Sunday, March 5, 2017

Bayi berbalut tuala di belakang rumah




Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my

Sandakan: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan, ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Sejati, Batu 7, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, bayi seberat 1.5 kilogram berkenaan itu ditemui orang ramai yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati bayi lelaki itu dibalut tuala putih dalam keadaan sempurna dan tanpa kecederaan.

"Tali pusat bayi itu sudah dipotong dan uri tidak ditemui bersamanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOk) Sandakan untuk rawatan.

Katanya, berdasarkan pemerhatian awal, pernafasan bayi itu lemah mungkin disebabkan terdedah kepada cuaca sejuk.

Beliau meminta mereka yang memiliki maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

"Mereka boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Jesmera Bandong menerusi talian 013-5719706 ," katanya.

No comments:

Post a Comment