Wednesday, September 30, 2015

PRASARANA MENJANJIKAN PERGERAKAN TREN MUSIM HAJI YANG LEBIH BAIK 2016


Keselamatan, Kemudahan dan keselesaan jemaah haji adalah menjadi teras utama Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) peneraju operasi Al-Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro Southern Line (MMMSL) menambah baik pergerakan tren untuk operasi musim depan. 

Walaupun mendapat pujian dari pihak berkuasa Arab Saudi dn dianugerahkan kontrak tiga tahun sehingga musim haji 2017, namun kami akan usahakan sesuatu yang lebih baik untuk keselesaan dan kemudahan jemaah pada musim depan, kata Pengarah Operasi MMMSL, Muhammad Burhanordin Ismail. 

Selepas beberapa insiden yang melibatkan  nyawa jemaah haji baru-baru ini, sudah tentulah kerajaan Arab Saudi lebih menitikberatkan keselamatan jemaah haji. Sebarang kesilapan dan kealpaan boleh mengundangkan malapetaka yang tidak diundang. Oleh itu pihaknya mahu mutu perkhidmatan terus diperbaiki untuk meningkatkan keselesaan dan melincinkan perjalanan haji 

Justeru itu, satu bengkel khas akan diadakan di Mekah 1 Nvember ini bersama pakar perunding antarabangsa dan pegawai tinggi Kementerian Pihak Berkuasa Perbandaran dan Luar Bandar (MOMRA), yang bertanggungjawab kepada keseluruhan operasi haji di Arab Saudi. 

Melalui bengkel ini, keseluruhan operasi akan dinilai semula secara terperinci dan  keberkesanan program dikaji semula, khususnya formula pergerakan sejak perkhidmatan diperkenalkan sejak 2010 lagi.


Burhanordin juga berkata, pihaknya juga mengadakan perjumpaan dengan MOMRA beberapa jam sebelum berakhirnya operasi keseluruhan tahun ini, dan pihak MOMRA melahirkan rasa bangga kerana keupayaan PRASARANA  menyediakan perkhidmatan komprehensif  walaupun dalam ruang masa yang singkat dalam membuat persedian. 



SAYA TIDAK AKAN TUNDUK

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman tidak gentar dengan ancaman DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri kerana khutbah Aidiladha yang mendakwa DAP menentang Islam.

Abdul Rahman Osman
Menurut beliau, khutbah ter­sebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.
“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
“Sepatutnya mereka yang me­mohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas me­ngenai tindakan DAP kelmarin yang menggesa JAIP memohon maaf ber­hubung teks khutbah Aidiladha itu.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dilaporkan memberi masa lima hari sehingga Rabu ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Menurut Abdul Rahman, beliau sedih dengan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam.
“Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman ka­mi dan meminta kami memohon maaf,” katanya.
Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang itu, umat Islam dinasihat supaya terus bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang semakin ketara.
Perpecahan itu kerana meng­utamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Is­lam seperti UMNO, Pas, PKR dan ditambah dengan Parti Amanah Negara (Amanah) malahan ada dalam kalangan umat Islam yang menyertai DAP secara terang-terangan menentang Islam.
Teks khutbah yang dibaca oleh Abdul Rahman di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 itu turut mengingatkan umat Islam supaya bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka.
Abdul Rahman berkata, kan­dungan dalam khutbah berkenaan adalah benar dan bukannya ber­baur fitnah serta telah merujuk kepada al-Quran iaitu ayat 28 Surah Ali Imran.
Menurutnya, surah berkenaan menjelaskan larangan orang muk­min berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin.
“Kandungan dalam khutbah Ai­diladha bukan hasutan seperti didakwa DAP tetapi kita hendak berdakwah dan memberitahu ke­pada orang Islam lain mengenai perkara yang sudah dinyatakan dalam al-Quran.
“Kalau kita lihat dalam beberapa isu seperti hudud sebelum ini, mereka menentangnya yang ber­makna menolak hukum Islam sedangkan Islam tidak pernah me­nafikan hak orang lain walaupun Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia,” katanya.

JANGAN SIBUK URUSAN ISLAM

Pas meminta DAP supaya tidak campur tangan dalam isu-isu berkaitan agama Islam dan mengganggu urusan pentadbiran Jabatan Mufti Pahang.
Mohd. Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, parti itu juga sepatutnya tidak membuat kecoh di media massa kerana tindakan itu hanya akan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
“Pada pandangan saya, DAP tidak patut campur dalam isu-isu yang bersifat agama. Kalau ada perkara yang sensitif, sepatutnya mereka berjumpa terus dengan pihak berkenaan (Jabatan Mufti Pahang) dan berbincang dengan cara baik.
“Bukannya dengan mengeluarkan kenyataan di akhbar. Kerana kenyataan di akhbar begini hanya boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat sahaja. Pada saya, itu lebih baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tuesday, September 29, 2015

MAALAYSIA DALAM KEDUDUKAN YANG BAIK DALAM MEREALISASI NEGARA BERPENDAPTAN TINGGI

Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 meskipun berhadapan situasi ekonomi dunia semasa yang tidak menentu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (Selasa di Malaysia)
Namun, Perdana Menteri berkata, negara mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan serta kejutan luaran yang di luar kawalan.
Bercakap pada Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Dunia (GSIAC) kelima di sebuah hotel di Manhattan di sini, Najib menegaskan bahawa asas ekonomi negara kukuh, dan ada petunjuk bahawa ekonomi negara berada pada jajaran yang tepat.
Beliau berkata, tidak seperti krisis ekonomi Asia pada 1998 yang menyaksikan ekonomi menguncup dengan negatif tujuh peratus, ekonomi dijangkakan berkembang pada kadar lima peratus.
Najib berkata, berdasarkan pengalaman daripada krisis 1998, kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada negatif 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus tahun ini.

KHIR TETAP KE PENJARA 12 BULAN



Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Korum berkenaan turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa; dan Datuk Ramly Ali.

Dalam keputusannya hakim berkata, hukuman berbentuk perintah khidmat masyarakat tidak bersesuaian untuk kesalahan jenayah rasuah dan sebagai penjawat awam.

Mahkamah itu turut mengarahkan Mohamad Khir dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan tertakluk kepada cas bank.

Suasana galeri awam mahkamah yang padat dipenuhi penyokong dan ahli keluarga Mohamad Khir agak suram selepas mendengar keputusan berkenaan.

Mohamad Khir, 50, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 menasabitkan Mohamad Khir bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Mohamad Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. - SINAR HARIAN

TAKZIAH , POLIS CILIK MENINGGAL DUNIA



Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Farish Danish Akasha yang meninggal dunia akibat kanser semalam.

"Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham adik Faris Danish Akasha Bin Fauzi di atas kehilangan anak tercinta dan semoga sentiasa cekal dalam menghadapi dugaan mendatang," petik kenyataan dalam laman Facebook rasmi PDRM.

Sebelum ini, Farish, 9, mendapat perhatian selepas hasrat untuk menjadi seorang pegawai polis direalisasikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Mei lalu.

Dalam program itu, Faris dipakaikan seragam polis berpangkat inspektor bersama tag nama tertera namanya dan turut dibawa menaiki kereta peronda polis.

Faris dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.

FELDA BAKAL ADA PEMAIN GOLF


Siapa sangka, satu hari nanti Felda akan mempunyai pemain golf terbaik dunia walaupun tidak setaraf Tiger Wood. 

Inilah yang dilakukan oleh FELDA melalui Yayasan Felda dalam usaha mencungkil bakat pemain golf melalui Akademik Golf FELDA (AGF). Boleh jadi satu hari nanti apabila kita pergi ke tanah rancangan Felda, yang kita nampak adalah adalah padang golf selain daripada pokok kelapa sawit. 

Rupa-rupanya AGF telah mengadakan pemilihan sejak Oktober tahun lepas lagi. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Pencarian bakat muda ini melibatkan di  enam wilayah Felda dikalangan anak dan cucu peneroka. Siapa tahu anak Felda bakal mengharum nama Malaysia di mata dunia satu hari nanti.

Setahun pencarian bakat ini, akhirnya Felda berjaya mengumpul 62 peserta yang terpilih termasuk 10 pemain wanita menyertai AGF Januari lalu yang dilaksanakan di dua tempat iaitu di A’Famosa Golf Resort Melaka dan Taiping Golf Resort, Perak. 

Semoga hasrat Felda melahirkan pemain golf profesional dan ahli sukan berlatar belakang pendidikan cemerlang menjadi kenyataan.

Tan Sri Isa Samad berkata, AGF  telah melantik Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dalam urusan mengurus dan melatih pelajar. Mereka juga ditawarkan dalam pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan dengan semua kos ditanggung oleh  FELDA.

Dalam pertandingan itu, juara milik Muhammad Syahmie Aidi, 18, manakal naib juara Mohd Syafiq Abd Rahman, 18 dan Abdul Fatah Hamid, 20 ketiga. Manakala bagi kategori wanita, Nur Athirah Sa'ari, 19 sebagai juara, Lily Wahidah Abd Wahid, 21 naib juara dan Nor Fateha 19, ketiga. Semua Hadiah di sampaikan oleh Tan Sri Mohd Isa .  Turut hadir, Pengerusi AGF Datuk Mohd Isa Abu Kassim dan Naib Presiden Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Datuk Khairil Anuar Aziz. 


Begitulah bertuahnya menjadi warga Felda, hampir segalanya disediakan demi kemudahan generasi Felda. Semoga warga Felda menjadi contoh warga yang bersyukur dengan nikmat kemudahan yang ada. 


MANFAAT EKONOMI DALAM HUBUNGAN DENGAN CHINA


Sejarah hubungan perdagangan antara Malaysia dan China bukannya baru. Sejak zaman kerajaan Melayu Melaka lagi hubungan dua hala negara ini sudah terjalin erat. Bermula sejak abad ke-13 lagi. Sejarah panjang ini memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap dan memberikan kesan langsung kepada kedua-dua buah negara. 

Kini Malaysia dan China sudah menjadi rakan akrab yang saling menyokong dan mempercayai. Seiring dengan kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala, kepentingan bersama antara kedua-dua negara akan turut meningkat, dan rakyat juga dapat menikmati lebih banyak manfaat.

 Kerjasama antara China dan Malaysia telah meningkat dengan begitu pesat. Sejak tahun 2008, Malaysia telah menjadi rakan dagang terbesar China di dalam ASEAN selama tiga tahun berturut-turut. China pula menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2010, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ini mencecah 74.2 bilion dolar Amerika, mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.

Hari ini Malaysia sekali lagi menjemput China menjalinkan kerjasama bagi mewujudkan "port alliance". Usaha ini bagi  meningkatkan daya saing serta memudah urus keluar masuk kontena memandangkan kedua-dua negara mempunyai banyak pelabuhan antarabangsa. 

Konsep ini bukan sahaja antara kedua-dua negara, malah negara Asean lain juga turut dipelawa menyertainya bagi merancakan ekonomi serantau. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata" buat masa ini Malaysia telah mendapat kerjasama daripada China yang telah melabur 40 peratus ekuiti dalam Pelabuhan Kuantan dalam usaha menaik taraf pelabuhan tersebut menjadi sebuah pelabuahan antarabangsa. 

Selain itu sebuah lagi pelabuhan  baru iaitu "Melaka Gateway" juga mendapat sokongan dari China. Pelabuhan Melaka Gateway ini bakal dijadikan pelabuhan antarabangsa baharu yang dapat menerima kontena serta menjadi "cruise terminal" kepada pelancong dari China. 

Terbaru, China dan kerajaan negeri Melaka telah menandatangani perjanjian untuk membuat pelaburan yang berjumlah lebih RM44 bilion yang mana pelaburan ini dijangka bukan sahaja dapat menarik ramai pelancong dari negara tersebut bahkan pelabur-pelabur luar. Ia bagaikan mengembalikan kegemilang kerajaan Melaka sebagai sebuah pelabuhan ternama dunia. 

Semoga hubungan kedua-dua negara terus terjalin dengan baik dan erat  selamanya. 












Muhyiddin says with Dr M for peace conference, not anti-government conspiracy

SEPANG, Sept 28 — Tan Sri Muhyiddin Yassin laughed off today rumours that he was colluding with Tun Dr Mahathir Mohamad to take on the Najib administration as pictures of the two Umno veterans together during their recent trip to Bosnia and Herzegovina spread online.
Fresh from his return flight, the Umno deputy president was greeted at the Kuala Lumpur International Airport here by some 20 supporters wearing T-shirts printed with his image and the words: “I am not a yes-man” on them.
“I went for a recent conference on global peace, Bosnia, the role of Malaysia in helping Bosnia, and the freedom of people in Bosnia.
“So that is the reason I went,” Muhyiddin told reporters waiting at the Kuala Lumpur International Airport here when asked about the allegation.
Muhyiddin attended the International Peace Conference held at Sarajevo, Bosnia and Herzegovina where he gave a speech on September 21 on the European country’s progress.
The former deputy prime minister had also praised his party elder Dr Mahathir for spearheading international assistance to the conflict-riddled states in the 1990s when he was still prime minister.
Muhyiddin was axed from the Cabinet by current Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, seemingly for his vocal criticism of state-fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir has openly been making calls for Najib’s resignation, similarly for the unanswered questions regarding 1MDB as well as the US$700 million (RM3.1 billion) donation deposited into Najib’s personal accounts that were previously alleged to have been channelled through the state investment firm.
In a recent blog post, Dr Mahathir had also claimed that Najib’s “actions in stopping the investigations” into the donations were proof that the money was acquired illegally.
Muhyiddin and Dr Mahathir were recently photographed together during the conference in Sarajevo, which resulted in renewed speculation on social media and bloggers that the two were working together to topple Najib.

Monday, September 28, 2015

FELDA SETIA KEPADA BN , TOLAK FITNAH PEMBANGKANG

Kenapa pembangkang serang FELDA ? Sejak sebelum PRU 13 lagi pembangkang mensasarkan agensi-agensi kerajaan yang berasaskan keutamaannya kepada bumiputera antaranya FELDA. 


 Felda telah muncul sebagai satu organisasi perniagaan multinasional yang  berasaskan agribisnes bersepadu dan dinamik dengan aktiviti huluan dan hiliran yang mapan telah memberi memanfaatkan bukan sahaja warga peneroka malah masyarakat Malaysia dan negara. 
Felda juga telah menyusunan dan menstrukturkan semula peranan, model perniagaan dan pegangan ekuiti dalam Kumpulan Felda yang telah memberi manfaat yang lebih kepada warga peneroka. Dengan populasi warga Felda yang makin meningkat, Felda sebagai Economic Powerhouse telah semakin kukuh dan mampan untuk menampung pertumbuhan ini.
Felda telah mentransformasikan dan  menggalakkan peningkatan pengeluaran dari aset perladangan serta menambah baik nilai Felda. Kini generasi baru Felda tidak hanya perlu menjadi golongan peneroka di rancangan tanah sendiri, bahkan mereka mampu keluar meneroka sumber dan sektor perniagaan dan perladangan baru di luar negara.
Kejayaan demi kejayaan yang di capai oleh Felda menimbulkan iri hati dan cemburu dimata pembangkang. Maka tidak hairanlah Felda di cemburui dan menjadi duri dalam daging kepada usaha jahat pembangkang. Mereka tidak boleh melihat kejayaan orang Melayu melalui Felda. Oleh itu mereka mula menyerang Felda  dengan pelbagai fitnah-fitnah liar.

Menurut Pengerusi Felda , Tan Sri Isa Samad, Felda sering menjadi tumpuan kerana ada pihak yang cemburu kepada kejayaan Felda dan sokongan Felda kepada kerajaan Barisan Nasional. Bemacam-macam fitnah dikeluarkan dengan niat ingin mencemarkan dan memburukan nama Felda. Mereka yang membuat fitnah ini ingin melihat orang Melayu membenci Felda dan seterusnya menolak kerajaan Barisan Nasional yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Felda.

Kemenangan Felda menepis fitnah kononnya Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel baru-baru ini telah membuktikan pembohongan mereka memang berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Felda. Menurut Tan Sri Isa, fitnah ini telah tersebar sejak pada musim PRU ke -13. Ia dilakukan dengan niat untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan memberi kesan kepada sokongan Melayu kepada kerajaan Barisan Nasional. 
Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terbukti dan sekaligus telah membersihkan nama Felda. Sebagai Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berharap warga Felda terlebih dahulu perlu merujuk kepada pejabat Felda sekiranya ingin mendapat sesuatu kepastian dan jangan mudah percaya dengan fitnah dan khabar angin yang tidak berasas. 

Tuduhan Wall Street Journal (WSJ) kononnya Felda menganiaya pekerja asing juga adalah tidak berasas. Mereka gembira berkerja disini dan ada yang lebih suka dapat terus menetap di Felda kerana selesa dan gembira bekerja disini. 

Sepertimana yang kita tahu, WSJ tidak pernah melaporkan pekara yang betul dan elok-elok tentang Malaysia dan kepimpinan Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika WSJ mencari isu untuk menjatuhkan Felda. 

Kita sedar, apa sahaja yang menjadi milik dan kekuatan ekonomi orang Melayu ianya akan diserang dan difitnah. Oleh itu, WSJ beringatlah, jangan cuba menyentuh kepentingan orang Melayu terutama Felda, segala dakwaan yang tidak munasabah dan tidak mempunyai bukti yang kukuh akan memakan diri, Tegas Tan Sri Isa Abdul Samad, Pengerusi Felda. 













PLKN PERKENAL MODUL MENARIK AWAL TAHUN DEPAN

Setelah setahun kem PLKN senyap dan sunyi dari derapan kawat kaki peserta-pesertanya dan ngauman pelatih memberi arahan, mulai awal tahun hadapan PLKN akan dibuka semula dengan modul yang lebih menarik, mencabar dan kompetitif untuk peserta-pesertanya. 

Konsep PLKN 2.0 kali ini pun berbeza, tiada lagi paksaan Pengambilan peserta secara sukarela. Apa yang menarik kali ini ialah kerajaan memperkenalkan lapan modul baru yang terdiri dari lima modul utama dan tiga sub modul. Cuma yang menjadi persoalannya nanti, bagaimana pula dengan penyertaan semua kaum jika pengambilan peserta dibuat secara sukarela? 

Lapan modul baru yang disebut diatas ialah - Fit4Life, Tech & Talk, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, iUpgrade, Spirituality, MyFuture dan Khidmat Komuniti.

Fit4Life adalah latihan yang berbentuk ketenteraan, aktiviti ekstream, latihan kecergasan dan kemahiran survival. Fit4life bertujuan membentuk pesonaliti yang sihat cergas, berdisiplin, berani, berdaya tahan dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Saya berpendapat Fit4Life ini tidak banyak beza dengan modul lama PLKN, cuma mungkin ditambahbaik lagi modulnya. 

Saya lebih gemar dengan Tech & Talk kerana ianya lebih mengunakan daya pemikiran yang tajam dan kritis. Memang sesuai sangat untuk penulis. Tech & Talk ini amat menekankan pembangunan pesonaliti diri, membina pemikiran kreatif, kritis dan membentuk kemahiran berkonunikasi yang lebih matang terutama dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

Selain itu, nilai patriotisme dan semangat cintakan negara juga dipupuk melalui modul Malaysiaku dan modul Be Safe Be Alert pula bagi meningkatkan pemahaman pelatih tentang cabaran dan ancaman semasa samada dalam bentuk moden mahupun tradisional. 

Kerajaan juga memandang berat kepada pembangunan individu, oleh itu iUpgrade diperkenalkan bagi melengkapkan pelatih dengan latihan berasaskan pengalaman. iUpgrade ini membantu seseorang individu daripada mampu buat kepada buat lebih baik dan seterusnya cekap. Ini akan membentuk mereka menjadi tenaga kerja yang mahir dan cekap. Apatah negara kita kini amat memerlukan tenaga kerja mahir yang tinggi. 

Disamping itu, negara juga memerlukan belia dan beliawanis yang sanggup menawarkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan. Budaya membantu dan sukarelawan akan mendidik peserta PLKN agar lebih prihatin dengan nasib mereka yang kurang baik dan memerlukan bantuan. Oleh itu modul Khidmat Komuniti diwujudkan bagi mendidik mereka menjadi warga yang prihatin dan peka kepada hidup bermasyarakat. 


Manakala  modul Spirituality pula akan lebih menumpukan kepada soal kerohanian dan pemahaman. Pelatih akan diberi tunjuk ajar akan kepentingan menghormati serta memahami sistem masyarakat berbialng kaum di Malaysia. 













Saturday, September 26, 2015

OPS SERKAP BERKAS KERETA SAPU, TEKSI ELAK GUNA METER



Mereka tidak pernah serik, mereka tidak pernah takut, mereka tidak pernah risau. Kenapa ? Adakah mereka tiada pilihan lain ? Apa yang memotivasi mereka untuk terus melakukan perkerjaan ini ? Terdesak sangatkah mereka? 

Pada Ogos 2014, SPAD telah mengesan 50 lokasi panas di sekitar Kuala Lumpur "kereta sapu" yang memberi khidmat ala-teksi secara haram.

April 2015 lepas, selepas membuat risikan selama empat hari di  sekitar  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) akhirnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan sembilan pengendali kereta sapu dan empat ulat teksi.


Tanpa merasa putus asa SPAD sekali lagi melancarkan satu operasi "Ops SERKAP" di Terminal Pudu Sentral yang diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni bin Che Ahmad.

Operasi ini dilancarkan sempena Sambutan Hari Raya Haji bermula 21 September 2015 dan berakhir pada 28 September 2015. Kali ini SPAD mensasarkan Ulat Tiket, Teksi yang tidak guna meter dan Kereta Sapu yang mengunakan Apps Grab disekitar kawasan Pudu Sentral. 

Operasi kali ini berjaya menahan 6 kes,  2 kes memujuk dan mendesak pengguna yang boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 205 APAD 2010 atau denda tidak melebihi RM50 ribu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, 2 kes mengendalikan perkhidmatan Awam Tanpa Lesen Pengendali (kereta sapu) dibawah seksyen 16 APAD 2010 atau denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali dan 2 kes Teksi Tidak Mengunakan Meter bawah seksyen 22 APAD 2010 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Empat kenderaan telah disita bagi membantu siasatan iaitu 2 teksi, 1 Merz dan 1 Toyota Camry.

Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata lebih serius, perkhidmatan kereta sapu mendapat permintaan menggalakkan khususnya di tempat-tempat pelancongan. Mereka juga mengunakan kenderaan mewah seperti Mercedes, BMW dan lain-lain kenderaan mewah.

SPAD telah merekodkan hampir 450 kes berkenaan kereta sapu atau kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan sewaan tanpa permit di Semenanjung sejak Oktober lepas selain telah menyita sebanyak 130 kenderaan.

“Membanteras ulat tiket dan kegiatan kereta sapu bukan perkara mudah, malah ada  anggota yang  menyamar sebagai penumpang,  dan melakukan risikan dan intipan rapi selama beberapa hari.

Kegiatan ini boleh dibenteras andai pengguna tidak memberi kerjasama dengan tidak mengunakan khidmat mereka. 










MCA SEDIA "BERPERANG" DI GELANG PATAH



MCA sudah bersedia untuk mengempur habis-habisan Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum akan datang. Terima kasih kepada UMNO kerana telah bersetuju untuk memberi semula kerusi Gelang Patah kepada MCA. Namun beranikah Lim Kit Siang berhadapan dengan MCA di Gelang Patah pada PRU 14 nanti ? 

Sudah menjadi kebiasaan Lim Kit Siang berpindah dalam setiap penggal PRU. Adakah kali ini beliau akan kekal di Gelang Patah berhadapan dengan calon rakyat dari MCA ? Walaupun pada pilihanraya lepas Lim berjaya menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan mejoriti 14762 ini tidak bermakna DAP dan Lim Kit Siang boleh mendabik dada, ini kerana ketika itu rakyat telah dikaburi oleh fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang yang masih tebal dengan simpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun PRU akan datang cerita fitnah selama ini telah pun diketahui kebenarannya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya di fitnah itu pun telah terbukti kebenarannya. Lihatlah apa yang berlaku di Gelang Patah sekarang, pengundi-pengundi beliau  amat sukar untuk bertemu dengannya. Lim Kit Siang lebih gemar berpolitik dari agenda membantu rakyat di Gelang Patah. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, Lim Kit Siang langsung tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kepada penduduk Gelang Patah. Bahkan mereka amat sukar untuk menemui beliau untuk mendapatkan pertolongan. 

Liow ketika ditanya oleh pemberita selepas merasmikan Konvensyan MCA Johor  turut menyatakan bahawa selain kerusi Gelang Patah, UMNO juga bersetuju untuk memberi kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA pada PRU akan datang. 

Liow juga yakin, kali ini rakyat sudah menyedari kesilapan mereka memilih DAP sebagai wakil mereka dan yakin Barisan Nasional mampu mengegarkan kubu kuat DAP disana. 













KESETIAAN MCA KEPADA BN TIDAK PERLU DIPERTIKAI



Apa perlu "orang luar" untuk mengajar tentang perpaduan dalam Barisan Nasional. Setelah sekian lama Barisan Nasional berkuasa, adakah mana-mana parti mampu mengatasi rekod cemerlang Barisan Nasional memerintah negara yang berbilang kaum dengan aman dan harmoni. Apatah lagi ada gesaan pula yang mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional. Sebenarnya gesaan ini lebih kelihatan mengikut emosi dan terbabas dari menyelusuri sejarah semangat penubuhan Barisan Nasional. 

MCA adalah parti yang sama-sama bersama UMNO dan MIC mengorak langkah perpaduan kaum sejak sebelum merdeka lagi. MCA juga parti yang cukup berjasa kepada kaum cina sehingga mereka diterima sebagai rakyat negara ini. Gesaan sesetengah individu agar MCA keluar dari BN sebenarnya datang dari mereka yang tidak kenal erti kesetiakawan dalam Barisan Nasional. Hanya kerana beberapa kenyataan tidak bijak dari beberapa individu MCA pula hendak disalahkan. 

Oleh itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan bingkas bangun mempertahankan kesetian MCA kepada Barisan Nasional. Katanya, MCA bukanlah 'orang luar' dalam BN kerana merupakan parti yang bersama UMNO dan MIC mengasaskan pembentukan Perikatan yang kini dikenali sebagai BN. 

Sewajarnya kita mencari jalan penyelesaian yang lebih bijak dari membangkitkan soal yang mengundang polimik yang tidak menguntungkan Barisan Nasional. Dari bercakaran sesama sendiri adalah lebih baik perpaduan dikalangan parti komponen Barisan Nasional diperkukuhkan. 

Berhentilah bergaduh sesama sendiri, 'Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita, sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu. Kata Datuk Seri Ong Ka Chun.





NAK JUMPA FBI, NYAMUK YANG DATANG

Saya teringat kisah Namrud yang Bongkak, Angkuh dan Sombong ditumbangkan oleh seekor NYAMUK yang patah sayapnya.

Mungkinkah sejarah nyamuk ini berulang lagi kepada mereka yang Bongkak, Angkuh dan Sombong...???

Nyamuk tidak lah sehebat FBI.


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikejarkan ke ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disyaki menghidap demam denggi.
Perkara itu disahkan peguamnya, Matthias Chang.
“Beliau ketika ini di bawah pemerhatian kerana disyaki menghidap demam denggi. Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat dan saya akan tahu esok sekiranya saya boleh jumpa beliau esok,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Khairuddin ditahan semula di bawah akta berkenaan selepas tahanan reman ke atasnya berakhir Rabu lalu.
Beliau pertama kali ditahan di kediamannya di Mont Kiara pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.

JUAL ARAK : FELDA AMBIL TINDAK SEGERA


Tergejut apabila mendapat tahu ada penjualan minuman arak di Menara Felda. Felda menerima aduan orang awam bahawa Brolly Restaurant  yang dimiliki oleh NAZA TTDI Sdn Bhd juga menyajikan arak selain makanan laut seperti yang di maklumkan pengurusannya. Syukurlah Pengurusan Felda dengan pantas membuat tindakan bagi menyelesaikan isu ini dari merebak. Antara tindakan yang telah diambil ialah, 

1- Menghantar surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif. NAZA Sdn. Bhd. walaupun ruang restoren berkenaan telah dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

2- Felda juga meminta penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana lesen minuman keras dikeluarkan kepada restoren berkenaan. 

3- Felda juga menjelaskan bahawa  premis tersebut bukan milik Felda dan segala tindakan telah diambil oleh Felda bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.



Felda sebelum ini telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan NAZA TTDI bahawa restoran ini adalah berkonsepkan makanan laut, tetapi dalam masa yang sama tanpa pengetahuan Felda ia juga menyajikan arak. 

Rasanya pengurusan Restoren dan Naza TTDI tidak perlulah dimaklumkan bahawa Felda ini milik orang Melayu Islam. Sewajarnya mereka perlu lebih sensitif dan bijak dalam mengendalikan urusan makanan dan minuman apatah lagi di kawasan tempat orang Islam. Mungkin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat menjelaskan kenapa meluluskan penjualan arak di premis ini? 

Semoga isu ini menjadi pengajaran berguna agar kita lebih berhati-hati dan sensitif dengan ruang persekitaran kita. 

Thursday, September 24, 2015

Sampai bilalah PAS nak tipu oleh mereka




“Kerajaan Selangor akan terus stabil dan kekal berfungsi selagi mana Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali mendapat sokongan majoriti Adun di negeri tersebut,” demikian ujar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika mengulas status Kerajaan Selangor selepas pembentukan gabungan pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

“Kerajaan Selangor tidak terjejas kerana menteri besar masih memperoleh majoriti Adun.

“Jadi tiada sebarang isu (dalam pembentukan pakatan baharu) yang boleh jejaskan kestabilan pemerintahan,” katanya.

Semalam, Pakatan Harapan ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel, hari ini.

Wan Azizah yang mewakili ketiga parti berkata, penubuhan tersebut merupakan muafakat pakatan pembangkang dalam memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya lagi, penubuhan tersebut merupakan usaha untuk menyatukan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang.

PAS DI TOLAK DALAM PAKATAN HARAPAN

Makin lama makin pelik, makin aneh dan amat ganjil. Macam mana satu pakatan yang dulunya dikatakan hangat bercinta kini berpisah talak tiga tapi masih duduk dibawah satu kerajaan negeri iaitu Selangor, sedangkan di Pulau Pinang mereka terus disingkirkan tanpa banyak bicara Itulah yang berlaku kepada DAP, PKR dan PAS. 


Kepelikan dan keanehan ini berterusan lagi apabila DAP dengan sekutu rapatnya dengan selamba mencipta satu lagi parti setelah memecahbelahkan PAS kepada beberapa kumpulan. Parti yang saya maksudkan ini adalah Parti Amanah yang dianggotai oleh mereka yang mengkhianati perjuangan PAS. Mereka mengelarkan pakatan baru mereka sebagai "Pakatan Harapan". Entah apa yangboleh diharapkan dengan pakatan merapu ini. 

Kecelaruan dan kepelikan inilah yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Kaa Siong sebagai "Aneh dan Ganjil". Ini kerana sehingga kini mereka masih lagi menyatakan Pakatan Rakyat masih lagi wujud di Selangor sedangkan pada masa yang sama mereka mencipta pakatan baru yang dinamakan Pakatan Harapan tanpa penglibatan PAS tetapi mengunakan bekas serpihan PAS untuk mewujudkan satu pakatan baru.  Apa jenis perkahwinankah ini ? Ini tidak lebih adalah demi untuk kepentingan politik mereka sahaja, bukan untuk kesejahteraan rakyat. 

"Saya pun tak tau ini pakatan apa, kalau kata pakatan harapan, kenapa tidak melibatkan PAS. Kalau mereka tidak melibatkan PAS bermaksudnya secara automatik pakatan rakyat akan pupus, tidak wujud lagi dan ini berkisar kepada jawatan exco yang dipegang oleh parti masing-masing" Datuk Dr. Wee Kaa  Siong.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Wee, mereka hanya pentingkan jawatan masing-masing dalam kerajaan negeri. Jika pakatan rakyat ini dihapuskan dari muka bumi Selangor, sudah tentu jawatan mereka di Selangor akan tergugat. Boleh jadi berlakunya perpecah besar dalam kerajaan negeri jika pakatan ini tidak dikekalkan di Selangor.

Oleh itu, pakatan rakyat perlu dikekalkan sehingga PRU 14 akan datang agar kuasa mereka dapat dikekalkan sehingga penggal mereka tamat. Sudah jelas, mereka tidak pernah memikirkan tentang masalah rakyat. Apa yang mereka fikirkan hanyalah bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa dengan percaturan politik baru ini. 

Saya pasti selepas Pakatan Harapan ini kuat dan kukuh, Pakatan Rakyat di Selangor akan mansuh dan PAS diceraikan dengan rasminya serta Parti Amanah akan mengambil alih tempat PAS. 

Selamat Tinggal PAS. 








KERTEH BAKAL ADA TERMINAL BAS EKSPRES MODEN

Stesen Bas Chukai Kemaman


Keperluan yang tinggi dan mendesak memungkin  kerajaan negeri Terengganu membina sebuah terminal bas ekspress terbaru di Kerteh. Terminal yang bernilai 2 juta itu bakal memberi manfaat kepada ribuan penduduk di Kerteh. 

Segala proses dokumentasi bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri telah selesai, dan dijangka kerja pembinaan akan dimulai awal tahun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman, peruntukan bagi membina Terminal Bas Ekspress akan disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri. 


Ketika ini Kemaman hanya ada  satu terminal bas ekspress beropersi iaitu di Chukai, ini menyukarkan pengguna kerana tiada hentian khusus untuk mereka menunggu kenderaan awam di tempat yang sesuai. Bahkan mereka terpaksa menunggu di beberapa pondok bas yang dijadikan tempat mengambil dan menurunkan penumpang.


Tapak yang bersesuaian telah dikenal pasti iaitu berdekatan dengan restoran makanan segera McDonalds Kerteh. Dan  proses pembinaan akan mengambil masa 10 hingga 12 bulan. Dijangka buat permualaan 10 buah syarikat akan beroperasi di terminal itu apabila siap nanti, dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat. 



Wednesday, September 23, 2015

BERSIH , SELAMATKAN MALAYSIA




Ada MANUSIA menyatakan Malaysia tak selamat, bakal bangkrup dan kucar-kacir jika Najib  masih lagi PM. Untuk  membuktikan Malaysia tidak selamat, bakal bangkrup dan kucar-kacir.....mereka mengupah akhbar, media luar, memburuk-burukkan Malaysia, mereka menjemput musuh-musuh dari luar datang ke Malaysia buat haru hara, merancang untuk sabotaj ekonomi negara ....agar terlihatlah negara dalam keadaan tak selamat, kucar-kacir dan bakal bangkrup..... lalu mereka pun berkata "Kan saya dah kata, Najib tak boleh jaga Negara dan wajar diganti".

Merekalah yang mencipta suasana begitu demi untuk memenuhi kehendak nafsu mereka tanpa memikirkan nasib rakyat. 

 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Tuesday, September 22, 2015

PECAH BELAHKAN PAKATAN MEREKA

Di dalam peperangan Khandak, tentera Islam berhadapan dengan tentera PAKATAN Kuffar Ahzab yang berjumlah 10 ribu orang, manakala tentera Islam hanya berjumlah lebih kurang 3 ribu orang.

Dalam keadaan yang genting inilah Nabi Muhammad SAW memberi tugas Khas kepada Nu’aim bin Mas’ud dari bani Ghatfan untuk menkucar-kacirkan PAKATAN Ahzab.

Nu’aim bin Mas’ud dari bani Ghatfan berjaya bertemu dengan pemimpin Quraisy, Yahudi dan Bani Ghatfan sendiri untuk memecah belahkan PAKATAN mereka. Akhirnya mereka berpecah belah dan hancur berkecai kerana saling curiga mencurigai.

Hari ini ada orang yang menemplak saya sebagai salah seorang ANTARA pengadu domba PAKATAN Ahzab mereka sehingga kini hancur berkecai menjadi PASMA ,GHB , PAN dan sebagainya. Saya dikatakan menyalahgunakan ilmu agama untuk memecahbelahkan PERSAUDARAAN mereka.

Sedih betul rupanya mereka terhadap perpisahan mereka dengan DAP dan PKR. DAP dan PKR tu saudara mereka rupanya. Tak apalah, saya teruskan tugas-tugas khas saya. Dan saya sedikit pun tak rasa bersalah memecahbelahkan PAKATAN Ahzab mereka.



Mohammad Firdaus Hasnel
Peminat Laksa

Mara hentikan tajaan pelajar Universiti Taylor


KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.  

"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini ... kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat yang tersebar di media sosial bahawa Mara akan menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar tajaannya di Universiti Taylor.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerja-kerja pengubahsuaian pusat jualan IT @ Busana yang bakal menempatkan kira-kira 30 ruang jualan di tingkat tiga Menara Mara akan bermula esok dan dijangka selesai November ini dan dijadual beroperasi sepenuhnya pada Disember ini.

"Pusat itu yang menumpukan penjualan dan pemborongan alat-alat telekomunikasi dan pembaikan komputer akan memberi ruang kepada lebih ramai usahawan dan peniaga Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

Ditanya sama ada permohonan masih dibuka kepada usahawan Bumiputera yang berminat untuk menjalankan perniagaan di pusat itu, Ismail Sabri berkata: "Kita akan mempertimbangkan permohonan mereka dan sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan menimbangkan untuk membuka satu lagi tingkat kepada mereka.

"Keutamaan akan diberikan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera, jika ada penyertaan bukan Bumiputera kita akan mempertimbangkannya," katanya.

Selain itu, beliau berkata orang ramai masih berpeluang mengemukakan cadangan nama bagi pusat itu sehingga 30 September ini.

Katanya, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pihaknya akan menaik taraf Bistro Menara Mara secepat mungkin untuk keselesaan para peniaga dan pelanggan. - Bernama

WAJIB LETAK JAWATAN

DUNGUN 19 Sept. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu mewajibkan setiap wakil rakyatnya meletakkan jawatan masing-masing sekiranya mereka bertindak menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

ABDUL HADI AWANG
Abdul Hadi berkata, ini kerana, perkara itu telah jelas dinyatakan dalam bai’ah bersumpah yang dilafazkan oleh setiap ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas ketika menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau menjelaskan, jika terdapat wakil rakyat parti itu yang melanggar bai’ah tersebut, mereka akan dilaknati Allah.

“Pas sebagai parti Islam membuat bai’ah dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat mengadakan bai’ah dengan pemimpin-pemimpinnya, bai’ah dengan calon-calon yang dilantik dalam pilihan raya dan dikuatkan bai’ah ini dengan sumpah wallahi, wabillahi dan watallahi.


“Maka, saya berbai’ah sebagai calon Parti Islam Semalaysia atau Pas, dan tidak disebut PKR atau DAP. Sekiranya saya khianat kepada perjuangan Islam, tak ikut arahan parti dalam perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, maka saya dilaknat oleh Allah dan Rasul, malah dilaknat oleh semua.


“Allah menjadi saksi atas apa yang saya ucapkan ini. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah. Parti (Pas) mewajibkan dalam bai’ah itu kalau sekiranya dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai ahli parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai’ah itu,” katanya.

Abdul Hadi menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.2) di Kampung Pulau Serai dekat sini malam tadi yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta kepemimpinan Pas Terengganu termasuk Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat.


Kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat Pas yang telah mengambil keputusan menyertai parti baharu iaitu Amanah yang diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu.


Dalam ucapannya, beliau turut menyeru seluruh ahli Pas agar jangan bimbang dengan perkembangan serta masalah yang melanda parti itu kebelakangan ini terutama mereka yang menyertai Amanah.


Menurutnya, Pas masih mampu untuk berdiri teguh dalam meneruskan perjuangan Islam dan jumlah ahli baharu yang menyertai parti itu jauh lebih ramai berbanding mereka yang keluar daripada Pas.


Dalam majlis itu, turut diumumkan kemasukan ahli baharu Pas di Terengganu yang kini mencecah 4,198 orang dengan daerah Dungun mencatatkan bilangan tertinggi iaitu melebihi 1,000 ahli baharu diikuti 905 orang di Kemaman.

UTUSAN MALAYSIA