Wednesday, May 24, 2017

ANWAR SEBAGAI PM : PAN TIDAK TERLIBAT KERJA BODOH PKR



Kecelaruan dalam Pakatan Harapan diketuai DAP mengenai siapa bakal calon Perdana Menteri sekiranya blok tersebut memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus terserlah apabila PAN pula menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pilihan rasmi.

Ahli Jawatankuasa PAN Pusat, Ir. Izham Hashim berkata, langkah memilih Anwar hanya ketetapan di peringkat dalaman PKR dan tidak melibatkan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan sama ada PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahupun DAP sendiri.

Katanya, walaupun PAN menyokong pencalonan Anwar untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri sebelum ini, sokongan itu hanya pada prinsip yang mana perbincangan secara menyeluruh termasuk aspek teknikal perlu dilakukan sebelum ketetapan rasmi pakatan itu diputuskan.


“Sebenarnya isu Anwar sebagai Perdana Menteri masih belum diputuskan secara rasmi oleh kepimpinan Pakatan Harapan. Memanglah kita (PAN) dan DAP sebelum ini menyokong, tetapi itu secara prinsip, bukan sebagai keputusan rasmi.

“Kita kena akui bahawa bukan satu perkara yang mudah untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri secara begitu sahaja walaupun jika Pakatan Harapan menang PRU-14. Ini kerana Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara, banyak perkara teknikal perlu diteliti.

“Dalam Pakatan Harapan kita ada ramai yang layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Cumanya Anwar dilihat sebagai individu yang memainkan ba­nyak peranan dalam pembentukan pembangkang, namun perbinca­ngan lanjut masih berjalan,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahad lalu, kepimpinan PKR semasa kongres tahunan parti itu memilih Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU-14, Namun, ketika kepimpinan pakatan itu berdiri mempamerkan sepanduk tertera nama Anwar, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengangkat sepanduk tersebut.

Dalam perkembangan lain, Izham yang juga Pengerusi PAN Selangor turut mengingatkan Pas agar berhati-hati serta memahami apa sebenarnya tanggungjawab mereka sekiranya berkeras mahu terus berada dalam kerajaan negeri Selangor.

“Dalam kerajaan negeri, keputusan dibuat secara konsensus dan adakalanya melibatkan perkara yang rahsia. Jadi, soal bagaimana Pas mahu terlibat dengan wakil PKR dan DAP dalam membuat keputusan, itu harus difikirkan oleh Pas bukan sekadar duduk sebagai 'individu' semata-mata,” ujarnya.



Tuesday, May 23, 2017

ANWAR TAK LAYAK, RAFIZI TIADA MASA DEPAN



Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa, Malaysia tidak akan memiliki masa hadapan sekiranya diterajui oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Zaid berkata, hal ini kerana Rafizi gemar melemparkan kata-kata pedas atau scathing kepada pihak-pihak yang tidak sehaluan dengannya.

“Jika Rafizi adalah masa depan Malaysia, sebenarnya kita tidak memiliki masa depan, Beliau adalah seorang yang gemar melemparkan kenyataan pedas kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya,” kata Zaid dalam status terbaharu di Twitter hari ini.


Pergolakan dua pemimpin pembangkang itu mula tercetus selepas pemimpin PKR membawa sepanduk `Anwar PM ke-7’ di hadapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada hari terakhir kongres parti itu, semalam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa, pengisytiharan bahawa Ketua Umum PKR itu akan diangkat sebagai Perdana Menteri merupakan satu perbuatan ‘sombong’.

Rafizi membidas Zaid dengan mendakwa, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai sejarah turun-naik, dia tidak sepatutnya menyerang rakan-rakan dari pakatan pembangkang.

Naib Presiden PKR itu berpendapat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap relevan dalam politik Malaysia dan tidak ada mana-mana ahli politik di negara ini yang melalui ujian sepertinya.

Jelas Rafizi, Anwar adalah tokoh mencetuskan imaginasi rakyat serta melakukan sesuatu yang tidak terfikir sebelum ini, iaitu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

“Paling penting tiada sesiapa dalam kalangan ahli politik di negara ini masuk penjara dua kali kerana ingin memastikan sebuah kerajaan yang adil untuk rakyat terus hidup.

“Saya tidak terhutang budi kepada Anwar dan saya ada rekod menegur pemimpin lain PKR, tetapi tiada siapa yang sudah teruji seperti Anwar,” kata Rafizi.



Monday, May 22, 2017

AGENDA KRISTIAN HANNAH YEOH PERLU DI SEKAT



Sememangnya sudah lama kita mensyaki adanya pemimpin politik yang membawa agenda kristianisasi dalam negara Malaysia. Dari nama-nama mereka kita boleh mengetahui siapa mereka. Namun kelicikan mereka menyembunyikan kegiatan mereka dengan kempen masyarakat dan mengabui mata pihak berkuasa dengan aktiviti kemasyarakatan.

Kita pernah digejutkan dengan kempen Pegang Anjing dan juga majlis berbuka puasa di Gereja. Semua ini merupakan antara gerakan halus yang cuba mempengaruhi umat Islam. Ingatlah mereka tidak pernah berhenti setakat itu sahaja.

Pendedahan oleh Dr Kamarul Zaman Yusof baru-baru ini berkenaan agenda dakwah Kristian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Yeoh Tseow Suan atau lebih dikenali sebagai Hannah Yeoh begitu mengejutkan natizen. Dr Kamarul merupakan Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN

Menurut Dr Kamarul, Hannah Yeoh dalam satu kenyataannya dalam buku yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ menyatakan sejelas-jelasnya agenda kristianisasi melalui kedudukan politiknya.

“Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi, jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuatkan ianya berlaku melalui jawatan politik saya.”

Kenyataan ini bukan lagi sekadar memberi pandangan seperti yang di pertahankan oleh pemimpin DAP. Ianya sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana Hannah Yeoh secara terang-terangan telah melakukan kesalahan dengan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam.

Kenapa Hannah Yeoh patut ditahan ? 

Dr Kamarul menjelaskan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Dalam pada itu, Hannah turut menyatakan dalam bukunya, “Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi yang telah dilatih dan dilengkapi dan pulang untuk berkhidmat… Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja.”

Dalam kenyataan ini jelas menyebut satu bentuk ajakan untuk menyebarkan ajaran kristian di Malaysia. Ancaman terhadap akidah umat Islam benar-benar berlaku dan ia bukan khayalan lagi. 

Jika kita merujuk kepada perlembagaan, Artikel 3 dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam negara ini. Islam merupakan agama yang dianuti majoriti rakyat dalam negara Malaysia, dalam pada itu hak-hak agama lain diberikan dengan sewajarnya. Agama lain boleh diamalkan dengan harmoni tetapi dalam perlembagaan Malaysia jelas  menyatakan bahawa penganut agama lain tidak boleh berdakwah kepada umat Islam.

Dalam hal ini Hannah mungkin boleh didakwa di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Diatas sebab itulah Dr. Kamarul telah membuat laporan polis terhadapnya dan selepas itu bermulalah serangan jijik pemimpin DAP terhadap Dr Kamarul. Mereka mula memainkan sentimen mempertikai keilmuan Dr. Kamarul dengan memperlecehkan universiti tempatan, mempertikai kelayakan akademi Dr Kamarul dan melabelkannya sebagai seorang ekstremis. Hannah tanpa ada usaha menjawab  dakwaan Dr Kamarul namun cuba untuk menutup kesilapannya membuat laporan polis kononnya dia di fitnah.

Kita tunggu dan lihat bagaimana mereka hendak bersilat  lidah dan menari-nari jari bagi mempertahankan kesilapan yang telah pun berlaku. 

Apa yang penulis boleh katakan kepada Hannah Yeoh dan pemimpin DAP, keyakinan mereka yang terlalu tinggi terhadap sokongan rakyat telah membuat mereka mengorek lubang perang mereka sendiri, cuma yang pasti kita tak tahu siapa yang akan terjun dulu. 












DAP TUNJUK KUASA DI SELANGOR



Pendirian DAP sentiasa berubah-ubah dan amat jelas sekali bersikap hipokrit, tidak bermoral dan tidak bermaruah dalam pelbagai isu termasuk ketika mengulas mengenai kedudukan Exco di Selangor.


Penganalisis Politik, Raja Petra Kamarudin berkata, parti itu telah memberikan pandangan berbeza berhubung dua situasi yang hampir sama berlaku pada tahun 2014 dengan nasib kedudukan tiga exco Pas di nege­ri itu ketika ini.

Katanya, pada tahun tersebut, DAP pernah menempelak Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa tidak ada kuasa untuk memecat Exco daripada DAP dan PKR ketika Abdul Khalid menghadapi krisis kepimpinan selepas PKR memecatnya sebagai ahli parti itu ekoran keengganannya mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya.


“Namun berbeza pada hari ini, DAP menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memecat tiga Exco Pas kerana tidak layak berada dalam kerajaan negeri selepas Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

“Bandingkan sendiri apa yang DAP perkatakan pada tahun 2014 dengan isu yang berlaku sekarang. Ternyata DAP hipokrit dan setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka penuh dengan penipuan,” katanya dalam blog beliau, malaysia-today.net, hari ini.

Isu yang hampir sama berlaku pada 12 Ogos 2014 apabila DAP dan PKR enggan menerima pemecatan lima Exco daripada dua parti itu dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Abdul Khalid tidak beretika selain tidak menghormati prinsip demokrasi serta mengetepikan mandat rakyat.

Lima Exco terbabit turut mengkritik keputusan itu dan mendakwa tindakan tersebut menyalahi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menem­pelak Abdul Khalid kerana tidak meminta perkenan Sultan Selangor sebelum memecat mereka.

Bagaimanapun, timbul keraguan terhadap sikap DAP ketika ini apabila mereka bersetuju jika tiga Exco daripada Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Datuk Dr. Yunus Hairi serta Zaidy Abdul Talib meletak jawatan ekoran Majlis Syura Ulama Pas mengambil ketetapan memutuskan hubungan dengan PKR selepas menyifatkan PKR mengkhianati tahaluf siyasi yang dibentuk sejak 2008.



Sunday, May 21, 2017

ANWAR PM PAKATAN HARAPAN, PPBM TIADA HAK



Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Itu pendirian Angkatan Muda Keadilan (AMK), apabila Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad bertegas mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada PRU14.


Katanya, Anwar adalah individu paling layak menyandang jawatan itu berdasarkan kejayaan dan rekod kepimpinan beliau.



“Tanpa ragu-ragu AMK mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan supaya kita menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita dalam PRU-14.


“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya dalam ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR di sini hari ini.


Nik Nazmi dalam pada itu, mengakui rakyat di negara ini masih meragui kemampuan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara disebabkan kegagalan menguruskan perbezaan secara matang.


Katanya, parti pembangkang perlu jujur mengakui kelemahan itu sehingga pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku.


“Ia adalah tragedi besar jika kita mengambil kira potensi peralihan kuasa buat kali pertama sejak merdeka. 


“Mentaliti pembangkang yang masih menebal menyebabkan kita gagal mengurus perbezaan secara matang,” ujarnya.


Nik Nazmi dalam pada itu menyeru rakan pembangkang membina gandingan kemenangan yang lebih luas dengan berusaha mendapat undi Bumiputera terutama di kawasan FELDA, kem tentera serta di Sabah dan Sarawak.-



PAS KELANTAN GOYANG, TUDUH UMNO PINDAH PENGUNDI


Nampaknya PAS semakin tertekan untuk mengekalkan kerajaan kuasa mereka di Kelantan sehingga menjadikan keyakinan rakyat kepada UMNO sebagai alasan mereka akan kalah dibeberapa kawasan di Kelantan.  

Kononnya UMNO memindahkan pengundi  di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri di Kelantan. Jika UMNO nak menang dengan cara macam tu dah lama dah UMNO boleh buat, Bukan susah pun.Tidak perlu nak memindahkan pengundi di kawasan kalah seperti yang didakwakan oleh pembangkang.  

UMNO hanya melaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan keperluan pengundi, semuanya mengikut prosuder yang sah seperti digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya. Itu yang diperjelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Namun jika mereka sendiri memilih lokaliti mengundi kerana berpindah dan bermastautin di kawasan baru maka itu adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Tidak ada siapa yang boleh menghalang mereka.

Exco PAS Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan menuduh UMNO buat permindahan pengundi secara terancang dalam usaha UMNO Kelantan untuk menang lebih banyak kerusi dalam PRU - 14 akan datang. 

Sebenarnya PAS tidak perlu risau mereka kalah jika mereka betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Jika benar kerajaan PAS Kelantan membela nasib rakyat, sudah tentu mereka tidak risau. Ini kerana mereka tahu kerajaan Barisan Nasional lah yang banyak membantu rakyat Kelantan. Pelbagai bantuan kerajaan termasuklah membina semula rumah baru yang musnah teruk dilanda banjir besar pada 2014. 

Jika mereka ada bukti kukuh, tampillah kepada SPR dan buat bantahan. SPR ada kuasa untuk membuat siasatan dan membatalkan pertukaran alamat tersebut.

Bukankah PAS yakin benar mereka akan menang di Kelantan ? Mana pergi keyakinan tersebut. Atau mereka sudah goyang apabila Parti Mat Sabu Parti PAN memberi amaran akan mengantikan PAS di Kelantan ? 

Sudah berbelas tahun berkuasa di Kelantan baru hari ini mereka mereka merasa bimbang. Sebenarnya denyut Nadi Rakyat sudah bergema di Kelantan. 










Saturday, May 20, 2017

KIT SIANG SIBUK BERPOLITIK, GELANG PATAH TERPINGGIR



Rata-rata penduduk GELANG PATAH menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ahli parlimen mereka sendiri yang asyik berpolitik dan meninggalkan Gelang Patah terkontang kanting tiada pembelaan.

Betapa PATAHnya hati mereka melihat Gelang Patah sering diabaikan. Rasa macam nak patah-patahkan saja ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab ini. Ramai juga yang sudah patah semangat dengan karenah Lim Kit Siang yang tidak kira malam atau siang berpolitik saja kerjanya, pembangunan dan keperluan penduduk di Gelang Patah tidak pernah dia perduli.

Dari dulu lagi sudah dipesan, jangan percaya dengan lagak dan cakap-cakap kosong DAP. Mereka bukan tahu buat kerja. Berilah satu kerja yang baik untuk rakyat yang telah mereka laksanakan ? Tak ada pun, lagi menyusahkan rakyat adalah. Di Pulau Pinang, tarif air dinaik 4 kali dalam era pemerintahan DAP. 

Alasan mereka, tarif air di Johor lagi tinggi dari mereka. Ehh... apa jenis jawapan ni ? Bukankah mereka dahulu berkempen untuk mengurangkan beban rakyat, sepatutnya mereka kurangkan lagi tarif air tersebut bukan naikkan lagi. 

Inilah muka-muka penipu pemimpin DAP, mereka menipu rakyat hidup-hidup tanpa ada rasa malu. Oleh itu penduduk Gelang Patah terutama kaum Cina kena sedar, bahawa DAP tidak pernah buat kerja untuk rakyat. Hanya Barisan Nasional yang sentiasa membela rakyat.

Sebab itulah walaupun tidak menang kerusi di Gelang Patah, parti MCA sentiasa berada di kawasan bagi membantu rakyat di Gelang Patah. Ahli-ahli MCA sentiasa bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen Gelang Patah kembali kepada rakyat. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mahukan semua ahli MCA berkerja keras membantu rakyat bagi mengembalikan keyakinan mereka kepada Barisan Nasional. Sudah tentulah rakyat di Gelang Patah tidak mahu lagi insiden ahli parlimen mereka yang "hilang"entah kemana berlaku lagi. 

Menurutnya lagi,'Parlimen Gelang Patah merupakan  antara10 kerusi yang menjadi perhatian MCA sebelum PRU 14. Ka Siong mahu ahli-ahli MCA bersungguh -sungguh memastikan kemenangan kembali berpihak kepada Barisan Nasional. 

Biarlah DAP nak berpolitik siang malam pun, kita perlu utamakan kesejahteraan rakyat.  










Thursday, May 18, 2017

MAT OVER MAHU DAVID TEOH HORMATI PM



Pelawak veteran, Sulaiman Yassin, 65, atau lebih dikenali sebagai Mat Over menjelaskan, dia bertindak terhadap penerbit filem, David Teoh kerana mahu menegur dan memintanya menghormati tuan rumah serta majlis yang dihadiri mereka berdua.

Jelas beliau, sebagai tetamu, David sepatutnya menjaga kata-kata serta tingkah laku tanda menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tuan rumah yang telah menjemput mereka menghadiri program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Kata pelawak veteran berkenaan, tindakannya itu bukan berniat jahat apatah lagi mahu mencederakan David tetapi untuk menghentikan pengarah berkenaan dari terus bersikap biadap.

Tambah Sulaiman, tuduhan yang mengatakan dirinya menampar David juga tidak berasas kerana dia tahu batas-batas perundangan dan sedar implikasi yang bakal dihadapi jika mencederakan pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu.

“Memang saya berasa marah melihatkan sikap David yang tidak menghormati Perdana Menteri sebagai tuan rumah dan majlis yang sedang berlangsung.

“Saya bertindak kerana melihat dia terus bersikap sebegitu walaupun telah diberi peluang oleh pengacara majlis, Datuk Rosyam Noor, untuk bercakap,” jelas Sulaiman kepada Utusan Online ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sulaiman berkata, setiap rakyat Malaysia tidak kira bangsa telah diajar sejak kecil untuk menghormati orang lain apatah lagi sewaktu berhadapan dengan pimpinan walau sekecil mana sekalipun jawatannya menjadikan sikap Davida pada program berkenaan satu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa sekalipun.



Dalam masa sama, beliau menjelaskan, dirinya dan David tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak mempunyai masalah peribadi.

Tambah beliau, insiden yang berlaku itu merupakan satu kejadian spontan dan bukannya dirancang seperti mana yang didakwa oleh banyak pihak.

“Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam hal ini dan tidak mendapat apa-apa keuntungan yang boleh mendorong diri untuk bertindak sebegitu.

“Tindakan saya adalah reaksi spontan untuk menegur perilaku yang tidak sewajarnya ditunjukkan terhadap Perdana Menteri,” jelas beliau.

Insiden kekecohan antara Sulaiman dan David bermula ketika pengarah berkenaan cuba bertanyakan soalan pada sesi program dialog tersebut.

Ketika itu, David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog, iaitu pelakon, Datuk Rosyam Nor sehingga menimbulkan ketegangan menyebabkan Mat Over datang dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menolaknya.

Bagaimanapun, sengketa antara mereka tidak berpanjangan kedua-duanya dilihat bersalaman dan berdamai beberapa ketika selepas insiden berkenaan.

Dalam masa sama, David, dalam laporan-laporan akhbar awal ini bagaimanapun telah memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan perundangan terhadap Sulaiman. - UTUSAN ONLINE



Wednesday, May 17, 2017

BARU PADAN MUKA KAU !




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin kecewa selepas mendakwa peruntukan untuk beliau disekat oleh Kerajaan DAP P. Pinang.


Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika mesyuarat pimpinan PKR negeri pada 12 Mei lalu.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas beliau tidak menghadiri istiadat mengangkat sum­pah pelantikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini.


“Saya tidak dapat hadir kerana menurut arahan parti yang mahu saya terus berada pada Majlis Konven­syen PKR negeri yang berlangsung pada waktu sama.

“Ini kali kedua saya ‘dihukum’ kerana mengikut arahan parti,” tulisnya di laman Facebooknya semalam.

Norlela bimbang keputusan berkenaan mengganggu perancangan yang diatur beliau termasuk untuk program Ramadan dan Aidilfitri di kawasannya.

Katanya, beliau difahamkan peruntukan tidak akan diberikan sehingga September ini.

“Saya tiada peruntukan bantuan kecemasan untuk penduduk Penanti selain tidak dapat menghulurkan sumbangan majlis berbuka puasa,” kata beliau.

Norlela mendedahkan belum mendapat peruntukan Bri­ged Wanita yang diasaskan kerajaan negeri.

“Peruntukan itu digunakan se­bagai elaun dan duit minyak untuk anggota Briged Wanita,” katanya.

Norlela sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana menangis ketika sesi perbahasan sidang DUN selepas mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya yang majoriti penduduk adalah orang kampung terpinggir.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Menteri 1, Datuk Mohd. Ra­shid Hasnon dalam sidang akhbar hari ini menafikan kerajaan negeri menarik peruntukan wa­jib itu dan menggesa Norlela merujuk kepada Pejabat Ketua Menteri berhubung status peruntukannya tersebut.

MAT SABU YANG SOKONG IDEOLOGI KOMUNIS BUKAN MCA



Kerjasama erat Malaysia China sejak zaman Tun Abdul Razak lagi. Ketika itu China dipimpin oleh Presiden Mao Ze Dong.Tun Mahathir ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pun pernah ke China dalam usaha mempereratkan hubungan dua hala.

Adakah Tun ketika itu membawa ideologi komunis ke Malaysia ? Sudah tentu lah tidak . Maka apa masalahnya jika MCA, parti dari kompenen Barisan Nasional menjalinkan kerjasama dengan China dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Lim Guan Eng juga menjalinkan kerjasama dengan negara komunis tersebut senyap la pula. Apasal Tun Mahathir tak cakap DAP sekutu komunis ?

Serangan Tun Mahathir dan PERKASA terhadap MCA dilihat satu cubaan untuk melemahkan Barisan Nasional. Mungkin mahu menarik kaum Melayu agar menyokong parti PPBM atau PKR. Justeru itu MCA perlu dilabelkan dengan satu label yang dibenci oleh orang Melayu, iaitu Komunis.  

Manakala kaum Cina dilhat akan terus kekal menyokong DAP. Serangan ini tidak lain tidak bukan bertujuan melemahkan Barisan Nasional. Tun Mahathir ketika menjadi Pengerusi Barisan Nasional sering menyelar DAP sebagai parti yang cauvinis, perkauman dan lebih dekat dengan ideologi komunis. Hari ini kenyataannya telah berputar kepada MCA. 

Sikap Tun Mahathir ini tidak hairan, Sedangkan Lim Kit Siang boleh dengan tiba-tiba tak ingat, lupa dan nyanyuk berkenaan isu skandal Forex Tun Mahathir yang selama beberapa dekad menjadi pelurunya menyerang Tun Mahathir, takkan lah Tun M tak boleh hendak membalas jasa Lim kit Siang anak beranak Company.

Sebagai sebuah komponen Barisan Nasional MCA melihat hubungan erat dengan negara China bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia keseluruhan. Sebab itu kita lihat hubungan Perdana Menteri dengan pemimpin utama China begitu erat. 

Tidak timbul isu MCA nak bawa ideologi kerana MCA hanya mengadakan kerjasama dengan CPC dalam proses mengadakan perjanjian diantara MCA dan CPC. Kerjasama ini hanya berkisar dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan lain-lain yang berkaitan.

Latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China (CPC) hanyalah dari sudut teknikal dan MCA bukan dihantar untuk membawa pulang  dasar  fahaman komunis ke Malaysia. Jika tuduhan komunis ini hendak ditujukan kepada MCA, sewajarnya Tun Mahathir dan PERKASA  menuding jari kepada Mat Sabu Presiden PAN yang jelas dan terang menyokong perjuangan pengganas komunis. 

Adalah pelik jika rakan sepakatan menjunjung tinggi pengganas komunis tetapi MCA pula yang menjadi sasaran. Jika kita lihat disudut sejarah pun jelas parti MCA dari awal-awal lagi penubuhannya adalah parti yang anti komunis.. 

Jika DAP, PPBM dan PERKASA berani, katakanlah tidak pada ideologi komunis dan dalam pada masa yang sama juga Kerajaan Pulau Pinang perlu membatalkan  semua kerjasama yang telah dijalinkan dengan kerajaan China. 



Tuesday, May 16, 2017

PAKATAN TIADA AGENDA, HANYA BEREBUT KUASA



Tidak ada satu pun agenda pakatan pembangkang dalam usaha untuk membela rakyat mahupun membina negara. Apa yang mereka mahukan hanyalah mengharu harakan negara dengan menjaja fitnah dan cerita bohong.

Perkara ini diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti PPBM. Baliau mengakui parti itu terpaksa membentuk gabungan bersama DAP, PKR dan PAN biar pun tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang diperjuangkan oleh parti-parti tersebut demi mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tubuhkan PPBM dan tujuan parti ini satu saja, iaitu untuk jatuhkan Najib. Untuk ini, kita sedar bahawa sebuah parti saja tak mungkin berjaya seperti juga BN, kalau UMNO atau Najib saja, mereka tak boleh tubuh kerajaan.

Jelas sekali tiada satu pun agenda pakatan pembangkang untuk membina negara dan membantu rakyat. Semuanya hanya ada kepentingan sendiri. 

Oleh itu kita tidak hairan jika mereka tiada calon yang layak untuk dinobatkan menjadi calon Perdana Menteri. Kesemua pemimpin-pemimpin mereka jenis gila kuasa. 

Contohnya ahli parlimen DAP Anthony Loke yang mahukan Dr. Wan Azizah (Kak Wan) sebagai Perdana Menteri. Anthony memilihnya  bukan kerana kredibiliti Kak Wan sebagai Perdana Menteri, tidak ada tokoh pun, jadi MP pun tergapai-gapai, tergagap-gagap. DAP pilih Wan Azizah kerana dia boleh dipergunakan dan dijadikan lembu, senang nak cuck hidung. Itu saja sebabnya yang DAP nak sangat Kak Wan jadi PM. 

Manakala Zaid Ibrahim pula beria-ria mahukan Tun Mahathir yang patut jadi Perdana Menteri, padahal dia seorang ahli DAP.  Kehendak Zahid kita tahu kerana dia juga mengidam hendakan jawatan-jawatan penting tertentu dalam kerajaan andai pakatan menang. 

Bagi ahli PPBM, calun Perdana Menteri mereka tak lain tak bukan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ada sebahgian daripada mereka berkiblatkan anak Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Mukriz. 

Justeru itu kita dapat lihat betapa berkecamuknya parti-parti dalam Pakatan Harapan yang di kuasai DAP. 

Kuasa mutlak DAP ini kita tidak dapat pertikaikan, ini bleh dilihat dalam isu bekas Menteir Besar Selangor Tan Sri Khalid betapa DAP memainkan peranan besar dalam usahanya menjatuhkan tan Sri Khalid Ibrahim. 

Permainan kotor yang digelar Langkah Kajang telah memakan diri apabila harapan mereka untuk menaikan Dr. Wan Azizah tidak berjaya yang mana telah langkah Wan Azizah di sekat oleh Azmin Ali. 

Dendam yang tersimpan lama kini akhirnya terbuka apabila kemelut PAS dengan PKR bertambah meruncing. PAS yang tegas memutuskan percintaan mereka dengan PKR telah membuat kedudukan pakatan di Selangor goyah. Kedudukan Azmin tergugat, jika PAS keluar dari kerajaan Selangor maka kerusi MB akan goyang. 

Namun apa pilihan yang ada, Wan Azizah sebagai presiden PKR menggunakan kuasanya meminta semua exco PKR didalam kerajaan Kelantan letak jawatan serta merta. Ianya satu tamparan kepada kerajaan PAS Kelantan dan tak kurang juga kepada Azmin.

Sama ada PAS perlu keluar atau exconya di Selangor akan dipecat, PAS tiada jalan keluar lain.

Dalam pada masa yang sama DAP terus menekan Azmin agar memecat ketiga-tiga exco PAS dan menggantikan anjing peliharaannya daripada parti PAN. Entah apa kesudahannya pun kita tidak tahu, yan pasti Pakatan Pembangkang kucar kacir  dan caca marba. 

Mereka langsung tidak memikirkan hal rakyat, mereka tidak berusaha mencari jalan penyelsaian. Rakyat dibiarkan dengan pelbagai masalah yang tidak kunjung padam. apa yang mereka lakukan ialah terus merompak hasil mahsul negeri. 

Cuba pembangkang tunjukkan IDEA macam mana nak bangunkan negara lebih baik daripada apa yang kerajaan UMNO / Barisan Nasional lakukan.

Kita perlukan idea yang bernas dan mantap. Ada lebih 30 juta rakyat kita nak suap makan ni. Bukan cerita kosong seperti Fitnah bag Rosmah, cincin 24 juta, Najib jual negara dan lain-lain lagi.

Rakyat nak dengar idea pembangunan negara. Bukan setakat idea nak jual meja 30k, atau nak jual pantun kat PM. Itu semua rakyat tak mau tahu.

Isu plastik 20 sen tak boleh selesai, isu tarif air naik tak boleh selesai, isu perebutan kuasa di Selangor tak boleh selesai. Sebenarnya pembangkang nak bagitau apa dekat rakyat ni ?

Kalau nak bagitau PRU 14 ni undi BARISAN NASIONAL cakaplah awwal-awal. Tak payah nak berkias-kias tunjuk ketidakmampuan mentadbir negara seperti UMNO / Barisan Nasional.

Beginikah kerajaan yang kita nak serahkan nasib kepada mereka ? Alamat hancurlah negara. Oleh itu sama-samalah kita pertahankan maruh agama,  bangsa dan tanah air. 

BERPANAS DEMI SEGULUNG IJAZAH



ALOR SETAR - KEDAH;
Demi menampung perbelanjaan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam pengajian Islam, seorang pemuda sanggup berdiri dan berpanas di tepi jalan yang sibuk untuk mempromosikan jualan air soya.

Syahir Asyraf Azis, 21, lulusan Diploma Pengajian Islam dari Universiti Sultan Azlan Syah, Kuala Kangsar, Perak, memulakan perniagaannya selepas tamat pengajian Disember tahun lalu.

"Saya bercadang melanjutkan pelajaran tahun depan, sama ada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu serta tidak menolak jika mendapat tawaran di Mesir.

"Bidang ini sebagai ilmu pengetahuan dan minat tetapi tidak berniat untuk makan gaji apabila tamat nanti kerana saya bercita-cita untuk menjadi usahawan," katanya.

Aksinya berdiri di tepi jalan itu menarik perhatian netizen apabila tular selepas dimuat naik seorang pelanggannya di laman sosial.

"Alhamdulillah, selepas mendapat perhatian di laman sosial, jualan semakin baik dan mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari," katanya.

Gerainya di tepi jalan utama Alor Janggus-Alor Setar berhampiran Simpang Kuar, di Alor Setar, dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

#AcoTeam
#SiMpLe AnD sOLiD💫
                   

Sunday, May 14, 2017

AHLI UMNO BERSEMANGAT DAN BERMENTALITI UNTUK MENANG





Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 71 baru-baru ini merupakan sambutan yang paling besar pernah diadakan oleh parti tersebut. Perhimpunan ini di rasmikan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Perhimpunan raksasa ini begitu mengerun pihak pembangkang, lalu mereka menimbulkan pelbagai spekulasi bagi menipu rakyat kononnya semua yang datang itu semua telah dibayar dan dipaksa datang. 

Namun bagi Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa kehadiran lebih 150,000 ahli UMNO pada sambutan itu menunjukkan keikhlasan ahli UMNO dalam menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan YAB Presiden dan ianya jelas menunjukkan mereka telah bersiapsiaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 bila-bila masa sahaja.

Beliau berharap menerusi perhimpunan ini, jentera parti lebih bersemangat. Adalah amat penting ahli-ahli UMNO mempunyai semangat dan mentaliti untuk menang dalam pilihanraya umum ini nanti, ujarnya.

Beliau yakin dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli UMNO, parti Barisan Nasional akan memberi keputusan yang luar biasa pada PRU 14 akan datang. 

Jika kita imbas kembali rentetan perhimpunan yang dibuat oleh pembangkang, rata-ratanya menunjukkan ianya semakin kurang mendapat sambutan. Kurangnya sokongan kepada mereka berlaku mendadak sehingga mereka risau untuk membuat perhimpunan seperti UMNO buat hari ini. 

Itu satu "signal" daripada rakyat kepada pakatan DAP bahawa mereka kini semakin ditolak. Perjuangan cauvinis mereka tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa mahu hidup bersatu padu dan aman damai. 

Malaysia bukanlah tempat untuk menyemai benih-benih kebencian antara satu sama lain. Walaupun DAP mendabik dada kononnya mereka parti berbilang bangsa dan agama namun jelas sekali DAP hanya dipimpin oleh segolongan kaum dan keluarga sahaja. Antaranya adalah keluarga Lim dan keluarga Karpal Singh. 


Kini anak-beranak mereka mengambil alih jawatan-jawatan penting dalam DAP. Apa lagi sandiwara yang nak dipertontonkan kepada rakyat kononnya mereka parti yang memperjuangankan nasib rakyat ? Semuanya dusta belaka. Sehingga kini ROS belum lagi mengesahkan pemilihan CEC DAP. Lim Guan Eng masih lagi tidak sah sebagai Setiausaha Agung DAP.

Semua lakonan mereka terlondeh satu persatu sehinggakan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan Lim Guan Eng dalam DAP. Apatah lagi ditabah dengan skandal diskaun rumah yang dimilikinya, menambah buruk lagi pandangan rakyat terhadap DAP.

Saturday, May 13, 2017

KETURUNAN PENDATANG ASING DAP MAHU AZMIN PECAT EXCO PAS



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tunduk kepada tekanan dalaman PKR dan parti sekutu Pakatan Harapan diketuai DAP dengan memecat kesemua Exco Pas tidak lama lagi.

Difahamkan, kekosongan ja­wa­tan ditinggalkan Pas itu akan diisi masing-masing satu oleh wakil PAN, PKR dan DAP.

Menguatkan lagi keyakinan itu apabila Timbalan Presiden PKR tersebut memanggil kesemua tiga Exco Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bertemu dengannya pagi ini.


Malah selepas satu majlis di Rawang dekat sini, Mohamed Azmin melahirkan kekecewaannya terhadap pendirian Pas yang secara muktamad telah memutuskan hubungan politik dengan PKR, dengan menegaskan sabar juga ada batasnya.

Dakwa Mohamed Azmin, beliau sudah melakukan segala yang perlu sebagai Menteri Besar untuk memastikan kerjasama politik dengan Pas dipertahankan tetapi malangnya, Majlis Syura Ulama mengambil pendirian memutuskan hubungan.

“Saya melakukan segala yang perlu untuk mengurangkan masalah ini, berunding dan melibatkan diri dalam beberapa pertemuan tetapi sekali lagi, sabar itu ada batasnya. Saya akan lihat nanti bagaimana.

“Pagi ini saya bertemu dengan ketiga-tiga Exco Pas dan mereka memberi penjelasan, saya akan tengok perkara ini dan bincangkan dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.

Terdahulu Mohamed Azmin mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah me­rasmikan Masjid Perodua di Ibu pejabat Perodua, Rawang.

Diajukan soalan apakah beliau berpuas hati dengan penjelasan diberikan kesemua Exco Pas, Mohamed Azmin berkata, ia bukan soal tentang berpuas hati atau tidak.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Menteri Besar itu berkata, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya awal di negeri ini kerana dakwanya, mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan diketuai DAP masih kukuh.

“Saya akan pastikan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas mesti dilaksanakan sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, ditanya apakah PKR bersedia untuk berdepan dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mohamed Azmin berkata, partinya sudah bersedia untuk berdepan apa juga kemungkinan.

“Kalau itu keputusan Pas, ini adalah pilihan mereka. Sebagai sebuah parti politik, kami bersedia dengan sebarang kemungkinan, jika tidak dapat dielakkan kami akan berdepan mereka,” katanya.


Thursday, May 11, 2017

CARI DAN RAIKAN TITIK PERSAMAAN



UMNO dan Pas perlu meraikan titik persamaan yang ada antara kedua-dua parti tersebut biarpun tidak bersatu menjadi satu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana kedua-dua parti mempunyai matlamat perjuangan yang sama untuk mendaulatkan Islam.

Beliau berkata, bagaimanapun kedua-dua parti tersebut mempunyai pendekatan atau kaedah pelaksanaan yang berbeza bagi mencapai matlamat perjuangan tersebut sehingga menyebabkan mereka terpisah.


“UMNO dan Pas tidak perlu lawan sebab memiliki DNA (asid deoksiribonukleik) yang sama, asal daripada satu, kemudian ada khilaf, Ahmad Fuad Hassan yang tidak menang dalam pemilihan, tubuh parti untuk buat cara dia.

“Pas dan UMNO pergi jauh mana sekalipun akan ada titik pertemuan, kalau ada titik persamaan UMNO dan Pas raikanlah dan tidak semestinya bersatu, biarlah duduk atas landasan masing-masing asalkan jangan lupa stesen untuk berhenti,” katanya semasa berucap dalam Himpunan Memperingati Perjuangan Bangsa di padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini malam tadi.

Yang turut menjadi ahli panel ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun dan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamadzah.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Pas dan UMNO tidak bermusuh, cuma berebut 'uri' dan tapak untuk mencapai matlamat perjuangan.

“Jaluran pertempuran politik sebenarnya dua sahaja, bukan UMNO dengan Pas, musuh sebenar adalah mana-mana parti yang menentang agenda, dasar atau cuba menghapuskan kita.

“Daripada sebelum merdeka sehingga kini 'tok dalang besar' adalah DAP parti fahaman sosialisme ini,” katanya.

Jelasnya, DAP amat berbahaya kerana akan berubah mengikut kesesuaian untuk mencapai objektif perjuangan tetapi idealisme mereka tidak berubah sama sekali.



PAN MAKHLUK YANG TAK TAU MALU !




Pas membidas parti serpihannya, PAN sebagai tidak malu kerana meminta untuk mengambil-alih jawatan Exco dalam kerajaan PKR Selangor.

Dalam masa sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyifatkan parti tersebut sebagai tidak pernah sedar diri tentang kedudukan mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket Pas.

Katanya, keadaan di Selangor ketika ini masih baik kerana barisan pentadbiran sedia ada masih diterima oleh rakyat negeri itu.


“Kalau saya, rasa malu hendak minta jawatan, sebab kita (PAN) bertanding atas tiket parti lain kemudian minta hendak jadi Exco, payah nak sedar diri,” katanya dalam sidang akhbar sempena Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia di JKR 10 di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kemelut politik di Selangor akibat pergeseran antara Pas dan PKR makin kusut apabila PAN mula campur tangan dengan memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri.

PAN turut memberi bayangan parti itu sudah bersedia mengambil alih jawatan Exco, kedudukan dalam anak-anak syarikat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jawatan di peringkat akar umbi yang ketika ini disandang Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas telah menunjukkan pres­tasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Saya melihat tidak ada isu dari segi pentadbiran, rak­yat menerima dengan baik, pentadbiran berjalan dengan baik dan pencapaian oleh semua Exco Pas juga sangat cemerlang.

“Bagaimanapun, apabila me­li­batkan soal parti khususnya hubungan antara Pas dan PKR, kita serah pada Majlis Syura untuk membuat ke­putusan apabila me­ngadakan perbinca­ngan nanti. Pada masa ini, pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ah­li Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz berkata, rakyat di Selangor pasti akan merasa terhina sekiranya pemimpin PAN terlibat dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, rakyat pastinya inginkan sebuah barisan kepemimpinan yang setia pada perjuangan bukannya mereka yang ‘lompat’.

“Kerusi PAN di Selangor pun kerusi lompat, kalau mereka bersama dalam Exco, kerajaan Se­langor juga akan menjadi sebuah kerajaan lompat. Ia satu penghinaan kepada rakyat Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Wednesday, May 10, 2017

PUSAT HIBURAN LUBUK JENAYAH, PBT BUAT APA ?

-


 Bagaikan lubuk jenayah! Itulah yang boleh digambarkan apabila sebahagian besar kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke (KTV) di seluruh negara didapati menjadi `pusat’ untuk pelbagai kegiatan menyalahi undang-undang.

Selain beroperasi dengan lesen yang sudah tamat tempoh, ketiga-tiga pusat tersebut yang sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada malam minggu turut menjadi lokasi untuk pengunjung melepaskan gian dengan menghisap dadah, kegiatan pelacuran, menggaji pekerja asing tanpa izin khususnya bagi menjadi GRO dan aktiviti judi haram.

"Mereka juga didapati melakukan perbuatan mengelak cukai dan tidak mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau mengutip cukai itu tetapi tidak mengisytiharkan jumlah sebenar. Dalam bahasa mudahnya, ketiga-tiga pusat ini menjadi lubuk untuk kegiatan jenayah ekonomi dan jenayah lain," kata sumber kepada Mingguan Malaysia, di sini, hari ini.

Longgokan minuman keras yang mempunyai label bebas cukai di salah sebuah kelab malam.


Difahamkan kegiatan haram ketiga-tiga pusat hiburan tersebut terdedah hasil serbuan pihak berkuasa di beberapa negeri sebelum ini termasuk terbaharu di dua buah kelab malam `eksklusif’ di selatan tanah air.

Sumber tersebut berkata, apa yang mengejutkan terdapat kelab malam berkenaan menjual minuman keras yang mempunyai label `MDNP’ (Malaysia Duty Not Paid) sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh dijual di tempat tersebut.


"Sepatutnya minuman keras yang mempunyai label berkenaan hanya di luar di kedai-kedai bebas cukai sahaja, bukannya di tanah besar termasuklah di mana-mana bandar raya. Perbuatan kelab malam tersebut mendatangkan kerugian kepada kerajaan dari segi kutipan eksais.

"Ia memandangkan sesebuah kelab malam perlu membayar lesen eksais, lesen hiburan dan lesen perniagaan, tetapi pemilik premis berkenaan mengaut keuntungan berlipat ganda kerana tidak membayar cukai eksais, beroperasi lebih masa dan tanpa lessen," kata sumber tersebut.


Menurut sumber berkenaan, ketiga-tiga pusat itu menjadi lubuk jenayah bukanlah disebabkan oleh kegagalan pihak polis sebaliknya berpunca daripada kelemahan pemantauan pihak yang mengeluarkan lesen.

"Contohnya di sebuah negeri di selatan, terdapat dua entiti mempunyai kuasa bagi mengeluarkan lesen iaitu pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan. Soalnya siapakah yang melakukan pemantauan bagi memastikan pemilik premis-premis tersebut memenuhi syarat-syarat lesen," soal sumber itu.

Sumber tersebut juga tidak menolak kemungkinan berlaku amalan rasuah yang memungkinkan premis-premis tersebut seolah-olah 'kebal’ daripada tindakan undang-undang.


SIAPA YANG BERI PELINDUNGAN KEPADA PUSAT JUDI DAN MAKSIAT ?

GAMBAR SEKDAR HIASAN


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didesak tidak ‘lepas ta­ngan’ selepas meluluskan pemberian lesen kepada kelab-kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke (KTV) yang bebas menjalankan ke­giatan-kegiatan haram tanpa halangan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pasukan penguat kuasa PBT yang bertanggungjawab itu tidak sepatutnya ha­nya memakai ‘cermin mata gelap’ sehingga tidak nampak apa yang berlaku di luar sana sehingga premis-premis mereka dijadikan pusat kegiatan jenayah.

Beliau turut me­ngesyaki pengusaha-pengusaha premis yang menjadi lubuk kegiatan haram seperti pelacuran, perjudian haram, penjualan minuman keras selain menjadi pusat pengedaran dan penagihan dadah itu telah mendapat ‘perlin­dungan’ daripada orang-orang tertentu atau dalam kalangan penguat kuasa sendiri yang menerima wang perlindungan itu.


“PBT kena serius melaksanakan tanggungjawab. Pusat-pusat hiburan yang disyaki ini bukan terletak jauh pun tetapi hanya berlaku di kawasan mereka, depan mata sahaja.

“Inilah masalah yang berlaku jika penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang mereka sendiri memberikan perlindungan kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang terlibat untuk membenarkan kegiatan haram ini berjalan. Ini belum lagi termasuk pusat-pusat hiburan yang 10 tahun sudah wujud tanpa lesen, bagaimana ini boleh berlaku?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Mingguan Malaysia hari ini berhubung kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke kini dikenal pasti menjadi lubuk pelbagai kegiatan jenayah berdasarkan serbuan pihak berkuasa di premis-premis tersebut sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu di selatan tanah air.


GAMBAR SEKADAR HIASAN

Dalam pada itu, Naib Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Hassan Basri Muhammad berkata, kebanjiran pusat hiburan tanpa kawalan adalah berpunca daripada aspek penguatkuasaan yang lemah sehingga me­nimbulkan persoalan adakah mereka telah menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha premis berkenaan.

Beliau berkata, jika benar wujud situasi tersebut, kegiatan haram yang berlaku sekian lama itu tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila.

“Tindakan penguatkuasaan yang lemah ini juga akibat pasukan yang terlibat saling menuding jari, apabila dihalakan kepada PBT, mereka kata tugas polis dan sebaliknya. Sepatutnya mereka melakukan tugas ini secara bersepadu dan menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Begitu juga kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan kerajaan Pusat walaupun tidak sama ideologi politik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kerajaan negeri khususnya di Selangor perlu menghentikan serta-merta pengeluaran lesen pusat hiburan dan keluarga walaupun tujuannya untuk memberikan hasil kepada kerajaan negeri.

Katanya, mana-mana lesen yang telah dikeluarkan perlu ditarik balik dan premis-premis tidak bermoral itu harus ditutup kerana melalui pemantauan yang dibuat, tidak ada satu pun premis yang kononnya menjalankan aktiviti untuk hiburan berkeluarga sedangkan pelbagai kegiatan haram berselindung di sebalik nama pusat hiburan itu.

“Lebih malang lagi apabila ada antara ahli majlis PBT yang dilantik kerajaan negeri telah melin­dungi pengusaha-pengusaha ini. Apa guna kerajaan negeri mengaut hasil daripada kerosakan akhlak yang telah berlaku dalam kalangan masyarakat,” katanya.







PAS SELANGOR BUAT ROMBAKAN, ISKANDAR BUKAN LAGI PESURUHJAYA NEGERI



Pas Selangor melakukan rombakan barisan kepemimpinan negeri apabila mengantikan dua daripada tiga Timbalan Pesuruhjayanya dengan muka baharu.

Rombakan itu berselang seminggu selepas terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi dilantik sebagai Pesuruhjaya negeri menggantikan Datuk Iskandar Samad.

Yang Dipertua Pas Sepang, Ir. Mohd. Haslin Hassan dilantik Timbalan Pesuruhjaya ll; Yang Dipertua Pas Tanjung Karang, Mohd. Zamri Zainuldin Timbalan pula sebagai Pesuruhjaya Pas lll manakala Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dikekalkan selaku Timbalan Pesuruhjaya l.


Turut menyaksikan rombakan ialah jawatan Setiausaha apabila Abdul Halim Omar diangkat bagi menggantikan Mohd. Khairuddin Othman selepas beliau ditukar ke lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

Sallehen berkata, rombakan itu tiada sebarang kaitan dengan soal jawatankuasa sebelum ini gagal berfungsi dengan baik sebaliknya dibuat bagi memperkukuhkan lagi persiapan Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ini pasukan untuk kita hadapi pilihan raya umum dan beberapa rombakan ini dibuat bagi memperkukuhkan Pas Selangor dan seterusnya memastikan kita memenangi pilihan raya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan pertama selepas bergelar Pesuruhjaya negeri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE