Wednesday, June 28, 2017

SIKAP PROFESIONAL KREW AIR ASIA MENDAPAT PUJIAN MENTERI





Dalam situasi kecemasan ketenangan amat diperlukan bagi seseorang ketua dalam menentukan hala tuju dan membuat keputusan. Apatah lagi apabila saat kecemasan itu berlaku diruang udara. Tentulah sikap yang profesional dan tenang amat didambakan saat itu.


Begitulah yang berlaku kepada pesawat Air Asia X D7237 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Perth Australia. Tahniah diucapkan kepada Semua Krew kabin dan pilot dalam pesawat tersebut kerana dapat mengawal keadaan penumpang yang cemas  ketika itu.


Berita yang menjadi perhatian seluruh dunia juga mendapat pujian daripada Menteri Pengangkutan Malaysi.  Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memuji kecekapan juruterbang serta anak kapal Air Asia X kerana Berjaya mengawal keadaan sehingga pesawat Berjaya di daratkan. Namun begitu bagi Liow, perkara ini amat serius dan beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa bagi melakukan siasatan penuh terhadap insiden ini.


Pesawat tersebut yang tiba-tiba bergegar selepas 90 minit memulakan penerbangan. Ia dikatakan berpunca dari masalah teknikal. Ketika penerbangan AirAsia X D7 237, satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam satu oil pump serta merosakkan sistem hidraulik sebelum 'ditelan' oleh enjin.


Ketidakseimbangan bilah kipas ini mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterbang mematikan enjin tersebut dan berpatah balik.


"Namun untuk dua jam seterusnya gegaran yang kurang sedikit kekuatannya masih berlaku kerana satu fenomena yang digelar 'efek kincir angin' yang mana bilah kipas tersebut diputarkan oleh angin akibat pesawat itu menujah ke hadapan.


Juruterbang pesawat tersebut dengan begitu profesional telah  berjaya mengawal keadaan kapal terbang serta berjaya menenangkan penumpang yang dalam keadaan amat cemas.
Pesawat Airbus A330 berjaya mendarat dengan selamatnya bersama 359 orang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 10 pagi, Jun 25, 2017.


Kesemua penumpang telah dipindahkan ke pesawat gentian yang telah disediakan pada jam 11.40 malam pada hari yang sama.


No comments:

Post a Comment