Friday, June 30, 2017

MRT FASA 2 SIAP 99 PERATUS, BAKAL DILANCARKAN 17 JULAI INI





Setelah sekian lama menunggu, masanya telah hampir tiba. Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan ke Kajang telah hampir siap.

Projek MRT yang telah menelan belanja RM22 bilion ini  telah mula dibina pada Julai 2011. MRT mempunyai 31 stesen sepanjang 51km.

Sebelum ini Fasa 1 yang bermula dari Sungai Buloh ke Samantan sepajangan 20km telah pun mula beroperasi pada awal Disember lepas.


Ketika ini tren MRT Kajang - Semantan masih lagi menjalani pelbagai proses ujian. Perkara ini telah dijelaskan oleh Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz bahawa laluan Semantan - Kajang sepanjang 31km masih lagi menjalani beberapa proses ujian akhir bagi melengkapkan keseluruhan operasi MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km.

Ujian ini amat penting dan sangat perlu bagi mengelakkan tren mengalami masalah selepas ia dilancarkan nanti. 



Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berasa amat gembira dan bersyukur apabila projek MRT Fasa 2 dari Semantan ke Kajang telah hampir siap sepenuhnya.

Projek yang telah hampir siap 99  peratus bakal  dilancar pada 17 Julai 2017. Ianya akan memberi manfaat kepada ramai warga di Lembah Klang.

Semoga dengan siapnya projek ini ianya bakal melonjak negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Rakyat  berasa amat bangga mempunyai kepimpinan yang sentiasa membela dan memehami aspirasi rakyat.

Diharap dengan siapnya projek ini ianya dapat mengurangkan kesesakan jalanraya disepanjang laluannya.

No comments:

Post a Comment