Sudah menjadi kelaziman setiap kali musim perayaan akan kedengaranlah harga perkhidmatan awam tiba-tiba naik mendadak. Kebiasaannya pengendali bas express lah yang sengaja menaikan harga tambang sesuka hati. Mereka mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.
Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Begitu juga dengan kegiatan mereka ini, akhirnya ia terbongkar juga setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPAD) menjalankan Operasi Bersepadu Serkap bersama dengan beberapa agensI PDRM dan JPJ.
Pelbagai kesalahan dapat dikesan daripada operasi tersebut yang membabitkan 3,445 buah bas, 932 teksi dan 484 buah lori.
Antara kesalahan telah dikenalpasti antaranya mengenakan caj tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu dan menurunkan penumpang dikawasan yang tidak dibenarkan.
Walaupun setiap tahun operasi seperti ini dilakukan, masih lagi ada yang berani melakukannya lagi. Apakah operasi seperti ini tidak memberi kesan kepada mereka ? atau keuntungan yang berlipat kali ganda mengabui mata mereka?
Teksi antara yang menjadi masalah yang tidak pernah selesai, entah sampai bilakan sikap mereka ini nak berubah. Antara kesalahan yang masih mereka lakukan ialah gagal mempamerkan permit, tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang dan tidak memiliki kad pemandu.
Manakala kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori antaranya ialah membawa muatan yang berlebihan dan gagal menunjukkan permit.
Operasi seperti ini telah banyak kali SPAD jalankan bersama-sama agensi penguatkuasaan lain. Namun masih ada natizen yang mempertikai tugas-tugas SPAD. Diharap dengan operasi yang dijalankan ini dapat membantu pengguna gar tidak lagi ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mencari untung berlebihan dengan cara menipu.
No comments:
Post a Comment