Saturday, June 24, 2017

300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KEDUA




Melihat usaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang berterusan membantu pemandu-pemandu teksi melalui Program Tranformasi Industri Teksi (TITP) sewajarnya pemandu teksi di Malaysia mengambil peluang ini untuk mengubah taraf hidup mereka.

Kerajaan telah berusaha mempertingkatkan industri teksi ini agar menjadi lebih mesra kepada pasaran dalam Negara. Pemandu teksi patut mengambil dan merebut peluang keemasan ini. 

Jangan pula jadi seperti anak manja sangat, semuanya nak harap bantuan kerajaan. Berusahalah lebih sikit dari yang biasa, dan anggaplah bantuan kerajaan ini sebagai bonus.

Apa yang admin maksudkan semua diatas adalah berkenaan dengan pemandu teksi yang mendapat anugerah LESEN INDIVIDU di bawah Program Tranformasi Industri Teksi (TITP).

Lebih kurang 300 ratus pemandu teksi menerima Lesen Individu dibawah TITP termasuk 43 orang yang menerima Geran tunai RM5000 daripada kerajaan.
Semua penerima telah disaring dengan ketat yang dikawal selia oleh pihak SPAD,  PDRM  dan juga JPJ bagi mengelak menerima mereka daripada kumpulan yang bermasalah dan mempunyai rekod jenayah. Mereka juga melepasi syarat-syarat kelayakan perlesenan SPAD.

Antara individu yang menerima lessen individu kumpulan kedua ini terdiri daripada 157 orang pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa. 43 orang yang menerima lesen individu antara yang layak menerima geran tunai.

Tidak semua daripada mereka menerima geran tersebut kerana ia memerlukan proses-proses tertentu yang perlu mereka penuhi terlebih dahulu.

Termasuk dalam senarai penerima tersebut, 17 pemandu wanita yang layak. Terdapat isu dimana ramai yang memberi pandangan terdapat kurangnya pemandu wanita di Malaysia.  Diharap dengan adanya mereka ini, ianya dapat meningkat lagi pemandu wanita pada masa akan dating.

RM150 juta telah diperuntukan oleh kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak yang mana perkara ini telah termaktub ketika diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2017.  

Admin harap pemandu-pemandu teksi ini dapat menaikan lagi mutu perkhidmatan teksi yang selama ini mendapat komen negatif daripada natizen.



No comments:

Post a Comment