Thursday, November 30, 2017

MAHATHIR SUDAH KENA CUCUK HIDUNG



DAP licik mencari jalan untuk meraih sokongan masyarakat Melayu biar pun terpaksa menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh seteru utama mereka iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa, apabila menjalinkan hubungan dengan Dr. Mahathir, ini menunjukkan DAP sebenarnya sudah terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Dalam DAP ramai masyarakat Cina dan mereka perlukan sebuah parti Melayu untuk membantu menarik sokongan masyarakat Melayu dan sebab itu mereka terima PPBM selepas Pas meninggalkan DAP.

“Dahulu DAP bermusuh dengan Dr. Mahathir sekarang mereka bersama dan kini DAP berjaya mengawal PPBM.

“Mereka menjadikannya boneka, mahu Dr. Mahathir mengikuti arahan mereka dan semuanya mempunyai kepentingan untuk DAP ,” katanya ketika menjadi panel dalam Diskusi UMNO Online: Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjadi moderator dengan menampilkan seorang lagi panel iaitu Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan. -UTUSAN ONLINE



Wednesday, November 29, 2017

PAS BULANAN RAPID KL BAKAL KEMBALI SEMULA DENGAN PAKEJ BARU



Kerajaan sentiasa berusaha keras untuk memastikan rakyat selesa dengan kenderaan perkhidmatan awam. Bukan itu saja, kerajaan juga mengkaji dan mencuba pelbagai cara untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan murah kepada rakyat. 

Justeru itu kerajaan dan Rapid KL bercadang menawarkan pakej pas bulanan pada tahun hadapan kepada semua pegguna. Pakej pas bulanan ini dengan faedah yang istimewa dijangka ditawarkan menjelang suku pertama 2018. 

Pakej ini dicadangkan hasil dari rungutan pengguna yang mendesak supaya pas bulanan tanpa had penggunaan segera dilaksanakan agar pengguna dapat penjimatan yang lebih. Justeru itu kerajaan dan Rapid KL dalam fasa perbincangan meneliti samaada pakej berkenaan boleh dilaksana kembali bagi mengurangkan peningkatan bebanan kos hidup rakyat ketika ini.

Sebelum ini Rapid KL telah mengunakan kaedah ini iaitu pas mingguan dan bulanan yang harganya tetap  tanpa mengira penggunaan terhadap mana-mana perkhidmatan bas dan rel bandar. Kemudiannya ia ditukar kepada pas berkonsepkan pemberian diskaun tetapi perlu ditambah nilai dari semasa ke semasa. 

Namun banyak pihak mencadangkan dan meminta mengembalikan pas bulanan  yang mudah dan menjimatkan agar mereka boleh merancang kos perjalanan setiap hari. 

TINDAKAN AHLI PARLIMEN PAS DIHARGAI




Tindakan dua Ahli Parlimen Pas, Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Idris Ahmad (Bukit Gantang) yang mengambil tindakan berkecuali semasa undi belah bahagian Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuktikan UMNO dan Pas sememangnya boleh bekerjasama.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom berkata, kedua-dua parti itu boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan semua terutama dalam isu membabitkan umat Islam. 



Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, banyak lagi masalah lain yang dihadapi masyarakat Islam terutama golongan muda seperti penagihan dadah, kes buang anak dan mat rempit yang perlu ditangani bersama.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada dua Ahli Parlimen Pas tersebut yang tidak mengundi untuk pembangkang, sepatutnya memang perlu macam itu, barulah kita jadi kuat.


“Pas dan UMNO kena sentiasa berpakat, apabila berkaitan benda kebaikan dan kebajikan terutama untuk orang Islam kita perlu ketepikan bab parti.


“Saya tahu di kawasan saya (Kubang Pasu) saya tidak mungkin menang (kerusi Parlimen) jika orang UMNO saja undi saya, saya menang kerana undi orang Pas, kita sama berbaik dan pakat molek-molek, sebab itu saya menang banyak dengan majoriti 10,444 undi,” katanya semasa berucap di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri Kelantan di sini hari ini.


Pada 20 November lalu, sebanyak 52 Ahli Parlimen bersetuju, 51 orang tidak bersetuju manakala dua dari Pas berkecuali dalam proses pengundian belah bahagi yang membolehkan kerajaan menang tipis. - UTUSAN ONLINE



Tuesday, November 28, 2017

ORANG MISKIN UMNO YANG MEMERDEKAKAN NEGARA



Betul juga cakap pembangkang hanya orang kampung miskin sahaja yang sokong UMNO. Jika disorot kembali UMNO kebanyakkan di sokong oleh orang-orang miskin.

Semasa UMNO memperjuangkan kemerdekaan Tanahair, 70 peratus orang Melayu dalam kategori amat miskin. Dengàn perjuangan dan duit orang miskin inilah UMNO  berjaya memerdekakan negara.

Setelah merdeka sedikit demi sedikit peratusan ini makin mengecil hinggalah sekarang. Namun peratusan orang Melayu. Yang lupakan jasa-jasa UMNO semakin meningkat.


Tak apalah kalau mereka tak mahu berterima kasih kepada perjuangan nenek moyang mereka yang miskin melalui UMNO, tapi yang paling malang...untuk bersyukur kepada Allah pun mereka tak mahu. Mungkin  Pada mereka selagi UMNO masih lagi menerajui negara tiada erti bersyukur kepada Allah.

Tunggulah saat apabila semua nikmat yang kita rasai hari  ini di tarik balik. Masa tu mungkin ucapan syukur sudah terlambat.

BIADAP .....KELUAR KAU DARI SINI ....!!!




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How diperintah keluar dewan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Speaker DUN, Datuk S. Thangeswari mengarahkan perintah tersebut selepas ADUN DAP itu gagal mematuhi Perintah Tetap 44 (2) Perintah-perintah tetap DUN.


Ketika membuat perintah tersebut, Thangeswari berkata, wakil rakyat pembangkang itu tidak menghormati dan mengikut arahan serta  menimbulkan kekecohan.

Terdahulu, persidangan kecoh apabila Howard Lee mengusulkan supaya Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya semasa sesi perbahasan 24 November lalu.

Selepas berbalas-balas hujah antara wakil rakyat pembangkang dengan wakil kerajaan selama 30 minit, Thangeswari memerintahkan Howard Lee keluar dewan.

Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN- Kamunting) turut mengusulkan Perintah-perintah Tetap 44 (3) Perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Dewan Undangan Perak Darul Ridzuan supaya Howard Lee digantung perkhidmatannya sebagai ahli dewan sehingga tamat sidang dewan.

Usul itu dipersetujui dan Howard Lee dibawa keluar dewan oleh bentara diiringi semua wakil rakyat pembangkang kecuali ADUN Pas. - UTUSAN ONLINE



Monday, November 27, 2017

AGENDA BN, PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT


Sudah sekian lama Barisan Nasional (BN) memberi khidmat kepada rakyat dan pembangunan negara secara keseluruhannya. Inilah agenda Barisan Nasional iaitu memastikan kesejahteraan rakyat secara saksama. Nikmat apa lagi yang rakyat mahukan selain kemakmuran dan kesejahteraan. Tidak dapat tidak Barisan Nasional lah tempat rakyat bergantung harap. Rakyat seharusnya memilih Barisan Nasional pada pilihanraya ke 14 ini bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan ini berkekalan. 


Itulah pesan azimat Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, kepada rakyat terutama kepada masyarakat Cina di negara ini. Beliau berkata demikian ketika sidan media selepas melancarkan bangunan baru Tadika Bunga Orkid, Pusat Sumber Pendidikan MCA dan Program Kembali ke Sekolah untuk Sesi 2018. 


Liow menegaskan bahawa pemimpin Barisan Nasional sejak dari dulu lagi sentiasa bersama-sama rakyat dikala susah dan senang. 

Dikala pemimpin pembangkang bergelut dengan isu politik sepakatan, pemimpin BN meneruskan khidmat mereka kepada rakyat , termasik aktiviti kemasyarakatan yang mana ianya merapatkan lagi hubungan baik dengan penduduk setempat.

Kita tidak ada masa dan tidak mahu menghabiskan masa dengan polimik politik pembangkang yang tidak berkesudahan, kerana kita sedar bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.



"Kajian dilakukan pasukan penyelidik MCA mendapati jumlah sokongan kaum Cina terhadap MCA telah meningkat, peningkatan sokongan ini disebabkan rakyat telah bosan dengan taktik kotor pembangkang hanya tahu menanam perasaan benci dengan membuat pelbagai tuduhan liar terhadap BN

MANA PI REKOD DUIT PPBM ?



Pucuk kepemimpinan ter­tinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muh­yid­din Yassin didakwa menyembunyikan rekod ke­wangan parti yang antara lain menghuraikan sumbang­an atau derma yang di­terima daripada pihak luar.

Peng­a­sas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang tidak lagi bersama parti itu mendedahkan, berdasarkan Per­lembagaan PPBM, parti sepatutnya mengisy­tihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya, namun setiap kali beliau hadir ke mesyua­rat parti perkara itu tidak dibuat.


Dakwanya, keadaan itu amat mengelirukan beliau serta ahli-ahli PPBM kerana parti selama ini begitu melaung-laungkan soal ketelusan dan mengkritik musuh politik yang didakwa tidak mengamalkan integriti tinggi.

“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli dan derma yang diterima.

“Selama ini PPBM mengkritik pihak luar kononnya ada berlaku penyelewangan, tetapi mereka sendiri tidak pernah isytiharkan kewangan sendiri (kepada ahli parti),” katanya semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? di sini Khamis lalu.

Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan AGM sengaja tidak mahu diadakan oleh PPBM kera­na terdapat beberapa individu yang kini memegang jawatan tinggi di dalam parti tidak mahu kedudukan mereka tergugat.

Beliau juga percaya sekiranya AGM PPBM diadakan, satu malapetaka boleh berlaku terhadap parti itu memandangkan ahli-ahli­nya sendiri mempunyai banyak perkara mahu yang dipersoalkan terutamanya mengenai kedudukan dan perjuangan parti.

“Sikap pucuk kepemimpinan PPBM mengecewakan dan membuatkan ahli-ahli parti yang selama ini bertungkus-lumus mencari ahli baharu, menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menggerakkan parti menjadi mangsa keadaan,” katanya.

Pada masa sama, kata beliau, kegagalan PPBM mematuhi Perlembagaannya untuk mengadakan AGM dalam tempoh setahun atau meminda Perlembagaan tanpa mendapat persetujuan perwakilan sudah dijangka sewaktu parti itu belum ditubuhkan lagi kerana mendapati pimpinan ter­tingginya tidak mengambil tahu usaha menggerakkan parti di pe­ringkat negeri dan bahagian.

“Mungkin ada perkara lain bermain di fikiran mereka yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi kerana tidak mempedulikan soal parti, PPBM semakin lama semakin bermasalah,” katanya.



Saturday, November 25, 2017

SPAD TINGKATKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN MUSIM CUTI SEKOLAH, KRISMAS DAN TAHUN BARU



Lazimnya musim cuti sekolah, musim perayaan dan tahun baru ramai orang ambil cuti untuk pulang k kampung halaman atau pergi bercuti di destinasi pelancongan dalam negara. Masa inilah kenderaan bersesak-sesak d jalan raya. Walaupun pelbagai langkah telah diambil sebelum ini, namun kemalangan jalan raya tetap berlaku dan yang sedihnya ada yang sehingga kehilangan nyawa. 

Oleh itu pada tahun ini Suruhanjaya Pengkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil langkah awal dengan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan Tahun baru 2018.

Langkah ini bagi mengawal dan menjaga keselamatan penumpang perkhidmatan awam dan pengguna jalan raya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan Tahun baru 2018 yang bakal menjelma.

Dalam operasi ini agensi SPAD akan berkerjasama dengan PDRM, JPJ, AADK dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya. Operasi ini akan bermula pada 23 hingga 26 November 2017 selama empat hari, manakala untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018 ianya akan dilaksana pada 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018.

Penglibatan lain-lain agensi penguatkuasa sebelum ini banyak membantu menangani pemandu yang melanggar peraturan jalan raya. Operasi yang dijalankan pada 12 hingga 22 Oktober 2017, pada musim perayaan Deepavali sebanyak 313 kesalahan dikenalpasti dan tindakan penguatkuasaan selanjutnya telah diambil keatas pengendali dan pengusaha yang terlibat.

Kerjasama ini  memberikan impak yang positif apabila dapat menangani banyak isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan antaranya audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran khas untuk pengendali yang berisiko tinggi, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuh Raya. 

Memandangkan kegiatan ulat tiket aktif ketika musim perayaan dan cuti sekolah, oleh  itu bagi menangani aktiviti ulat tiket, pegawai penguatkuasa SPAD akan melakukan akitviti meronda di beberapa lokasi terutama di pusat bandar atau yang berhampiran dengan pusat membeli belah terutama di terminal-terminal, pemeriksaan terus ke kaunter-kuanter tiket serta meneliiti dokumen-dokumen yang berkaitan, semua ini akan dilaksanakan di terminal- terminal bas.

Pengendali bas ekspress telah diberi peringatan oleh SPAD agar sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya serta menekankan agar mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peraturan keselamatan pada setiap masa. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pengendali yang cuai dalam pengurusan operasi. Keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi, oleh itu aspek keselamatan, pemandu dan penyelengara perlu berada ditahap optimum. 

Lesen pengendali Syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan. Bagi kes-kes yang serius dan berat, keseluruhan kumpulan kenderaan milik syarikat boleh digantung sementara menunggu audit keselamatan dijalankan sekiranya didapati terdapat sebarang pelanggaran syarat, tindakan perundangan dan pentadbiran akan diambil. 

Orang ramai juga dapat memainkan peranan dengan melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan oleh pengendali kepada SPAD melalui hotline 24-jam SPAD di 1-800-88-SPAD (7723), menerusi emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD. Penumpang bas ekspres juga boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android yang membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melaporkan sebarang kesalahan.

CEC-DAP MENIPU, ORANG MATI PUN BERTANDING



Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 November lalu didakwa tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan malah terdapat ketirisan semasa pemilihan dijalankan.

Bekas ahli DAP, Tan Chee Chong berkata, sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi menjalankan siasatan terhadap keputusan CEC itu.

Katanya, antara yang menjadi persoalan ialah bagaimana kertas undi tidak ada nama calon dan nombor siri malah terdapat nama calon yang telah meninggal dunia dan ahli yang keluar parti masih dalam senarai pemilihan.

“Jadi saya memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya melakukan ujian forensik terhadap semua kertas undi kerana ia disyaki telah diubahsuai oleh pihak tertentu.

“DAP ini ada undang-undangnya sendiri, tapi sendiri pun tak nak ikut undang-undang, mana boleh DAP buat begini, jadi diharapkan pihak polis dapat siasat perkara ini dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Friday, November 24, 2017

TREN KARGO TERBALIK : SPAD HENTI OPERASI HINGGA SIASATAN SELESAI



Susulan daripada kejadian 12 gerabak tren kargo KTMB yang tergelincir dari landasan di kilometer 386, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB mengantungkan oprasi tren kargo sepanjang laluan Rawang ke Salak Selatan. 

Insiden yang berlaku pada pagi 23 November 2.50 pagi, Tren Kargo yang dalam perjalanan ke selatan telah tergelincir di antara Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur.

SPAD mahu KTMB menjalankan siasatan menyeluruh agar punca sebenar kejadian ini dapat dikenalpasti dan tidak berulang lagi. Ini semua bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. 

Buat masa ini tiada perkhidmatan tren komuter beroperasi dia antara laluan Stesen Kepong ke Stesen KL Sentral. Ianya digantikan dengan perkhidmatan bas antara laluan Stesen Segambut ke Stesen KL Sentral. 


SPAD menetapkan beberapa langkah yang perlu berikutan kejadian ini :

1) SPAD menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.

2) Mengarahkan KTMB mempercepatkan projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang bertujuan untuk menaik taraf rangkaian rel sepanjang 42k, terutamanya di landasan sejauh 7km di antara Simpang Batu dan Stesen Kuala Lumpur kerana indeks kualiti landasan (track quality index) dalam sektor ini perlu dipertingkatkan dengan kadar yang segera.

3) KTMB juga diminta untuk melakukan pemulangan tambang kepada penumpang ETS yang mengalami gangguan perjalanan serta ingin membatalkan perjalanan mereka supaya penumpang tidak menanggung sebarang kos tambahan bagi perkhidmatan MRT dan bas, penunpang juga boleh mengubah tarikh perjalanan.

4) Penumpang yang terjejas digalakkan mengguna perkhidmatan rel alternatif seperti MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni, dan LRT dari Subang Jaya.


5) KTMB juga memastikan penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dihubungkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan MRT sebelum beralih ke ETS sebelum memulakan perjalanan masing-masing.

6) SPAD mengarahkan KTMB untuk menyediakan perkhidmatan bas untuk perjalanan Sentul-KL Sentral-Sentul sebagai satu alternatif perjalanan bagi penumpang yang terjejas.

Keselamatan penumpang adalah lebih penting untuk diutamakan, oleh itu KTMB perlu memastikan semua SOP keselamatan dipatuhi, sebarang kecuaian dan kesilapan manusia boleh mengakibatkan nyawa penumpang terancam. 

Anda boleh menghubungi KTMB di talian 03-22671200 untuk mendapatkan lebih penjelasan. 

HOI BENGONG...!!! 26 PEMIMPIN PAKATAN YANG PONTENG, PASAI APA PULA PAS YANG SALAH ?



Pakatan Harapan yang didalangi DAP tidak sepatutnya meletakkan kesalahan kepada Pas sebagai penyebab kerajaan menang tipis dalam sesi pengundian Bajet 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sebaliknya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Nassruddin Daud menegaskan, Pakatan Harapan perlu menyalahkan 26 wakil rakyatnya yang ponteng pada sesi pengundian tersebut.


Katanya, mereka tidak boleh mengharapkan kepada Pas kerana parti itu sudah tidak mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Saya pun pelik, kesalahan dia (Pakatan Harapan) buat namun dia letakkan kepada Pas. 26 orang wakil rakyat Pakatan Harapan tidak hadir tetapi kerana dua wakil Pas mengambil pendekatan berkecuali pada sesi pengundian itu, dia kata kita sebagai punca kekalahan.

“Wakil rakyat Pakatan Harapan yang ramai, kenapa tidak pergi Parlimen, hendak harap dekat orang (Pas) buat apa. Kita sudah tidak pakat, jangan mengharap lagi.

“Terpulanglah kepada Pas hendak kecuali atau apa kerana kita sudah tidak ada kena mengena. Pergi tanya 26 wakil rakyat yang tidak hadir itu,” katanya ketika berucap sempena Ceramah Perdana Pasca Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Perasmian Bilik Operasi Pilihan Raya Pas kawasan Kota Bharu, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sementara itu, Nassruddin berkata, lawan Pas bukan hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata tetapi juga melibatkan Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan PAN supaya tidak menjadi alat DAP dengan melawan ulama.

“DAP ini membenci ulama jadi kita (PAN) jadi alat DAP untuk turut sama melawan ulama. Kita juga hendak ingatkan PAN ini supaya tidak lagi menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik.

“Berhentilah jaja nama Tok Guru kalau mengkhianti perjuangan. Tok Guru tidak pernah khianati perjuangan Pas dan tetap istiqamah di dalam Pas sehingga nafas terakhirnya,” katanya.- UTUSAN ONLINE



CHE DET ! JANGAN DOK SALAHKAN ORANG -TENGOK DIRI SENDIRI TU DULU !





Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatunya menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berikutan kegagalan pendaftaran gabungan yang diketuai DAP itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr. Mahathir  sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlebih dahulu yang dilihat sebagai punca utama kegagalan pendaftaran tersebut.


“Hendak daftar (Pakatan Harapan) tidak lulus kemudian marah kepada ROS. Bagaimana hendak lulus mesyuarat agung PPBM pun hanya dihadiri 12 orang,” katanya ketika berucap sempena Ceramah Perdana Pasca Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Perasmian Bilik Operasi Pilihan Raya Pas kawasan Kota Bharu di sini malam tadi.

Yang turut hadir Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Nassruddin Daud.

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, ROS tidak boleh meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan kerana masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh dua parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, setakat ini, ROS masih belum menerima laporan akhir termasuk senarai terkini pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilaksanakan pada 12 November lalu.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, Parti PPBM pula masih gagal mengadakan perhimpunan agung selepas parti itu ditubuhkan tahun lalu.

Sebelum ini, Pada 21 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa ROS belum menjawab permohonan Pakatan Harapan untuk mendaftarkan DAP, PKR, PPBM dan PAN sebagai satu gabungan rasmi.- UTUSAN ONLINE



Thursday, November 23, 2017

SALAHGUNA KUASA, AZMIN DI SAMAN PNHB


Inilah apabila dikatakan bodoh sombong tak boleh terima, padahal buat kerja menyusahkan rakyat. Kononnya demi kepentingan rakyat - padahal nak sembunyi kebodohan sendiri menguruskan air di Selangor. 

Akhirnya apa jadi ? Kena saman dengan Puncak Niaga Holdings (PNHB) yang berjumlah RM14 bilion terhadap kerajaan Negeri Selangor, termasuklah Azmin sebagai Menteri Besar dengan dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan rancangan pengstrukturan  semula industri air negeri. 

Ingat sikit ke 14 bilion tu? mana datangnya duit ini ? Semuanya duit rakyatlah yang kena bayar. Yang rugi rakyat negeri Selangor juga.

Inilah saman ganti rugi yang tertinggi pernah difailkan leh syarikat swasta dalam sejarah pentadbiran negeri. Bahkan saman ini melebihi jumlah rizab Selangor pada tahun ini yang berjumlah RM3 bilion. 

Puncak Niaga dalam satu kenyataan menyatakan writ saman berkenaan diserahkan kepada Abdul Khalid melalui peguamnya pada 2 November, Mohamed Azmin dan Kerajaan Selangor pada 6 November lalu. Dalam kenyataan tersebut, Mohamed Azmin dan Abdul Khalid didakwa menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengancam untuk menyebab, memohon atau cubaan untuk menyebabkan kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industtri perkhidmatan di negeri ini.

Bukan itu sahaja, PNHB juga turut menuntut rugi, faedah ganti rugi serta kos perbezaan nilai PNSB Water Sdn. Bhd. da Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) diantara RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion.  Selain itu, PNHB menuntut pertimbangan pembelian sebenar pada RM1.55 bilion di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 11 November 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Selain itu, PNHB turut menuntut ganti rugi kehilangan peluang perniagaan dalam dan luar negara berjumlah RM13.49 bilion. Pengurusan kes itu ditetapkan pada 28 November ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pengurusan kes saman itu akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 November ini.


Wednesday, November 22, 2017

PROGRAM ISYTIHAR HARTA RAFIZI PERANGKAP PEMIMPIN PAKATAN




Apa Yang sebenarnya Rafizi nak buat ni ? Dia nak gamekan siapa ? Nampaknya setiap kali ada sesuatu yang Rafizi cuba buatkan akan kembali terpalit kepada kem pembangkang.

Gimik Rafizi yang cuba menunjukkan betapa pemimpin pakatan ini bersih dari segala jenis rasuah dan salahguna kuasa dengan menganjurkan kempen Isytihar Harta sebenarnya memakan diri. Tak ada pemimpin DAP yang datang untuk mengisytiharkan harta mereka selain daripada 20 pemimpin PKR, 9 pemimpin dari Amanah dan sorang dari PAS.

Mana pi semua pemimpin DAP yang seringkali melaungkan BERSIH ! BERSIH! BERSIH ! ? Mana Pi pemimpin Cap Bunga PPBM ? Mana pergi semua mereka ? Kemana mereka bersembunyi ?

Nampaknya apa yang Rafizi rancanc semuanya gagal. Bukan setakat gagal saja, tapi memakan diri pula tu. Lain kali kalau nak buat pastikan pemimpin-pemimpin Pakatan tu betul-betul bersih. Sendiri pakatan pun caca marba lagi mau tunjuk bersih.

Lain kali jemputlah sekali Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Mukriz, Azmin Ali, Khalid Samad dan kuncu-kuncu DAP.

Paling tak boleh diterima dek akal, DAP bagi alasan kononnnya keselamatan wakil rakyat akan terancam jika isytihar harta dan untuk elak orang minta dana politik. Kepala hotak depa ! Cakap sajalah takut orang tahu harta dan kekayaan mereka. Bagi alasan macam minta penampar Jepun.

Tengok sajalah kekayaan Nga Kor Meng, rumah macam istana White House penuh dengan kereta mewah. Apa besar sangatkah elaun dan gaji jadi ADUN dan ahli Parlimen. Tunjukkanlah jumlah pendapatan dan keupayaan untuk beli semua tu. 

Bila ada pemimpin Melayu UMNO kaya sikit, mereka bukan main bising seolah-olah pemimpin UMNO rasuah dan salah gunakuasa. Pencuri saja yang rasa orang lain pencuri macam dia. Lim Guan Eng walaupun telah didakwa rasuah dan salahguna kuasa pun masih lagi bebas dibenarkan memegang jawatan Ketua Menteri, cuba kena dekat pemimpin UMNO....hemmm sampai subuh mereka mengutuk dan mencaci.

Inikah jenis-jenis pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia ? Nampaknua gelaplah masa depan Malaysia jika pemimpin jenis perosak ini yang diangkat menjadi penyelamat negara.

Bagus juga program Isytihar harta Rafizi, boleh lah rakyat tahu betapa hipokritnya pemimpin Pakatan Tak Boleh Harap.


Tuesday, November 21, 2017

KL-SG HSR, KEUNTUNGAN EKONOMI DAN KECANGGIHAN INFASTRUKTUR





Projek infrastruktur berimpak tinggi Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur -Singapura (KL-SG HSR) bakal menjadi mod pengangkutan awam rel paling laju dan maju. KL - SG HSR akan jadi pemangkin kepada ekonomi dan lanskap pengangkutan awam negara. Ianya akan memberi manfaat kepada ekonomi dan sosial negara. 

HSR dijamin mampu menjadi pengerak kepada tiga sektor utama iaitu ekonomi, pelancongan dan pengangkutan awam. Ianya juga  secara tidak langsung memberi impak kepada sektor hartanah terutama di kawasan berhampiran. 

Dengan adanya Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), Transit Aliran Massa (MRT),Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3), Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan KL-SG HSR membuktikan negara kita hari ini setanding dengan negara maju yang lain dalam menyediakan perkhidmatan awam bertaraf dunia. 

Di sepajang laluannya, HSR akan melalui pekan-pekan kecil, kawasan terpencil disepanjang jajarannya yang mana akan memberi impak ekonomi serta memacu pertumbuhan di  kawasan sekitarnya. Ianya memberi ruang membantu meningkatkan ekonomi di sepanjang jajarannya yang mana akan membuka potensi di kawasan berkenaan. 

Antara stesen utama yang akan dilalui HSR bermula di Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan terakhir sekali di Jurong East di Singapura. 

Dengan kelajuan maksima 320 kilometer sejam. Perjalanan yang sejauh 350 kilometer mengambil masa hanya 90 minit sahaja untuk sampai ke Singapura. KL - SG HSR dijangka bakal beroperasi pada akhir tahun 2026. 

Perdana Menteri menyifatkan projek ini sebagai satu merupakan penanda aras penting dalam perjalanan negara  membina satu lagi mercu tanda. Ia juga merupakan projek ikonik yang bakal memberi impak yang besar kepada ekonomi dan kesejateraan rakyat. Bukan sahaja menjadi satu lagi mercu tanda negara malahan ia bakal memberi impak besar kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan setiap projek yang dilakukan dirasai oleh semua golongan. Tidak hanya pada mereka yang berada di bandar bahkan dikampung-kampung juga merasai nikmat pembangunan negara. Contohnya projek HSR dan  ECRL .





Monday, November 20, 2017

Sell 80,000 new Myvis in 2018


 Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) has targeted sales of between 75,000 and 80,000 units of the all-new Myvi in 2018, said Perodua Auto Corporation Sdn Bhd deputy president, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

He said Perodua had received bookings for 8,000 units for all five variants of the new Myvi up to Nov 9, 2017.

Some 80 per cent of the bookings were for the 1.5 cc model, he said.

"Up to year-end, we are targeting sales of between 15,000 and 16,000 (units of Myvi) nationwide," he said to reporters at the car showcase in conjunction with Ministry of International Trade and Industry (MITI) Day 2017 here today.

The all-new Myvi offers five variants – 1.3 Standard (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) and 15 Advance (AT).

Zainal Abidin said the all-new Myvi priced from RM44,300 to RM55,300 was among the value-for-money cars in its price range.

The car launch was officiated by MITI Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed in Putrajaya on Nov 16, 2017. — BERNAMA

New Straight Time 

Friday, November 17, 2017

PELUANG EKONOMI DARI PROJEK ECRL



Kita sedia maklum Projek La­luan Rel Pantai Timur (ECRL) memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi negara. Namun keuntungan atau pulangan daripada ECRL ini tidak boleh dikira daripada hasil jualan sektor penumpang dan kargo semata-mata kerana pembangunannya melibatkan pelbagai sektor.
Kerajaan telah melakukan kajian terperinci mengenai projek ini dan manfaat sistem pengangkutan ini perlu dinilai daripada perspektif yang lebih besar.

ECRL tidak seharusnya dilihat se­­kadar inisiatif meningkatkan taraf pengangkutan awam di luar bandar sebaliknya merupakan pelan jangka panjang yang akan membawa limpahan ekonomi berimpak tinggi secara menyeluruh kepada negara.

Selain menjadi mod pengangkutan yang selesa, dan selamat, ECRL sebagai projek infra-rakyat akan menyumbang pembangunan kepada kawasan baharu di sepanjang laluan rel, sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara negeri-ne­ge­ri pantai timur dengan negeri-negeri pantai barat.
Apa yang lebih menarik, MRL juga sedang merancang untuk melaksanakan program Transit Oriented Development yang akan membawa wajah baru terhadap pembangunan bandar dan penempatan baru disepanjanga laluan rel bermula dari Pelabuhan Klang ke Pangkalan Kubor di Kelantan.  Semua ini memberi impak positif  kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Pantai Timur.

Sudah tentu ini akan meningkatkan prestasi ekonomi  negara sekaligus yang mana  pertambahan nilai KDNK dijangkakan akan berkisar pada kasar 1.5 peratus.

Kereta api ECRL yang berkelajuan 160 km sejam itu akan memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan menjadi empat jam berbanding tujuh hingga lapan jam menggunakan kereta.

Jajaran rel kereta api sepanjang 688 kilometer ini juga akan menghubungkan dua pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan di Pahang.

“Ini tidak termasuk manfaat pengangkutan yang bakal di­terima oleh sektor ekonomi lain seperti pelancongan, pertanian, perdagangan dan pendidikan.


Keperluan terhadap sistem kereta api itu juga amat mendesak pada ketika ini untuk merapatkan jurang ekonomi antara Pantai Barat dan kawasan timur Semenanjung.

“Kereta api yang beroperasi di atas landasan tunggal formasi berkembar ini juga dibina dengan ruang kabin yang luas serta tolok standard dengan geometri landasan yang membolehkan kelajuan dipertingkatkan kepada 200 km sejam.

Pembangunan ECRL melibatkan dua fasa utama iaitu pembinaan rel dari Gombak, Selangor ke Wakaf Bharu, Kelantan dan fasa kedua yang mempunyai dua komponen iaitu penambahan jajaran di utara (Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor sepanjang 23 kilometer) dan di selatan (Gombak ke Pelabuhan Klang).

Manakala pembangunan fasa pertama melibatkan pembinaan terowong di 44 lokasi de­ngan jarak keseluruhan mencecah 45 kilometer dan 76 buah jamba­tan (128 kilometer) bagi menetapi aspek pemuliharaan alam sekitar di negeri-negeri terbabit.

“Terowong terpanjang dianggarkan mencecah 17 kilometer yang akan dibina antara Gombak dan Bentong.

Pemeriksaan ta­nah dan kerja pembinaan pejabat di tapak lokasi sedang berjalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala pembinaan fizikal dijangka bermula serentak di beberapa lokasi utama di setiap negeri terbabit pada Januari 2018 dan berope­rasi sepenuhnya pada 2024.

Beliau berkata, proses pengambilan alih tanah berjalan lancar melibatkan 70 peratus tanah milik persendirian dan 30 peratus tanah milik kerajaan negeri.

“Proses ambil alih tanah melibatkan keluasan 17,000 hektar atau melebihi 20,000 lot kini berjalan dengan lancar,” katanya.

Darwis berkata, sebanyak 30 peratus daripada projek pembinaan sivil diberikan kepada kontraktor tempatan.

“China Communications Con­struction Company (C­­CCC) se­laku kon­tra­k­tor uta­­ma akan ber­tanggungjawab terhadap pembinaan landasan, pemasangan sistem, signal dan komunikasi.

“CCCC juga bersetuju memberi lebih banyak peluang penglibatan syarikat tempatan melalui kontrak penyediaan bekalan bahan mentah untuk pembinaan.

“Setakat ini, kita telah mene­rima dan membuat penilaian terhadap 1,118 kontraktor tempatan yang berminat dalam projek ini,’’ katanya dan menganggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan daripada projek ini.

Selain membuka peluang kepada kontraktor tempatan, MRL turut mengumumkan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) kepada graduan yang berminat merebut peluang pekerjaan dalam pembangunan ECRL.

Thursday, November 16, 2017

ADUN BN KELUAR DEWAN, USUL HENTIKAN PROJEK MAUT LERENG BUKIT DI TOLAK




Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai menunjukkan protes terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang meminda usul dibawa wakil mereka.


Usul itu dibentangkan ADUN Pulau Betong, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad yang meminta kerajaan negeri menghentikan semua pembangunan di lereng bukit serta-merta hingga pemaju menyediakan pelan penguraian air dan pengukuhan tanah.


Bagaimanapun, usul itu dipinda Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang mahu Kerajaan Persekutuan berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam menubuhkan jawatankuasa bersama untuk menangani implikasi perubahan iklim.


Mengulas hal itu, Muhammad Farid berkata, ini adalah kali kedua Kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan kuasa majoriti meminda usul dibawa wakil rakyat BN.


“Mereka gunakan peraturan dewan untuk tidak membahaskan usul kerana selepas dipinda, cadangan itu menjadi idea mereka.


“Kita mahu memfokuskan peranan kerajaan negeri tetapi mereka libatkan Kerajaan Persekutuuan sedangkan semua kelulusan pembangunan di negeri ini di bawah peranan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, tindakan kerajaan negeri tersebut menggambarkan politik tidak sihat kerana mereka sebelum ini mengakui telah meluluskan beberapa projek pembangunan di lereng bukit. - UTUSAN ONLINE


PPBM MENIPU, MEMPERBODOH ANAK MUDA - ARMADA LANCHANG



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus menerima tekanan apabila ahli akar umbinya yang terdiri daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengharamkan parti itu.

Selain itu, ahli-ahli akar umbi Armada PPBM Lanchang yang hilang keyakinan kepada kepe­mimpinan parti itu juga mendesak supaya Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.

Wakil Armada PPBM Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli-ahli akar umbi khususnya golongan muda berasa tertipu dan diperbodohkan tentang kewujudan sayap PPBM yang tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

‘‘Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kami sedar dipermainkan,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Airul Amir, ahli akar umbi berasa diperdaya oleh kepemimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membela mereka.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli PPBM, Mohd. Izaid Mohd Nor berkata, beliau kecewa dengan tindakan Syed Saddiq dan juga Dr. Mahathir yang tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab dan gagal menyelesaikan pelbagai isu dalam PPBM.

‘‘Mana Syed Saddiq sekarang, dengar di Paris pergi sana sini. Armada tidak wujud tetapi pemimpin bersenang-lenang hidup dan sampai bila hendak membuat kami macam bahan mainan,’’ tegasnya.



GUAN ENG ANGKUH: SEKAT BANTUAN BANJIR ADUN PKR



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga daripada PKR, Cheah Kah Peng adalah tidak wajar dan tidak menghormati pilihan rakyat, kata Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya umum lepas, Cheah tidak sepatutnya disekat daripada menjalankan kewajipan sebagai wakil rakyat bagi penduduk Kebun Bunga.

Katanya, tindakan Lim menyerahkan tugas berkenaan kepada ADUN Pulau Tikus daripada DAP Yap Soo Huey juga dilihat seperti mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

"Pihak kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini telah sedikit sebanyak mencalarkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Lim dalam sidang media berkata pendaftaran mangsa banjir di kawasan Kebun Bunga akan diselia oleh beliau sendiri dan Yap atas sebab prosedur dalaman.

Mansor menyifatkan alasan bahawa sekatan itu disebabkan oleh prosedur dalaman sebagai amat naif dan sukar diterima kerana keputusan menarik peruntukan kepada wakil rakyat Kebun Bunga itu tidak melalui perbincangan dan rundingan dengan PKR negeri.

Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Datuk Dr. Muhamad Farid Saad menyifatkan tindakan Lim mengetepikan ADUN PKR untuk memperakui borang permohonan pampasan banjir sebagai satu tindakan yang sangat tidak demokratik.

"Saya tidak hairan jika ADUN-ADUN BN (Barisan Nasional) tidak diberikan kuasa memperakui permohonan itu, tapi bila ADUN PKR sendiri tidak dibenarkan juga ia sesuatu yang agak janggal. Bukankah PKR adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang kini dilihat sudah tidak mengendahkan suara-suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di negeri ini yang membantu kemenangan DAP dalam pilihan raya umum.

"Jelas pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh dikritik. Suara mengkritik dianggap suara menentang. Mungkin itulah yang berlaku ke atas rakan saya, YB PKR Kebun Bunga Cheah Kah Peng diketepikan kerana mengkritik ketua menteri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Sebelum ini, YB PKR Penanti Norlela Ariffin juga diberi tekanan apabila beliau membangkitkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti," katanya. - BERNAMA


NEGERI MAJU MELUTUT MINTA BANTUAN



Belum terjadi dalam sejarah ketamadunan Manusia, kerajaan yang Anti Islam dan Melayu, yang menyerang kepimpinan UMNO 24 jam, yang menuduh kepimpinan Islam UMNO tidak cekap dan lemah tiba-tiba tanpa ada rasa malu, melutut meminta pertolongan pemimpin Islam UMNO setelah negeri yang ditadbir penuh cekap dan efisyen dilanda tanah runtuh dan banjir lumpur.

Negeri yang diberi jolokan oleh Ketua Menterinya Negeri Bukan Taliban kerana berani mengadakan pesta arak di Pulau Pinang begitu angkuh dan sombong apabila menyindir PAS sebagai Taliban kerana membantah pesta arak di Selangor. 

“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di negeri ini" begitulah angkuh sekali ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” Katanya dalam satu portal pembangkang.

Keangkuhan dan kesombongan si kerdil ini tidak lama, apabila tanah yang dipajaknya bergoncang runtuh hingga mengorbankan 11 nyawa, manakala langit yang dia tumpang berteduh menurunkan hujan berserta dengan angin kencang hingga mengorban 7 nyawa lagi, Ketua Menteri ini mula menangis teresak-esak buntu tak tahu nak buat apa. 

Lalu meminta pertolongan kepada seorang pemimpin Melayu Islam yang dahulunya sering dipersendakannya. 

Mana mungkin negeri yang begitu maju kononnya meminta pertolongan dari negara yang dilebalnya gagal ! Mana mungkin negeri yang kononnya lengkap fasilitasinya meminta pertolongan pentadbir negara yang dikatakannya bakal bangkrap ! 

Inilah karma yang tertimpa kepada pemimpin negeri yang angkuh dan biadap. Bapanya Lim Kit Siang  sehingga hari ini diam seribu bahasa. Tidak berani berkata sepatah pun keatas anaknya yang telah gagal mentadbir negeri yang sekecil itu. 

Cuba-cubalah tengok sikit dimana im Kit Siang berada, kita nak dengar juga apa pendapatnya untuk banjir kali ini. Adakah sama dengan pendapatnya semasa banjir besar di Kelantan. 

Dengar-dengar dahulu,  kalau banjir yang melanda di sesebuah negeri bermakna ada kemungkinan berlaku rasuah dalam pentadbiran kerajaan. Adakah kata-kata boleh diguna pakai untuk pentadbiran di Pulau Pinang. 

Yang lebih pelik anaknya Guan Eng menyalahkan banjir di Kedah menjadi punca Pulau Pinang tenggelam. Banjir di Kedah tu di Kulim - takkan banjir menyeberangi selat Melaka dan naik ke Pulau Pinang. Nampak semakn hari semakin sasau pemimpin pembangkang.  

Apa yang lebih penting,  kehadiran pemimpin Barisan Nasional dinanti-nantikan oleh rakyat. Jelas sekali rakyat hanya berharap kepada keupayaan jentera kerajaan pusat dan pemimpin Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah banjir yang melanda di negeri ini. 

Penang MCA leader claims remains of family members who died in predawn fire





By MOHAMED BASYIR

GEORGE TOWN: Penang MCA Tanjong division youth chief Lim Swee Bok has claimed the remains of his four family members who perished in a pre-dawn fire near Cecil Street here.

The remains of his two children, Lim Jia Yiin, 8 and Lim Yin Chun, 9, and his mother, Lau Sai Poh, 62, were claimed from the Penang Hospital mortuary at 4.38pm today.

The remains of his wife, Chen Yen, 35, were claimed at 6.50pm following a delay in her documentation procedure.

Lim was seen holding back tears as the bodies were carried out of the mortuary.

The wake will be held at Sri Saujana Flat in Lebuh Maccalum and the funeral service will be conducted on Sunday at Batu Gantung Crematorium.

The four victims perished in an early morning blaze that engulfed their two-storey home at Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld at 6am this morning.

Lim was away on night shift when the incident occurred.

The Fire and Rescue Department’s forensics unit is still investigating the cause of the fire.

NST 

Wednesday, November 15, 2017

Pemilihan CEC mesej DAP parti perkauman



Ke­pu­tusan 20 tempat teratas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ahad lalu se­ca­ra tidak langsung memberi me­sej bahawa ia adalah sebuah parti ber­asaskan perkauman di Malaysia.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, hal ini terbukti apabila hampir kese­mua calon mewakili bumiputera telah ka­lah, melainkan Ahli Par­limen Bukit Bende­ra, Zairil Khir Johari yang mendapat seba-nyak 649 undian.


Katanya, kemenangan Zairil ha­nya meletakkannya di tempat ke-19 daripada 20 jawatankuasa tertinggi CEC DAP.

“Perwakilan berjumlah 1,376 yang datangnya telah menghantar mesej yang cukup jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DAP sebenarnya adalah sebuah parti untuk kaum Cina sahaja dan perkara ini harus dihormati oleh semua pihak termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, sebanyak 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi hadir dalam pemilihan semula CEC parti itu yang berlangsung di Shah Alam, dekat sini.

Jumlah tersebut diumumkan oleh seorang wakil dari firma perunding Grant Thornton yang mana beliau turut memaklumkan berlaku kemerosotan kehadiran yang tinggi berban­ding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 2013.

Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga berkurang daripada 2,576 kepada 2,514. Ini berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia dan diisytihar muflis.

Keputusan undian menunjukkan kebanyakan barisan kepe­mimpinan lama kekal menerajui parti itu kecuali hanya dua muka baharu yang dipilih.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang di­­lihat mendahului senarai un­­di tertinggi dengan memper­oleh 1,199 undi, sekali gus me­ngekalkan kedudukannya dalam barisan kepemimpinan parti pem­bangkang itu.

Turut kekal dalam senarai ialah anaknya, Lim Guan Eng serta anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo apabila masing-masing memperoleh 1,180 dan 1198 undi.

Kata Zulkarnain, walaupun wujud gerakan halus sesetengah pemimpin tertinggi DAP untuk membawa masuk pemimpin bu­miputera menjadi ahli DAP, namun gerakan itu masih tidak mampu mengubah keinginan keseluruhan majoriti perwakilan yang dilihat menolak konsep parti pelbagai kaum.

“Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah keluar daripada DAP dan yang terkini wakil rakyat Kepayan, Edwin Bosi juga mengambil tindakan serupa yang menguatkan lagi andaian bahawa DAP sememangnya adalah sebuah parti yang sesuai untuk kaum tertentu sahaja,” ujarnya.

Tambah Zulkarnain, pemim­pin-pemimpin DAP termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh berhenti menyifatkan parti DAP sebagai sebuah parti untuk semua kaum.

‘‘Pemilihan semula CEC DAP jelas menunjukkan haluan sebenar DAP yang diinginkan majoriti perwakilannya,’’ katanya.

SUMBER : UTUSAN 



Tuesday, November 14, 2017

BINA SEMULA PULAU PINANG



Pulau Pinang perlu diselamatkan ! Pulau Pinang perlu di Bina Semula. Banjir besar pada dan kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang sewajarnya membuka mata semua pihak terutama kerajaan negeri bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang telah dibuat dan disembunyikan. 

Namun alam ini tidak pandai berbohong, bumi dan tanah di Pulau Pinang tidak pandai berdusta bahawa tangan-tangan yang mentadbir di bumi Mutiara ini ada sesuatu yang tidak kena. 

Pulau Pinang telah mengalami 119 kejadian banjir sejak 2013 hinggalah Oktober ini. Lim Guan Eng boleh mengalih dan berseloroh kononnya sebab hujanlah jadi banjir. Sedangkan dahulu bukan main lagi mendabik dada kononnya mampu selesaikan masalh banjir dalam masa sepenggal. Ini dah masuk dua penggal -bukannya bertambah baik, makin teruk lagi adalah. 

21 Oktober yang lepas, 11 pekerja binaan terbunuh selepa mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di satu tapak projek di Tanjung Bungah. Adakah semua ini menjadikan Lim Guan Eng dah kuncu-kuncu sedar ? Tidak sama sekali - mereka tidak pernah tahu erti insaf dan sedar diri. Bahkan lebih angkuh kononnya ini hanya kemalangan di tempat kerja. 

Akhirnya Kerajaan paling angkuh ini melutut menyembah meminta pertolongan dari Kerajaan Pusat yang mereka tuduh tidak cekap, tidak efisyen dan penuh rasuah apabila Pulau Pinang dilanda banjir terburuk dalam sejarah. Banjir ini juga telah meragut tujuh nyawa yang kebanyakkannya adalah warga emas akibat lemas dan ada yang dihempap pokok. 

Akhirnya manusia bongkak ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memohon bantuan pasukan penyelamat Angkatan Tentera Malaysia. 

Manusia yang tak tahu malu ini akhirnya melutut, kalah ....berhadapan dengan musibah yang dia sendiri undang. Di zamannya projek di lereng-lereng bukit ini berganda-ganda banyaknya berbanding di zaman pentadbiran Barisan Nasional. 

Tak hairanlah rakyat yang selama ini sabar naik berang dengan beberapa wakil rakyat DAP. Mereka meluahkan kemarahan terhadap sikap pemimpin DAP yang cakap tidak serupa bikin. 

Antaranya dalam video, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo terdiam seribu bahasa apabila dimarahi oleh penduduk setempat. Dala m satu lagi video yang tular menunjukkan penduduk melepas kemarahan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugur daripada DAP, Ramkarpal Singh Deo kerana tidak menyediakan jet air untuk mereka membersihkan rumah. 

Amarah rakyat tidak lagi dapat dibendung, semua ini berpunca dari sikap tamak, sombong dan angkuh kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pentadbiran Dinasti Lim. 

Rakyat Pulau Pinang rata-rata menyedari punca banjir terburuk kali ini adalah dari kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebab itulah apabila Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin BN yang datang mereka disambut dengan deraian air mata kesedihan dan penyesalan. Mereka sedar hanya kerajaan yang prihatin dengan rakyat seperti Barisan Nasional yang mampu menjaga dan memelihara Pulau Pinang dengan baik. 

Gerakan pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Rafizi kononnya untuk bina semula Malaysia perlu ditempeleng oleh rakyat dengan MEMBINA SEMULA PULAU PINANG dibawah kerajaan yang bertanggungjawab iaitu BARISAN NASIONAL.