Permainan politik Pakatan Rakyat semakin hari semakin rumit dan haru biru. Jalan semakin berliku, langkah semakin celaru. Kelicikan DAP yang telah memperkudakan PKR dan PAN selama ini bagaikan menemui titik penghujungnya. Kehadiran parti PPBM diterima baik oleh DAP namun dipandang sinis oleh PKR dan PAN.
DAP mempunyai agendanya sendiri, iaitu keinginan memperkudakan PPBM sepertimana mereka memperkudakan PKR, PAN dan PAS satu ketika dulu. Adapun kali ini mereka bakal menemui kesukaran untuk menjinakkan PPBM.
Walaupun PPBM parti setahun jagung, namun pengerusinya adalah bekas seoran Perdana Menteri yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. Manakala presidennya adalah bekas seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga mempunyai pengalaman yang luas.
Bukan senang DAP hendak menjinakkan seekor naga yang pernah menguasai tampuk pemerintahan negara juga amat dihormati di seluruh dunia. Apabila Naga mula menunjukkan taringnya, barulah keluarga Lim anak beranak membuka mata.
Keengganan Tun Mahathir dan koncu-koncunya Muhyiddin dan Mukriz enggan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh membawa erti pertelingkahan lama belum lagi betul-betul pulih. Lukanya masih berdarah, belum terlerai lagi dendam PKR terhadap kediktatoran pemerintahan Tun dahulu.
Seperti mana yang pernah diungkapkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, keluarga Lim hanya berhasrat untuk mempergunakan orang lain demi kepentingan mereka sahaja. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan cara mereka akan disingkirkan.
Justeru itu apabila ada suara mengesyorkan agar Pakatan Harapan melantik Tun Mahathir sebagai pengerusi PH maka anak beranak Lim dari DAP antara yang pertama membantahnya. Agaknya mereka sedar akan bahaya membiarkan naga yang menjadi ketua.
Walaupun naga sudah agak tua dan uzur, namun ketokohannya boleh saja mengkucar kacirkan Pakatan Harapan. DAP tentu sahaja tidak akan membenarkan PPBM menguasai Pakatan Harapan setelah mereka berpenat lelah membentuk menurut acuan mereka sendiri.
Sikap ingin memonopoli DAP ini amat difahami oleh bekas rakan sepakatan mereka dahulu, PAS. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP sebagai abang besar dalam Pakatan tidak akan membenarkan penguasaan mereka dicabuli oleh mana-mana pihak terutama PPBM. DAP menguasai bilangan kerusi parlimen dalam pakatan, sudah tentulah mereka tidak mahu ada orang lain cuba mengganggu gugat dominasi mereka.
DAP dengan tegasnya menolak keghairahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk cuba menguasai kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keghairahan PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden adalah tidak masuk akal kerana PPBM belum ada satu kerusi pun dan belum teruji dalam pilihanraya umum.
Sebelum ini PPBM yang hanya berusia tidak sampai setahun telah menamakan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.
PPBM turut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden Pakatan Harapan) selain Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing sebagai Naib Presiden.
No comments:
Post a Comment