Sunday, June 25, 2017

PENGENDALI BAS HENTI-HENTI DAPAT DANA SOKONGAN ISBSF



Pengangkutan awam merupakan perkhidmatan yang amat penting bagi rakyat Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Sejak dahulu perkhidmatan awam terutama bas henti-henti menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kos perkhidmatannya yng murah dan berpatutan menjadi alasan utama ia menjadi pilihan rakyat.

Namun masalah utama pengguna ketika itu adalah kekerapan bas disetiap laluan mengambil masa yang lama. Dan jarak untuk berada di laluan utama bas tersebut juga agak jauh bagi mereka yang tinggal dikawasan pendalaman. Namun pelbagai langkah telah diambil bagi mengatasi masalah ini.

Oleh itu pengendali bas memerlukan bantuan dari kerajaan bagi menampung kos operasi terutama bagi laluan yang kurang menguntungkan. Bukan kepentingan syarikat pengendali bas sahaja yang kerajaan perlu beri perhatian, namum kepada pengguna laluan tersebut juga perlu diambil kira.  Perlu ada keadaan dimana kedua-dua pihak dalam situasi  menang-menang.

Kerajaan perlu mencari jalan untuk memenuhi keperluan sejumlah 417.8 juta pengguna di seluruh negara, oleh itu syarikat pengendali bas henti-henti perlu mendapat bantuan bagi menampung keperluan ini.


Justeru itu kerajaan di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara) telah mewujudkan ISBSF bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas dan dimasa yang sama menggalak rakyat menggunakan perkhidmatan bas.

Kerajaan mewujudkan dana ini bagi membantu pengedali bas henti-henti yang pendapatan mereka agak terjejas disebbkan kos operasi terutama di laluan yang kurang menguntungkan.

Pada 2012 seramai 75 pengendali bas henti-henti di Semenanjung Malaysia dan 23 pengendali bas di Malaysia Tmur telah menerima pembiayaan ISBSF dengan dana yang diperuntukan kerajaan sebanyak RM400 juta.


Tabung dana ini diwujudkan kerana kerajaan mahukan untuk menangani kekurangan dalam operasi setiap hari agar kesinambungan perkhidmatan ini dapat diteruskan. Kerajaan juga mahu menggalakkan pengendali bas mengaktifkan semula laluan-laluan yang yang telah ditamatkan perkhidmatannya disamping dalam masa yang sama meningkatkan mutu perkhidmatan dalam menambah kekerapan laluan penting serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

Langkah ini juga mampu untuk menampung kerugian pengendali kerugian oleh pengendali bas terutama bagi kawasan social yang kurang pengguna. Ini kerana kerajaan tidak mahu pengguna yang tinggal diluar bandar tidak mendapat kemudahan perkhidmatan ini. Oleh itu dana ini dapat menampung kegiatan mereka.

Operasi ISBSF di seluruh semenanjung Malaysia telah dijalankan oleh 170 pengendali bas yang mana ia telah meliputi 630 laluan terpilih.

 Pada mula initiatif ini berjalan ia itu pada tahun 2012, ISBSF telah mendapat peruntukan sebanyak RM470 juta daripada Kerajaan Malaysia bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan selesa kepada rakyat.

Sepanjang pemberian dana ISBSF sejak 2012, ianya telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari yang merentasi 656 laluan di seluruh negara.  .