Thursday, December 15, 2016

PM RASMI FASA 1



Setelah lama menantikan saat julung melihat projek MRT menjadi kenyataan, akhirnya hari ini impian itu telah menjadi kenyataan. Sebagai rakyat Malaysia admin cukup gembira dan berbangga dengan kejayaan ini. 

Inilah kejayaan yang ditunggu-tunggu, ianya bakal melonjak nama Malaysia di mata dunia sebaris dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Selepas lima tahun dalam pembinaan, Transit Aliran Masa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa pertama sedia untuk menerima penumpang buat julung kalinya bermula pukul 6 pagi, 16 Disember esok.

 Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Fasa 1 Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang di Stesen Kwasa Damansara, Sungai Buloh.

Laluan sepanjang 24 kilometer yang bermula dari Stetion sungai Buloh ke Semantan akan beroperasi mulai esok. 



Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sistem pengangkutan awam yang dianggap antara paling moden di dunia itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini.

22 tren akan di sediakan pada waktu puncak dan kekerapan antara tren adalah antara 3 ke 4 minit. Pengguna yang jauh dari stesen MRT pelbagai keadah pengangkutan untuk ke sana, antaranya Bas Pengantara MRT. 120 bas pengantara di sediakan untuk memudahkan pengguna untuk ke stesen MRT yang berdekatan dengan kediaman mereka. 

No comments:

Post a Comment