Anda mungkin tidak menyukai AES ...., namun ingatlah AES hanya menyusahkan pemandu yang tidak patuh pada undang-undang jalan raya. Iaitu mereka yang merasakan rugi jika kenderaan mereka dipandu perlahan kerana mempunyai cc yang tinggi.
Jika ada yang masih marahkan kerajaan kerana memasang AES, ingatlah tragedi kemalangan bas di Pagoh pada Disember 2016 yang mengorbankan 14 nyawa. Mampukah kita menerima berita seperti itu lagi? Mahukah kita ia berlaku lagi ?
Banyak lagi kejadian kehilangan nyawa yang berpunca dari memandu melebihi had laju. Mungkin ada diantara mereka saudara mara, rakan atau teman kita. AES mungkin bukan ubat yang terbaik bagi penyakit ini, namun pencegahan perlu dibuat demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Tidak hanya cukup dengan sistem AES, bagi menambahbaikkan sistem ini ia digabungkan dengan sistem KEJARA yang mana ia kini dikenali sebagai Sistem AwAS.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pelaksanaan sistem AES telah digabungkan dengan sistem KEJARA bagi membentuk satu sistem penguatkuasaan yang dinamakan AwAS.
Kerajaan amat mementingkan keselamatan rakyat dijalan raya. Agak pelik apabila ada yang marahkan kerajaan kerana memasang kamera AES dengan alasan ianya menyusahkan rakyat, membebankan rakyat dengan mengaitkan dengan kos kehidupan yang tinggi. Sebenarnya apa kaitannya AES dengan kos kehidupan ?
Jika yang dimaksudkan dengan jumlah saman yang nak kena bayar diatas kesalahan memandu melebihi had laju, itu adalah salah diri sendiri bukannya salah kerajaan. Jika tidak mahu didenda, ikutlah peraturan jalan raya.
Laporan di laman web See Hua Daily yang menyatakan tiga kamera AES akan di pasang di tiga lokasi di Miri adalah tidak benar. Kementerian Pengangkutan Malaysia menafikan berita tersebut, ianya tidak benar sama sekali. Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak ada asas. Jika ada kemusykilan, mereka boleh rujuk dengan media arus perdana yang mempunyai integriti dalam setiap laporan.
Setiap kamera AES yang diletakkan di sesuatu tempat ianya bergantung kepada proses dan kajian yang terperinci. Kerajaan juga mengambil kira pandangan masyarakat setempat selain melihat kekerapan kemalangan yang berlaku dikawasan berkenaan. Kementerian juga melihat lokasi-lokasi cadangan yang ada resiko berlakunya kemalangan.
Sehingga hari ini YB Menteri Pengangkutan hanya mengumumkan 7 lokasi baru sistem AwAS yang telah dikenalpasti dan dilaksanakan. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sebanyak 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak adalah berita palsu, tidak benar sama sekali.
Melaksanakan sistem AwAS ini tidak berkmaksud Kementerian Pengangkutan mengbambil alih kerja polis, bidang kuasa penguatkuasaan kesalahan had laju dan penguatkuasaaan kamera bergerak masih lagi di bawah bidang kuasa pihak Polis.
Rakyat perlu merujuk kepada Kementerian Pegangkutan Malaysia untuk mendapat maklumat yang BENAR DAN SAHIH tentang sistem AwAS. Jangan mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang berlegar-legar dalam media sosial.
No comments:
Post a Comment