Wednesday, January 31, 2018

MAYAT BAYI LELAKI DI TEPI PAGAR MASJID




Mayat bayi lelaki kembung ditemui di tepi pagar masjid

ALOR SETAR - Jemaah Masjid Kariah Pulau Ketam, Jitra dekat sini terkejut apabila menemui bungkusan plastik hitam mengandungi mayat bayi lelaki yang telah kembung di tepi pagar masjid itu pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mayat bayi yang berbalut dengan kain batik itu ditemui orang awam yang mahu menunaikan solat Subuh di masjid tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

"Jemaah masjid kemudian memeriksa bungkusan plastik hitam tersebut dan mendapati terdapat satu objek dibalut dengan kain batik sebelum ternampak kaki mayat bayi terbabit.

"Saksi kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, pegawai perubatan Hospital Jitra yang tiba di lokasi kejadian mendapati bayi itu cukup sifat dan telah meninggal dunia lebih 24 jam. 

Tuesday, January 30, 2018

TREN KOMUTER TANPA HENTI SEMPENA THAIPUSAM




Sempena sambutan perayaan Thaipusam 2018 ini Keretapu Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter tanpa henti selama tiga hari dua malam mulai 30 jan hingga 1 Februari ini.

Orang ramai terutama penganut agama Hindu dan pelancong yang ingin ke Batu Caves boleh menggunakan perkhidmatan Komuter ini bagi memudahkan lagi perjalanan mereka ke Batu Caves.

Sebelum ini kebiasaannya penganut Hindu berjalan kaki melalui sepanjang Jalan Kuching termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak, dibimbangi mereka mengalami keletihan, penat dan kemalangan ditepi laluan jalan raya.

Sesetengahnya ada yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sepajang jalan ke Batu Caves yang mana dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan. 

Justeru itu Pengurus Besar Perkhidmatan KTMB, Khair Johari Ishak menjelaskan, perkhidmatan Tren Komuter ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya penganut Hindu dan pelancong yang merancang perjalanan ke Batu Caves.

Orang ramai boleh menggunakkan perkhidmatan ini walaupun selepas waktu perkhidmatan yang terakhir dengan KTM menyediakan tren tambahan antara jam 10.50malma hingga jam 5.30 pagi. Jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter pada 31 Januari (Rabu) dan 1 Februari (Khamis) adalah mengikut jadual waktu hari bekerja sedia ada.





Dalam tempoh tiga hari dua malam bermula 30 Januari, jumlah tren yang disediakan adalah sebanyak 783 perkhidmatan. Ada beberapa perkara yang pengguna yang perlu diberi perhatian antaranya pengguna perlu menggunakan Kad Komuter Link atau Touch n Go untuk perjalanan sehala atau pergi dan balik dari Stesen Batu Caves sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut. 

Ini bagi memastikan semua pihak dapat manfaatkan kelancaran perjalanan pergi dan balik ke Batu Caves. Pihak KTMB juga akan memberikan Kad Komuter Link dewasa dan konsesi secara percuma dan kad ini perlu ditambah nilai bermula dari RM3. 

Semoga perjalanan pergi balik ke Batu Caves sempena Perayaan Thaipusam ini berjalan lancar dan aman. Selamat bercuti semua. 

ROS SIASAT STATUS CEC DAP !



Nampaknya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang terbaru ini tidak dapat lari dari kontroversi. Kejayaan dua beranak Dinasti Lim mengekalkan kedudukan mereka memang menimbul banyak spekulasi.  Bagaimana seorang yang dipenuhi dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa masih lagi diberi tempat dalam DAP. Sudah tentu ianya mengundang banyak tanda soal.

Justeru itu siasatan yang telus dan terperinci pihak Jabatan Pendaftaran Perutubhan (ROS) amatlah diharapkan bagi perkara ini. ROS pun masih lagi menjalankan sisatan mengenai aduan akar umbi ahli DAP terhadap pemilihan semula CEC DAP  tahun lepas yang didakwa tidak sah dan tidak mengikut undang-undang. 

Sehingga kini ROS masih mennyiasat dan belum ada lagi sebarang keputusan berhubung dengan status CEC DAP. dan kedudukan parti itu. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pengarahnya sendiri, Surayati Ibrahim, yang menyatakan status parti tersebut masih belum diputuskan kerana siasatan masih belum selesai.

“Setakat ini belum diputuskan (status sama ada CEC DAP sah atau tidak sah), ia masih lagi dalam siasatan,”

Menunggu keputusan siasatan ini membuatkan pemimpin DAP terutama Lim Guan eng dan Lim Kit Siang dalam dilema. Seolah-olah menunggu hukuman mati. Adakah ROS akan membuat kejutan sebelum PRU 14 ini ? DAP perlu bersedia dengan segala kemungkinan sahaja.  Hanya mereka yang tahu samada mereka menipu atau tidak dalam pemilihan yang diadakan. 

ROS sewajarnya membuat keputusan segera me­ngenai sta­tus pemilihan se­mula CEC DAP sama ada sah atau tidak kerana aduan daripada 16 perwakilan dan ahli DAP yang mahukan pemilihan diadakan semula. 

Nampaknya drama pemilihan DAP tidak pernah habis, bantahan demi bantahan di buat oleh ahli DAP sendiri kerana mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan mereka yang memalukan. Ini lah sejarah DAP yang mempunyai pemimpin yang penuh dengan skandal dan penyelewengan. 

DAP hari ini bagaikan sebuah parti segala yang dimiliki oleh "perompak" dan "penyamun" 

Bantahan terhadap pemilihan CEC DAP pada 12 November 2017 itu melibatkan pelbagai isu termasuk kertas undi tidak diletakkan nombor siri dan nama calon, tiada pa­meran senarai nama calon di media dan proses pengiraan undi dibuat secara tertutup tanpa sebarang pemerhati dan wakil.

Antara yang membuat aduan kepada pihak ROS adalah Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Asam Kumbang, Santokh Singh yang mendakwa pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Sebelum ini, CEC DAP didapati tidak sah dan terbatal oleh ROS sebanyak dua kali iaitu pada 15 Disember 2012 dan 29 September 2013.



Monday, January 29, 2018

KERAJAAN KAJI SEKAT BERITA PALSU



Kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walau bagaimanapun kerajaan tidak akan mengawal internet sekira­nya undang-undang baharu ter­sebut diperkenalkan.


Sebaliknya jelas beliau, peraturan yang lebih tegas itu diperlukan kerana penyebaran berita palsu di media sosial memberikan kesan yang amat membimbangkan pada masa kini sehingga mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam.

“Rakyat boleh terpesong se­perti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Kita tidak mahu berita palsu tersebar luas tetapi bukan bererti kita akan kawal internet. Internet masih bebas, cuma kebebasan itu mestilah ada unsur kebertanggungjawaban,” katanya kepada pembe­rita selepas majlis Perdana Menteri bersama kakitangan awam di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh merangkap Pengerusi Kumpulan Utusan bersama lebih 10,000 kakitangan awam dari seluruh negeri ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan beberapa pihak termasuk ahli akademik melahirkan kebimbangan mengenai penularan berita palsu di negara ini termasuk mencadangkan kepada kerajaan supaya mengguna pakai peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam menangani ancaman tersebut.

Ancaman itu bukan sahaja dihadapi oleh negara ini malah beberapa negara di Eropah seperti Britain yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran be­rita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain

Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga dilaporkan mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.



TAK ADA SEKOR PUN DARI PEMBANGKANG YANG BERANI HANTAR NAMA KE SPRM


Nampaknya tidak ada seorang pun dari pemimpin parti pembangkang yang berani menawarkan diri mereka kepada untuk ditapis bebas dari rasuah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Samada mereka tak berani atau mereka ada masalah berkenaan rasuah. Memandangkan pemimpin tertinggi mereka sendiri ditangkap kerana rasuah. 


Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki. Tidak ada seorang pun dari parti yang datang untuk di tapis SPRM kecuali beberapa senarai daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Namun semua nama ini tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi semasa proses tapisan. 

Rasany banyak sebab kenapa pembangkang takut untuk memberi nama pemimpin mereka untuk tapisan ini. Antaranya Lim Guan Eng yang terpalit dengan isu Terowong dasar laut, dan rumah yang dibelinya dengan harga dibawah pasaran. 

Manakala Nga Kor Meng dan Ngeh Ko Ham pula  mungkin dengan .isu banjir di Kelantan dimana mereka dikatakan mereka terlibat dalam projek pembalakan melibatkan lebih 4,000 hektar di Gua Musang - antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir besar di Kelantan pada 2014.

Itu semua ada kemungkinan - samada mereka terlibat atau tidak dengan rasuah, dengan menolak untuk ditapis oleh SPRM menunjukkan seoalh-olah ada sesuatu yang tersembunyi  sedang disembunyikan. 

SPRM pun sudah memberi jaminan  bahawa mereka akan mengikut etika dan amanah mereka tidak akan membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak. Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu membuat test samada mereka bebas dari virus rasuah atau tidak. 

“Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu kami membuat tapisan calon-calon pilihan raya, yang pentingnya kami sedia membantu.


 Azam juga berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan memanggil 10 lagi saksi baharu iaitu tambahan daripada 76 saksi yang sudah diambil keterangan sebelum ini.

Nampaknya susah lah mereka yang terlibat dengan penyelewengan projek Terowong Dasar Laut, banyak bukti dan data telah terkumpul. Tentu mereka yang terlibat tak dapat tidur malam. Betul tak Guan Eng ? 

Friday, January 26, 2018

PERTAHANKAN TANAHAIR DARI SERANGAN FITNAH MEDIA BARAT





PERTAHANKAN BUMI YANG MASIH ADA UMAT YANG SUJUD KEPADA TUHAN SEKELIAN ALAM.

Dahulu negara Iraq dilukis dengan wajah yang buruk oleh Media Barat, BBC dan WSJ. Saddam diukirkan dengan wajah yang kejam dan ganas. Rakyat digambarkan hidup sengsara dan dizalimi.

Hari ini mereka lakukan pula kepada negara kita. Mana-mana negara Islam yang maju dan kaya tidak akan terlepas dari penfinah-penfitnah ini semua.

Selagi kita boleh berdiri dengan kaki sendiri dan tidak takut atau mengharapkan "mereka", selagi itu mereka akan serang dengan segala fitnah.

Malang sekali ada rakyat yang percaya dan tidak belajar apa yang berlaku di Iraq, Libya, Syria dan Palestin.

Pernahkah mereka membantu kita semasa negara kita miskin dan berada dalam bahaya? Tidak sama sekali ! Sejarah membuktikan askar British melarikan diri apabila Malaya diserang Jepun dan biarkan rakyat kita sendiri menentangnya.

Kalau tidak masakan Jepun tawan Malaya dalam beberapa hari sahaja. Itu pun dipertahankan oleh Rejimen Askar Melayu DiRaja, yang diketuai oleh Leftenan Adnan Saidi. Askar British yang mana sempat dah cabut awal-awal lagi.

Hari ini apabila negara kita maju, makmur dan kaya BBC, WSJ sibuk nak ambil tahu hal ehwal kewangan negara kita. Tahu ke kenapa mereka sibuk sangat hal negara kita? Sebabnya mudah saja, sebab ada pengkhianat yang menjanjikan macam-macam kepada mereka.

Nurul Izzah pernah menjanjikan pelbagai projek kerajaan kepada mereka jika PH berjaya memerintah Malaysia, pernah duduk sekali dengan penjenayah yang menyerang negara kita. Jangan lupa beberapa nyawa anggota keselamatan kita gugur kerana mempertahankan negara.

Tian Chua dan beberapa orang lagi berjumpa Soros, untuk apa ? DAP menjanjikan satu kawasan khas untuk tentera Israel bertapak di sini dan banyak lagi yang kita tahu dan yang kita tidak tahu.

Jika negara kita tak makmur, tidak aman tak adanya mereka nak menyibuk. Selagi kuasa ditangan orang Islam dan mereka tak boleh berbuat sesuka hati mengikut nafsu mereka selagi itulah kita akan diserang dengan pelbagai fitnah.

LKY pernah berkata, dia susah untuk hidup bersosial bersama orang Islam kerana mereka tak minum arak, ada larangan halal -haram dan peraturan-peraturan yang pelik dan susah kita nak ikut. Mereka patut longgarkan sikit peraturan agar dapat hidup bersama-sama dalam masyarakat," katanya lagi.

Mahukah kita membiarkan semua ini berlaku ? Halal dan haram bercampur sekali seperti kemahuan LKY ? Fikir....

PERTAHANKAN BUMI YANG MASIH ADA UMAT YANG SUJUD KEPADA TUHAN SEKELIAN ALAM.

Thursday, January 25, 2018

GUAN ENG TUNJUK KUKU BESI



Siapa yang menentangnya akan mendapat mendapat balasan yang setimpal. Itulah yang berlaku kepada Teh Yee Cheu yang menjadi mangsa kezaliman DAP. Kerana berani menentang Lim Guan Eng, semua pekerja di Pejabat DUN nya dipecat kerana sikap Teh yang begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. 

Jelas sekali perangai kejam Dinasti Lim terhadap pengikut mereka sendiri begitu kejam dan zalim. Ini adalah balasan kepada mereka yang berani melawan Dinasti Lim, satu Dinasti parti politik yang paling lama di Malaysia. 

Mereka dibuang tanpa asbab musabab yang mewajarkan tindakan itu dibuat, dan paling menyedihkan tiga hari selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, seorang kakitangan Yee Cheu yang enggan dikenali berkata, dia terkilan ke­rana diberi notis pemberhentian kerja dalam tempoh singkat serta tanpa alasan yang kukuh.

Apa yang lebih malang ada dikalangan kakitangan Yee merupakan ahli seumur hidup DAP yang taat setia pada pejuangan DAP. Siapa sangka begini akhirnya perjuangan mereka ditamatkan oleh rakan seperjuangan, bukannya lawan. Inikah hasil dari kesetiaan mereka kepada DAP ? 

Samada  mereka suka atau tidak, mereka perlu meninggalkan parti DAP yang penuh dengan kezaliman dan kuku besi. 

Bukan kali pertama Yee diperlakukan begini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, sejak dulu lagi peruntukan sebanyak RM6000 kepada pusat khidmatnya disekat. Malahan sebagai Wakil Rakyat, beliau dihalang untuk mengurus bantuan banjir untuk penduduk dikawasan Tanjung Bungah yang berjumlah RM700.

Begitu juga dengan bantuan tahunan untuk pusat khidmatnya yang berjumlah RM200,000. Semuanya disekat tidak diberikan. Inilah wajah sebenar DAP yang disanjung oleh pengikut dalam Pakatan Harapan. 

Begitulah wajah sebenar DAP kepada mereka yang tidak tahu siapakah DAP dan Dinasti Lim. Mereka tidak segan silu bertindak zalim kepada orang yang menentang mereka. 



.

Wednesday, January 24, 2018

1MDB BERMASALAH ?

1MDB - "Walaupun #1MDB disabotaj, minat terhadap Edra Energy, TRX dan Bandar Malaysia tidak terjejas"
Kenyataan media oleh 1MDB. 18 Julai 2015

Perkembangan terbaru mengenai Pelan Rasionalisasi



Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat, 1MDB memulakan sebuah kajian strategik pada bulan Januari 2015, yang mana hasilnya telah diumumkan pada 18 Februari 2015.

Kajian strategik tersebut mengenalpasti keperluan untuk menyatukan aktiviti-aktiviti syarikat, meningkatkan tadbir urus korporat dan menjana dana (monetise) daripada aset-aset untuk mengurangkan hutang syarikat.

Hasil serta merta daripada kajian strategik tersebut adalah pelaksanaan usaha sama pada bulan Mac 2015 dengan Lend Lease dari Australia untuk membangunkan 17 daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Dengan tidak mengambil kira kejayaan awal ini dan hakikat bahawa 1MDB adalah 100% dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, kami menjadi subjek kepada kempen berterusan dan tidak berasas yang bermotifkan politik oleh beberapa ahli politik pembangkang tertentu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disokong pula oleh beberapa saluran media cetak dan online tertentu.

Pihak-pihak ini bukan sahaja melemparkan fitnah terhadap 1MDB malah menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj urusan perniagaan harian syarikat, yang mana memberikan impak terhadap, antaranya, cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) oleh Edra Global Energy. Pelbagai dakwaan tidak berasas dilemparkan, antaranya, “RM42 bilion hilang” dan “aset berjumlah RM16 bilion tidak bernilai” serta dakwaan bahawa 1MDB telah bersubahat untuk menyalurkan dana kepada pihak ketiga.

Walau bagaimanapun, 1MDB dan pemegang saham 100% syarikat, iaitu Kerajaan Malaysia, kini sedang dalam proses melaksanakan sebuah pelan rasionalisasi, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015. Sejak itu, 1MDB telah mengambil pelbagai langkah konkrit untuk mengurangkan hutang syarikat dan memastikan nilai maksimum dihasilkan.      

Khususnya, kami telah melangsaikan pembayaran semula pinjaman USD975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) pada 8 Jun 2015. Ini dilakukan setelah perjanjian kertas terma yang mengikat (binding term sheet agreement) dimeterai dengan IPIC yang akhirnya akan mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.

Pada 30 Jun 2015, kami mengumumkan niat kami untuk melantik penasihat hartanah bebas untuk membantu mengkaji ekspresi minat (expressions of interest) yang diterima untuk tanah-tanah syarikat di Air Itam dan Pulau Indah.

Secara berasingan, seperti yang diumumkan oleh penasihat hartanah bebas kami C H Williams Talhar and Wong, kami telah menerima ekspresi minat (expressions of interest) daripada lebih 40 pihak dari dalam dan luar negara untuk menjadi rakan usahasama pembangunan bagi projek Bandar Malaysia kami yang berkeluasan 486 ekar.

Selain itu, kami mengumumkan pada 16 Julai 2015 bahawa 1MDB telah menerima tawaran indikatif, tidak terikat (non-binding) daripada beberapa pihak, dalam dan luar negara, berkenaaan proses penjanaan dana (monetisation) pelaburan kami dalam Edra Global Energy Berhad.   

Secara keseluruhan, langkah-langkah penting oleh 1MDB ini akan menurunkan kadar hutang dengan ketara dan memastikan kemampanan jangka panjang tiga aset utama kami, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Seperti yang dicerminkan dalam beberapa inisiatif yang sedang dijalankan, 1MDB menumpukan kepada dan sedang mencapai kemajuan yang baik dalam pelaksanaan pelan rasionalisasi kami.

Dalam masa yang sama, pihak syarikat sedang bekerjasama penuh dan memberikan maklumat-maklumat kepada pihak-pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan dengan profesional dan teliti.

kredit : Tun Faisal 

SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA (MyDeposit)


SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA (MyDeposit) Permohonan baru Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) akan dibuka mulai 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. LATAR BELAKANG Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia. SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut : • Warganegara Malaysia • Berumur 21 tahun dan ke atas • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK. • Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000 KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN Kriteria Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut : • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK DOKUMEN SOKONGAN Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf) • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan) • Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian • Akuan Bersumpah pengesahan bujang • Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja • Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan • Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan • Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen • Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini PERTANYAAN Melalui emel : Pertanyaan Skim MyDeposit: mydeposit@kpkt.gov.my Masalah Aplikasi: ict_jpn@kpkt.gov.my Melalui Telefon : 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057

Tuesday, January 23, 2018

APAKAH AZMIN SEDANG MEMPERMAINKAN PAS SELANGOR ?



Kerajaan PKR Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar ketika ini diingatkan supaya tidak mencampuradukkan isu berkaitan dengan politik dalam urusan pentadbiran negeri yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Ingatan itu dibangkitkan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas ditanya mengenai rungutan wakil-wakil rakyat Pas negeri ini yang mendakwa peruntukan tahunan yang sepatutnya diterima mereka pada tahun ini akan dibekukan oleh kerajaan Selangor.


Menurutnya, kerajaan nege­ri mesti membezakan di antara parti-parti politik dengan kerajaan kerana selepas pilihan raya, parti-parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan campuran.

“Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia merupakan satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih-pi­lih parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Pas Selangor untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semasa Himpunan Fastaqim 2.4 di Seksyen 17 di sini hari ini.

Hadir sama dalam himpunan yang dihadiri lebih 700 ahli serta penyokong Pas itu ialah dua Naib Presiden parti itu masing-masing, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad serta Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi.

Khamis lalu, Sallehen dilapor menyatakan hasrat Pas Selangor untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai jalan terakhir sekiranya kerajaan negeri ini gagal menyelesaikan masalah pengagihan peruntukan kawasan kepada wakil-wakil rakyat mereka dengan segera.

Menurut Sallehen, tindakan itu dijangka dilakukan selepas beliau menerima maklumat daripada pegawai daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bahawa peruntukan kawasan kepada wakil-wakil rakyat Pas pada tahun ini akan dibekukan.

Namun katanya, sebelum menghadap Sultan Selangor, Sallehen menyatakan pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Mohamed Azmin terlebih dahulu mengenai agihan peruntukan tersebut membabitkan jumlah RM800,000 setahun.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi ketika ditanya mengenai calon Menteri Besar Selangor da­ripada Pas pada PRU-14 berkata, pihaknya tidak akan menamakan senarai tersebut sehinggalah proses pilihan raya selesai.

“Kita tak mahu buat andaian, kita tunggu lepas PRU-14. Sama ada Pas akan terus sokong Mohamed Azmin (sebagai Menteri Besar Selangor), kamu (wartawan) boleh baca (buat telahan) sendirilah,” ujarnya.



TEROWONG DASAR LAUT SEMAKIN MEMBELIT LIDAH GUAN ENG



Hidup Lim Guan Eng ni boleh la dikatakan seperti Raja Namrud di mana nyamuk yang patah sayap masuk ke telinganya. Hidup dalam ketakutan sendiri, cakap merepek. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Nak kata gila...tak berapa gila, tapi nak kata waras, macam orang gila. 

Kalau di perati lama-lama, hidung Lim Guan Eng  boleh jadi macam Pinochio makin panjang, mana tidaknya hari-hari asyik berbohong dan membelit. Akhirnya dia sendiri terbelit dengan penipuannya.

Setiap hari dia risau penipuannya akan terdedah satu persatu, apatah lagi yang dedah itu adalah seorang yang berwibawa seperti Datuk Seri ir. Dr. Wee Ka Siong. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Datuk Wee Ka Siong.

Pada satu sidang media di Bangunan MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan satu kenyataan dalam Buletin Mutiara yang bertarikh 4 Mac 2103, menurut kenyataan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyatakan Zenith Construction  Sdn Bhd  bersama CRCC China mempunyai ekuiti 70 peratus dengan modal berbayar RM3.5 juta dan RM4 bilion masing-masing. 

Ini memberi maksud gabungan dua syarikat ini dalam SPV special mempunyai jumlah pegangan 70 peratus. BUCG 10 peratus, Sri Tinggi Sdn. Bhd. 10 peratus dan Juteras Sdn. Bhd 10 peratus. 

Menurut DS Wee, kaedah pemberian dan kelulusan projek ini adalah berdasar “permintaan kertas cadangan” dan bukannya secara tender terbuka sebagaimana lazimnya. Semunya dilakukan secara  “tangan bersilang” oleh Guan Eng asalkan boleh mendatangkan keuntungan.


Persolan yang seharusnya dijawab oleh Guan Eng sekarang  kemana hilangnya  Syarikat dari China yang dilantik  terdahulu? Persolan yang kedua ialah mengapa dibatalkan kontrak syarikat tersebut dan menggantikan dengan syarikat jenama fesyen? Sedangkan pembinaan terowong dasar laut ini memerlukan kepakaran dan teknologi yang tinggi dan bukan menggunakan gunting untuk mengorek terowong.

Monday, January 22, 2018

CUBAAN RASUAH PEGAWAI SPAD TEMPAH PENYAKIT



Jika kita dengar dari mulut pemandu teksi ni hari-hari susah nak cari pelanggan, susahlah hidup zaman sekarang ni. Macam-macam cerita boleh dengar kalau bab nak mengadu kesusahan. Tapi yang peliknya dalam dok meroyan susah sana sini sempat lagi nak sogok pegawai SPAD. Mai mana semua duit tu ? 

Itu yang berlaku kepada seorang pemandu teksi yang cuba merasuah pengawai Penguatkuasa SPAD. Pemandu teksi tersebut ditahan dalam Operasi Khas Tegas yang dijalankan SPAD di KLIA tengah hari semalam, kira-kira jam 12.30pm.

Menurut jurucakap SPAD berkata, pemandu teksi berkenaan didapati tidak mempunyai kad pemandu dan gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan ketika diperiksa. Pemandu teksi berusia 40an berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Tahniahlah kepada pegawai Penguatkuasa tersebut, ini merupakan satu contoh sikap pegawai yang amanah menjalankan tugas. Jangan sesekali mana-mana pemandu teksi cuba memberi rasuah kepada pegawai SPAD yang menjalankan tugas. 

Menurut pegawai tersebut,“Ketika menjalankan pemeriksaan di pintu lapan, aras lima Balai Pelepasan KLIA, kami mendapati seorang pemandu teksi melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Kenderaan lelaki itu perlu disita namun lelaki itu merayu teksinya tidak disita sebelum mengeluarkan sejumlah wang dan cuba memberikan kepada anggota beberapa kali,” katanya.

Anggota penguatkuasa tersebut dengan cara berhemah telah menolaknya dengan baik dan memberinya nasihat agar tidak berbuat demikian sebelum salah seorang penguatkuasa, Mohd Syamil Dzulkifli memberi amaran keras kepada pemandu tersebut dan membawanya ke pejabat SPAD KLIA untuk diambil keterangan dan tindakan selanjutnya. Manakala kenderaan disita ke depoh sitaan SPAD di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk siasatan.


MAAFKAN SAYA LGBT KERANA.......



Maafkan saya, bukan niat saya untuk mempopularkan lagi isu ini. Hari ini saya perlu menjelaskan sekali lagi, perjuangan kita menentang golongan dua, tiga alam LGBT ini merentas sempadan politik. Ini bukan isu politik, tetapi ianya melibatkan parti dan pemimpin politik.

Semalam saya menyatakan tentang betapa kita jangan sama sekali bersama, menyokong, atau memberi bantuan kepada golongan LGBT. Jika penduduk Sodom yang mengamalkan gaya hidup Gay itu pun dilaknat apatah lagi mereka yang mencukupkan pakej ini, LGBT. Isteri Nabi Lut a.s pun tak terlepas daripada termasuk yang menerima bala Allah kerana memberi bantuan kepada kaum yang zalim ini.

Isteri Nabi Lut a.s bernama Wa’ilah. Seorang isteri yang baik, namun dia terpengaruh oleh seorang wanita tua yang menawarkan kekayaan berupa emas dan perak. Syaratnya, Wa’ilah bersedia memberi tahu kaum laki-laki dari penduduk Sodom jika ada lelaki tampan yang bertamu ke rumahnya.

Wa'ilah memberi sedikit bantuan kepada kaum Sodom dengan hanya memberitahu mereka tetamu-tetamu lelaki yang datang ke rumah Nabi Luth a.s. Kerana dosa itu, dia termasuk dalam golongan yang zalim. Lalu Jibril memerintahkan Nabi Luth pergi pada akhir malam bersama keluarganya, kecuali isterinya, Wa’ilah. Karena istrinya telah membantu orang-orang berbuat kerusakan dan ia harus menerima akibatnya. Lalu turunlah azab atas diri Wa’ilah beserta semua kaum Lut a.s.

Itu baru beri sedikit bantuan, ini apatah lagi ada segolongan yang begitu hauskan kuasa sehingga sanggup memberi tempat kepada kaum Sodom LGBT ini hidup dalam masyarakat atas nama hak samarata demi undi.

Bayangkan apa akan berlaku kepada generasi dan negara kita pada masa akan datang jika kaum Sodom LGBT ini diberi tempat dalam masyarakat. Itu belum bab benarkan geng yang suka bogel dan pesta arak di tempat umum.

Tapi itulah yang saya hairan, demi untuk menumbangkan kerajaan yang kononnnya zalim tetapi mereka sanggup "bersetongkol" dengan manusia yang lebih zalim bahkan dilaknat oleh Tuhan. Nauzubillah.




Saya tak hairan sangat jika puak yang membela kaum ini terdiri daripada golongan liberalisme dan kaum "KUNYIT", itu memang sudah menjadi perjuangan songsang mereka.

Apa yang saya kesalkan ada dua tiga usetad yang baru nak start ni menganggap JIHAD menentang kaum Songsang ini satu dari agenda politik UMNO / BN. Oleh itu walaupun mereka tidak menyokong LGBT atau membantu kita menentang kaum ini, apa yang malangnya mereka memperlekeh usaha kita menentang kaum ini dengan isu kita ada agenda politik.

Sedangkan isu ini adalah isu umat Islam sejagat, kita perlu meletakkan warna politik kita ketepi dahulu dan bersama-sama umat Islam menentang kaum songsang ini. Andai bala Allah turun, ia tidak hanya terkena kepada yang mereka yang mengamalkannya sahaja. Semua sekali akan terkena.

Ya ! benar Kita semua berdosa dan berbuat dosa, tapi itu tak bermakna jika kaum Sodom ini ingin berkuasa kita kena benarkan. Kita sesekali tidak boleh benarkan mereka diiktiraf. Dalam hal ini siapa pun mereka, apa pun warna baju politik mereka - jika mereka menyokong, mengiktiraf dan mengamalkan perbuatan songsang ini kita wajib tentang habis-habisan. Harap usetad yang baru nak start boleh faham.



SYARIKAT YANG DAPAT TENDER HILANG DARI SENARAI PEMEGANG SAHAM


Sejak DAP mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang mereka mengwar-war segala bentuk pembaharuan dalam kerajaan seolah-olah kerajaan BN sebelum ini membuat banyak penyelewengan dan masalah pentadbiran. Itu yang timbulnya idea CAT  (competency, accountability, transparency). 

CAT yang diharap dapat mengelakkan daripada "kucing hitam" dapat makan projek kerajaan rupanya-rupanya menjadi kucing yang melahap projek kerajaan sesuka hati mereka. Begitulah dalam kes Terowong Bawah laut yang menjadi panas hari ini setelah SPRM kembali membuat siasatan berkenaan isu penyelewengan dan rasuah. 

Jika kita kembali kepada awal-awal projek ini diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan kononnya dua syarikat gergasi dari China  iaitu China Railway Construction Corporation Limited (CRCC Ltd) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) telah berjaya memenangi tender  untuk membina tiga lebuhraya dan terowong bawah laut berdasarkan fundamental kewangan yang kukuh dan terjamin.

Apa yang berlaku terkini amat mengejutkan dan terdapat urusan yang mencurigakan. Siasatan mendapati dua syarikat tersebut sudah tidak tersenarai dalam Syarikat Konsesi Kenderaan Kegunaan Khas (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara pihak pemaju dan kontraktor.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada sidang media di ibupejabat MCA, Khamis, mendakwa beliau menemui bukti itu apabila menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Laporan berita 4 Mac 2013 yang diterbitkan oleh Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan Zenith Construction Sdn Bhd dan CRCC Ltd masing-masing mempunyai modal berbayar bernilai RM3.5 juta dan RM4 bilion.

“Tetapi apabila kami menyemak, CRCC Ltd tidak disenaraikan sebagai pemegang saham di dalam kontrak projek terowong bawah laut,” katanya.

“Saya mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan mengapa syarikat-syarikat ini, dan juga BUCG (rakan dalam konsortium projek terowong) tidak dapat dilihat sebagai pemegang saham SPV.

"Gabungan dua syarikat ini (Zenith Construction Sdn Bhd dan CRCC Ltd) dalam SPV mempunyai pegangan 70 peratus, BUCG 10 peratus, Sri Tinggi 10 peratus dan Juteras Sdn Bhd 10 peratus.

"Tetapi dalam carian di SSM saya dapati semua ini telah hilang termasuk BUCG. Ia tidak ada dalam senarai pemegang saham. CRCC Ltd yang dikatakan turut serta dalam SPV juga tidak ada. Ada sesuatu yang tidak kena.

"CRCC Ltd tak wujud sebagai pemegang saham. SPV pun tak jadi pemegang saham. Kalau ia bukan pemegang saham, apa kena mengena ia dengan modal berbayar tu?

"Saya nak Guan Eng buktikan CRCC Ltd dan SPV sebagai pemegang saham. Kalau tak macam mana boleh wujud penilaian tender itu berdasarkan modal berbayar RM4.6 billion yang kononnya dari CRCC?

Sunday, January 21, 2018

ZAMAN DAH BERLALU, REHAT AJELAH TUN !



Tindakan Tun Dr. Mahathir Moha­mad mencabar Pas menamakan calon Perdana Menteri sementara mereka sama ada dirinya atau Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah tidak lagi relevan dalam senario politik masa kini.


Naib Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, ini kerana seseorang hanya berhak menjadi Perdana Menteri berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi sesebuah parti dalam pilihan raya umum.


“Saya geli hati dengan budaya politik lama yang dibawa Dr. Mahathir. Siapa akan jadi Perdana Menteri berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang diwakili dan bukannya perkara suka-suka. Hari ini jadi, esok ganti.

“Tekanan kepada Pas untuk membuat pilihan adalah mudah kerana pastinya bukan Najib atau Dr. Mahathir tetapi kita memilih tokoh daripada Gagasan Sejahtera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mencabar Pas menyatakan pendirian mereka sama ada bersetuju menerima dirinya atau memilih Najib sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Setia­usaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Dr. Mahathir perlu menyedari dirinya tidak diterima Pas terutama apabila rundingan yang dilakukan PPBM bersama parti tersebut kerap menemui jalan buntu.

Katanya, Dr. Mahathir tidak berhak meminta Pas menyatakan pendirian mengenai calon yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Tindakan Dr. Mahathir hanya satu cubaan untuk mengalihkan isu pencalonannya sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan kerana beliau menye­dari ramai penyokongnya menolak pencalonan tersebut.

“Dr. Mahathir tidak berhak mencabar Pas menyatakan pendirian kerana itu adalah hak mereka untuk menyokong sesiapa sahaja,” katanya.

Jelas Kamarul Azman lagi, tindakan Dr. Mahathir itu bukan sahaja cubaan untuk meletakkan Pas dalam keadaan serba salah malah beliau cuba menarik Perdana Menteri dalam kancah perbalahan tersebut.

“Dr. Mahathir dan PPBM sa­ngat kecewa kerana sebelum ini jelas Pas enggan bekerjasama dengan mereka malah dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mendakwa Pas lebih menerima beliau berbanding Dr. Mahathir.

“Beliau juga menyedari PPBM tidak mempunyai pengaruh yang kuat untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan dan bagi mencapai matlamat tersebut pastinya Dr. Mahathir mengharap­kan sokongan Pas,” ujarnya.



PAKATAN BERSAMA DENGAN ORANG ZALIM DAN DILAKNAT TUHAN ?



Semalam saya menyatakan tentang betapa kita jangan sama sekali bersama, menyokong, atau memberi bantuan kepada golongan LGBT. Jika penduduk Sodom yang mengamalkan gaya hidup Gay itu pun dilaknat apatah lagi mereka yang mencukupkan pakej ini, LGBT. Isteri Nabi Lut a.s pun tak terlepas daripada termasuk yang menerima bala Allah kerana memberi bantuan kepada kaum yang zalim ini.

Isteri Nabi Lut a.s bernama Wa’ilah. Seorang isteri yang baik, namun dia terpengaruh oleh seorang wanita tua yang menawarkan kekayaan berupa emas dan perak. Syaratnya, Wa’ilah bersedia memberi tahu kaum laki-laki dari penduduk Sodom jika ada lelaki tampan yang bertamu ke rumahnya.

Wa'ilah memberi sedikit bantuan kepada kaum Sodom dengan hanya memberitahu mereka tetamu-tetamu lelaki yang datang ke rumah Nabi Luth a.s. Kerana dosa itu, dia termasuk dalam golongan yang zalim. Lalu Jibril memerintahkan Nabi Luth pergi pada akhir malam bersama keluarganya, kecuali isterinya, Wa’ilah. Karena isterinya telah membantu orang-orang berbuat kerusakan dan ia harus menerima akibatnya. Lalu turunlah azab atas diri Wa’ilah beserta semua kaum Lut a.s.

Itu baru beri sedikit bantuan, ini apatah lagi ada segolongan yang begitu hauskan kuasa sehingga sanggup memberi tempat kepada kaum Sodom LGBT ini hidup dalam masyarakat atas nama hak samarata demi undi.

Bayangkan apa akan berlaku kepada generasi dan negara kita pada masa akan datang jika kaum Sodom LGBT ini diberi tempat dalam masyarakat. Itu belum bab benarkan geng yang suka bogel dan pesta arak di tempat umum.

Tapi itulah yang saya hairan, kononnya demi untuk menumbangkan kerajaan yang kononnnya zalim tetapi mereka sanggup "bersetongkol" dengan manusia yang lebih zalim bahkan dilaknat oleh Tuhan. Nauzubillah.

PASTIKAN BN MENANG BESAR


Bagi memastikan kemena­ngan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rangkai­an sahabat Puteri BN atau Azalea 2018 yang baru ditubuhkan hari ini, digesa bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam satu pasukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ini kerana Azalea 2018 menjadi satu nafas baharu yang begitu kuat selain menjadi pemangkin sema­ngat yang baharu untuk golongan muda.


Malah katanya yang juga Pengerusi BN, kerja-kerja politik untuk BN bukan satu bebanan atau tekanan kepada sahabat Puteri.

“Kalau kita saling membantu, ia akan timbul keseronokan.

“Hari ini kita ada satu janji, satu ikrar supaya dalam hati sanubari setiap yang berhimpun, yang mewakili millenials untuk beker­ja dengan bersungguh-sungguh bagi pastikan BN menang besar dalam PRU-14,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Azalea 2018 di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan 2018 merupakan tahun pemerkasaan wanita.

Tambah Najib, perhimpunan yang diadakan hari ini secara ‘de facto’ membuktikan BN kini sudah mempunyai sayap Puteri tersendiri walaupun tidak termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berkata, apabila ada rangkaian seperti itu itu, parti akan bertambah kuat untuk bergerak dan berjuang dalam barisan yang padu selain bekerja secara berpasukan serta tidak be­kerja dalam kelompok-kelompok kecil.

Kedua, katanya, sahabat Puteri BN kena berjuang dengan ikhlas kepada parti dan negara kerana mahukan idealisme dalam perjuangan selain tidak tercemar dengan kepentingan material.

Ketiga, menurut Najib, mereka perlu berjuang dengan penuh keyakinan untuk masa depan dan penuhi harapan rakyat kerana BN sudah mempunyai pengalaman.

“Kita sudah membawa ba­nyak kemajuan dan transformasi. Kerajaan sedia ada tidak memberi mudarat, malah, semuanya adalah usaha kerajaan.

“Pembangkang merupakan perikatan yang belum teruji kemampuannya dan kita tidak pernah menaruh harapan kepada mereka,” ujarnya.







KONSPIRASI UNTUK JATUHKAN AZMIN DALAM PAKATAN ?



Dua skandal lama melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang secara tiba-tiba bertiup kencang minggu lalu dipercayai adalah amaran kepada Menteri Besar Selangor itu supaya menjaga kelantangannya mengenai isu pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP.


Pengendali portal, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, Mohamed Azmin dilihat sebagai ‘racun’ dan perlu dikeluarkan daripada Pakatan Harapan kerana secara terang-terangan menunjukkan perbezaan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan seterusnya kepada anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Beliau mendakwa, misi Mohamed Azmin untuk menyekat laluan Dr. Mahathir sekali gus menyekat karier politik Mukhriz melalui ke­nyataan-kenyataan tajamnya baru-baru ini menjadi punca mengapa Timbalan Presiden PKR itu perlu ‘dimatikan’ dalam Pakatan Harapan.

“Isu ini mudah, Mohamed Azmin ter­bukti menjadi ancaman kepada Mukhriz se­perti Khairy Jamaluddin. Beliau tidak boleh menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara kerana menjadikan laluan Mukhriz untuk mengambil alih semakin besar.

“Sebab itulah wujudnya kedua-dua ‘wahyu’ di atas. Jika Mohamed Azmin me­nunjukkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Mukhriz maka Dr. Mahathir akan selamatkannya,” kata Raja Petra sebagaimana dipetik menerusi portal Malaysia Today hari ini.


Minggu lalu, dua skandal lama melibatkan Mohamed Azmin dibangkitkan semula selepas Menteri Besar Sela­ngor itu membuat kenyataan tajam mengenai pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mohamed Azmin turut dilihat mempersenda Dr. Mahathir dengan menawarkan kerusi Parlimen Gombak kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Raja Petra turut mempersoalkan sama ada amaran itu adalah supaya beliau menjaga tindak-tanduknya dan adakah lebih banyak skandal akan terdedah jika Mohamed Azmin ingkar.

“Adakah amaran ini daripada Dr. Mahathir atau anak buahnya? ‘Cap jari’ beliau berada di seluruh tempat. Lagipun, Dr. Mahathir telah melakukannya sebelum ini pada tahun 1998 apabila dia menggunakan Khairuddin Abu Has­san untuk ke­luar dengan buku 50 Dalil yang akhirnya membawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar turun.

“Dr. Mahathir juga menggunakan Khairuddin untuk membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Disember 2014 dan sekarang dia menggunakan Khairuddin untuk me­nyerang Azmin. Inilah vintaj Dr. Mahathir dan cara beliau melakukan perkara-perkara tersebut,” katanya.

PELANCARAN BAS ELEKTRIK DI TERENGGANU



Arus kemajuan dan pembangunan pesat dalam industri pengangkutan awam terus berkembang ke seluruh negara. Tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar yang padat dengan penduduk seperti Kuala Lumpur, kemodenan pengangkutan awam  telah meresapi keseluruh negara. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah merangka dan merancang pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam di seluruh negara terutama di negeri-negeri di Pantai Timur yang jauh ketinggalan. 

Setelah berjaya dilaksanakan di Putrajaya, Hari ini Bas Elektrik dilancarkan pula di Terengganu. Terengganu merupakan negeri pertama memperoleh perkhidmatan myBas elektrik menerusi program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Untuk permulaan Terengganu akan menerima 30 buah bas termasuk sembilan buah bas elektrik yang akan beroperasi di tujuh laluan utama membabitkan jarak keseluruhan 236 kilometer. Bagi fasa pertama ini ia akan bermula pada April yang mana empat buah bas elektrik akan diperkenalkan yang akan melalui jalan di Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. 

Fasa ini akan membabitkan 11 buah bas termasuk 4 buah elektrik tersebut. Semua bas ini akan menjalankan operasinya di tiga laluan utama dan satu laluan perantara membabitkan jarak keseluruhan 97 kilometer. 

Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang merupakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Dengan adanya pengangkutan awam yan g moden dan canggih ini, ianya akan memudahkan lagi perjalanan pelancong ke negeri Terengganu. 

 

Saturday, January 20, 2018

JENTERA PEMBANGKANG DI ARAH SERANG PANGLIMA UMNO




Mereka takut, mereka gelabah, mereka tak ada isu, sebab itulah kita lihat pembangkang tak habis-habis putar isu lama yang sudah selesai. PRU 14 sudah dekat, Panglima UMNO ini semakin garang, menyerang pembangkang dimerata tempat. Siapa yang mempu menyekatnya ? Mereka perlu menyekat beliau tetapi bagaimana dan kenapa mereka begitu takut dengan gerakkan nya diseluruh negara. 


Kerana mereka tiada isu untuk diputar belitkan lagi. ITUlah cara mereka bagi mengabui mata rakyat kononnya mereka membuat kerja. Apa kerja mereka sebenarnya? Kononnya mereka mengelar diri mereka pembongkar penyelewengan kerajaan. Tapi bila penyelewengan mereka yang terdedah, mereka melompat bagaikan kepanasan. 

Kali ini mereka menyerang sekali lagi Panglima UMNO, iaitu Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkenaan isu MARA "pelaburan menerusi sayap syarikat MARA Inc" di luarnegara. Jelas sekali "target" atau sasaran mereka adalah Tan Sri Annuar Musa yang sering lantang menyerang kebobrokan pembangkang.

Tapi apalah yang nak diherankan sangat dengan pembangkang, mereka menembak membabi buta. Serkap jarang dan membuat fitnah. Akhirnya mereka juga tertembak sesama sendiiri. Entah saya pun hairan dengan pembangkang ini, mereka tahu mereka tak cukup fakta, mereka tahu fakta mereka tak betul dan boleh dipatahkan, tetapi mereka tetap ingin menyerang. Saya sifatkan perbuatan ini hanyalah serangan bodoh yang tak ada tujuan dan matlamat.  


Telah dinyatakan sebelum ini berkenaan isu yang mereka fitnahkan, sebenarnya tiada apa-apa pembelian atau transaksi pembelian aset diluar negara semasa MARA dibawah seliaan Tan Sri Annuar Musa. Semua urusan pembelian aset MARA di Australia berlaku sebelum Tan Sri Annuar menjadi Pengerusi lagi. Sebab itulah Tan Sri Annuar tidak sedikit pun rasa risau atau bimbang untuk merungkaikan segala permasalahan yang berlaku. Beliau sendiri mahukan perkara ini disiasat dengan telus dan terperinci. 

Bahkan Tan Sri Annuar sendiri telah hadir ke SPRM untuk menyerahkan berkenaan maklumat terkini berhubung pembelian unit hartanah tersebut. Jelas sekali ini menunjukkan Tan Sri Annuar memberi sepenuhnya komitmen beliau bagi merungkai permasalahan ini. Ini juga didorong oleh rasatanggungjawab beliau sebagai Pengerusi MARA ketika itu untuk membantu pihak SPRM menjalankan siasatan dalam kes berkenaan.

Penulis sedar dan begitu juga Tan Sri Annuar sedar, ramai mata yang memandangnya dengan niat yang mereka sendiri boleh faham. Tan Sri Annuar bukanlah orangnya yang boleh mereka hulur-hulurkan proposal dan lulus dengan semudah itu. Tidak usahlah mereka berfikir untuk melobi dan sebagainya. Seeloknya lupakan sajalah kalau sudah ada niat begitu. 

Siapa yang pernah bekerja dan berurusan dengan beliau tentu kenal bagaimana beliau berurusan. Bagi beliau integriti, amanah dan tanggungjawab yang Perdana Menteri Amanahkan kepada beliau menjadi azimat untuk berkhidmat penuh dengan penuh dedikasi. Pada beliau segala urus tadbir mesti dibuat dengan telus, bersih dan amanah. Sebarang salahlaku tidak boleh diambil ringan walaupun sekecil mana sekali pun, Itulah Tan Sri Annuar Musa. 

Friday, January 19, 2018

KOREA UTARA DAN SELATAN BERSATU



SEOUL 18 Jan. - Selepas sekian lama tidak sehaluan akibat perbezaan ideologi politik, Korea Utara dan Korea Selatan akhirnya bersetuju untuk berkongsi bendera yang sama dalam satu pentas sukan.

Persetujuan itu dicapai menerusi satu rundingan khas sempena upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijangka berlangsung di Pyeong­chang, Korea Selatan, bulan depan.

Al-Jazeera memetik kenya­taan agensi berita Yonhap sebagai berkata, lebih manis, kedua-dua negara di Semenanjung Korea itu juga akan membentuk sebuah pasukan hoki ais wanita secara bersama.

Difahamkan, Korea Utara dan Korea Selatan pernah muncul bersama-sama dalam acara pembukaan sempena Sukan Olimpik sebelum ini, namun belum pernah membentuk satu pasukan untuk bertanding dalam sukan ber­kenaan.

Menurut Yonhap, Korea Uta­ra dijangka menghantar seramai 230 anggota pasukan sorak dan 30 atlet taekwando dalam acara sukan yang dijangka berlangsung mulai 9 hingga 27 Februari itu.

Yonhap menjelaskan, dele­gasi Olimpik dari Korea Utara juga bakal menggunakan laluan darat untuk ke Korea Selatan buat kali pertama sejak Februari 2016.

Ketika ini, kedua-dua negara secara teknikalnya dianggap masih berperang kerana konflik yang berlaku antara 1950 hingga 1953 sebelum ini diakhiri tanpa sebarang gencatan senjata atau perjanjian damai.

Terdahulu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in memuji penyer­taan Korea Utara dalam Sukan Olimpik tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘peluang terbaik untuk mencairkan hubungan antara kedua-dua negara yang membeku’ sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mengesahkan penyertaan yang dibuat secara bersama itu.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui sedang meneliti perkembangan semasa mengenai pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Saya tidak pasti perbinca­ngan itu Korea Utara dan Korea Selatan akan membawa kepada sesuatu yang bermakna.

“Mereka (Korea Utara) telah bercakap selama 25 tahun dan mengambil kesempatan daripada pemimpin AS terdahulu,” kata­nya dalam satu temu bual eksklusif bersama Reuters semalam. – AGENSI

Thursday, January 18, 2018

GURU PADA MATA MASYARAKAT



Disebalik cerita kejayaan seorang Raja yang adil, Perdana Menteri yang hebat, seorang peguam berjaya, seorang arkitek yang hebat, seorang ahli korporat yang kaya, seorang artis yang terkenal... sedar tidak sedar dibelakang mereka semua wujud JASA SEORANG GURU. 

Walaupun setiap tahun, hari guru disambut dengan meriah dan diberi pelbagai sanjungan, namun ianya seolah-olah menjadi acara sambutan rasmi tanpa isi. Dalam kata lain, "roh' kejayaan seorang guru itu tidak menjadi azimat kepada anak bangsa dan masyarakat kita.

Jika dahulu para cendiakawan dan ilmuan seperti Al-Kawarizme, Ibnu Sinna, Hamka, Imam Al-Qhazali  menjadi idola dan ikutan masyarakat namun hari ini kehebatan warga  pendidik kelihatan suram, muram, mundur dan dipandang sebelah mata.

Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam masyarakat kita. Jarang sekali ibu bapa mengingatkan anak-anak tentang jasa dan pengorbanan seorang guru. Kebanyakkan mereka tak kisah jika idola anak-anak mereka adalah artis-artis dalam dan luar negara. Hinggakan dalam bilik penuh ditampal poster selebriti kesayangan - KPOP, rockers, diva dan seumpamanya. 

Ianya seperti menjadi satu budaya baru dalam kehidupan kita apabila memartbatkan artis, pelakon atau penyanyi sebagai sumber inspirasi kejayaan. Bukannya ianya sesuatu yang salah jika ia memberi kesan positif dalam kehidupan generasi kita. Kejayaan Neelofa​ umpamanya... Patut dijadikan 'role model'. Beliau bukan saja cantik tetapi juga cerdik. Kata orang putih, 'Beauty with brain'.

Namun jika dengan cara dan gaya hidup artis yang terlalu bebas, liar dan kebaratan menjadi ikutan, ianya sudah melanggar tatacara hidup dan norma kita Orang Timur. Apatah lagi jika seseorang selebriti itu terlibat dengan kegiatan jenayah, penyalahgunaan dadah, mempunyai masalah disiplin dalam kehidupan dan sebagainya!

Apa guna kita menyanjung tinggi seseorang selebriti (yang menang anugerah di pentas dunia sekalipun) tapi terlibat dengan kes jenayah? Ini kerana, ia secara tidak langsung, kita juga bersubahat dan menyokong kegiatan jenayahnya! Sementara seorang guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa 24/7 dipandang hodoh dan hina?

Bukan hendak mempertikai segala gelaran dan anugerah yang mereka miliki, namun jika ditimbang jasa dan pengorbanan seorang guru tentulah ianya lebih tinggi nilainya dari segala pangkat dan gelaran. 

Persoalannya bagaimana kita mahu mengubah kembali budaya masyarakat yang sudah jauh tersasar ini ? Mampukah kita mengubahnya? Mampukah profesion perguruan ini berada pada tempat paling tinggi mengatasi selebriti?

#MenerajuiPerubahan  Kementerian Pendidikan Malaysia​ Mahdzir Khalid​ P.Kamalanathan​ Chong Sin Woon 张盛闻​