Setelah puas menentang Islam dan undang-undang Islam, tiba sahaja bulan Ramadan pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP menjadi begitu mulia. Sehinggakan sanggup bersama-sama umat Islam berbuka puasa. "Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa".
Nampak sangat lakonan mereka ini cuba meraih sokongan masyarakat Melayu di kampung-kampung.
Sebenarnya tak pelik pun dengan puak-puak Cauvinis DAP ini bermain wayang. Betapa sopan dan lembutnya mereka mengedarkan buah kurma di bazar-bazar Ramadan demi meraih sokongan orang Melayu kepada parti mereka.
Apakah mereka rasa orang Melayu akan menerima mereka dengan helah ini ? Jangan haraplah !
Namun ada juga orang Melayu yang menerima mereka sehinggakan membenarkan mereka berucap di dewan solat. Perkara ini cukup memalukan kerana ianya telah pun dilarang berkali-kali oleh sultan.
Yang peliknya ada juga melayu yang sanggup makan sedulang dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Sampai begitu sekalilah DAP cuba meraih sokongan orang Melayu terhadap parti mereka.
Segala lakonan dua beranak ini sudah lama rakyat tahu. Mereka hanya bermuka-muka sahaja didepan orang Melayu. Padahal mereka lah orang yang paling anti dengan Melayu dan agama Islam.
Jelas sekali betapa hipokritnya pemimpin DAP, parti anak beranak ini. Sebelum ini Lim Kit Siang pernah menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kesan kepada kehidupan orang bukan Islam.
No comments:
Post a Comment