Wednesday, February 22, 2017

PEMANDU TEKSI JUJUR




Dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap pemandu teksi, sekurang-kurangnya kisah kejujuran seorang pemandu teksi yang telah memulangkan beg duit seorang penumpang wanita mampu mengubah pandangan buruk orang awam terhadap mereka.

Seorang wanita bernama Bee Leng Ong menerusi laman Facebooknya baru-baru ini meluahkan perasaan terharu dan mengucapkan terima kasih berikutan sikap baik hati seorang pemandu teksi yang telah memulangkan beg duitnya selepas ia tercicir di dalam kenderaan tersebut.

“Saya lebih yakin bahawa dalam kalangan kita ada orang yang jujur. Saya secara tidak sengaja tercicir beg duit di dalam teksi dan lelaki budiman ini, En Zamrod sanggup meluangkan masa untuk menghubungi dan memulangkan beg duit kepada saya. Saya sangat terharu.



“Teksinya bernombor plat HBB 3315. Sokonglah (pemandu teksi) yang budiman ini,” tulis beliau dalam catatan di laman sosial tersebut, yang mana turut memuat naik gambar foto ramai (wefie) bersama pemandu teksi berkenaan.

Perkongsian Leng Ong mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna Facebook, yang rata-rata memuji sikap jujur pemandu teksi itu.

Mengulas lanjut, pemandu teksi berkenaan, Zamrod, 58, ketika dihubungi Malaysian Digest memberitahu kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin lalu ketika Leng Ong bersama tiga penumpang lain menaiki teksinya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Menurut Zamrod, beliau pada mulanya tidak menyedari beg duit penumpangnya itu telah tercicir di dalam teksinya selepas menghantar penumpang wanita itu ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menghadiri satu mesyuarat.

“Saya berpengkalan di Lapangan Terbang Subang, selepas hantar beliau saya terus pergi isi gas dan balik semula ke lapangan terbang. Saya tidak ambil mana-mana penumpang selepas itu. Saya pun tidak sedar ada beg duit tercicir di tempat duduk belakang.

“Dua jam kemudian baharu saya ambil penumpang lain – seorang lelaki Inggeris dan Cina, yang minta saya hantar mereka ke Bandar Utama. Salah seorang daripada mereka menemui beg duit tersebut dan memberikannya kepada saya,” katanya, hari ini.

Zamrod yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai Pemasaran di Pelabuhan Klang berkata, beliau yakin bahawa beg duit itu adalah kepunyaaan Leng Ong, sebelum cuba mencari sebarang maklumat di dalam beg duit itu untuk beliau menghubungi pemiliknya.

Bagaimanapun, Zamrod buntu apabila tidak menemui sebarang nombor telefon yang boleh dihubungi untuk memaklumkan mengenai perkara itu dan jalan terakhir adalah dengan menyerahkan beg duit tersebut kepada kaunter khidmat pelanggan.

“Ketika itu dah dekat pukul 5 petang, saya pergi ke masjid dahulu untuk menunaikan solat (Asar). Saya berdoa, minta-minta dipermudahkan.

“(Selepas selesai solat) Saya tak puas hati, saya buka lagi sekali beg duit beliau dan menemui satu kad. Saya terus hubunginya dan memaklumkan mengenai beg duit beliau. Masa itu, beliau (Leng Ong) berada di Lapangan Terbang untuk penerbangan balik ke Pulau Pinang pada pukul 8 malam,” jelas Zamrod, yang baharu menjadi pemandu teksi selama lima tahun.

Katanya, beliau menemui Leng Ong kira-kira jam 6 petang bagi memulangkan beg duit tersebut.

“Beliau sangat gembira dan saya pun tidak sangka beliau kongsikan pengalaman tersebut di laman Facebooknya. Saya lebih selesa untuk pulangkan sendiri (hak orang), berbanding beri kepada orang lain untuk pulangkan.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab saya. Beliau sedar beg duitnya hilang selepas selesai mesyuarat pada pukul 5.30 petang.

"Beliau bagi token kepada saya, tapi saya enggan terima tetapi (Leng Ong) paksa saya (terima) dengan berkata ‘saya layak terimanya’. Beliau belanja saya coffee Starbucks juga,” luah bapa kepada empat orang anak itu dengan perasaan gembira kerana telah berjaya memulangkan beg duit penumpangnya itu.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab semua individu untuk memulangkan semula hak orang lain dan perkara itu menjadi pegangan hidupnya dalam mencari rezeki yang halal.

“Saya perlu menjaga imej pemandu-pemandu teksi, banyak orang kutuk (pemandu teksi), tidak betul. Saya tidak boleh bersikap sedemikian (tidak jujur). Itu adalah prinsip hidup saya,” katanya.

Bagi orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan teksi, Zamrod memberikan perkhidmatan kepada semua penumpang di sekitar Lembah Klang dan beliau berpangkalan di Lapangan Terbang Subang. Terima kasih 'Encik Teksi' kerana jujur!

Tuesday, February 21, 2017

KHASIAT ISTIMEWA BAWANG MERAH



Bawang merah menjadi antara perencah makanan yang utama dan memainkan peranan utama sebagai penyedap makanan dalam hampir semua masakan melayu.

Menurut sejarah, bawang merah merupakan tanaman tertua dalam salasilah budaya tanaman. Dalam catatan Yunani kuno, terbukti bahwa sejak 4000 tahun silam bawang merah telah disebut-sebut. Pada perkembangan selanjutnya bawang merah merebak kekawasan Eropah Barat, Eropah Timur, Spanyol, Amerika Serikat, kemudian ketimur jauh dan Asia selatan, dan akhirnya sampai kebumi Nusantara ini.

Bawang merah boleh tumbuh didataran rendah atau ketinggian sekitar 30 meter diatas permukaan laut, suhu udara untuk tanaman bawang merah adalah 25-30 darjah Celcius, kelembapan sederhana dan cukup sinaran matahari.

video




Bermanfaat sebagai pengganti ammonia
Aroma yang dimiliki bawang merah sangatlah menusuk hidung, merangsang darah, fungsi pernafasan, dan fungsi saraf. Hal ini dapat membantu dalam pemberian pertolongan pertama pada seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri.

Membunuh Kuman di Mulut
Bawang merah sering digunakan untuk mencegah kerosakan gigi dan jangkitan mulut. Mengunyah bawang mentah untuk 2 hingga 3 minit mungkin boleh membunuh semua kuman yang ada di kawasan dalam mulut.

Rawatan untuk Penyakit Jantung 
Bawang merah membantu dalam penipisan darah, yang seterusnya menghalang sel - sel darah merah dari tumbuh dan menebal. Sel darah merah yang membeku boleh menyebabkan gangguan jantung atau penyakit kardiovaskular.

Rawatan untuk jerawat 
Jus bawang merah dicampur dengan madu atau minyak zaitun dikatakan rawatan terbaik untuk jerawat.

Rawatan untuk Batuk 
Mengambil jus bawang merah dan madu boleh menyembuhkan sakit tekak dan gejala batuk.

Digunakan sebagai penghalau Serangga 
Kita boleh juga menggunakan jus bawang merah untuk mengurangkan rasa sakit yang disebabkan kerana gigitan/ sengatan lebah. Jus segar bawang merah atau pes boleh digunakan untuk aplikasi luaran untuk gigitan serangga dan sengatan kala jengking.

Meningkatkan daya Seks
Bawang merah dikatakan dapat meningkatkan dorongan untuk kehidupan seksual yang sihat.

Meredakan Sakit Perut
Bawang merah mempunyai sifat anti - keradangan dan anti - bakteria yang memberikan bantuan untuk sakit perut dan sindrom gastrik berkaitan.



Read more: http://www.aynorablogs.com/2014/04/khasiat-bawang-merah-untuk-kesihatan.html#ixzz4ZHom16lG

PUTAR BELIT KIT SIANG



Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempunyai motif politik apabila menetapkan syaratnya sendiri sebelum memberi persetujuan untuk membantu pasukan khas menyiasat kerugian perdagangan mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kit Siang sepatutnya datang dengan tangan terbuka tanpa mengenakan sebarang syarat tertentu sekiranya mahu membantu pasukan tersebut.

“Kenyataan Kit Siang yang juga mahu pasukan siasatan khas dijalankan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak relevan dan tidak berasas sama sekali.


“Hal ini kerana pasukan siasatan yang terdiri daripada Ketua Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai Ahli Parlimen pembangkang telah ditubuhkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang pada Jumaat lalu yang menawarkan diri untuk menyertai pasukan khas menyiasat kerugian BNM sekiranya tindakan sama dilakukan terhadap isu 1MDB.

Dalam perkembangan berkaitan, Azalina menjelaskan, Kabinet memutuskan siasatan pasukan khas itu berperanan untuk menganalisis dan meneliti kerugian besar yang dialami BNM akibat kegiatan perdagangan mata wang asing pada 1990-an.

“Sekiranya terdapat perkara seumpama itu, pasukan khas tersebut akan mencadangkan tindakan sewajarnya untuk diambil dan menjalankan siasatan lengkap dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya.

Monday, February 20, 2017

HINDRAF PERTUBUHAN PELAMPAU !



Melampau, biadap dan mengancam keselamatan negara ! Pertubuhan Hindraf sekali lagi cuba menaikkan darah umat Islam terutama di Malaysia apabila membuat tuduhan melampau terhadap penceramah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai pengganas dan gesa tindakan AS ke atas beliau. Bahkan, meminta campur tangan AS ke atas Malaysia dalam kes ini agar  Dr Zakir dibawa ke AS untuk didakwa.

Kerajaan kena bertindak segera terhadap NGO yang ada hubungan LTTE ini. Mereka tidak boleh dibiarkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan bangsa terancam. 

Hindraf atau singkatan kepada Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindu Rights Action Force) merupakan satu kumpulan gerakan gabungan didakwa daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

 Kumpulan ini yang menggunakan laungan slogan Makkal Sakthi (Kuasa Rakyat) telah mengetuai perjuangan penentangan terhadap "polisi pelupusan kuil-kuil secara tidak rasmi" dan memandang berat tentang "pencerobohan" berterusan undang-undang berdasarkan syariah. Pada 6 Disember 2007, kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar. Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan.

Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pada 15 Oktober 2008, mengisytiharkan Hindraf sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Syed Hamid Albar dan mesti dielakkan oleh orang ramai.

Hindraf pernah membawa dakwaan palsu ke United Kingdom, kononnya Malaysia mengamalkan penghapusan etnik penganut Hindu di Malaysia. Sedangkan kaum India beragama Hindu di sini hidup dalam aman damai. Kini ekstremis Hindu ini kembali mengganas dalam sikap mereka. Menjadi kebimbangan rakyat Malaysia jika sikap ini ada persamaan mereka dengan pendekatan Tamil Tigers, kumpulan pengganas Hindu yang terkenal itu.

“Tahap keterlampauan puak radikal Hindu ini sudah melepasi batasan yang sepatutnya. Kita memohon agar kerajaan bertindak segera ke atas mereka.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy pernah mempertikaikan Kerajaan Negeri Perlis menjemput Zakir menyampaikan khutbah di Malaysia dengan alasan sedang disiasat pihak berkuasa India. Malahan, Waythamoorthy turut mempersoalkan apakah motif sebenar kerajaan menggalakkan ceramah Dr Zakir di negara ini.

Boleh dikatakan Hindraf merupakan satu kelompok radikal agama yang melampaui batas, malah tidak tahu bersyukur atas segala kebaikan yang negara ini berikan kepada mereka.
“Mereka cuba membawa keputusan kerajaan Hindu India ke atas umat Islam di Malaysia. Apakah mereka setuju jika ada pihak yang meminta agar keputusan Iran, ataupun Pakistan ataupun Saudi dilaksanakan ke atas kaum mereka di Malaysia?

Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah Islam yng dianugerahi oleh kerajaan Malaysia sebagai  Tokoh Maal Hijrah pada 2013.  





TRUMP MENTAL ?




Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa mempunyai masalah ‘mental’ dan tidak mampu memikul tanggungjawab untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Perdebatan tentang keupayaan mental Trump bukan perkara baharu sebaliknya telah lama diperkatakan iaitu sebelum pilihan raya Presiden tahun lepas.


Donald Trump dikatakan ada masalah mental. Baru ke rakyat Amerika nak perasan tentang masalah Trump ni ? Jika dilihat dalam Racangan TVnya yang terkenal "Apparentice" .....memang selayaknya Trump nampak seperti seorang yang bermasalah mental. Dunia mungkin akan mengamali kecelaruan jika Trump membuat keputusan-keputusan yang gila.


BELIT DAP TENTANG CUKAI PINTU



Kononnya kerajaan DAP Pulau Pinng ingin memberikan potongan cukai pintu kepada penghuni rumah kos rendah, kos sederhana rendah, rumah kampung atau bertanah. 

Padahal kerajaan DAP telah terlebih dahulu menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40, tiga bulan sebelum pelaksanaan GST.

Sebelum itu penduduk negeri itu pada 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80. Bagaimanapun pada 2015, katanya, iaitu tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, cukai pintu itu dinaikkan kepada RM667.20 iaitu bayaran sama yang perlu dibayar penduduk untuk 2016.Bagaimanapun pada 2015,iaitu tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, cukai pintu itu dinaikkan kepada RM667.20 iaitu bayaran sama yang perlu dibayar penduduk untuk 2016.

Walaupun selepas membuat pengumuman pemotongan cukai sebanyak 6%  untuk kesemua hartanah penduduk masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu lebih tinggi daripada cukai pada 2014.

Kerajaan DAP cuba mengelirukan rakyat dengan menaikkan kadar cukai pintu sebanyak RM83.40 yang langsung tidak ada kena mengena dengan GST dan keudiannya berpura-pura memberi pengurangan sebanyak RM39.60.

 Tapi hakikat sebenarnya penduduk masih perlu membayar sebanyak 7.5 peratus lebih tinggi daripada cukai pintu asal mereka seperti pada 2014.

Memang kaki pembelit DAP ni. 

#KakiBakarLine

MCA TIDAK BERMAKSUD CAMPUR TANGAN







MCA tidak suka sebarang kontroversi dan tidak pernah berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam terutama berkenaan melibatkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355. MCA faham pekara ini cukup serius dan sensitif kepada umat Islam. 

Apa yang berlaku cuma kekhuatiran yang disuarakan oleh komuniiti kecil bukan Islam termasuklah segolongan kecil golongan muda, walaupun perkara RUU 355 ini ianya tidak melibatkan masyarakat bukan Islam. Itulah yang disampaikan oleh Setiausaha Agung MCA. Datuk Seri Ong Ka Chuan. 

MCA amat kecewa apabila pandangan yang disuarakan disalah faham sebagai anti Islam atau ingin campur tangan dala hal ehwal Islam. Namun sebenarnya MCA berniat baik iaitu mahu menghilangkan kekeliruan kepada yang bukan Islam dan pada masa yang sama mahu melihat rakyat di negara ini hidup dalma keadaan bersatu pada serta aman damai. Pada MCA kepentingan negara adalah lebih penting daridapa segala-galanya.

Diharap segala kekeliruan ini dapat dirungkaikan dan rakyat kembali bekerjasama meneruskan agenda negara. Sebaiknya semua perti-parti politik lebih menumpukan kepada agenda yang mempunyai kebersamaan serta nilai universal antaranya pendidikan, kos sara hidup dan pembangunan ekonomi. Elakkan kepada memberi tumpuan perkara-perkara yang boleh mengundang pecah belah, kekeliruan dan salah faham.