Thursday, August 31, 2017

CEDERAKAN PENUMPANG - SPAD BERTINDAK TEGAS





Melampau ! Itulah perkataan yang sewajarnya terhadap seorang pemandu yang mencederakan penumpangnya. Tidak sewajarnya seorang pemandu yang sepatutnya menjaga keselamatan penumpangnya namun sebaliknya mencederakannya pula gara-gara membuat laporan kerana dia tertidur. Tahukah pemandu tersebut kelalaiannya boleh mengundang bahaya. 

Pemandu kepada syarikat Express Senibudaya (M) sdn. Bhd. sepatutnya mempraktik budaya hormat kepada pelanggan sepertimana nama syarikatya. 

Dalam kejadian tersebut pemandu bas syarikat tersebut telah memukul seorang penumpang kerana menegurnya yang tertidur ketika memandu sehingga menyebabkan penumpang tersebut cedera. 

tindakan pemandu ini sangat melampau dan sewajarnya dikenakan tindakan undang-undang. Menjadi peringatan kepada mereka yang lain agar jangan sewenang-wenangnya bertindak mengikut perasaan. 

Hasil daripada maklumat, SPAD akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan juga syarikat pengendali. Ia semua akan bergantung kepada hasil siasatan.  Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5000 dan/atau penjara sehingga 2 tahun dan berkemungkinan lesen digantung atau dibatalkan. 

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau lebih dikenali sebagai Akta 514 menyatakan dengan jelas bahawa setiap maji­kan, pekerja dan kerajaan memiliki tanggungjawab dan tugas masing-masing dalam meletakkan keutamaan kepada keselamat­an semasa menjalankan operasi peng­angkutan awam.

SPAD, PDRM dan JPJ peru  terus melakukan pemantauan serta mengambil tindakan tegas. Perkara seperti ini  tidak boleh dibiarkan, tindakan pemandu kenderaan awam yang bertindak kasar terhadap penumpang merupakan tindakan yang biadap dan tidak boleh dimaafkan kerana mereka sepatutnya menjaga dan memastikan keselamatan penumpang.

Semoga dengan tindakkan tegas ini kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dan menjadi pengajaran kepada pemandu-pemandu pengangkutan awam yang lain. 


SUKAN SEA DI TUTUP



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar hari ini mengumumkan penutupan secara rasmi Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017.


Beliau turut menyeru seluruh penduduk di negara-negara ASEAN menjadikan sukan sebagai wadah perpaduan dalam kalangan mereka.



Perdana Menteri pada masa sama mengumumkan bahawa Sukan SEA ke-30 akan berlangsung di Filipina pada 2019 dan mendoakan negara tersebut berjaya dalam menganjurkan temasya dwitahunan itu.


Serentak perisytiharan, penutupan obor Sukan SEA yang menyala sepanjang pertandingan berlangsung dipadamkan.


Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Sebelum itu, kontinjen atlet Malaysia yang muncul sebagai juara keseluruhan mengetuai kontinjen negara-negara lain berarak masuk ke dalam stadium.


Turut diraikan lebih 20,000 sukarelawan yang membantu menjayakan Sukan SEA dan diperkenalkan dengan nama-nama mereka terpampang pada skrin. - UTUSAN ONLINE



Wednesday, August 30, 2017

SPRM SUDAH MARI, MANA MAU LARI ?




SERBUAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Pemerba­danan Menteri Besar (MBI), syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) Selasa lalu bukan sesuatu yang pelik kerana badan itu hanya men­jalankan siasatan selepas laporan dibuat pihak awam selain kemungkinan ada asas ku­kuh di sebalik laporan tersebut.

Tindakan SPRM itu adalah bukti bahawa suruhanjaya tersebut benar-benar serius dalam memerangi jenayah rasuah serta ia juga petunjuk jelas bahawa tiada istilah pi­lih bulu dalam soal salah guna kuasa, sama sebagaimana serbuan ke atas konglo­merat seperti Felda dan beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN).



Namun reaksi segera daripada Pejabat Menteri Besar Selangor nyata amat mengejutkan. Ketika serbuan sepa­sukan lima pegawai SPRM di pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan masih belum selesai, Pejabat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah pun membuat kenyataan menuduh serbuan tersebut sengaja dirancang bagi memburukkan imej Kerajaan PKR Selangor.

Persoalannya kenapa sampai begitu sekali Mohamed Azmin melenting? Tanpa usul periksa terus menuding jari kepada SPRM, sedangkan selama ini beliau mendakwa sentiasa membuka pintu kepada badan penyiasat tersebut untuk melakukan siasatan jika wujud dakwaan oleh mana-mana pihak berlakunya unsur penyelewengan atau salah guna kuasa di Sela­ngor.

Barangkali jika dakwaan dirancang mahu digunakan, tuduhan sama boleh dilemparkan kepada Mohamed Azmin selaku Pengerusi MBI. Ini kerana SPRM mungkin tidak akan menyerbu ketiga-tiga entiti terbabit jika MBI tidak menjadikan isu pertikai­an kontrak antara JNSB dan Unisel sebagai skandal dengan persoalan, apakah bayaran RM16 juta kepada JNSB juga dirancang?

Jika ia bukan satu rancangan yang di bawah penge­tahuan Mohamed Azmin, mengapa MBI tetap mahu membayar kepada JNSB yang kontraknya telah pun ditamatkan Unisel? Mengapa begitu sekali istimewanya layanan MBI kepada JNSB meskipun terbukti gagal menunaikan tanggungjawab penyelenggaraannya sebagaimana termaktub dalam perjanjian asal dengan Unisel?

Andai ia bukan satu perancangan yang mungkin melibatkan motif keuntung­an politik, mengapa JNSB masih diberikan sambungan kontrak baharu, ketika tender baharu sudah pun dibuka sehingga membelakangkan keputusan terdahulu yang dibuat jawatankuasa kuasa tender Lembaga Unisel dan siapa pula yang memberikan arahan agar JNSB diberikan kontrak sambungan?

Sebenarnya tiada keperluan untuk Kerajaan PKR Selangor melenting kerana belum ada mana-mana individu pun di bawa ke mahkamah atau disabitkan bersalah dalam isu skandal MBI-JNSB dan Unisel itu. Malah, jika siasatan SPRM nanti tidak menemui sebarang unsur penyelewengan, imej Kerajaan PKR Selangor sendiri yang akan menokok di mata rakyat.

Kecualilah sifat dan kenya­taan defensif dengan menya­lahkan SPRM itu ada kaitan dengan cubaan untuk menutup pekung yang sedikit demi sedikit kian terlondeh. Pekung yang disifatkan banyak pihak seumpama bangkai gajah yang tidak mungkin lagi dapat ditutup dengan nyi­ru kerana baunya dapat dihidu bukan sahaja oleh pihak berkuasa tetapi rakyat.

Lebih-lebih lagi, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri tampil menjelaskan mengenai kewajaran untuk Unisel menamatkan kontrak JNSB pada 2013, setelah syarikat konsesi itu gagal membuat penyelenggaraan asrama kampus induk Unisel di Bestari Jaya sehingga menyebabkan bangunan berkenaan terpaksa dikosongkan.

Bahkan tanpa berselin­dung, Abdul Khalid meluahkan kekecewaannya terhadap kepemimpinan Mohamed Azmin yang sanggup membe­lakangkan kepentingan Unisel walaupun Mahkamah Rayuan telah pun menolak permohonan JNSB pada 2 Julai 2013.

Kalau begitulah kata bekas Menteri Besar Selangor, apakah Mohamed Azmin masih mahu bermain politik dengan mendakwa serbuan dibuat SPRM sengaja dirancang atau sebenarnya beliau kehabisan modal kerana satu demi satu pekung yang cuba disembunyikan sebelum ini sehingga sanggup menolak daripada menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) terlondeh.


SIAPA KIT SIANG CUBA ARAHKAN PERDANA MENTERI ?




Nampaknya sindrom nyanyok Tun Mahathir sudah melarat menjangkiti sahabat akrabnya Lim Kit Siang. Perangai diktator Atok pun sudah menjangkiti Kit Siang sehinggakan mendesak Kabinet menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika bulan depan. 

Makanlah ubat tu dulu apek ! Ini UMNO lah bukan DAP. Jangan hendak menyibuk hal ehwal kerajaan dan UMNO. Jaga parti sendiri yang tunggang langgang tu dulu. Jangan sesuka hati nak arahkan orang seperti kau arahkan bajingan dalam Pakatan.

Tan Sri Annuar Musa, sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia menasihati Ahli Parlimen Gelang Patah yang sudah menghilangkan diri itu agar tidak menyamakan UMNO dengan partinya DAP atau Pakatan Harapan yang sentiasa ikut telunjuknya. 

Jika Kit Siang cuba nak mengalihkan isu skandal tukaran wang asing atau Forex lebih baik lupakan sajalah. Perkara besar macam ini tak boleh ditutup lagi, apatah lagi dialah dulunya yang beria-ria sangat hendak dedahkan perkara ini. Sekarang kerajaan sudah buka peluang, dedahlah perangai kawan baik dia tu! 

Bukankah dia dulu yang inginkan kes ini disiasat dan menuntut satu Suruhanjaya Diraja (RCI) dibuka semata-mata ingin menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir. Sekarang apabila kerajaan tunaikan hasratnya dia pula berdolak dalik memberi bermacam-macam alasan. 

Nampak sangatlah perjuangan telus yang diperjuangankan Kit Siang tu hanyalah mimpi di siang hari. Oleh kerana Tun Mahathir ada kepentingan politiknya Lim Kit Siang buat-buat lupa pula kes yang dia dahulu perangi. 

Kit Siang tahu dia masih mempunyai kepentingan politik dengan Tun Mahathir dan dia sedar kes siasatan forex ini akan memakan dirinya sendiri. Tujuannya hanya untuk memperguna dan memperalatkan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Apatah lagi bila Presiden Amerika, Donald J. Trump menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk melawat White House bulan depan. Iyelah, selama ini dialah yang mengwar-warkan kononnya Perdana Menteri disiasat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ). 

Oleh itu jemputan ini akan membuat pembangkang hilang gigi untuk bercakap mengenai dakwaan palsu mereka yang kononnnya Najib disiasat oleh DoJ dan akan didakwa.

Nampaknya skrip yang disediakan oleh DAP akan memakan diri. Mereka boleh bersiap sedialah untuk meletakan muka tak malu mereka di jamban. 

Annuar Musa juga menerangkan, DoJ menyiasat asas dari aduan awam, tak ada satu pun mahkamah di Amerika membuat pembentangan atau proses undang-undang dijalankan.  Tak ada pun mereka menyebut nama Perdana Menteri disiasat. 

Sebaliknya Amerika pula menjemput Perdana Menteri untuk melawat Rumah Putih Presiden Amerika. TAK KE MALU SATU GENERASI....!




Tuesday, August 29, 2017

TIADA LAGI KERJASAMA DENGAN BAJINGAN DAP, PKR



Pas sekali lagi menegaskan tidak akan berunding atau mengadakan kerjasama dengan PKR dalam soal pengagihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kunjungan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke atas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini hanya ziarah biasa bukan ke arah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama.

“Namun kita tidak tolak sekiranya kerjasama demi kepentingan rakyat cuma soal kerjasama berkaitan pengagihan kerusi PRU-14 tidak akan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat di sini hari ini.

Sejak akhir-akhir ini, PKR dilihat bersungguh-sungguh untuk kembali bersama dengan Pas bagi menghadapi PRU 14.

Polemik ini muncul kembali apabila tersebar gambar kunjungan Wan Azizah bersama Mohamed Azmin Ali atas Abdul Hadi baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE



Monday, August 28, 2017

KILANG HARAM : INI BUKAN ISU RASIS



Kemelut isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu bukanlah baru diperkatakan oleh natizen. ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin telah beberapa kali tampil membangkitkan isu ini dalam sidang DUN dan dibawa ke pengetahuan Maj­lis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Beliau telah berkali-kali menerima aduan daripada rakyat yang tidak berpuashati dengan keberadaan kilang tersebut di kawasan mereka. 

Namun apa yang menyedihkan ia tidak mendapat sambutan daripada rakan sepakatan dan ada yang berpendapat bahawa dia tidak perlu terus memperjuangkan isu tersebut. Tentulah sangat ganjil, seolah-olah isu keselamatan dan kesihatan rakyat bagi mereka tidak ada nilai langsung. 

Dilayan seperti sampah oleh rakan sepakatan PKR dan DAP, Dr. Norlela bersyukur apabila Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan SPRM untuk membantu siasatan berkenaan kewujudan kilang haram. 

Ini jelas membuktikan apa yang disuarakannya selama ini berasas. Mungkin apa yang diperkatakan ini tidak disukai oleh DAP terutama Ketua Menteri, namun yang memilihnya adalah rakyat di Penanti, kepentingan rakyat lebih perlu diutamakan. 

Guan Eng dan kepimpinan DAP tidak sewajarnya melihat tindakan ini sebagai satu tindakan perkauman. Walaupun kilang haram tersebut milik seorang cina, tetapi perlu diketahui bahawa penduduk yang membuat aduan berkenaan kilang itu juga terdiri daripada masyarakat Cina. 

Oleh itu adalah tidak wajar mengaitkan perkara ini dengan isu perkauman. Kerajaan pimpinan DAP perlu melihat perkara ini dari sudut undang-undang.

Tuduhan Setiausaha DAP yang tidak sah, kononnya penahanan Exco Phee Boon Poh sebagai haram boleh memberi justifikasi buruk tindakan SPRM terhadap rakyat. Oleh itu Lim Guan perlu meminta maaf kerana ini merupakan tuduhan serius dan berniat jahat terhadap badan kerajaan. 


Friday, August 25, 2017

MISTERI KENAPA GUAN ENG TAKUT TUTUP KILANG HARAM ?



Begitu misteri, begitu membingungkan dan begitu menghairankan tindakan-tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang begitu prihatin terhadap perlaksanaan undang-undang sehinggakan tidak ada maaf bagi peniaga dan penjaja di Pulau Pinang yang tidak berlesen, namun sebaliknya pula kepada kilang-kilang haram yang tumbuh segar sejak DAP mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional tidak pula di sentuh mereka. 

Kita fahamlah jika Lim Guan Eng ingin membersihkan Pulau Pinang dari peniaga-peniaga yang tidak berlesen kerana ia menyalahi undang-undang, padahal mereka telah berniaga berpuluh-puluh tahun membantu peningkatan ekonomi dan pelancongan. Apa yang kita tidak faham ialah kenapa pula kilang-kilang haram ini tidak pula dirobohkan sedangkan ianya tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat bahkan telah membahayakan kesihatan penduduk setempat.

Justeru itu adalah begitu misteri kenapa Guan Eng begitu takut untuk mengambil tindakan terhadap perniagaan mereka. Kenyataan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan operasi kilang haram yang memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti merupakan satu kenyataan aneh dari Ketua Menteri yang telah menggunakan kuasanya untuk merobohkan gerai-gerai penduduk miskin di Pulau Pinang. 

Namun apabila ia melibatkan tokey-tokey kilang haram, Guan En jadi lembek dan tidak bermaya. Malahan apabila tindakan diambil oleh SPRM, Guan Eng pula lebih-lebih mengelabah menjawab. Apakah Lim Guan Eng ni tokey kilang haramkah ?

Apa yang lebih merisaukan disini adalah keselamatan dan kesihatan penduduk terancam dengan adanya kilang haram ini. Dilaporkan sejak ianya beroperasi terdapat 13 penduduk di kawasan berkenaan menghidapi barah dipercayai berpunca akibat pencemaran dari kilang tersebut.

Bila berlaku keadaan ini, kerajaan negeri menyalahkankan kerajaan Barisan Nasional (BN) pula, kononnya tidak membenteras sejak awal. Pelik, habis tu apa gunanya DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang ? Senang Guan Eng menyelesaikan masalah. Semuanya salahkan BN.   

Apa sebenarnya yang Guan Eng cuba sembunyikan daripada rakyat ? Kenapa takut sangat nak tutup kilang haram tersebut ? Sehinggakan apabila SPRM mengambil tindakan terhadap exconya, Phee Boon Poh  barulah nak mengelabah biawak. 

Kilang yang sudah beroperasi selama lebih 10 tahun secara haram selama ini rupa-rupanya mendapat keistimewaan dari orang tertentu dalam kerajaan negeri. Apakah mereka dibiayai oleh tokey-tokey kilang ini? Segalanya akan terjawab juga nanti jadi Guan Eng tidaklah perlu nak menuding jari kepada sesiapa. Siasatan SPRM telus dan benar. 

Jika pembaca tidak lupa, Lim Guan Eng dan koncu-koncunyalah yang beria-ria sangat menentang pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Kononnya pembinaan ini akan mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar Lynas akan ditimpa penyakit seperti zobie, katanya. Sehingga kini tiada seorang pun dari penduduk Lynas menjadi zombi, namun 7 penduduk di Sungai Lembu sudah meninggal kerana kanser yang berpunya dari kilang tersebut. 

Berapa ramai lagi yang akan berhadapan dengan penyakit berbahaya ini ? berapa lagi orang lagi yang akan mati kerana kedegilan dan ego Lim Guan Eng ? Misteri ini akan terbongkar juga, masa dan tempatnya sahaja yang akan menentukan dimana tempat tinggal Lim Guan Eng seterusnya, sama ada kekal di kediaman Ketua Menteri atau akan bersama-sama dengan mantan Timbalan Perdana Menteri. 


Thursday, August 24, 2017

JIKA TIDAK RASIS, MANSUHKAN MALAYSIAN MALAYSIA



Beranikah DAP memansuhkan konsep anutan mereka "Malaysian Malaysia" ? Jika benar mereka sudah berubah dan tidak rasis lagi, DAP patut mansuhkan "papan tanda" Malaysian Malaysia di dahi ahli masing-masing.


Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP sudah tidak relevan dengan masa kini, apatah lagi bila mereka berada dalam pakatan HARAPAN. 

Namun pada penulis, harapan untuk melihat DAP mengubah akar pendirian mereka adalah cukup mustahil. Apa yang boleh mereka lakukan setakat ini adalah bermain wayang. 

Kenapa penulis mengatakan demikian ? Tengoklah sendiri siapa tokoh yang paling utama dalam pakatan HARAPAN ? Ada nampak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Nga Kor Meng ?  Tak ada kan ! Kenapa mereka boleh benarkan musuh tradisi mereka Tun Dr. Mahathir menjadi antara orang penting dalam pakatan HARAPAN ? Jawapannya, semua itu adalah wayang opera.

DAP tidak akan sesekali memansuhkan konsep yang telah menjadi darah daging mereka. Apa yang mereka lakukan hanyalah lakonan untuk diterima oleh orang Melayu, kerana mereka sedar orang Melayu yang setia kepada Rajanya tidak boleh menerima seorang ketua yang selain daripada Melayu dan Islam.

Sebab itulah DAP tidak berani langsung menyanggah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mencabarnya menafikan dirinya bukan rasis. Tan Sri Annuar beberapa kali menegaskan  bahawa Kit Siang adalah  seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik. Sehingga kini cabarannya kepada  Penasihat DAP itu agar mendakwanya di mahkamah jika apa yang disebutkan itu tidak benar masih lagi tidak bersambut. Tak berani lah tu. 

DAP cukup benci dengan UMNO yang begitu teguh mempertahankan beberapa peruntukan Pelembagaan yang menyentuh hak bumiputra dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 dan lain-lainnya. DAP beberapa kali mempertikai perkara ini. 






Kalau berani DAP boleh  mendesak Peguam Negara untuk menyiasat Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang pernah melobi komuniti dunia untuk mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘batal dan tidak sah’. Adakah tindakan Hindraf ini bercorak nasional? Adakah ini tindakan rasis?”



Rakyat Malaysia amat mengalu-alukan cadangan DAP supaya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyiasat pertubuhan berkenaan kerana menggelarkan sebagai ‘raja segala rasis’ di negara ini.


UMNO sering dilabelkan rasis oleh pelbagai pihak kerana mereka bimbang de­ngan kekuatan perjuangan Perkasa dalam membela nasib Islam, pribumi dan tanah air yang cuba diganggu gugat oleh puak mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



DAP atau sesiapa pun diingatkan tidak mencari publisiti murahan menggunakan populariti Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mempunyai ratusan ribu ahli di seluruh negara.



Monday, August 21, 2017

PEMANDU BAS TIADA LESEN: SPAD JALANKAN SIASATAN SEGERA




Negara kita telah di pilih sebagai tuan rumah kepada Sukan SEA yang ke 29. Oleh itu sebagai tuan rumah yang bertanggungjawab, kita perlu menyediakan segala kelengkapan  dan keperluan terutama keselamatan para atlet dan juga penonton yang datang ke sukan SEA ini.Namun malangnya ada juga perkara yang terlepas pandang atau  mungkin di buat secara sambil lewa.

 Apa yang penulis maksudkan ialah satu insiden yang memalukan berlaku apabila  seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bolasepak wanita Myammar ditahan selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.

Hasil dari aduan tersebut pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun, dari siasatan yang dibuat lelaki ini juga tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Bertindak dari laporan tersebut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil pihak pengurusan Kiffah Travel & Tours Sdn. Bhd bagi membantu siasatan kes pemandu Sukan SEA 2017 (KL2017) daripada syarikat berkenaan yang dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.

SPAD juga akan berkerjasama dengan pihak Polis dan JPJ bagi menjalankan pemantauan yang ketat terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan  senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Perkara ini bukan sahaja melibatkan maruah negara bahkan keselamatan para atlet dan pegawai-pegawai yang bertugas juga. Bayangkan andai berlaku insiden yang tidak diingini samada ada kemalangan atau sebagainya, apa kita nak jawab kepada dunia. Orang luar tentu akan mempertikai sistem kawalan keselamatan negara kita. 


Justeru itu  SPAD telah mengerahkan lebih 100 anggota penguatkuasa SPAD ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

Sunday, August 20, 2017

SUKAN SEA 29: LEBIH MUDAH GUNA PENGANGKUTAN AWAM



Temasya sukan SEA ke 29 ini nampak cukup meriah. Bukan sahaja para atlet yang bersemangat tapi para  penyokong Malaysia pun cukup positif memberi semangat kepada pasukan negara. Ini dapat penulis lihat setiap  acara yang pasukan Malaysia sertai, penyokongnya seperti sepakat dan bersatu hati. Memang cukup membanggakan. 
Inilah yang kita cari selama ini penyokong yang teguh bersama pasukan negara.

Syukurlah walaupun keadaan lalu lintas trafik di negara kita agak sesak, kerajaan awal-awallagi sudah buat persedian awal bagi mengatasi masalah ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terutamanya telah berkerja bertungkus-lumus bagi memastikan sistem perjalanan perkhidmatan awam berjalan dengan lancar.  

Sebelum itu pun kerajaan sentiasa mewar-warkan di media massa dan media sosial agar rakyat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika temsya ini berlangsung.  

Untuk acara pembukaan, LRT laluan Sri Petaling ke stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi. Bagitu juga upacara penutup pada 30 Ogos ini waktu operasinya juga dilanjutkan sehingga jam 2 pagi. Untuk kemudahan orang ramai ke setiap avenue sukan SEA , Rapid KL menyediakan bas khas untuk peminat  dan penyokong-penyokong negara di sukan SEA.

Di bawah disediakan jadual-jadual kepada pengguna yang ingin menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi seperti berikut :

KE KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)




UNTUK KE MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXIBITION CENTER MITEC

UNTUK KE STADIUM BUKIT JALIL

Semoga perjalanan anda menjadi lebih mudah dan selamat. Teruskan memberi sokongan kepada pasukan negara. BANGKIT BERSAMA. 




APA MUSLIHAT TUN M JUMPA PELAMPAU HINDRAF ?




Kita sedar Tun Dr. Mahathir bukan calang-calang ahli politik di dalam negara kita, bahkan didunia ini pun Tun Dr. Mahathir merupakan seorang handalan politik dunia. Sebab itu tidak hairan dunia begitu kagum dengan Tun Dr. Mahathir.

Justeru itu apa sahaja tindakkan Tun Dr. Mahathir di dalam dan luar negara perlu di beri perhatian dengan teliti. Kerana pepatah Melayu ada menyatakan, " Kalau tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah". 

Begitu juga dengan tindak Tun Dr. Mahathir baru-baru ini mengadakkan perjumpaaan dengan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf). Tentu ada udang di sebalik batu. Tak mungkin Tun Dr. Mahathir saja-saja nak buat lawatan dengan puak-puak penentang kerajaaan ini. 

Hindraf terkenal dengan sikap biadap mereka menghina orang Melayu dan begitu memusuhi beberapa pemimpin dan cendiakawan Islam yang boleh kita takrifkan sebagai menentang Islam. Penulis yakin Tun Dr. Mahathir sedang merancang untuk mendapat sokongan masyarakat India melalui Hindraf.

Tun Dr. Mahathir juga dilihat bergerak aktif melebihi pemimpin-pemimpin pakatan lain seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mentadbir dan mengerakkan jentera pakatan HARAPAN.  Sebab itulah kita lihat Tun Dr. Mahathir bergerak kesana kesini bagi mendapat sokongan rakyat. 

Menggunakan Hindraf menunjukkan Tun Dr. Mahathir tiada akses yang sesuai untuk mendapatkan sokongan kuam India. Nampaknya selama menjadi Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr. Mahathir masih lagi tidak mendapat menangani kaum India dengan baik.

Boleh dikatakan tindakan Tun Dr. Mahathir ini merupakan langkah yang terdesak sehingga meninggalkan kepimpinan pakatan termasuk ketua mereka Lim kit Siang. Atau apakah Tun Dr. Mahathir ingin menunjukkan kepada Lim Kit Siang bahawa "he still the King". 

Walaupun begitu Azmin Ali dikatakan cuba meneutralkan keadaan dengan menyebut bahawa penyertaan Hindraf dalam pakatan perlu dibincangkan dalam gabungan pakatan HARAPAN.  

Nampak sudah tiada persepakatan dalam pakatan.bukan hari ini sahaja, bahkan sejak awal-awal penubuhan mereka. Macam mana nak sepakat, seorang kepala naga, seorang kepala jin dan seorang lagi kepada jembalang. 

Memang nampak mereka hanya  bersatu diatas kertas, namun sebaliknya. Penulis sedar yang pemimpin pakatan sedar bahawa Hindraf ini merupakan orang paling dibenci oleh orang melayu. Menerima Hindraf bagikan meletakan seketul batu besar diatas bahu pakatan. 

Biarlah Tun Mahathir nak buat apa pun, semakin hari -semakin pelik pula. 


Saturday, August 19, 2017

BENARKAH ECRL PROJEK YANG MERUGIKAN NEGARA ?




Memang agak melucukan apabila tersebar di media sosial kononnya tambang keretapi Rangkaian Rel Pantai Timur ECRL RM2700 sehala. Bukan sahaja melucukan bahkan sangat tidak masuk akal. Entah macam mana pengiraan yang mereka buat agaknya. Cubaan beberapa kerat pemimpin pembangkang untuk memburuk-burukkan usaha kerajaan memajukan negara nampaknya agak terdesak sehingga mencipta idea karut itu.

Projek ECRL sebenarnya membuka ruang yang besar untuk ekonomi negara terutamanya di negeri-negeri sebelah Pantai Timur. Selama ini pembangunan hanya tertumpu di lembah Klang, namun di ERA Pentadbiran Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, pembangunan  akan dibawa keseluruh negara. 




Perdana Menteri mahukan pembangunan yang menyeluruh ke seluruh negara dan bukannya tertumpu di bandar-bandar sahaja. 

Pembangkang sebelum ini begitu lantang mempertikai kerajaan kononnnya hanya memberi tumpuan kepada pembangunan di bandar besar, sedangkan penduduk di luar bandar terabai dan tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya. Kenyataan ini mereka kaitan dengan kejayaan pembinaan MRT baru-baru ini.

Tuduhan ini bukan sahaja tidak berasa bahkan jauh menyongsang dari fakta yang sebenar. Keperluan penduduk di bandar akan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT adalah kerana kesesakan lalu lintas yang sangat meruncing. Apakah pembangkang ada idea lain untuk menyelesaikan masalah ini ? Jawapannya tiada melainkan komplen. Sudah tentulah MRT ini tidak sesuai di bina di kampung-kampung luar bandar.  

Oleh itu kerajaan merangka sesuatu yang lebih baik bagi penduduk luar bandar. Dan ECRL adalah salah satu kepada jawapan tersebut. Selain dapat mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan, ianya juga dapat mengurangkan kemalangan jalanraya  yang biasanya meningkat pada setiap kali musim perayaan.

Dengan adanya ECRL ini juga industri pelancongan negara akan meningkat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Pelancong terutama pelancong asing akan lebih mudah merentas ke negeri-negeri Pantai Timur dengan lebih cepat dan efisyen. Bukankah semua ini akan memberi impak besar kepada ekonomi negara, pembangkang tahukah semua ini?

Janganlah hendak dibandingkan pengangkutan awam di Lembah Klang, itu perbandingan yang  tidak adil dan tepat. Lembah Klang ini nadi ekonomi negara. Dengan aktiviti-aktivit ekonomi yang pesat sudah tentulah memerlukan pegangkutan yang lebih cepat dan efisyen agar ianya berjalan lebih lancar.

Oleh itu sistem pengngkutan awam di Lembah Klang perlu mencapai tahap yang maju dan cekap barulah sistem pengangkutan awam di kawasan-kawasan lain dimajukan dan dinaikan taraf.

Jika dilihat semua sistem pengangkutan di seluruh negara akhirnya dihubungkan dengan kawasan-kawasan di Lembah Klang termasuklah ECRL ini, station akhirnya ialah di Gombak.

Contoh terdekat ialah Negeri Sembilan. Ramai yang bekerja di Kuala Lumpur menetap di Negeri Sembilan antaranya di Nilai. Banyak perumahan baru di bina di Nilai. Pengangkutan awam darat seperti KTM memudahkan orang ramai yang bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pusat perniagaan dan pusat pentadbiran kerajaan.


Jadi, mahu tidak mahu, sistem pengangkutan awam di Lembah Klang perlu dimajukan dan selepas itu kesannya akan dirasai oleh negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan.

Sebab itulah kerajaan telah mengambil langkah tepat memajukan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Dari satu sudut lain pula, kerajaan tidak pernah melupakan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar. ECRL adalah satu contoh bahawa kerajaan berusaha untuk memajukan sistem pengangkutan awam di ne­geri-negeri Pantai Timur.

Sebelum ini, umum mengetahui mengenai projek Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Lembah Klang dengan ­negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia dan Si­ngapura. Tidak kurang juga, kerajaan telah melancarkan Per­khidmatan Kereta api Elektrik (ETS) yang menghubungkan Lembah Klang dengan negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Maka sudah sampai masanya ECRL menjadi penghubung antara ­negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Cuma malang sekali, kerajaan telah menyediakan sistem pe­ngangkutan awam di seluruh negara tetapi dalam tempoh jangka masa panjang, kelestariannya tidak dijaga. Misalnya, dari segi kebolehpercayaan pengguna terhadap ketepatan masa sesuatu sistem pengangkutan awam itu sendiri.

Penulis sendiri telah mengalami peristiwa yang sukar dilupakan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan uda­ra melibatkan sebuah syarikat penerba­ngan swasta.

Peristiwa ini berlaku pada Mac lalu yang mana jadual penerbangan penulis dari Kuala Terengganu ke Subang telah dibatalkan tanpa dimaklumkan oleh pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut.

Penulis hanya dimaklumkan mengenai pembatalan jadual penerbangan semasa ingin membuat pendaftaran masuk di kaunter syarikat penerbangan tersebut. Pembatalan jadual ­penerbangan itu telah memberi kesan terhadap jadual penerba­ngan penulis dari Subang ke Alor Setar pada hari yang sama.

Apa yang menghampakan penulis, kakitangan syarikat penerbangan berkenaan tidak bertindak pantas menyelesaikan isu ini sedangkan ramai lagi penumpang mengalami masalah yang sama yang dicetuskan sendiri oleh syarikat penerbangan tersebut.

Dipendekkan cerita, akhirnya penulis dapat juga mendaftar masuk dengan cara manual, iaitu pas pelepasan dan label beg yang sepatutnya didaftar masuk secara berkomputer telah ditulis dengan tangan. Kedua-dua pas pelepasan dan label beg yang ditulis tangan tersebut disimpan oleh penulis sehingga ke hari ini.

Selain itu, penulis juga ada membuat aduan bertulis kepada syarikat berkenaan setibanya penulis di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada hari berkenaan, Namun, sehingga ke hari ini tiada sebarang jawapan daripada mereka.

Oleh kerana berasa hampa dengan kualiti perkhidmatan pengangkutan udara yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan, penulis mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi penumpang setia syarikat penerbangan tersebut.

Justeru, untuk bergelar sebagai sebuah negara maju, mahu tidak mahu, sistem pengangkutan awam yang cekap perlu dikekalkan dan dilestarikan tanpa memperjudikan kualiti ­perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Sememangnya rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan memiliki sistem pengangkutan awam bertaraf dunia yang telah dan sedang diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan.

Namun,tanggungjawab ini ju­ga perlu dipikul oleh individu rakyat Malaysia dan syarikat yang mengendalikan pengangkutan awam bagi memastikan sistem pengangkutan awam Malaysia kekal lestari untuk diwarisi kepada generasi masa hadapan.



 

Thursday, August 17, 2017

PKR DAN SUKU SAKAT DAP BOLEH BLAH !




Pas sekali lagi menegaskan tiada kerjasama di antara parti itu dengan bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PKR. 


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali hanya mengadakan kunjungan biasa ke atas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

“Tidak ada kerjasama Pas dan PKR setakat ini. Lawatan Wan Azizah dan Azmin adalah ziarah sahaja kerana ketika Abdul Hadi sakit tidak ada siapa pun dibenarkan melawat termasuk kami. 



“Doktor yang arahkan tiada pelawat, kami jumpa dengan beliau (Abdul Hadi pun ketika beliau sudah mahu keluar wad, itu pun beliau sendiri yang panggil kami beberapa orang dari Kelantan untuk berjumpa,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi kerjasama Pas dan PKR selepas tersebarnya gambar pertemuan di antara ketiga-tiga pemimpin tersebut baru-baru ini. -

Wednesday, August 16, 2017

9 TAHUN MEMERINTAH, KILANG HARAM SALAH BN - GUAN ENG




 

UNTUK kesekian kalinya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi kononnya masalah kilang dan struktur haram di negeri itu tidak boleh diselesaikan kerana diwarisi daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Kononnya jika tindakan diambil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, maka penduduk negeri ini akan terkesan dan terjejas kerana dasar ditinggalkan kerajaan BN.


Sekali lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil langkah mudah dalam menyelamatkan diri setiap kali terbabit dengan kontroversi iaitu dengan menuding jari dan menyalahkan pihak lain khususnya kerajaan BN.


Apabila penduduk negeri ini membuat pilihan menukar kerajaan BN pada 2008 kepada kerajaan DAP, apa yang diharapkan mereka adalah perubahan dasar yang ko­nonnya lebih baik seperti dijanjikan pembangkang.

Jika benar kilang haram itu sudah wujud ketika era pentadbiran BN, maka menjadi tanggungjawab kerajaan DAP untuk merobohkannya kerana itulah juga yang diha­rapkan penduduk.


Mengekalkan kewujudan kilang haram itu bermakna kerajaan DAP menerima pakai dasar kerajaan BN sebelum ini. Maka, mana perbezaan atau perubahan yang dijanjikan mereka kepada rakyat?


Soal kononnya kerana bertimbang rasa dan mahu mencari penyelesaian terbaik dalam isu kilang haram juga adalah alasan yang sekadar mahu melepaskan diri.


Apakah kerajaan negeri mahu menyatakan selepas sembilan tahun mentadbir, mereka masih gagal mencari jalan penyelesaian menghapuskan kilang-kilang haram ini dan masih perlu menggunakan pendekatan bertimbang rasa?


Jika begitu keadaannya, maka penduduk Pulau Pinang boleh menilai Kerajaan DAP Pulau Pinang tidaklah secekap seperti yang digambarkan mereka.


Lebih malang, meskipun di sebalik pelbagai aduan dan laporan membabitkan risiko keselamatan dan kesihatan penduduk, Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap mahu menggunakan pendekatan bertimbang rasa dengan pemilik kilang haram ini.


Dalam soal ini, kebajikan siapa yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dilindungi Kerajaan DAP Pulau Pinang? Penduduk atau pemilik kilang haram?


Agak menarik selepas hampir sembilan tahun mentadbir, Guan Eng akhirnya mendakwa akan bertindak ke atas kilang dan struktur haram ini dan memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak menyalahkan kerajaan negeri selepas ini.


Setakat mana keberanian itu, sama-samalah penduduk Pulau Pinang saksikan kerana mereka sudah menunggu sejak 2008 lagi untuk Kerajaan DAP bertindak.

DI MANA KAU DILAHIRKAN KIT SIANG ?





Kecoh ! Kecoh ! ....Kecoh satu Malaysia. Siapa pun tak tahu di mana Kit Siang di lahirkan ? Siapa tahu Lim Kit Siang di lahirkan di mana ? Dan lebih utama lagi, di mana ibu bapanya dilahirkan ?

Sehingga kini tidak ada siapa yang boleh membuktikan bahawa Penasihat Tua Parti DAP itu dilahirkan di Malaysia. Lim Kit Siang pun tidak berani mendedahkan di mana beliau dilahirkan ? Sikap berdiam diri Lim kit Siang itu menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat kerana terdapat desas desus menyatakan beliau dilahirkan di China. 

Pelbagai maklumat tersebar di media sosial termasuklah yang menyatakan Kit Siang dilahirkan di Zhangzhou, Daerah Fujian China pada tahun 1941 sebelum menjadi pendatang ke Malaysia pada tahun 1957. Hasil risikan dari internet cuma mendapati Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat pada 20 Februari 1941. 

Namun maklumat daripada internet ini tidak boleh diguna pakai sebagai bahan bukti. Malahan ada diantara veteran-vateran DAP bahawa family Kit Siang pun tidak pernah ada di bumi Malaysia ini. Heran ! Tidak pernah ada yang bertanya dari mana mereka berasal. 









Perkara ini di bawa pihak berkuasa oleh Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao agar pihak polis menyiasat berkenaan tempat kelahiran ahli Parlimen Gelang Patah. 




Patutlah sejak dahulu lagi Kit Siang tak pernah duduk di satu-satu tempat, kerana beliau tahu beliau akan ditendang keluar oleh pengundinya sendiri kerana sikap tidak pernah setia kepada kawasan dan rakyat yang dia wakili. Orag yang tiada kesetiaan memang patut ditendang keluar. 

Dalam kempen-kempen terdahulu, Lim Kit Siang sering membohongi pengundi-pengundi kononnya beliau berasal dari sana. Kempen di Melaka, katanya dia orang Melaka. Kempen di Pulau Pinang, kononnya dialah anak jati Pulau Pinang, kempen di Johor, dialah orang Johor sejati. Apa jenis temberang keparat ini, itu pun ada orang percaya. PRU ke 14 nanti Kit Siang nak lahir kat negeri mana pula ? 


Rakyat perlu disedarkan bahawa si keparat ini pembohong kepada rakyat Malaysia selama ini. Tidak pernah satu pun keluar dari mulut dia boleh dipercayai. 

Dahulu semasa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri bukan main lagi dia mendedahkan pelbagai isu termasuk berkenaan kes Forex yang melibatkan negara kehilangan RM100 bilion, namun hari ini apabila sudah "bercinta" dan menubuhkan Istana Mahligai HARAPAN dengan Tun Mahathir, semua kesalahan itu sudah hilang. 

Begitulah sikap hipokrit dan tak boleh pakai anak beranak Lim.






Tuesday, August 15, 2017

OPS SAJI, LHDN AKAN BUAT LAWATAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI



 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan lawatan, audit dan siasatan terhadap 7,829 pembayar cukai di seluruh negara menerusi Op Saji dalam usaha meningkatkan pematuhan cukai dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengisytiharkan cukai. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim berkata operasi berkenaan akan memfokuskan kepada rantaian industri makanan seperti restoran, katering, kafeteria, kilang memproses makanan dan sebarang aktiviti berkaitan perniagaan makanan.

"Operasi ini bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos di seluruh negara, yang melibatkan tiga aktiviti iaitu Lawatan Banci Bisnes (LBB), Audit Cukai dan Siasatan Cukai," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kunjungan Mesra Hasil Berfokus dan Op



Beliau berkata bagi LBB, pihaknya akan menemuduga pemilik premis, mengumpul maklumat perniagaan dan membuat semakan sama ada perniagaan terbabit telah berdaftar dengan LHDN atau belum.



"Kemudian semakan audit menyeluruh terhadap syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan berkaitan makanan akan dilakukan dan mereka boleh dikenakan taksiran tambahan dan penalti jika didapati membuat pelaporan yang salah," katanya. Abdul Manap berkata, kadar penalti yang boleh dikenakan ialah antara 45 peratus hingga 100 peratus daripada amaun cukai yang kurang dilaporkan.


Beliau berkata, aktiviti siasatan pula merupakan langkah penguatkuasaan yang bertujuan untuk mencegah pelarian cukai, mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka di mahkamah jika didapati melakukan kesalahan.
Katanya seramai 1,479 pegawai dari 37 cawangan LHDN seluruh negara terlibat dalam operasi itu.


Sementara itu berucap pada majlis itu beliau berkata LHDN akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan operasi seumpama itu dengan lebih kerap kerana ia dapat meningkatkan kesedaran serta pematuhan cukai secara sukarela.


"Ia juga akan memberi isyarat kepada golongan yang tidak patuh atau mengelak membayar cukai bahawa LHDN serius dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga yakin impak daripada operasi berterusan itu dapat menarik kira-kira 20,000 pembayar cukai datang melapor kepada LHDN secara sukarela.-BERNAMA

ADAKAH KILANG HARAM SUMBER KEWANGAN MEREKA ?

Tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang megelupur tak tentu fasal berkenaan isu kilang haram. Kononnya memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyalahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya bangunan yang beroperasi secara haram dirobohkan. 

Kenapa mengelabah sangat ni Guan Eng ? Kenapa nak salahkan dengan desakan dari rakyat ? Jika kilang itu melakukan kesalahan beroperasi secara haram maka memang sewajarnya ia dirobohkan atau di tutup. Sebelum ini bukan ke kerajaan DAP sibuk sangat meroboh kedai-kedai dan penjaja-penjaja dengan rakusnya.

Menurutnya lagi jika SPRM mengeluarkan arahan perobohan, tindakan SPRM itu diandaikan sebagai mencampuri urusan kerajaan negeri. PERSOALANNYA, adakah kerajaan DAP Pulau Pinang merestui kewujudan kilang-kilang haram yang ada di negeri tersebut ? Adakah itu dasar pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang ?

 Sebagai Ketua Menteri, sepatutnya Lim Guan Eng memberi kerjasama yang sepatutnya kepada SPRM, bukan membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat. Apa maknanya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM sebelum ini. Jadi buktikanlah ketelusan, integriti dan amanah. 

Atau mungkin Guan Eng ada sesuatu yang nak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat ? Sebab itulah beria-ria sangat mempertahankan EXCO Kasih Sayang dia tu. 

Tuduhan kilang haram tersebut adalah masalah BN menunjukkan DAP sebenarnya suka putar belit dan bermain wayang. Sudah dua penggal memerintah masih lagi menyalahkan BN. Jelas sekali Pulau Pinang perlu digantikan oelh seorang Ketua Menteri yang lebih cerdik. Dalam DAP pun ramai lagi tokoh-tokoh yang lebih baik dari anak beranak Lim, gantikan sahaja daripada memalukan DAP. 

 

SUDAH KENA TANGKAP PUN MASIH MAHU PEGANG JAWATAN





Benarlah apa yang telah diperkatakan selama ini bahawa pemimpin DAP begitu sayangkan kuasa. Sayang sampai nak pegang sampai mati. Ini terjadi dekat Exco Kerjaan DAP Pulau Pinang Phee Boon Poh yang berkeras tidak akan melepaskan jawatannya walaupun dirinya kini sedang disiasat oleh SPRM berkaitan operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti. 

Boon yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang menegaskan akan meneruskan tugasnya macam biasa sebagai Exco dan ADUN Sungai Puyu. 

Jika perkara yang sama kena dekat pemimpin BN, merekalah orang pertama akan berkokok seluruh negara kononnya pemimpin BN rasuah dan salahguna kuasa. Tapi bila kena dekat pemimpin mereka, mereka salahkan kerajaan kononnya menekan pemimpin mereka. 

Boon Poh ditahan SPRM bersama dengan pengurus serta pengarah kilang memproses habuk kayu. Kemudiannya mereka dibebaskan daripada reman selama lima hari selepas Mahkamah Tinggi mendapati penahanan mereka bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah. 

Sama seperti bosnya Lim Guan Eng yang tak mahu melepaskan jawatan walaupun didesak oleh rakyat selepas di dakwa oleh dan di bicara oleh dua pertuduhan rasuah. 

Sememangnya DAP ini mempunyai spesis yang sama, spesis tak tahu malu. Terpalit dengan pelbagai skandal yang memalukan pun masih hendak pegang jawatan. Dalam pada itu pun masih lagi nak menuduh kerajaan Barisan Nasional korupsi dan sebagainya. 

ADUN Penanti, Dr. Norlela dari PKR menarik nafas lega diatas tindakan SPRM menahan  Boon Poh kerana selama ini beliau telah berjuang untuk rakyat Penanti. Menurutnya rakyat telah lama membuat aduan kepadanya dan telah dibawa ke Dewan Undangan Negeri namun tidak memberi kesan apa-apa sehinggalah SPRM bertindak. 

Seperti yang pernah diperkatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pemimpin DAP ini suka bermain wayang depan rakyat sedangkan mereka tidak membuat apa-apa membantu rakyat bahkan menyusahkan rakyat lagi. 

Kilang yang sudah lama bertapak disitu selamat dibawah pentadbiran DAP, sedangkan peniaga-peniaga dan gerai-gerai makanan dirobohkan dan dihalau keluar, begitu kejam mereka terhadap rakyat miskin.

Rakyat berharap agar pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan rasuah di Pulau Pinang ini agar dikenakan hukuman yang setimpal kerana mereka telah mengkhianati amanah rakyat. 

GEMPUR GENG 24, HAPUSKAN PENJENAYAH





KLANG 14 Ogos – Ketua kongsi gelap Geng 24 Apachee bersama 32 anak buahnya yang ditahan dalam operasi khas polis sejak 17 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.
L. Gunasegaran, 36, yang dipakaikan baju kalis peluru semasa tiba di mahkamah dan kesemua anak buahnya meng­angguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan Mandarin di hadapan Hakim Suzana Hussin dalam prosi­ding yang berlangsung selama 45 minit bermula pukul 12.30 te­ngah hari itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Mengikut pertuduhan, Gunasegaran bersama 31 anak buahnya tertuduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 24 antara 1 Januari 2015 dan sehingga semalam manakala seorang wanita, K. Ponmani, 35, pula didakwa membantu kumpulan tersebut dari segi kewangan.

Selain Gunasegaran dan Ponmani, tertuduh lain adalah K. Parameswaran, 28; V. Mohana Sunder, 38; S.Vijayaraj, 27; P. Vijay Lingam, 37; K Uvarajan, 26; R. Thiyagarajan, 31; G. Siva, 35; M. Nagendran, 36; G. Murali, 35; P. Ravi, 37; C.Velasamy, 38; S. Bubalan, 44; S. Puvaneswaran, 33; M. Sugumaran, 32; R. Jigentan, 30; dan M. Baskaran, 31.
Turut didakwa adalah A. Indra Kumar, 32; B. Sivabalan, 35; T. Mogan, 33; A.Thangaraj, 28; M. Mageswaran, 31; M. Sarawanan, 26; B. Chellappan Thibenntaj, 23, dan A. Surian, 27; K. Purusothman, 38; R. Kartigeyan, 28; K. Sritheran, 37; P. Khrisna Raj, 32; R. Gajenaran, 35, Tan Jian Bin, 30, dan Mohammad Jamal Abdullah, 29.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan di bawah Akta 574 yang memperuntukkan hukuman pen­­jara maksimum 20 tahun.


Bagi pertuduhan ke atas Ponmani pula, wanita tersebut didakwa menyalurkan kewa­ngan kepada Geng 24 dengan perbuatan itu dilakukan di No. 53, Lorong Delima 4A, Bandar Parkland di sini antara 1 Januari 2015 dan 26 Julai lalu.


Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 10 tahun mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan di bawah akta yang sama.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam dengan 29 tertuduh diwakili peguam termasuk Gerrard Lazarus, V. Rajagopal, Gabriel Susayan, Zaleha Al-Hayat, SK. Pari dan Thiru Kumar, manakala empat lagi tertuduh belum diwakili peguam.


Kesemua tertuduh terbabit tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 14 September ini sebutan semula kes.


Seramai 160 anggota polis termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ditugaskan untuk menjaga keselamatan sepanjang prosiding tersebut berlangsung.


Sumber Utusan

Sunday, August 13, 2017

ECRL : PEMBANGKANG CUBA CETUS KONTROVERSI




Sebenarnya kita sudah boleh agak akan serangan pembangkang apabila ECRL  dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Serangan ini bukan bermula baru-baru ini bahkan sejak Perdana Menteri membuat lawatan ke negara China pada awal projek ini dahulu.

Bukan sekali penerangan dan penjelasan telah di buat oleh kerajaan berkenaan dengan hubungan Malaysia dan China atas isu ECRL ini, namun mereka memilih untuk buat-buat tidak faham dan menghasut rakyat demi kelangsungan politik sempit mereka.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkali-kali menjelaskan bahawa kerjasama antara Malaysia dan China merupakan hubungan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Tuduhan bahawa China bakal menjajah Malaysia melalui projek-projek usahasama merupakan tuduhan yang dangkal dan tidak berpijak kepada fakta yang sebenar. Ianya lebih kepada ingin membakar sentimen perkauman.

Mereka bukan tidak tahu betapa pentingnya projek ini kepada rakyat Pantai Timur. Sudah lama rakyat disini mengidam-idamkan pembangunan dan kemajuan. Inilah masa dan ketikanya kerajaan membuktikan keikhlasan dengan membawa pelaburan yang besar ke tiga negeri di Pantai Timur.

Tiong Lai juga mengingatkan agar rakyat berhati-hati dengan golongan yang cuba merosakakn hubungan antara Malaysia dan China tanpa memikirkan kepentingan negara di masa hadapan. Mereka tidak fikir lain melainkan kepetingan politik mereka, jadi usahlah berharap mereka akan fikir periuk nasi rakyat. 


Bagi pembangkang ECRL ini hanya akan merugikan negara dan rakyat tanpa menilai kebaikannya pada masa akan dantang. Apakah mereka fikir landasan sepanjang 688 kilometer ini di bina dengan sia-sia. Bayangkan berapa banyak perniagaan bakal hidup, berapa banyak kargo dapat diangkut dengan lebih efisyen, berapa masa dapat dijimatkan dan berapa ramai pelancong akan dapat melawat tempat-tempat yang mereka rancang dengan mudah dan selesa. 

Friday, August 11, 2017

ECRL MEMBERI MANFAAT 4.4 JUTA PENDUDUK PANTAI TIMUR





Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Projek pengangkutan awam mega berkelas dunia bernilai kira-kira RM55 bilion  adalah projek ‘berteraskan rakyat’ yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kebiasaan purata perjalanan dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 7 jam hingga ke 12 jam kini dijangkakan dengan adanya ECRL nanti perjalanan itu dapat disingkatkan kepada 4 jam sahaja.


Projek ini merupakan satu kerjasama strategik perindutrian antara Malaysia dengan China. Landasan yang sepanjang 688 kilometer bakal memberi manfaat kepada lebih 4.4 juta penduduk terutama di Pantai Timur.


 ECRL ini apabila siap kelak akan melalui 12 stesen awam di bandar-bandar utama di Pantai Timur yang mana akan meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan sekitarnya. Ini akan menjawab tohmahan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ECRL projek yang menghabiskan duit rakyat.

Keseluruhannya ECRL mempunyai 22  stesen termasuk kawasan perindustrian dan perlabuhan. Justeru ianya semamangnya bakal memberi merangsangkan lagi kerancakan ekonomi di kawasan Pantai Timur. Ini kerana landasan ini bersambung dengan laluan dari Pelabuhan Klang  di Selangor menuju ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.