Showing posts with label SPAD. Show all posts
Showing posts with label SPAD. Show all posts

Saturday, May 26, 2018

WALAUPUN BUBAR PERANAN SPAD WAJAR DITERUSKAN




Rabu lalu telah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tugas-tugas yang dijalankan suruhanjaya itu sebelum ini dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan. Perkara ini diambil perhatian oleh mantan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed hamid Albar yang begitu komited ketika bertugas sebagai pengerusi SPAD.  

Walaupun SPAD bakal dibubarkan tidak lama lagi, namun peranan yang pernah dimainkan oleh agensi ini perlu diteruskan bagi meneruskan tranformasi pengangkutan awam dilaksanakan dengan jayanya. 

Begitulah harapan bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang berharap peranan SPAD dalam merancang strategi bagi memperkasakan lagi pengangkutan awam di dalam negara. 

Beliau juga merasa lega apabila mendapat tahu nasib kakitangan SPAD terbela apabila mereka semua akan diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau berharap agar peranan yang dimainkan oleh SPAD dapat diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan..


Selain SPAD, turut dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

Sejak SPAD di tubuhkan pada tahun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 diluluskan oleh Parlimen, SPAD telah berjaya merangka setiap sudut bagi mengerakkan satu sistem pembaharuan bagi pengangkutan awam negara.

Sahingga kini SPAD belum menampakkan kegagalan mereka melaksanakan setiap plan pembangunan yang di cadang dan di impikan oleh kerajaan sebelum ini yang mahukan SPAD merangka satu sistem bersepadu bagi pengangkutan awam dengan tujuan menyamai sistem pengangkutan di negara maju yang lain.


Friday, May 25, 2018

HSR BAKAL PACU EKONOMI NEGARA




Ekonomi Malaysia dan Singapuara sangat  saling perlu dan memerlukan - simbiotik, saling bergantung antara satu sama lain, ada situasi menang-menang. Namun, secara faktanya Malaysia lebih menang kerana negara ini lebih besar dan lebih tinggi dari segi jumlah populasi penduduknya

Pembinaan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sejauh 390 kilometer (km) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura bakal memberikan manfaat menguntungkan kepada rakyat di kedua-dua negara. "Perkongsian kepercayaan antara Malaysia dan Singapura dalam kestabilan, keharmonian dan kepelbagaian melengkapkan aspirasi bersama untuk kedua-dua negara dan rantau ini.

Projek HSR ini digariskan dalam rancangan pembangunan di kedua-dua negara itu bakal meningkatkan lagi kemajuan perhubungan rakyat antara rakyat selain, meningkatkan hubungan perniagaan.

HSR juga menawarkan kemudahan kepada orang ramai berulang-alik dengan menggunakan kereta api untuk ke tempat kerja atau menjalankan aktiviti lain. Bayangkan jika orang Singapura nak merasa nasi lemak di Kuala Lumpur atau pelancong asing ingin menikmati suasana malam di Kuala Lumpur setelah penat bekerja di Singapura, mereka boleh menggunakan perkhidmatan HSR, dalam masa 90 minit mereka sudah boleh sampai di Kuala Lumpur. 

Kerajaan telah meneria maklum balas positif daripada orang awam berkaitan projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Si­ngapura (HSR KL-SG) dengan 98 peratus terdiri daripada penduduk di Johor dan Kuala Lumpur. Projek HSR dijangka akan memakan kos berjumlah RM40 bilion. Projek HSR inibukan sahaja akan menjadi alternatif kepada perjalanan antara Malaysia dan Singapura, tetapi juga merangsang ekonomi di bahagian barat daya Semenanjung.








Thursday, May 24, 2018

SPAD BUBAR ?



Benarkah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dibubarkan ? Bagaimana dengan nasib kakitangan SPAD ? 

Sebelum ini sudah ada ura-ura yang kononnya SPAD akan dibubarkan oleh Kerajaan baru. SPAD ditubuhkan pada tahun 2010. Kenyataan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Beliau berkata antara keputusan dicapai ialah SPAD akan dibubarkan dan tanggungjawabnya dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Orang yang paling gembira sekali pembubaran SPAD adalah Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain menyifatkan  langkah itu wajar berikutan rata-rata pemain industri merangkumi pemandu dan pengusaha bas, teksi serta lori dilihat sudah hilang kepercayaan terhadap suruhanjaya berkenaan. 

Begitu sekali jasa dan kebaikan SPAD dilupakan oleh pemandu teksi yang selama ini hak dan kehendak mereka dilayan baik oleh SPAD. 

Menurut seorang pekerja SPAD, dia merasa tergejut apabila SPAD ini dibubarkan oleh kerajaan. 

"Kami semua memang tidak jangka perkara ini berlaku sebab kami buat kerja, pelantikan staf di sini bukan pelantikan politik, pelantikan kami sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami (SPAD) memudahkan pengurusan untuk pengangkutan darat. Berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), mereka lebih kepada pengangkutan persendirian. 

Kami harap kerajaan dapat pencerahan sebenarnya apa fungsi SPAD, "

Menurut mereka masih belum dimaklumkan bila tarikh terakhir mereka akan bekerja tetapi mengharapkan agar sebarang kemungkinan baik akan berlaku.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi kerajaan dibubarkan antaranya SPAD, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu di Putajaya Rabu.

Sementara tinjauan di pejabat JASA di Kuala LUmpur mendapati petugas bekerja seperti biasa.-23/5/2018

Cubaan wartawan untuk mendapatkan komen daripada beberapa orang petugas tidak berhasil berikutan mereka enggan mengulas tentang perkara berkenaan.Selain pembubaran SPAD dan JASA, antara agensi yang turut dibubarkan adalah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Majlis Profesor Negara.

Sunday, May 20, 2018

KOS ECRL MENINGKAT ?




Kos keseluruhan bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah melebihi RM55 bilion dan dijangka terus meningkat apabila memasuki fasa kedua ditambah dengan kadar faedah yang perlu ditanggung.

Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, jumlah kos RM55 bilion seperti yang dinyatakan sebelum ini hanyalah untuk fasa pertama bagi projek pembinaan tersebut.

"Jika termasuk fasa kedua mungkin ada tambahan dalam RM11 bilion dan jika lihat dengan kadar faedah yang dikenakan dan lain-lain, kemungkinan kos bagi pembinaannya boleh mencecah lebih lagi.

"Saya biar kerajaan untuk mengumumkan kos sebenar bagi keseluruhan projek tersebut. Sama ada projek ECRL patut diteruskan, saya berpandangan terpulang kepada kerajaan untuk membatalkannya ataupun tidak," katanya dalam sidang akhbar di Menara Ilham, di sini hari ini.

Projek ECRL bernilai RM55 bilion sepanjang 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek berkenaan dijadual siap pada Jun 2024. - UTUSAN ONLINE



Saturday, April 21, 2018

ISU PENGECUALIAN CUKAI GST PROJEK ECRL



Pembangkang Cuba Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Pengecualian GST Projek ECRL

1. Isu pengecualian cukai GST ke atas Projek ECRL telah hebat diperkatakan oleh pemimpin pembangkang baru-baru ini seolah-olah Kerajaan memberi pengecualian ke atas sebuah syarikat daripada negara luar.

2. Akibat daripada apa yang diperkatakan tersebut, terdapat segelintir rakyat yang terkeliru dengan tohmahan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti politik pembangkang yang secara jelas mempermainkan sentimen-sentimen tertentu bagi membangkitkan kemarahan.

3. Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang ini hanyalah bertujuan kepentingan politik tanpa mengambil kira objektif serta tujuan mengapa pengecualian cukai ini berlaku.

4. Lebih mengecewakan lagi apabila para pemimpin pembangkang ini seolah-olah buta atau tuli dengan amalan ini yang biasa dilakukan oleh mana-mana negara terhadap projek-projek Kerajaan.

5. Malah, saya difahamkan juga bahawa amalan yang sama turut dilakukan sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri yang mana terdapat pelbagai projek mega kerajaan pada waktu itu juga dikecualikan daripada cukai.

6. Adalah amat perlu diperjelaskan bahawa pengecualian cukai GST bukanlah terhadap syarikat China tersebut tetapi adalah terhadap Projek ECRL itu sendiri; dua entiti berbeza dan perlu dibezakan.

7. Lebih malang apabila pihak pembangkang seolah-olah mahu mensabotaj projek yang bakal memanfaatkan sebilangan besar rakyat dan negara secara amnya.

8. Dengan bermulanya projek ECRL ini, peluang pekerjaan khususnya untuk rakyat tempatan akan terbuka luas dan ini bakal mempertingkatkan ekonomi setempat.

9. Kos pengangkutan akan menjadi lebih murah dan hasilnya harga barang juga boleh diturunkan selain peluang untuk memperkenalkan produk-produk setempat ke pasaran nasional.

10. Unjuran impak KDNK hasil daripada projek ini juga adalah sejumlah RM50.1 bilion dan mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

11. ECRL juga akan menghubungkan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak ke Pelabuhan Klang dan ini memungkinkan kargo daripada Pelabuhan Shenzhen tidak lagi perlu melalui Singapura untuk sampai ke Pantai Barat Semenanjung, tetapi boleh diturunkan di Pelabuhan Kuantan kemudian dihantar terus ke Pelabuhan Klang.

12. Ini adalah sebahagian daripada manfaat besar hasil pembinaan projek ECRL yang mana akhirnya akan menguntungkan rakyat dan negara.

13. Pemimpin pembangkang sekiranya masih lagi mempunyai semangat patriotik, sayangkan negara dan ingin melihat negara dan rakyat negara ini terus maju dan membangun perlu menghentikan serta-merta segala permainan persepsi agar projek ini dapat berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang tidak ubah seperti peribahasa lama “Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat diadang.”

Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
Pengerusi BN Sri Gading

Friday, April 20, 2018

KAD BANTUAN TEKSI 1 MALAYSIA JADI SASARAN FITNAH PEMBANGKANG



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan untuk pada 3 Jun 2010. Sejak ia ditubuhkan hinggalah hari ini, SPAD tidak sunyi daripada panahan Fitnah pembangkang. Entah kenapa agensi kerajaan ini selalu menjadi sasaran pihak pembangkang. Ada saja kesilapan dan kesalahan yang sengaja di cari oleh pihak pembangkang. 

Apatah lagi dekat-dekat dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) macam-macam tohmahan yang di lemparkan kepada kerajaan dan SPAD. Sememangnya pembangkang akan mencari apa sahaja bahan untuk kempen mereka bagi meraih sokongan rakyat.

Boleh jadi mungkin juga mereka bimbang dengan penerimaan rakyat terhadap usaha SPAD menyelesaikan masalah rakyat. 

Baru-baru ini SPAD dilontar tohmahan dan fitnah oleh pembangkang kononnya Kad Bantuan 1 Malaysia akan diberikan selepas pilihan raya'. Ini semua adalah berita palsu, tidak benar. Pembohongan ini sengaja disebarkan bagi menimbulkan kemarahan pemandu teksi dan rakyat. 

Sebenarnya pemandu teksi  telah pun mengambil kad masing-masing selepas kad bantuan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 April di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh mereka. 

SPAD memberi jaminan pemandu teksi tidak perlu risau kerana pihak SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan yang boleh diambil dalam tempoh tiga bulan bermula esok sehingga 16 Julai depan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Seramai 12,000 pemandu teksi telah hadir dan didapati sebahagian besar pemandu-pemandu teksi tersebut telah memberikan kerjasama ketika beratur untuk mengambil kad tersebut. Hanya segelintir daripada mereka sahaja berebut-rebut dan berasak-asak semasa mengambil kad bantuan tersebut.

SPAD ingin mengesyorkan para pemandu teksi di seluruh negara yang masih belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, bahawa kad tersebut boleh diperolehi di pejabat-pejabat SPAD di seluruh negara (kecuali Ibu Pejabat di Kuala Lumpur), iaitu di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Bahru mulai hari Isnin, 16 April 2018 sehingga 16 Julai 2018.


Orang ramai terutamanya para pemandu teksi boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia boleh dilayari di laman web www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia .





Monday, April 16, 2018

PEMANDU TEKSI TIDAK PERLU TUNGGU SELEPAS PRU 14




Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara.

SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya.” Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan pemandu dan seluruh pemandu teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir pada majlis berkenaan.

Sunday, April 15, 2018

BERITA GEMBIRA BUAT 67,000 PEMANDU TEKSI SELURUH NEGARA



Dunia semakin hari semakin pesat berkembang dengan teknologi terkini. Sikap dan pemikiran manusia pun berubah mengikut perkembangan semasa dunia. Jika ada yang leka dan alpa, mereka akan ketinggalan dan terus terkebelakang. 

Begitu juga dengan perkembangan pengangkutan awam hari ini. Perubahan teknologi dalam pengangkutan awam juga berlaku perubahan yang drastik. Mereka yang masih mengekalkan cara tradisional akan terus ketinggalan dan lenyap ditelan zaman. Begitu juga di negara kita Malaysia, kerajaan begitu amat prihatin terhadap suara rakyat termasuk mereka yang minoriti. 

Belum pernah ada di dalam dunia ini satu kerajaan yang begitu mengambil berat terhadap pemandu teksi seperti mana yang kerajaan kita lakukan. Walau pelbagai kecaman pemandu teksi terhadap kerajaan, namun tidak sedikit pun kerajaan membiarkan pemandu teksi terkontang kanting dalam arus permodenan negara.

Justeru itu kerajaan pimpinan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800 setiap orang. 

Apa sebenarnya kegunaan Kad Bantuan ini ? Kad Bantuan Teksi 1Malaysia ini yang bernilai RM800 boleh digunakan untuk mengisi semula tangki dengan petrol atau NGV di seluruh negara. Kad Bantuan Teksi 1Malaysia juga  turut didatangkan dengan perlindungan insurans peribadi dari Mesra-AXXESS yang merangkumi jumlah pampasan sehingga ke RM50,000.


Thursday, April 5, 2018

TAMBAH 2 TREN ETS ATASI KELEWATAN






Agak membimbangkan juga apabila masalah kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang kerap berlaku dan berulang sehinggakan menyusahkan pengguna. Sudah tentulah akan timbul masalah kelewatan dan banyak perkara yang tergendala,dan pekara seperti ini tidak boleh dibiarkan tanpa ada jalan pernyelesaian.

Justeru itu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mendapatkan dua set tren baru yang dijangka beroperasi pada akhir tahun ini. Antara sebab berlaku kelewatan ETS ini adalah akibat daripada kerosakan pada tren dan bekalan elektrik yang terputus. Masalah ini akan dipulihkan sepenuhnya mulai Novemberr 2019 apabila sembilan tren beroperasi sepenuhnya. 

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri. Menurutnya lagi KTMB akan membeli sembilan set tren baru bagi menyelesaikan masalah kelewatan ETS. Sehingga kini dua tren telah tiba dan dijangka akan beroperasi pada Disember tahun ini. 


"Dengan adanya tren baharu ini dan menambah baik gerabak sedia ada, masalah dihadapi ETS dari segi kekerapan akan diperbaiki. KTM mahu berikan lebih keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Bagi penambahan sembilan unit itu, kita peruntukkan sekitar RM540 juta dan kini dalam proses pembuatan di China.

Soo Seang bertanya mengenai rancangan kerajaan memperbaiki dan mempertingkatkan khidmat ETS yang sering berlaku kelewatan jadual, kerosakan gerabak dan terputus bekalan elektrik.

Nancy berkata, mulai bulan ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengeluarkan jadual perjalanan ETS sepanjang bulan ini untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat waktu sebenar.

"Apabila ada jadual perjalanan secara waktu sebenar ini, ia diharap dapat membantu pengguna merancang perjalanan seperti hendak menghadiri mesyuarat.

"Kita juga mempunyai laman sesawang yang menyediakan jadual perjalanan ETS untuk kemudahan pengguna," katanya menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

Tuesday, April 3, 2018

45 PERATUS KHAS UNTUK BUMIPUTERA




Sejak pentadbiran negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak syarikat bumiputera diberi kepercayaan mengendalikan projek-projek berimpak besar. Penglibatan syarikat Bumiputera ini menunjukkan kepercayaan Perdana Menteri kepada keupayaan mereka melaksanakan semua projek ini dengan jayanya.

Kontrak pembinaan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kedua Sungai Buloh- Serdang-Putrajaya (SSP) telah dikhaskan sebanyak 45 peratus kepada bumiputera. Kontrak ini membabitkan pakej nilai kerja sebanyak RM14 bilion. Sesuatu yang boleh dibanggakan.

Syarikat bumiputera yang menyertai projek ini dibuat berdasarkan kejayaan mereka sebelum ini dalam projek laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) yang hanya membabitkan 43 peratus bumiputera sahaja. 

Ini jelas kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib memberi peluang seluasnya kepda syarikat-syarikat bumiputera dalam melaksanakan projek mega. Inisiatif ini juga turut mema­sukkan kontraktor bumiputera gred satu hingga gred enam dengan peningkatan peruntukan subkontrak untuk mereka..

Sebanyak RM900 juta diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera dari gred satu hingga gred enam dengan pecahannya adalah RM450 juta untuk gred satu hingga gred empat manakala RM450 juta lagi kepada gred lima dan gred enam.

“Bagi meningkatkan kompetensi kontrak bumiputera dalam projek rel yang kompleks, subkontrak bernilai RM600 juta diperuntukkan untuk skop pembinaan berstruktur tinggi atau elevated dan sub kontrak bernilai RM300 juta untuk kerja-kerja bawah tanah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau ber­kata, sebanyak 54 graduan bumiputera yang menjadi peserta program Usahawan Muda MRT berjaya dibantu menubuhkan 24 syarikat kontraktor gred dua.

Justeru, katanya, program selama 12 bulan dengan kerjasama MRT Corp., Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) itu akan diteruskan bagi membantu golongan bumiputera menjadi kontraktor yang berjaya.

“Sebanyak lima syarikat kontraktor ini telah berjaya mendapat kontrak di bawah projek MRT Laluan Kedua SSP,” katanya.



Tuesday, March 27, 2018

PENYUSUNAN SEMULA RAPID KL DI SEPANJANG MRT SBK



Sudah terbukti Rapid Bus Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan bas diseluruh Lembah Klang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Pekerjanya berdisiplin, kemas dan profesional telah mengangkat nama Rapid sebagai sebuah syarikat pengangkutan awam yang berjaya.

Rapid Bus juga menyediakan perkhidmatan bas perantara untuk setiap stesen MRT dengan kekerapan 10 ke 15 minit setiap satu. Kali ini Rapid Bus Sdn Bhd akan menyusun semula laluan basnya di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK Line).

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Bus bahawa langkah itu adalah untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan, kesalinghubungan dan mobiliti untuk pelanggannya mulai 1 April 2018.

"Beberapa laluan bas peringkat Rapid KL akan diserahkan kepada perkhidmatan bas pengantara MRT untuk meningkatkan dan mengoptimumkan penggunaan aset dan meningkatkan kesalinghubungan dan mobiliti," katanya.

"Ini akan menjadi kali ketiga perkhidmatan bas pengantara MRT mengambil alih laluan yang dikendalikan oleh perkhidmatan bas peringkat Rapid KL sejak pelancaran Fasa Dua rangkaian bas pengantara MRT pada Julai tahun lepas," kata kenyataan itu.

Inisiatif yang akan dijalankan di bawah penstrukturan semula adalah:

* Menamatkan laluan bas Rapid KL 301 (antara Hub Sri Nilam dan Taman Midah), T771 (antara Subang Bestari dan Subang Perdana) dan T800 (antara Pelangi Damansara dan Bandar Utama) dari 1 April.

* Laluan T305 (di antara MRT Taman Midah dan Hub Sri Nilam) akan dijadikan perkhidmatan bas pengantara baru di stesen MRT Taman Midah untuk menggantikan laluan bas Rapid KL 301. Laluan ini akan dilanjutkan ke Entrance B, Stesen MRT Taman Midah.

* Laluan T803 (antara MRT Kwasa Sentral dan Subang Suria) akan disesuaikan untuk menampung laluan yang disampaikan oleh laluan Rapid KL T771 (antara Subang Bestari dan Subang Perdana) dan diperluas ke Subang Perdana.

* Pelanggan yang melancong di Laluan T800 boleh memilih laluan bas Rapid KL 780 (antara Kota Damansara dan Pasar Seni) atau 802 (LRT Kelana Jaya dan Kota Damansara) ke Bandar Utama selepas laluan berhenti beroperasi dari 1 April.

* Penyusunan semula kecil ke Laluan T104 (antara MRT Kampung Selamat dan Kg Baru, Sungai Buloh) untuk menampung kawasan perindustrian di sepanjang Jalan Baru, Sungai Buloh untuk memenuhi keperluan pelanggan.

* Laluan bas Rapid KL T402 (antara LRT Salak Selatan dan HUKM) dan T772 (antara Bukit Subang dan Lapangan Terbang Subang) akan disambungkan untuk menghubungkan Entrance A dari Stesen MRT Taman Midah dan stesen MRT Kwasa Sentral selepas laluan diberikan kepada pemancar MRT perkhidmatan bas.

Pelanggan yang ingin ke Lapangan Terbang Subang boleh menaiki laluan bas Rapid KL 772 (antara Subang Suria dan Pasar Seni) atau T804 (antara MRT Kwasa Sentral dan Subang Perdana) dari Subang Perdana.


Tambang bas dan waktu operasi kekal tidak berubah.

Monday, March 26, 2018

GRAB AMBILALIH PERKHIDMATAN UBER



Semalam dunia perkhidmatan e-hailing digejutkan dengan pengumuman pengambilalihan operasi Uber Asia Tenggara oleh Grab. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama dan Ketua Eksekutif Grab, Anthony Tan menganggap pengambilalihan itu merupakan satu permulaan baru. 

Pengambilalihan ini sedikit sebanyak akan mengubah lanskap pengangkutan awam di Lembah Klang khususnya. Begitulah resam dunia tidak ada yang akan kekal berdiri mengah selama-lamanya. 

Syarikat Teksi sewajar melihat perubahan dari sudut yang lebih positif. Dunia hari ini berubah dengan pantas, siapa yang menunggu akan terus ketinggalan dan hilang dalam arus permodenan. Tidak selama-lamanya mereka akan terus dilindungi. Mereka seharusnya bergerak pantas bersama arus teknologi terkini ajar tidak ketinggalan dan terus hilang. 

Adakah pengabungan dua syarikat  pengangkutan ini akan membawa perubahan dalam indutsri pengankutan awam di negara kita, sama-samalah kita lihat keputusannya nanti. 

Dalam pada itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan medianya hari ini memberitahu pihaknya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil.


Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional.

Thursday, March 22, 2018

300 PEMANDU TEKSI TERIMA LESEN INDIVIDU



Seperti yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini, sekali lagi seramai 300 pemandu teksi menerima lesen individu daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Ini satu lagi kesinambungan usaha kerajaan membantu pemandu teksi untuk masuk dalam arus persaingan yang lebih kompetitif. 

Sebelum ini pun pada 31 Mac 2017 yang lalu, SPAD telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka.

Program TITP ini merupakan sebahagian daripada inisiatif-inisiatif bagi menambahbaik kebajikan para pemandu teksi dan untuk mewujudkan satu persekitaran persaingan yang lebih sihat dan adil dalam industri pengangkutan awam darat.


Sejak Ogos 2016 SPAD telah menerima 3007 permohonan yang telah melalui proses saringan bagi memastikan mereka mematuhi syarat-syarat pelesanan yang ditentukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri teksi negara.

Kumpulan kelima penerima lesen ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Mereka yang menerima lesen individu ini terdiri daripada 159 pemandu teksidan 142 pemandu kereta sewa. 

Majlis penyampaian lesen teksi individu ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri. Menurut Nancy pemberian lesen individu ini merupakan satu inisiatif progresif oleh kerajaan dan SPAD dalam merungkai permasalahan, keluh kesah pemandu teksi di bawah sistem pajak yang mencengkam mereka. 

Dengan memberikan pemandu-pemandu teksi ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, kita berharap akan lahirlah satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak dan lebih berdaya saing di dalam dunia yang mencabar dan penuh pesaingan ini. 

Oleh itu menerusi TITP, pemberian lesen individu ini diharap kebajikan mereka terjaga dan usaha mereka mendapat perhatian daripada kerajaan. Dan mereka dapat bersaing dengan perkhidmatan lain diluar sana. 

Apa yang lebih menarik, 74 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Sehingga kini seramai 2493 pemandu teksi telah menerima lesen individu dan sebanyak 82 Geran Tunai kerajaan yang bernilai RM410,000 telah diberikan kepada pemandu teksi yang layak. 

Secara keseluruhan, TITP adalah satu pembuka jalan bagi industri teksi Malaysia untuk menjadi lebih mampan dan responsif kepada kuasa pasaran pada masa hadapan.

Thursday, March 8, 2018

TREM PERTAMA BAKAL DIPERKENALKAN 3 TAHUN LAGI




Dalam memastikan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang lebih mudah, murah dan selesa, SPAD merancang untuk menambahbaik sistem pengangkutan bagi awam bagi kemudahan rakyat. 

Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang bakal menikmati sistem pengangkutan yang lebih moden dan canggih. Sistem pengangkutan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan trem yang mana ia dijangkakan akan mengambil masa tiga tahun dari sekarang. 

Apa yang menarik kos pembinaannya lebih murah berbanding perkhidmatan monorel iaitu kurang 30 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata SPAD akan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) kepada kerajaan.

Menurutnya lagi sistem trem ini lebih cekap dan mesra alam dan lebih murah kosnya. Sudah tentu ini akan lebih menguntungkan banyak pihak terutama kerajaan dan rakyat. 

Pengangkutan awam di Putrajaya khususnya perlu dibuat penambahbaikan apatah lagi ianya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. 


Semua itu antara perancangan yang akan dibuat bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di Putrajaya supaya pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu memiliki hab pengangkutan awam darat bersepadu pada masa akan datang.

Salah satu ciri yang menarik trem yang bakal digunakan ini adalah ianya jenis yang baru, moden dan lebih senyap daripada yang biasa kita lihat di Amerika, China, Taiwan dan Eropah. 


Katanya fasa pertama tram berkenaan sejauh 53 kilometer akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Sistem itu akan bersalinghubung dengan sistem LRT, MRT, Monorel, ERL dan HSR.

Mohd Azharuddin berkata demikian selepas sesi taklimat kepada media mengenai Laporan Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2017 di Kuala Lumpur, Selasa.

Azhar berkata, selepas mendapat RFP, SPAD akan membentangkan kertas projek itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Friday, March 2, 2018

PERDANA MENTERI LANCAR MESIN PENGOREK (VDTBM)

Hari ini sejarah negara tercipta lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pelancaran kerja pembinaan terowong untuk Transit Aliran Maasa (MRT) Bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di Bandar Malaysia. 

Laluan SSP adalah yang kedua dibina di bawah Projek MRT Lembah Klang selepas MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 km.

Projek MRT SSP ini dijangka siap pada Julai 2022 dan bakal memiliki 35 stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah sepanjang 52.2 kilometer (km).

Anggaran kos MRT SSP dianggar bernilai RM32 bilion dengan fokus utama pembinaan tertumpu kepada kerja pengorekan terowong yang lebih rumit dan mencabar, berbanding laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Perdana Menteri juga melancarkan Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) yang pertama daripada 12 mesin sama untuk kerja pembinaan berkenaan.

Menariknya pada pelancaran MRT (SSP) ini apabila Perdana Menteri menekan kunci pada panel Khas sebagai simbolik dan pada masa yang sama mesin pemotong VDTBM mula menjalankan tugasnya.

VDTBM yang dilancarkan hari ini adalah VDTBM Pelbagai Kepadatan yang direka khusus untuk mengendalikan keadaan geologi formasi batu kapur yang mencabar di Lembah Klang. Ia juga merupakan yang pertama untuk menjalani servis penyelenggaraan di Malaysia.

Beliau  menyifatkan projek ini sebagai satu lagi sejarah kepada negara dalam usaha melakukan transformasi besar-besaran kepada pengangkutan awam negara terutama di Lembah Klang.

Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, 
 Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri; dan Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara (KSN), Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Samad; Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah; Pengarah Urusan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling dan Pengerusi MMC Corporation, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Perdana Menteri melihat sendiri  mesin pengorek terowong dari dek tinjauan di pelantar syaf pelancaran..

Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai memberitahu pemberita bahawa Laluan SSP sudah 22 peratus siap dan dijadual siap pada 2021. Beliau melahirkan rasa puashatinya terhadap projek ini. 

MRT  SSP ini bakal melalui laluan Sungai Buloh ke Putrajaya akan melalui lokasi seperti Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Thursday, March 1, 2018

CABARAN GETIR MEMBINA TEROWONG

Tidak pernah kita bayangkan kerja-kerja sukar seperti pembinaan terowong untuk projek seperti MRT SBK dan MRT SSP dilaksanakan di Malaysia. Sebagai sebuah negara  yang menuju ke negara Maju kita perlu bersedia menghadapi apa jua cabaran untuk menjadikan  negara kita sebagai sebuah negara maju.

Seperti yang telah kita sedia maklum projek MRT SBK telah siap sepenuhnya pada tanggal 17 Julai 2017. MRT Sungai Buloh – Kajang sepanjang 51 km yang akan menjadi “game-changer” dan membawa satu lonjakan berganda bagi warga ibu kota.

Manakala projek Projek MRT SSP ini pula bakal menyumbang kepada lonjakkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Klang sebagai sebuah World Class City dan meningkatkan tahapnya dari segi livabiliti kawasan ini. 

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT) Corp telah bersedia melaksana menggali terowong bawah tanah bagi laluan Sungai Buluh -Serdang dan Putrajaya  (SSP).
Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) akan menghadapi kerja pengorekan terowong yang lebih rumit dan mencabar berbanding Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) disebabkan keadaan geologi bawah tanah. 

Selain struktur tanah yang berbeza, terdapat tujuh garis sesar (fault line) yang akan memperlahankan kerja-kerja pengorekan tersebut. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022 dan akan memiliki 35 stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah di sepanjang 52.2 km jajaran.




 The S776 tunnel boring machine  sekali lagi akan hilang di bawah tanah sehingga suku akhir tahun 2019 untuk kerja-kerja garis SSP terakhir digunakan untuk mengangkut terowong kembar panjang 9.5km di MRT Sungai Buloh-Kajang. Barisan ini kini berkhidmat hampir 120,000 penumpang setiap hari.


MRT akan melaksanakan pemeriksaan mesin-mesin pengorek terowong sebelum di bawa ke Malaysia. MRT menambah 4 lagi mesin baru daripada 8 mesin yang telah sedia ada yang akan digunapakai semula  daripada projek MRT Sungai Buloh -Kajang yang lalu. Ini menjadikan keseluruhan mesin ysng digunakan berjumlah 12 buah mesin.

Empat Mesin tambahan ini akan digunakan untuk melakukan kerja-kerja membuat terowong untuk projek MRT yang ke dua ini. 

Wednesday, February 28, 2018

PEMBATALAN PERKHIDMATAN TAMBAHAN ETS




Perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan yang beroperasi pada setiap hujung minggu bagi laluan Sungai Buloh-Ipoh-Sungai Buloh ditarik semula daripada jadual operasi bermula esok.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata pembatalan perkhidmatan tambahan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja projek naik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) yang menggunakan hanya satu platform di Stesen Sungai Buloh.

Sebarang pertanyaan berkaitan jadual waktu perjalanan perkhidmatan tren ETS, boleh layari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

Sunday, February 25, 2018

ECRL DI SERANG





Tidak pernah ada yang kena pada mata pembangkang apa yang baik kerajaan buat untuk rakyat walaupun manfaat itu mereka pun dapat. Termasuklah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Tak habis-habis dikritik dan dicemuh pemabangkang kononnya membazir wang rakyat. Menurut mereka projek ini tidak diperlukan rakyat. 

Kita tidak pernah dengatr pun rakyat kata tak nak dengan projek ECRL ini, bahkan yang tak sabar-sabar menunggu siapnya projek ini adalah. Rata-rata rakyat amat ternanti-nanti untuk merasai kejayaan projek ini nanti.

Kita sedia maklum projek yang bernilai RM55 bilion ini akan memberi impak yang cukup positif kepada ekonomi negara terutama kepada sektor perdagangan dan pelancongan. Ia juga bakal memberi impak yang besar pada pasaran hartanah negara di beberapa kawasan di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan terutama di sepanjang 688 kilometer laluan ECRL. Di yakini bandar-bandar baru akan muncul dan ini seterusnya akan merancakkan ekonomi negara.

Jika kita soroti pada tahun 2016, perdagangan antara Malaysia dan China telah menunjukkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus  iaitu sebanyak RM240.9 bilion. Ianya meningkat 1.5 peratus kepada RM 1.48 trilion berbanding RM1.46 trilion pada tahun sebelumnya. Hasil daripada  laporan Global Competitiveness 2017 ekonomi Malaysia berada di tangga ke-23 paling kompetitif di dunia bagi tempoh 2017-2018 dan berada di tangga keempat terbesar di Asia Tenggara.


Eksport Malaysia ke China bernilai RM98.56 bilion terdiri daripada komoditi, barangan perkilangan, produk petroleum, getah asli, logam, kelapa sawit dan produk pertanian berasaskan kelapa sawit. Turut meningkat juga ialah bahan produk kimia, peralatan optik dan saintifik, makanan yang diproses, kelengkapan pengangkutan dan produk kayu yang didaftarkan. 


Dengan peningkatan itu, tidak hairanlah apabila Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 negara perdagangan teratas dan pembinaan ECRL yang boleh memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dalam masa kurang dari empat jam dilihat menjadi salah satu inisiatif utama untuk melonjakkan Malaysia ke arah itu.

Pembinaan ECRL dilihat mampu menyelesaikan beberapa isu antaranya potensi negeri-negeri Pantai Timur yang belum diteroka, memudahkan proses pengangkutan produk dari Pantai Timur ke Pantai Barat dan kewujudan industri baharu disebabkan terdapat laluan perdagangan yang cepat selain dapat meningkatkan produktiviti Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Pantai Timur.


Malah, ECRL yang berkemungkinan menjadi sebahagian daripada rangkaian kereta api Kunming-Singapura itu dijangka digunakan oleh 5.07 juta penumpang menjelang 2025 dan jumlah itu bakal meningkat kepada 5.97 juta pengguna pada 2035.


Jajaran kereta api elektrik yang akan melalui terowong sepanjang 49 kilometer di 19 lokasi dengan terowong terpanjang di Malaysia dibina dari Bentong, Pahang ke Gombak, Selangor sejauh 17.8 kilometer itu juga akan membawa sebanyak 26 juta tan kargo setiap tahun menjelang 2025 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 40 juta tan setahun menjelang 2035.


Menurut Penganalisis MIDF Research, Abdul Fadhli Zil Ikram Dzulkifly, perubahan melalui pertumbuhan logistik itu akan merangsang bekalan dan permintaan yang menyumbang sebahagian besar daripada keluaran dalam negeri kasar dan penghasilan pertanian Kelantan.


“Penerima manfaat utama dalam kes ini ialah Pusat Bekalan Tok Bali dan syarikat-syarikat yang beroperasi di situ serta Kawasan Pembangunan Bersama Thai Malaysia.


“Masa perjalanan yang pendek membolehkan masyarakat memasarkan produk keluaran mereka dan ia sekali gus dapat merancakkan lagi sektor perkhidmatan dan agrikultur,” katanya.


Ulas beliau lagi, projek tersebut dijangka mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembinaan dengan potensi peningkatan aktiviti pembinaan menerusi ECRL selain menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Mempromosi


Sementara itu, Timbalan Pengarah (Hubungan Industri dan Pengkomersialan) Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Dr. Shahrin Nasir pula berpendapat, penjajaran keseluruhan rangkaian kereta api itu secara tidak langsung boleh mempromosi pelancongan di kawasan tersebut.


“Ramai berpendapat Tok Bali akan memperoleh manfaat besar melalui projek ini tetapi pada pendapat saya, ia juga boleh mempromosi pelancongan di kawasan tersebut.


“Persekitaran perniagaan juga akan berubah dengan tumpuan terhadap pembangunan perindustrian di Pantai Barat akan bertukar tempat. Menerusi ECRL, kita dapat lihat banyak kawasan perindustrian di Pantai Timur dan pada masa sama menyokong projek sedia ada di kawasan itu,” jelas beliau.


Kewujudan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pantai Timur juga bakal bertambah dengan adanya ECRL kerana industri yang menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia itu berupaya menyumbang 97.3 peratus daripada pertumbuhan perniagaan.


Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui PKS dilihat berkembang antara 5.0 dan 5.5 peratus pada 2016 dan antara 5.0 dan 6.0 peratus pada 2017.


Ini menunjukkan keupayaan PKS dalam mengembangkan perniagaan, memberi nilai tambah yang lebih besar kepada pasaran global dan menjana pertumbuhan pekerjaan yang lebih tinggi.


Menurut Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang, Yusri Yusof, projek tranformasi atau game changer cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu mampu mengimbangi pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.


“Sebelum ini kita lihat pelaburan baik daripada dalam mahupun luar negara lebih banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat. Ini kerana kemudahan infrastukturnya lebih lengkap termasuk dari segi jaringan pengangkutan darat mahupun udara.


“Bagaimanapun dengan adanya perkhidmatan yang bakal merentasi kawasan-kawasan bandar kecil di negeri ini termasuk Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, Kota SAS, dan Kuantan Port City I dan II serta Cherating, ia dilihat sebagai sebagai ‘gerbang rezeki’ untuk menarik pelabur bagi menanam modal di sini pula,” katanya.


Ujarnya lagi, dalam masa yang sama usahawan PKS di kawasan-kawasan yang berkenaan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk keluaran mereka seperti ikan patin dalam sangkar, kraf tangan dan produk makanan seperti Halia Bentong apabila stesen yang melalui kawasan itu siap kelak.


Secara keseluruhannya, pembinaan ECRL yang dibangunkan melalui kerjasama strategik perindustrian antara Malaysia dengan China dan mula dibina pada Julai 2017 serta dijangka siap pada 2024 itu melakar sejarah baharu dalam sistem pengangkutan awam negara. Ia juga berupaya menjadi pencetus perubahan pembangunan di Malaysia selain meningkatkan sektor ekonomi dan perdagangan negara di mata dunia.



Tuesday, February 13, 2018

SPAD LULUS 61 SYARIKAT BAS SERTAI SKIM ISBSF


ISBSF telah diwujudkan pada tahun 2012 oleh kerajaan bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat bas, bagi menampung kerugian yang dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.

Kerajaan sedar tentang masalah ini, laluan yang terletak di luar bandar perlu juga diberi perkhidmatan bas kerana penduduk masih memerlukannya untuk meneruskan aktiviti harian. 

Justeru itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah  meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).

Sebenarnya dana  ISBSF ini, telah banyak membantu syarikat bas meneruskan operasi mereka di kawasan luar bandar agar pengguna di kawasan ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam ini. Fikirlah sendiri jika tanpa dana ini bagaimana syarikat bas nak menampung operasi ini, tentu sulit untuk mereka meneruskannya.

Gopi Travel Tours(GTT) merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di Simpang Pertang di Jelebu, adalah syarikat ke- 61 yang diluluskan SPAD bagi menyertai skim ini. 
Dengan skim bantuan ini membolehkan syarikat mereka membuka semula laluan dari Simpang Pelangai- Bentong- Batu Kikir yang ditamatkan 15 tahun lalu.

Bayangkan jika tanpa skim bantuan ini daripada kerajaan, bagaimana penduduk di luar bandar dapat menikmati perkhidmatan ini dengan harga yang murah dan berpatutan. Kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, mahukan semua rakyat merasai nikmat pembangunan negara sama ada dibandar mahu pun diluar bandar. 

Saturday, February 10, 2018

KEMPEN KESELAMATAN WANITA DALAM PENGANGKUTAN AWAM






Gangguan seksual ialah sebarang tingkah laku bersifat seksual yang tidak diingini, merangkumi ganguan secara lisan, visual, psikologi atau fizikal. Wanita diganggu secara seksual di jalan, dalam pengangkutan awam dan terutamanya di tempat kerja. Gangguan seksual mewujudkan satu serangan, mengugut, bekerja dan persekitaran hidup bersikap bermusuhan. Kedua-dua lelaki dan wanita adalah mangsa dan pelaku.


Dalam industri pengangkutan awam di Malaysia, seharusnya ssyarikat-syarikat pengangkutan awam  mengambil langkah perlu bagi memastikan perkhidmatan yang mereka berikan selamat untuk rakyat terutama wanita. Justeru itu pemantauan perlu di pertingkatkan  berikutan isu gangguan seksual dalam pengangkutan awam terhadap wanita.

Diatas usaha dan inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah  telah mengada kan kerjasama bersama sebuah organisasi antarabangsa bagi  meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap isu ini  yang mana melibatkan wanita dalam perkhidmatan awam 

SPAD akan melancar satu video yang bertajuk  "Public Transport Is Not Gender Neutral.Bringt The Light". Menurut Ketua Eksekutif SPAD , Mohd Azharuddin Mat Sah  Tujuan video ini dilancarkan adalah untuk menyebarkan maklumat agar pengguna lebih peka terutamanya golongan wanita dalam perkhiidmatan awam. 

Kempen dan video ini bakal di hasil kan oleh SPAD dengan kolaborasi bersama International Assosiation of Public Transport (UITP) dan juga Bank Dunia. Ianya dijadualkan dilancarkan di seluruh dunia  bersempena hari wanita antarabangsa yang jatuh pada 8 haribulan Mac ini.

"Kita telah mengambil langkah ini untuk menyebarkan kepekaan kepada keselamatan dan suasana yang selamat pada pengangkutan awam di Malaysia" kata Azharuddin.

Acara ini di adakan sempena Forum World Urban. yang ke 9.

Ia juga di adakan kerana mahu meneliti isu paling penting yang di hadapi oleh bandaraya seluruh dunia.

WUF ini di anjurkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurut laporan UITP lebih 80% wanita mengamali gangguan seksual ini ketika menggunakan pengangkutan awam dan 90% tidak melaporkan nya.,
Malah laporan menyatakan wanita merasa lebih selamat di kawasan awam dari beradea di dalam pengangkutan awam.

Kempen seluruh dunia ini juga menyeru orang awam membantu menyebarkan kepekaan ini melalui media sosial dengan hashtag #PT4ME., (Public Transport for me.).


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran mengenai berkecuali gender ketika menggunakan pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah berkata mereka akan melancarkan sebuah video yang dipanggil "Pengangkutan Awam Bukan Neutral Jantina: Bawa Cahaya!" untuk menyebarkan kesedaran di kalangan penumpang.

Kempen video adalah kerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) dan Bank Dunia dan akan dilancarkan secara global sempena Hari Womens Antarabangsa yang jatuh pada 8 Mac.

"SPAD gembira dapat bekerjasama dengan kedua-dua organisasi besar itu untuk menyebarkan kesedaran mengenai berkecuali gender di kalangan penumpang.

"Malaysia sangat prihatin terhadap keterangkuman, dan saya gembira kerana kami mengambil pendekatan ini dalam menyebarkan kesedaran mengenai persekitaran selamat di pengangkutan awam," kata Azharuddin selepas melihat video itu.

Acara ini diadakan bersempena dengan Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) yang bertujuan untuk mengkaji isu-isu yang paling mendesak yang dihadapi oleh bandar-bandar di seluruh dunia.

Acara biennale adalah forum teknikal bukan undang-undang yang telah diselenggarakan oleh Program Penyelesaian Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) sejak tahun 2002.

WUF9 dihoskan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan tema "Bandar-bandar 2030, Bandar untuk semua: Melaksanakan Agenda Bandar Baru".

Menurut laporan oleh UITP, lebih daripada 80% wanita mengalami gangguan seksual terhadap pengangkutan awam, 90% daripadanya tidak dilaporkan.

Laporan itu menambah kebanyakan wanita berasa lebih selamat di jalan daripada pengangkutan awam.