yang akan memudahkan perdagangan lebih besar tidak aliran hanya dengan jiran-jiran terdekat China, tetapi juga dengan tempat-tempat sejauh jauh seperti Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Majlis menandatangani deklarasi Belt and Road ini diadakan di Wisma MCA, turut hadir dalma majlis tersebut termasuklah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang. 


MCA turut melancarkan Pusat Belt and Road MCA (Mbrace) iaitu sebuah laman web yang bakal dijadikan platform untuk berkongsi maklumat, membantu komuniti usahawan tempatan dan penghubung kepada peluang perniagaan antara Malaysia dan China.

Wednesday, December 14, 2016

MH 370 : JEJAK TERAKHIR BERMULA






Misi terakhir dalam pencarian pesawat penerbangan Malaysia MH370 bakal bermula. Kapal tunggal, MV Fugro Equator telah bergerak meninggalkan pelabuhan Fremantle di barat Australia dalam misi terakhir pencarian di Lautan Hindi. 

Apakah misteri yang menjadi igauan penduduk dunia dapat dirungkai kali ini. Adakah pesawat tersebut berada dikawasan pencarian yang dikenalpasti sebelum ini ? 

Laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Australia (ATSB), misi pencarian yang meliputi kawasan seluas 120,000 persegi setakat ini masih lagi tiada sebarang petunjuk baru ditemui. 

Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dalam mengenal pasti lokasi pesawat tersebut, kerajaan Malaysia akan menggunakan laporan ATSB sebagai panduan. Kerajaan berharap dengan laporan tersebut pesawat itu dapat mengesan lokasi spesifik pesawat terbabit

Menurut beliau lagi,  laporan yang membentangkan analisis terperinci mengenai usaha mencari MH370 itu dilihat dapat membantu pasukan mencari untuk mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac 2.

Dalam satu akhbar West Australian Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester berkata, ini merupakan misi yang penting dan kami amat berharapa untuk menemukan pesawat ini. Beliau membuat kenyataan itu sebaik sahaja pertubuhan yang mewakili penumpang dan kru pesawat, Voice370, mengumumkan penamatan pencarian serpihan pesawat di pantai Madagascar yang dibiayai secara persendirian.

Jika pencarian kali ini masih gagal menemukan pesawat MH370 maka pencarian itu akan ditamatkan pada bulan Januari atau Februari tahun depan tetapi Australia, Malaysia dan China te­lah bersetuju untuk menyambung operasi itu jika memperoleh maklumat yang menyakin.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hasrat untuk menemukan lokasi terletaknya MH370 tidak pernah diabaikan dan setiap keputusan yang diambil sentiasa berpandukan semangat kerjasama dalam kalangan ketiga-tiga negara itu."


"Harapan dan doa kami sentiasa mengiringi keluarga dan orang tersayang yang ditinggalkan penumpang serta anak kapal MH370."
-Liow Tiong Lai