Monday, June 26, 2017

DOJ PERLU BUKTIKANNYA DI MAHKAMAH



Sebenarnya isu 1MDB bukan sekadar isu politik pakatan rakyat, tetapi ianya juga cerita survival kapitalis rakus yang tidak mahukan kerajaan campurtangan dalam mengurus projek-projek besar dalam Negara. Tangan-tangan ghaib inilah yang melihat 1MDB sebagai satu masalah besar kepada mereka. Kapitalis ini hanya mahukan kekayaan yang mereka "rompak"selama ini tak diganggu gugat oleh kerajaan, manakala pembangkang pulamahu mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan melalui 1MDB melalui bantuan kewangan kapitalis rakus.

Kenyataan ini bukan omongan kosong penulis, ianya telah dibuktikan oleh Nurul Izzah apabila dia menjanjikan Justo bakal mendapat projek-projek kerajaan andai pembangkang Berjaya menumbangkan kerajaan jika dia menjual dokumen-dokumen yang ada kaitan dengan 1MDB. Permainan rakus mereka bukan sahaja melibatkan taikun-taikun dalam negara, ia juga melibatkan kuasa asing yang mengunakan senjata media untuk menyerang kerajaan.

Selepas gagal menggunakan portal Sarawak Report dan World Street Jurnal (WSJ) dalam usaha menumbangkan kerajaan, pembangkang dilihat belum lagi berputus asa. Kali Department of Justice pula menjadi medium mereka meluaskan peperangan menentang kerajaan. Setiap butir kenyataan DoJ bagaikan kata-kata azimat buat pembangkang membalun 1MDB, sedangakan DoJ sendiri gagal membuktikan dakwaannnya di mahkamah.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia telah menjalankan siasatan yang cukup telus dan terperinci terhadap 1MDB. Merujuk kepada laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) termasuk Bank Negara dan Polis DiRaja Malaysia. Bagi beliau DOJ mesti membuktikan dakwaan mereka di mahkamah. Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah terhadap 1MDB. 1MDB hanya bermasalah dari segi pengurusan yang lemah, yang mana tadbir urusnya terlalu bergantung kepada hutang. Namun begitu plan rasionalisasinya telah Berjaya dilaksanakan oleh pengurusan baru dibawah kepimpinan Encik Arul Kanda.

Peluang ini diambil oleh pembangkang untuk dipolitikkan sehingga menimbulkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan. Bagi pembangkang tidak penting apa itu kebenaran dibuktikan. Yang penting bagi mereka adalah menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Nawaitu mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menumbangkan kerajaan yang sah. Segala bukti daripada kerajaan dinafikan oleh mereka, kerana mereka tidak berkehendakkan bukti.

Percayalah sama DOJ, Sarawak Report, WSJ atau mana-mana pun media dari barat mereka tidak pernah ikhlas membela nasib bangsa Malaysia. Jangan biarkan keamanan dan kemakmuran Negara ini diperkotak katikkan oleh kuasa luar. PASTIKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA KEKAL BEBAS MERDEKA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI







No comments:

Post a Comment