Thursday, February 23, 2012

Hassan Ali cabar pakatan Parasit.....bongkar jika ada salah laku saya dulu..!!!

Dalam road shownya yang ke 21 di kampung Bendahara ,Selayang Baru. Dato Hassan Ali mencabar Pakatan Pembangkang supaya mendedahkan apa yang mereka katakan salahlakunya semasa memegang jawatan Exco Agama kerajaan negeri Selangor. Tapi jangan mereka ingat saya tak tahu apa yang mereka lakukan. Sebagai Exco selama 3 tahun 11 bulan, saya tahu lah apa yang berlaku. barang mau diingat, pendedahan saya akan mengoncang kerajaan Negeri Selangor. Dato Hassan Ali juga mendedahkan tektik halus yang digunakan oleh pendakwah-pendakwah kristian. Mereka sanggup bersolat bersama-sama dengan org Islam, bergaul mesra dengan orang melayu Islam, mengamalkan budaya seperti budaya orang melayu. Mereka ini sangat licik dan berbahaya. Beliau membenarkan dakwaan bahawa dia mengadakan rundingan dengan Khir Toyo. Hassan Ali menjelaskan bahawa rundingan ini berkisar bangaimana ingin mendirikan kerajaan yang akan mendaulatkan ISLAM, MELAYU dan RAJA. Dan pekara ini juga telah di khabarkan kepada Presiden PAS sendiri iaitu Dato Hadi Awang, bahkan Hadi Awang sendiri telah berpesan ,barang siapa yang mempersoalkan tindakan beliau....bolehlah menalipon sendiri kepadanya. Mengenai fitnah PKR yang menyatakan dia gila jawatan , Dato Hassan Ali meminta para hadirin berfikir secara logik, adakah kerusi yang dimenangi PAS pada PRU12 membolehkan beliau menjadi Menteri Besar. PKR menang 15, DAP 13 dan PAS pula 8, tuan-tuan fikir le secara logik, Bolehkah PAS nak ambik jawatan MB. katanya berseloroh, sambil disambut ketawa hadirin.

Wednesday, February 22, 2012

Anwar kena lempang sedas lagi dgn Nik Aziz.....!!!!

Anwar, Palestine dan IsraeL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.



Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.