Lapan orang maut di kilometer 25 Jalan Bahau, Negeri Sembilan ke Keratong, Pahang dalam satu tragedi kemalangan yang melibatkan sebuah treler sawit milik Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. yang bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu Perodua MyVi, Proton Exora dan Toyota Vios.
Berikutan tragedi yang menyedihkan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertindak menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. berkuat kuasa serta merta. Tindakan gantung lessen ini termasuk kepada kesemua kenderaan di bawah pengendali syarikat tersebut berikutan tragedi yang cukup menyedihkan itu.
Walaupun tindakan ini dilihat agak keras namun ia perlu dilakukan berdasarkan kronologi kemalangan itu berlaku. Menurut sumber, treler tersebut cuba memotong sebuah motorsikal, namun pemandunya gagal mengawal kenderaan tersebut lalu masuk ke lorong bertentangan dan menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.
Yang mana ketika itu sebuah Myvi dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau. Manakala sebuah kereta Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar.
Pemandu treler yang membawa muatan kelapa sawit itu kini ditahan dan akan direman bagi siasatan selanjutnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD, pihak SPAD mengingatkan mereka tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan. SPAD juga memberikan peringatan keras kepada pengendali agar sentiasa mematuhi keperluan keselamatan. Pengendali yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan.
Justeru admin merasakan tindakan tegas SPAD ini perlu bagi mengingatkan pengendali kenderaan syarikat agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya. Tindakan tegas ini tidaklah seberapa sangat jika dibandingkan dengan kesedihan sanak saudara yang kehilangan orang yang mereka sayangi.
"Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan barangan awam darat di jalan raya menjadi keutamaan bagi SPAD. Di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka"
No comments:
Post a Comment