Thursday, July 30, 2015

LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA UNTUK PENEROKA HARAM CAMERON HIGHLAND ?


Saya benar-benar tidak faham kenapa Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dengan bermurah hati mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada PENEROKA HARAM yang mengusahakan kebun sayur secara kecil-kecilan di CAMERON HIGHLANDS.

Dimaklumkan PTG negeri sedang memproses kira-kira 550 permohonan TOL bagi tujuan tersebut.

Rakyat nak tahu adakah 550 pemohon ini telah disabitkan dengan kesalahan penerokaan haram tanah di CAMARON HIGHLANDS atau mereka adalah individu lain yang menjadi Ali Baba Bujang Lapuk peneroka Haram...???



Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada peneroka haram di Cameron Highlands hanya untuk penanam sayur kecil-kecilan yang mengusahakannya sebagai punca pendapatan untuk menyara keluarga, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, peneroka tanah haram yang mengusahakan kebun sayur skala besar tidak termasuk dalam kategori mereka yang boleh dipertimbangkan bagi lesen TOL, kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha pemulihan dan kelangsungan ekosistem tanah tinggi itu. 

Beliau berkata, kerajaan negeri kini dalam proses mengenal pasti mereka yang memenuhi kriteria untuk dipertimbangkan dan berharap urusan pengeluaran lesen sementara itu dapat diselesaikan pada awal Mac ini. 

"Pemberian TOL pernah dilakukan sebelum ini, namun ia dihentikan pada tahun 2000. Pemeriksaan yang kita lakukan di Cameron Highlands mendapati ada di antara penanam sayur ini telah mengusahakan tanah selama berpuluh-puluh tahun, malah ada yang sehingga 60 tahun.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/31785

SERPIHAN PESAWAT DITEMUI

AINT-ANDRE, PERANCIS 29 Julai - Penemuan serpihan bangkai pesawat dipercayai bahagian sayap yang dikaitkan dengan komponen Boeing 777 di kepulauan La Reunion di Lautan Hindi hari ini menimbulkan kembali spekulasi penemuan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.
Serpihan berkenaan sepanjang dua meter yang ditemui kelihatan seolah-olah sebahagian daripada sayap ditemui oleh orang ramai yang sedang membersihkan pantai berkenaan.
Lokasi tersebut yang di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar dan kira-kira 175 kilometer barat daya Mauritius.
“Serpihan itu telah diliputi cengkerang mungkin kerana ia telah berada lama di dalam air,” kata seorang saksi.
Ekoran itu, pihak berkuasa pengangkutan Perancis telah membuka siasatan bagi menyiasat bangkai pesawat berkenaan.
Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman tidak menolak kemungkinan bangkai itu milik MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan pada Mac tahun lepas.
Tytelman menyatakan berdasarkan gambar media tempatan terdapat “persamaan yang luar biasa antara flaperon B777 dan serpihan yang ditemui.” merujuk kepada sebuah Boeing 777 - jenis pesawat yang hilang.
Bagaimanapun, laporan media turut menyebut terdapat beberapa kemalangan udara membabitkan pesawat Boeng dan Airbus di kawasan berkenaan termasuk Yemenia Airlines pada tahun 2009.
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Pesawat B777-200 itu membawa 239 penumpang yang terdiri daripada 227 orang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Operasi pencarian pesawat berkenaan masih berjalan di selatan Lautan Hindi selepas diisytiharkan berakhir di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kekal komited untuk menyokong siasatan MH370 dan pencarian pesawat tersebut.
“Kami terus berkongsi kepakaran teknikal dan analisis. Matlamat kami, bersama-sama dengan industri penerbangan global keseluruhan, bukan sahaja untuk mencari kapal terbang, tetapi juga untuk menentukan apa yang berlaku dan mengapa,” kata gergasi penerbangan Amerika Syarikat itu.
Tytelman juga menyatakan komponen dengan kod rujukan BB670 mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.
“Kod ini bukan nombor pendaftaran kapal terbang, mahupun nombor siri. Namun, adalah jelas bahawa rujukan itu akan membolehkan pengenalan pesawat berkenaan dengan cepat. Dalam beberapa hari, kita akan mempunyai jawapan yang muktamad,” ujarnya. – AFP
-

Tuesday, July 28, 2015

SELAMAT BERTUGAS


Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tahniah Datuk Seri Zahid Hamidi , Teruskan perjuangan Datuk Seri Najib Razak.

Presiden MCA di Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kg. Baru, Bentong.

Datuk Seri Liow Tiong lai dan isteri menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri dengan penduduk di Kampung Baru, Bentong.





PBT : DIUGUT ATAU DIBELI ?

Iltizam pegawai penguat kuasa khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) dipersoal apabila kegiatan judi haram yang sebelum ini reda dikatakan ‘muncul’ kembali dan sudah mula beroperasi di beberapa negeri di Semenanjung.

Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin berkata, aktiviti melibatkan penyalahgunaan lesen pusat hiburan keluarga (PHK) adalah di bawah bidang kuasa PBT untuk meluluskan dan membenarkan pembaharuan lesen.

Katanya, PBT bertanggungjawab untuk memastikan setiap lesen yang diluluskan memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan termasuk memantau sebarang aktiviti ‘tersembunyi’ di kesemua premis PHK.

“Menyentuh aspek pemantauan, setiap pemeriksaan yang dilakukan di premis-premis berkenaan perlu diiringi pegawai integriti bertauliah kerana kita tidak mahu adanya penyelewengan atau salah guna kuasa.

“Dilema pegawai penguat kuasa ada dua, antara diugut atau dibeli. Kalau pegawai terbabit bertindak bijak dan berupaya menolak kedua-dua pilihan itu, tentu tidak timbul isu integriti lemah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jelas Azrul Akmal, penglibatan pegawai integriti bertauliah ketika melakukan pemeriksaan di kedai-kedai terbabit akan mengurangkan risiko amalan rasuah yang didakwa menjadi punca kegiatan perjudian haram sukar dihapuskan.

“Nak pantau kena ramai-ramai, tak boleh seorang saja. Kalau semua agensi ambil bahagian dan mainkan peranan masing-masing, tentu tauke kedai tak berani sogok apatah lagi nak ugut.

“Sehubungan itu, Perkasa mencadangkan supaya kita wujudkan satu persidangan khas untuk himpunkan semua pihak yang berkaitan, duduk semeja dan bincangkan tugas serta tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, persidangan khas itu bukan sahaja melibatkan agensi penguat kuasa tetapi mengumpulkan pemimpin masyarakat, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Apabila mereka sudah tahu tanggungjawab masing-masing, tidak wujud isu pertindihan kuasa ataupun menuding jari siapa yang tidak buat kerja.

“NGO-NGO juga sedia membantu penguat kuasa melakukan pemeriksaan bersama jika mereka kekurangan anggota. Jika kita bekerjasama erat, langkah membanteras gejala ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan,” ujarnya.

Monday, July 27, 2015

Hanya Tongkoi kayu saja yang percaya dengan Tongkoi Ong Pemilik kumpulan media The Edge.

Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.

Tong Kooi Ong
Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya.
Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu.

MEREKA HANYA ALAT ZIONIS

KPI pembangkang adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerajaan melalui pilihanraya, fitnah media dan demontrasi jalanan.....mereka gagal.

KPI ini diteruskan oleh sebahgian manusia didalam UMNO dan kerajaan dengan harapan idola mereka menjadi Perdana Menteri, dapatlah mereka habuan nanti kalau menjadi. 

KPI Perdana Menteri adalah meneruskan perjuangan membela rakyat dan negara demi Agama, Bangsa dan Tanahair. 

Serigala Zionis menunggu kerajaan lemah selemahnya sebelum menghantar tentera elitnya untuk serangan terakhir....serangan membunuh, termasuklah anjing-anjingnya. 

Empat beradik jadi yatim piatu

TAPAH – Empat beradik menjadi yatim piatu dalam sekelip mata apabila kedua-dua ibu bapa mereka terkorban dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 24, Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai, Teluk Intan malam kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8.20 malam itu mengorbankan Mohd. Na­zeri Abdul Razak, 45, dan isterinya, Norzuwida Ahmad Tarmizi, 41, serta ibu Norzuwida, Zalehah @ Zaleha Ibrahim, 71.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah Chenderong Balai ke Teluk Intan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.


Amaran Tengku Abdul Rahman

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain Pahang memfokuskan perhatian memburu Piala Malaysia daripada berfikir untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan.
Tegas baginda, ini kerana skuad Tok Gajah yang sedang berada pada prestasi terbaik dalam saingan Liga Super tidak harus terganggu dengan isu-isu remeh untuk mencari pasukan lain.
Menurut baginda, akhbar baru-baru ini melaporkan dua pemain Pahang berjumpa dengan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri untuk bermain dengan pasukan itu.
“Saya secara peribadi terkejut dengan laporan itu kerana daripada pemerhatiannya semua pemain skuad Tok Gajah sentiasa menunjukkan keharmonian di atas padang dan luar permainan.
“Tiada sebarang pergolakan atau perselisihan faham yang ditunjukkan oleh pemain, semua nampak okey sahaja,” kata baginda.
Tengku Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Kampung Purun Kerdau, Kuala Krau semalam.
Pada majlis itu baginda turut merasmikan dewan Terbuka Kampung Purun atas nama ba­ginda Dewan Tengku Muda Pahang Kampung Purun.
Turut hadir Timbalan Spea­ker DUN Pahang, Datuk Mohammad Jaafar, Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Datuk Norol Azali Sulaiman serta Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin.
Baginda menambah, pengurus dan jurulatih Pahang yang diketuai Zainal Abidin Hassan sangat fokus terhadap usaha untuk mempertahankan Piala Malaysia dan memastikan Piala Liga Super menjadi milik Pahang.
“Saya tidak tahu menahu tentang hasrat dua pemain Pahang untuk ke Johor Darul Takzim (Johor DT) dan maklumat berkaitan harus dirujuk kepada akhbar berkenaan yang mendapat maklumat itu,” titah baginda.
Baginda mengulas laporan akhbar mengenai dua pemain Pahang yang menemui Tunku Ismail menyatakan hasrat untuk menyertai skuad Harimau Selatan musim depan.
Tengku Abdul Rahman bertitah, sesiapa sahaja boleh memberi pandangan dan pendapat kerana niat mereka adalah untuk memantapkan pasukan masing-masing yang natijahnya untuk memartabatkan kualiti bola sepak negara.
Baginda optimis tahap disiplin dan komitmen pemain Tok Gajah dalam memburu Piala Malaysia dan Piala Liga Super yang semakin hampir menjadi milik Pahang.
“Kejayaan meraih dan mencipta sejarah untuk merangkul seberapa banyak piala yang dipertandingkan dalam negara dan Asia memerlukan pengorbanan, kerja keras dan fokus terhadap kerjaya,” titah baginda.
Baginda juga percaya pemain Pahang yang sudah semakin sebati sebagai satu keluarga tidak mudah terpengaruh dengan tawaran yang lebih lumayan tetapi tetap bersama Pahang.
Sementara itu, Zainal Abidin ketika ditemui turut terkejut dengan laporan ura-ura dua pemain skuad Tok Gajah berminat menyertai Johor DT.
Katanya, dia tidak mahu terganggu dengan laporan itu ke­rana fokus kepada pasukan untuk menjulang kejuaraan Liga Super dan mempertahankan Piala Malaysia.
“Skuad Tok Gajah sudah me­nunjukkan keserasian tinggi dan menguasai rentak permainan bertaraf tinggi bagi menyaingi pasukan hebat seperti Johor DT,” titah baginda


Penjawat awam, pegawai GLC penyokong pembangkang antara punca dasar kerajaan gagal

Hendak Jadi pemimpin kena ada sifat kesabaran, 

sabar itu adalah perjalanan kejayaan, 


sabar itu kunci kejayaan, 


sabar itu sendiri adalah kejayaan, 


Berjaya menyabarkan diri, itulah PEMIMPIN.




Tersebar di media sosial nama dua orang penyokong pembangkang yang dikatakan merupakan penjawat awam dan seorang lagi merupakan pegawai komunikasi di Khazanah.
Nama penjawat awam tersebut adalah Mohd Zahar, seorang guru di Pulau Pinang. Seorang lagi adalah Adiba Shareen, pembantu Naib Presiden Khazanah.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah sejauh mana keyakinan kerajaan Malaysia yang membayar gaji mereka bahawa mereka mampu melaksanakan tugas mereka seperti mana dikehendaki oleh sebuah kerajaan yang mendukung dasar- dasar Barisan Nasional (BN) secara bersungguh-sungguh dah berkesan.
Kedua; sejauh mana keyakinan kerajaan yang menggaji mereka bahawa mereka tidak akan bersikap khianat dan mensabotaj kerajaan pimpinan BN, baik dari aspek kerahsiaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN.
Saya berasa amat pelik bagaimanakah seorang penyokong pembangkang boleh dilantik untuk melaksana dasar-dasar kerajaan BN dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan berkesan?
Berdasarkan pemerhatian saya, seorang penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang tidak mungkin dapat melaksanakan dasar kerajaan BN dengan cemerlang dan berkesan kerana:
1. Mereka tidak yakin sepenuhnya dan tidak menyokong dasar-dasar kerajaan BN, dan atas sebab itu mereka tidak mungkin akan mempunyai sense of ownership terhadap pelaksanaan dasar-dasar ini.
2. Mereka tidak akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN secara bersungguh-sungguh supaya kerajaan BN akan dilihat gagal
3. Mereka tidak mungkin dapat menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan baik kepada subordinat mereka dan rakyat
4. Mereka akan menyerang dasar-dasar kerajaan BN dalam tindakan dan kata-kata mereka.
5. Terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mensabotaj kerajaan BN dengan membocorkan rahsia-rahsia kerajaan dan mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan BN sehingga menyebabkan dasar ini gagal
Atas sebab-sebab ini KSN dan JPA perlu membersihkan penyokong pembangkang daripada kementerian dan agensi kerajaan kerana mereka berkemungkinan besar menjadi punca kegagalan banyak dasar-dasar kerajaan.
Apakah yang akan dilakukan oleh majikan sebuah syarikat swasta atau badan korporat jika pekerja mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas?
Adakah sebuah organisasi akan terus menggaji individu yang tidak yakin dengan dasar organisasi dan tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi tersebut?
Adakah majikan akan menyimpan lagi orang seperti ini atau membuang mereka sebelum mereka memudaratkan syarikat?
Seorang penjawat awam yang menyokong pembangkang wajar meletakkan jawatan kerana jika mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas, mereka sudah dianggap tidak dapat memenuhi 'expectation' pihak yang menggaji mereka, iaitu kerajaan Malaysia.
Adakah gaji mereka juga masih HALAL jika mereka melakukan salah satu daripada 5 perkara tersebut?
Perkara yang sama juga wajar terpakai kepada sebarang lantikan di dalam Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan. Pihak yang tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi yang menggaji mereka tidak wajar dikekalkan dalam organisasi tersebut.
tun faisal dot com: Penjawat awam, pegawai GLC penyokong pembangkang antara punca dasar kerajaan gagal -

Saturday, July 25, 2015

SET BARU KERETAPI MASIH DALAM UJIAN



Dalam negara bergerak kearah negara maju pendapatan tinggi, perkhidmatan pengangkutan awam juga bergerak seiringan dalam mencapai wawasan negara maju 2020. Ini dibuktikan dengan peningkatan demi peningkatan yang dibuat oleh kerajaan terhadap perkhidatan awam. Keselesaan dan kemudahan rakyat menjadi keutamaan kerajaan. 


Perkhidmatan Tren Elekterik (ETS) antara Kuala Lumpur ke  Padang Besar  yang merupakan tren pertama yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan telah memulakan operasinya pada 10 julai lepas.Namun begitu Tren Elektrik yang  bernilai RM48 juta masih belum lagi mengunakan keretapi baru kerana masih lagi dalam ujian. 



Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa buat masa ini ETS masih mengunakan keretapi sedia ada sehingga dua set tren yang baru mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD. Menurut Tiong Lai, dua set keretapi baru yang diterima oleh KTMB daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd dari China masih belum mendapat kelulusan SPAD untuk memulakan operasinya. SPAD masih menguji sistem keselamatan perlindungan automatik tren (ATP) antara punca kelewatan kelulusan tersebut. 

Menurut Tiong Lai lagi, beliau berharap pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SPAD dapat segera menilai ciri-ciri keselamatan keretapi baru ini. Ia tidak ada masalah cuma memerlukan sedikit masa untuk penyelarasan kepada sistem ATP. 

Tren ETS ini adalah mesra pengguna terutamanya di kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) malah ETS juga dilengkapi dengan kafeteria serta layanan daripada pramugara dan pramugari.








Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur-Padang Besar yang bermula pada 10 Julai lepas belum lagi menggunakan kereta api baharu yang ketika ini masih diuji.
Sebaliknya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laluan itu pada masa ini menggunakan kereta api sedia ada sehingga dua set tren baharu untuk tujuan itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Saya menyerahkan kepada pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SPAD untuk menilai ciri-ciri keselamatan kereta api baharu itu," kata beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di sini, hari ini.
Tiong Lai yang juga Presiden MCA mengulas laporan berita baru-baru ini mengenai dua set kereta api baharu yang diperoleh KTMB daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd dari China yang masih gagal mendapat kelulusan SPAD untuk memulakan operasinya.
Kelewatan kelulusan itu dikatakan ada kaitan dengan sistem keselamatan perlindungan automatik tren (ATP).
"Sebenarnya tiada masalah. Cuma ia mungkin perlukan sedikit pelarasan kepada sistem ATP," katanya.
Sebelum ini, KTMB melancarkan perkhidmatan ETS untuk laluan Kuala Lumpur-Padang Besar pada 10 Julai lepas.
Mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini, Tiong Lai berkata semua pihak perlu menjadikannya sebagai iktibar untuk tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan sewenang-wenangnya.
Beliau turut memuji kecekapan polis dalam mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk lagi.
Insiden di Low Yat pada 11 Julai lepas yang berpunca daripada kes mencuri telefon bimbit bertukar menjadi isu perkauman apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk mengapi-apikan keadaan dengan menyebarkan maklumat berbaur perkauman.- BERNAMA

Friday, July 24, 2015

MASUK SURGA SETELAH DIKELUARKAN DARI NERAKA


Seorang muslim yang beriman dan pernah mengucapkan ikrar dua kalimat syahadat dengan mengakui bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah dipastikan akan masuk surga. Namun apakah mampir dulu di neraka atau tidak, tidak ada jaminan. Kepastian itu kita dapat bila kita baca hadits-hadits shahih berikut ini :
Dari Abi Said bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Bila ahli surga telah masuk surga dan ahli neraka telah masuk neraka, maka Allah SWT akan berkata, "Orang yang di dalam hatinya ada setitik iman, hendaklah dikeluarkan." Maka mereka pun keluar dari neraka." (HR Bukhari 6560 dan Muslim 184)
Di dalam hadits lainnya juga disebutkan hal senada :
Dari Anas r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan (Laa Ilaaha Illallah) dan di dalam hatinya ada seberat biji dari kebaikan (iman)." (HR Bukhari 44 dan Muslim 193)
Dan kita juga mendapatkan hadits berikut ini untuk menjelaskan bahwa memang benar seorang yang pernah mengucapkan Laa Ilaaha Illallah, akhirnya akan masuk surga juga, meski harus dibakar dahulu di neraka.
Dari Anas ra bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang Allah SWT yang berfirman, "Demi Izzah-Ku, demi Jala-Ku, demi Kesombongan-Ku dan demi Keagungan-Ku, Aku pasti keluarkan (dari neraka) orang yang mengucapkan (Laa ilaaha illallah)." (HR Bukhari)
Semua hadits di atas dan masih banyak lagi hadits di atas memang memberikan jaminan bahwa orang yang telah pernah mengucapkan syahadatain itu pastilah dikeluarkan dari neraka dan masuk ke dalam surga. Hanya saja masalahnya, tidak ada jaminan bahwa sebelum masuk ke surga itu apakah akan mampir ke neraka dulu atau tidak. Yang kedua, tentu saja yang dimaksud dengan mengucapkan dua kalimat syahadat itu adalah ikrar yang datang dari lubuk hati, bukan sedekar asal bunyi tapi tanpa rasa percaya.
Sebab syahadatain itu membutuhkan konsekuensi dan aplikasi langsung sebagai bukti bahwa syahadatain itu memang benar, bukan sekedar ucapan penghias bibir saja. Dan meski ada jaminan masuk surga, tapi yang namanya mampir dan disiksa di neraka bukan perkara yang bisa disepelekan. Sebab siksa neraka itu teramat pedih dan waktunya pun tidak terprediksi. Padahal yang namanya menunggu dipanggil keluar bukan pekerjaan yang menyenangkan, apalagi sambil menunggu harus menjalani siksaan pisik yang mematikan. Kalau sudah mati lalu dihidupkan kembali sekedar untuk disiksa lagi. Dan begitulah penderitaan tiada akhir sampai kapan tiada yang tahu, kecuali hanya Allah saja. Barulah suatu ketika Allah memanggilnya keluar dari neraka yang pedih setelah mungkin beberapa ratus abad untuk ukuran waktu di bumi.
Bayangkan kalau seseorang harus mampir di neraka selama 100 abad, lamanya ratusan kali dari usianya di dunia bukan? Bukankah lebih baik usia di dunia ini digunakan saja untuk menjalankan 100% perintah Allah dan menjauhkan diri 100% dari larangannya? Itu lebih mudah dari pada hidup di dalam neraka ratusan abad meski akhirnya masuk surga juga. Tapi kebanyakan manusia jarang-jarang berhitung seperti itu. Kalau-lah yang terngiang di kepala setiap orang adalah pedihnya api neraka, kami yakin di negeri ini tidak pernah terjadi korupsi.

Yakin sekali...

SHAWAL BUKAN BULAN FITNAH, SHAWAL BULAN PERSAUDARAAN DAN PERPADUAN



Status sesetengah manusia di bulan ramadhan lepas semua nampak tulus mulus cintakan Allah, suci sunguh. Kita yang mempertahankan segala fitnah dikatakan tidak menghormati bulan puasa, puasa tak diterima Allah, tak dapat keampunan Allah dan pelbagai lagi lah.

Selepas bulan ramadhan, semua topeng tu sudah hilang. Cerita fitnah dijaja kembali. Pembohongan disebar-sebar. Pelbagai soalan berunsur fitnah ditanya kepada yang di tuduh,sedangkan yang menuduh terlepas. 

Cerita-cerita iman, amal, qiyamulail, tahajud, lailatul qadar, sudah habis. Dah masuk stor, sebab Ramadhan dah pergi, yang datang shawal bersama syaitan-syaitan yang disimpan sekian lama.

Insaf.....??? Tunggu ramadhan tahun depan baru insaf akan dikeluarkan kembali dari stor. 

Adakah mereka sebegini  mendapat rahmat dan magfirah Allah di bulan Ramadhan ???

Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan



Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan. 

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk meng
ukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang. 


Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.

Thursday, July 23, 2015

MEJORITI RAKYAT BERSYUKUR KERAJAAN PRIHATIN

Ada sesetengah orang berpendapat BR1M merugikan wang negara dan sepatutnya digunakan untuk pekara-pekara lain yang kononnya lebih berfaedah, senang cerita ...cakap je lah, korang nak duit tu, banyak pula konanya.
Bayangkan, sejak berkurun yang lalu, setiap kali kita tengok TV apabila Menteri Kewangan membentangkan Bajet tahunan, ahli-ahli parlimen akan menepuk-nepuk meja kelepuk-kelepak.. kelepuk-kelepak..!!! tanda setuju....itu cerita dulu-dulu. Kita dok depan TV sekadar jadi pemerhati saja.
Lepas tu adalah TV3 akan temu ramah dua tiga orang ahli parlimen kerajaan yang sentiasa setuju 100%, betul saja...tak pernah silap, Bajet yang Terrrbaikkkk.... kononnya laa.
Manakala ahli parlimen pembangkang pula, tak payah tanya....semuanya tak baik, tak pernah ada yang baik langsung kerajaan buat untuk dia. Yang baik hanya apabila gaji ahli parlimen naik, itu saja yang diorang setuju pun.
Tapi hari ini, semua rakyat amat teruja hendak mendengar bajet...setiap tahun. Kerana setiap kali Bajet negara dibentangkan di parlimen, ada bahagian untuk masing-masing merasa. Bukan saja ahli parlimen saja yang mengetuk meja kedebuk-kedebak, kedebuk-kedebak.....tetapi Ahli parlimen kedai mamak pun turut sama menepuk meja menunjukkan kegembiraan mereka terhadap bajet yang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bentangkan setiap tahun.
Ramai rakyat bersyukur menerima sedikit imbuhan dari kekayaan negara. Sudah tentulah pada awalnya kerajaan tidak memberi dengan jumlah yang banyak, tetapi setiap tahun ada sedikit peningkatan demi peningkatan menandakan bahawa ekonomi kita berada di landasan yang betul.
Bayangkan setiap tahun anggaran RM4.5 bilion kerajaan belanjakan untuk melaksanakan pemberian BR1M untuk 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak. sedangkan sebelum ini kita sedikit pun tidak merasainya secara pemberian terus begini. Apalah sangat wang sebanyak RM4.5 bilion setahun yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Sewajarnya rakyat yang memilih kerajaan ini diberi bantuan dan diringankan sedikit beban mereka terutama kepada mereka yang tergolong dalam golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.
Semoga Allah terus memelihara negara dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan tanahair ini dari marabahaya fitnah dan menganugerahi kita pemimpin-pemimpin yang baik lagi beriman.
amiin.

MARA henti pembelian aset luar negara - Annuar Musa

MARA memutuskan untuk menghentikan pembelian aset di luar negara buat masa ini, sebaliknya akan menjual beberapa aset sedia ada termasuk Ashley House di London yang dibeli kira-kira empat tahun lalu.

 Bekas Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain menjana pendapatan agensi itu, penjualan aset di luar negara juga bagi membayar semula pinjaman pembelian aset lain di luar negara. Keputusan itu, katanya, dibuat semasa beliau masih lagi menjadi pengerusi majlis itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir Jumaat lalu. "Jika kita dapat tawaran baik, kita jual untuk menjana pendapatan bagi membayar semula pinjaman, .. ini adalah masa terbaik untuk menjualnya, contohnya di United Kingdom kerana pasaran hartanah di sana cukup menggalakkan," katanya.

Annuar yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen, di Bangunan Parlimen, di sini hari ini berkata beliau mengingatkan semua pegawai MARA supaya melaksanakan penjualan aset secara telus dan jujur serta melalui bidaan terbuka. "Saya memperingatkan pegawai yang melaksanakan tugas, sama seperti pembelian, penjualan juga mesti dibuat secara telus melalui pembidaan terbuka dan mematuhi semua prosedur penjualan aset dengan betul. 

Sementara itu, ditanya mengenai siasatan yang dijalankan pihak berkuasa ke atas pembelian hartanah di Australia, Annuar berkata, pihaknya difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kerjasama secara langsung dengan polis dan penyiasat di Australia. "Apa yang saya tahu secara umum penyiasatan sedang aktif dijalankan, dan beberapa pegawai MARA ibu pejabat dan MARA Incorporated Sdn Bhd sudah dipanggil, dan pegawai penyiasat juga ada yang sedang berada di Australia" katanya. 

Annuar juga berkata, melalui audit dalaman yang dijalankan, pihaknya mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pentadbiran MARA. "Kelemahan itu tidak semestinya satu jenayah tetapi kelemahan daripada segi tadbir urus di mana itu tidak perlu tunggu laporan akhir, kita mesti ambil tindakan segera. "Bagi saya yang penting mesti mempunyai urus tadbir yang baik serta telus dan juga tahap integriti yang tinggi. "Sebarang elemen tidak baik yang ada dalam MARA hendaklah dibersihkan dan sebarang salah laku sekecil mana sekalipun jika ia dilakukan, tindakan tegas mesti diambil daripada awal," katanya. 

Isu pembelian hartanah oleh MARA timbul apabila akhbar Australia, The Age, melaporkan "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di Melbourne pada 2013. Mereka termasuk seorang pegawai "atasan" MARA, pegawai kanan dan bekas ahli politik, yang dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit untuk pembelian blok pangsapuri Dudley International House, dengan menawarkan hampir A$5 juta lebih tinggi daripada harga asalnya A$17.8 juta. Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan "jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia. -BERNAMA

Wednesday, July 22, 2015

Pua perlu berkecuali daripada siasatan PAC terhadap 1MDB -BH

 Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkecuali daripada terbabit dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipersoal oleh rakyat berikutan timbulnya dakwaan pertemuan Anggota Parlimen DAP itu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura. "Saya awal-awal lagi telah mencadangkan kepada Tony Pua untuk mengecualikan dirinya. Saya guna bahasa yang berlapik, saya nampak macam dia tahu begitu banyak tentang soal dan masalah 1MDB. "Buat masa ini belum ada pengesahan tentang Tony Pua adalah pembangkang yang jumpa dengan Justo," katanya.

Shahrir berkata dakwaan terhadap Pua itu membabitkan integriti PAC sebagai jawatankuasa penting dalam Parlimen yang diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan. Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional. 


Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburukkan kerajaan Malaysia. Bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi pada Isnin lepas memberitahu akhbar The Star bahawa beliau telah berjumpa Justo yang mengakui menemui beberapa pemimpin pembangkang yang ingin membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan berkaitan 1MDB, di London dua atau tiga kali pada 2012 dan 2013. Shahrir juga berkata jika benar Pua telah bertemu Justo, beliau perlu mengakuinya. "Dia pun tak nak cakap sama ada dia ada jumpa Justo atau tidak, padahal kalau dah pergi jumpa, cakaplah sudah jumpa," katanya. 

Sementara itu Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan Pua yang bersikap agresif dan lantang dalam menyampaikan maklumat mengenai 1MDB hasil siasatan PAC dilihat telah mengganggu siasatan telus yang dijalankan sebelum ini. "Sebagai orang dalam PAC, anda perlu tegas, perlu menganalisis sesuatu perkara sebelum diceritakan kepada orang. "Memang dia tidak layak berada dalam PAC, hari-hari menimbulkan masalah untuk kepentingan politik. Kalau memang kita rasa ada salah (isu 1MDB), kita siasat betul-betul, jangan suka buat huru-hara," katanya. BERNAMA

AMBIL IKTIBAR KES PERGADUHAN LOW YAT

13 julai 2015, telah berlaku satu peristiwa yang hampir meragut keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia. Inilah natijahnya apabila kebebasan media sosial disalahgunakan tanpa batasan dan kawalan. Kes pergaduhan di Low Yatt wajar dijadikan pengajaran bagi mengelak keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia musnah. Kerajaan perlu lebih peka dan tegas dalam menangani kes kejadian sebegini.


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap pihak polis dapat menyiasat dengan pantas dan mengambil tindakan yang adil serta memberi penerangan kepada rakyat kejadian yang sebenar agar peristiwa ini tidak berulang lagi dimasa depan. Kejadian ini bukan saja mengancam ketenteraman negara bahkan turut menjejaskan pelaburan negara di peringkat antarabangsa.


Menurutnya lagi, ketika kejadian berlaku dia berada diluar negara. Oleh kerana tersebarnya khabar angin dilaman-laman sosial, mengenai berlaku pergaduhan kaum sehingga dengan pantas merebak sehingga mendapat perhatian antarbangsa.


Peristiwa ini boleh mengundang spekulasi pelabur dengan mengatakan tidak ada lagi keharmonian di Malaysia. MCA akan mengambil beberapa pendekatan bagi membantu peniaga di Low Yat dan mengadakan dialog dengan Ketua Polis Negara dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sambil dapat memgukuhkan perpaduan antara kaum dan keamanan  negara.  Tambah Tiong Lai pada sidang media selepas memengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Wisma MCA, semalam.





Tuesday, July 21, 2015

SELAT MELAKA SELAMAT DARIPADA ANCAMAN LANUN




Sejak berabad-abad lamanya Selat Melaka menghubungkan  India dengan bahagian timur Asia Tenggara dan juga menjadi jambatan penghubung kepada benua Eropah. Hari ini kebanyakkan perdagangan Eropah, China dan Jepun dilakukan melalui Selat Melaka. Selat Melaka memainkan peranan penting dalam mengatur strategi perdagangan dunia dan pembangunan serantau. Oleh itu adalah amat penting bagi negara memastikan Selat yang paling sibuk di dunia ini selamat untuk kapal-kapal dagang antarabangsa.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menegaskan Selat Melaka merupakan perairan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun bagi kapal-kapal dagang. Tidak ada kes yang melibatkan serangan lanun sepanjang tahun ini. Apa yang berlaku kepada kapal tangki MT Orkim Harmony pun adalah diluar perairan Selat Melaka. Selat Melaka merupakan antara selat paling sibuk di dunia, banyak kapal-kapal besar melaluinya.


Menurut Liow lagi, keselamatan Perairan Selat Melaka adlah berbeza dengan keselamatan di Laut China Selatan. Kerajaan sedang meningkatkan usaha sistem pengawasan di perairan tersebut. Ini bagi menjamin keselamatan kapal-kapal yang melalui laluan  tersebut. Kerajaan berharap kerjasama daripada negara jiran untuk meningkatkan sistem keselamatan di perairan itu. 

Walaupun begitu negara kita telah sedia ada sistem kawalan radar yang cukup bagi memantau pergerakan maritim di perairan laut. "Radar yang ada dapat meliputi kawasan yang cukup luas dan dapat mengesan semua kapal yang melalui perairan itu dan kapal-kapal yang melaluinya juga turut mempunyai sistem kawalan masing-masing," Tiong Lai



















MH17 : BERHENTI BUAT SPEKULASI, HORMATI KELUARGA MANGSA


Berhentilah membuat spekulasi berkenaan tragedi MH17 kerana ianya langsung tidak membantu siasatan kerajaan bahkan ianya menambahkan sakit hati dan kesedihan keluarga mangsa. Belajarlah untuk menghormati kesedihan orang lain. Janganlah kita mengunakan isu ini untuk menaguk di air yang keruh. 


Bersabarlah, laporan jawatankuasa siasatan ke atas tragedi MH17  akan siap pada bulan Oktober yang akan datang. Jadi berhentilah dari menimbulkan spekulasi yang bukan-bukan.

"Saya berharap kita hormatilah keluarga mangsa nahas, janganlah menyebarkan dakwaan yang tidak berasas ini kerana ia akan mendatangkan kesedihan dan kepedihan kepada mereka ,"katanya yang ketika ditemui dalam sambutan Hari Raya di Rumah Perdana Menteri di Seri Perdana baru-baru ini. 



Dalam pada itu Liow juga mengesa agar rakyat tidak menuding jari kepada Malaysia Airlines (MAS), kerana MAS bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang mengunakan laluan tersebut. 


sebenarnya pada hari dan masa yang sama terdapat penerbangan lain juga yang mengunakan laluan tersebut. "Ia telah diluluskan oleh kawalan trafik udara dan MAS telah mengikuti prosedur yang betul," kata Liow.

Monday, July 20, 2015

SUMBANGAN FGV KEPADA MANGSA GEMPA BUMI DI RANAU



Dalam mengejar keuntungan FELDA Global Ventures Berhad (FGV) tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat dan negara. Apatah lagi apabila negara menghadapi musibah seperti banjir besar dan gempa bumi.

Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter pada Jun lalu, telah mengorbankan 18 nyawa melibatkan 14 pendaki dan empat malim gunung. Kajadian ini telah mengemparkan seluruh negara. Kerajaan dibawah beberapa agensinya bersama NGO telah mengerakkan seluruh jenteranya bagi memberi bantuan kecemasan ke sana termasuklah FELDA. 

Oleh yang demikian sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat, FELDA di bawah anak syarikatnya FGV telah menyumbangkan RM150,000 kepada mangsa gempa bumi yang mengegarka bumi Ranau 5 Jun yang lalu. 

Sumbangan untuk mangsa disampaikan oleh Datuk Mohamed Suffian Awang, Ahli Lembaga Pengarah FGV kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid. 

Sumbangan ini merupakan satu usaha bakti tanggungjawab sosial FGV bagi membantu masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan, kata Mohamed Suffian. Selain melahirkan rasa simpati terhadap waris-waris mangsa yang telah terkorban, bantuan ini juga sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa yang telah terkorban serta kehilangan mata pencarian ekoran kajadian gempa bumi di Ranau dan Kota Belud. 

FGV dan Felda Sahabat di Lahad Datu juga akan menjalankan beberapa aktiviti pemantauan di kawasan yang terjejas bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terlibat. 


MCA CADANG SAMBUT RAYA DI LOW YAT


 Malaysia, sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum hidup aman dan saling bertoleransi. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya persefahaman antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Namun, pada 13 Julai 2015, di Plaza Low Yat toleransi ini teruji dan tercalar. Ini Berlaku apabila berlaku pergaduhan yang berpunca dari kecurian telepon bimbit di salah satu gerai jualan di situ. Bibit pergaduhan kecil telah merebak menjadi besar apabila media sosial memainkan sentimen perkauman secara besar-besaran. 

Mengambil inisiatif untuk menjernihkan kembali suasana serta membantu peniaga-peniaga di Low Yat, MCA melalui presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai mencadangkan agar diadakan Sambutan Hari Raya di Plaza Low Yat. 

Menurut Liow Tiong Lai, peniaga mendakwa jualan mereka merosot 40% ke  50% selepas insiden tersebut. Bagi mengembalikan keyakinan pelanggan, MCA dan pihak pegurusan Low Yat mencadangkan diadakan sambutan Hari Raya di plaza berkenaan. "Kami ingin membantu dalam apa jua cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembali normal".



Saturday, July 18, 2015

FGV BERI KOMITMEN TERHADAP PELAN TRANFORMASI



Sudah terbukti selama ini FELDA Ventures Bhd. FGV telah memberikan komitmennya  seratus peratus dalam segala perlaksanaan untuk meningkatkan kemajuan dan keuntungan kepada syarikat tersebut.


Kali ini FGV sekali lagi mengulangi akan terus memberikan komitmennya dalam melaksanakan pelan transformasi lima tahun bagi meningkatkan pendapatan, keberkesanan kos serta kecermelangan operasi. 


FGV yakin dengan penglibatan secara proaktif dan komitmen pemegang-pemegang sahamnya akan membuahkan hasil yang terbaik. Oleh itu FGV memberi jaminan penglibatan secara berterusan dengan pemegang saham dan penganalisis turut diambil kira bagi memacu visi utama iaitu untuk mencapai kecekapan dan keuntungan. Dalam pada masa yang sama FGV akan sentiasa memberi nilai kepada para pemengang saham tanpa mengira pergerakan harga saham.


Ketika ini FGV masih lagi  dalam proses pembelian pegangan 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations (EHP) iaitu sayap perladangan milik Rajawali Group. Pada Jun lepas FGV telah memeterai perjanjian dasar induk dengan Rajawali Group bagi cadangan pembelian berkenaan. 

Dengan kekuatan aset ladang seluas 425,000 hektar, EHP dengan gabungan FGV bakal menjadi peneraju ladang sawit brsepadu terbesar didunia.