Saturday, September 30, 2017

PERANGAI JELIK PENUMPANG MRT MEMALUKAN



Di beri segala kemudahan tidak tahu bersyukur. Itulah yang sesuai untuk digambarkan kepada sesetengah penumpang MRT. Sebelum ni kecoh fasal kejadian vandalisme di station MRT, kali ini timbul pula kes penumpang buat perangai tak senonoh dalam MRT. 

Tanpa rasa malu diperhatikan oleh penumpang lain mereka selamba pamerkan perangai biadap. Yang tak boleh tahan mereka boleh buat tak kisah mata-mata yang tertumpu kepada perangai jelik mereka. 

UMNO IKTIRAF KEPIMPINAN MAHASISWA


Ahli Majlis tertinggi UMNO sangat memberi perhatian terhadap peranan pusat pengajian tinggi IPTa mahupun IPTS dalam melahiran saf-saf kepimpinan mahasiswa dan generasi muda. Bahkan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mahukan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kerajaan sentiasa membuat "engagement" berterusan dengan kepimpinan anak muda dan mahasiswa. 

Inilah yang disebut oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO dan kerajaan mengiktiraf kepimpinan mahasiswa. Bahkan kebanyakkan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinana pun datang dari hasil produk kepimpinan mahasiswa termasuklah dirinya. 

Barisan kepimpinan UMNO merasa bangga dengan usaha mahasiswa yang banyak menunjukkan banyak perubahan yang positif, menyertai banyak , forum-forum, program , wacana minda dan aktiviti yang manfaat. Kepimpinan UMNO sangat gembira melihat politik kampus yang sihat dan berharap proses itu akan terus menyumbang kepada pembangunan negara. 

Thursday, September 28, 2017

REIMAGINING TRANSPORTATION : SUSTAINABLE MOBILITY



The biggest land public transport symposium hosted by Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat is back and you can grab your tickets NOW! #SPADSymposium2017

We have tri-passes and group passes available to the biggest land public transport symposium #SPADSymposium2017. Register at http://www.spad.gov.my/lpt-symposium-2017#4 

SPAD is also hosting a 2-day public transport exhibition themed “Reimagining Transportation: Sustainable Mobility” from 22 to 23 October 2017 at Grand Ballroom 1&2, Level 3, KL Convention Centre which is FREE so come and discover the future of mobility 🇲🇾 

#Symposium2017tickets #getyourgrouppasses
         


Wednesday, September 27, 2017

UMNO SEDIA MENERIMA DEMI PERJUANGAN ABATA





SABAK BERNAM 24 Sept. – UMNO Selangor bersikap terbuka dan mengalu-alukan sekiranya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudi berganding bahu dalam menghadapi pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memandang positif gandingan Abdul Khalid bersama tiga lagi bekas Menteri Besar iaitu Tan Sri Abu Hassan Omar, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib supaya rakyat jelas tentang perancangan kesemua pemimpin itu.


Noh menjelaskan, dakwaan pembangkang bahawa gabu­ngan Abu Hassan, Mohamad Khir dan Muhammad sekadar nostalgia hanya menunjukkan kebimba­ngan mereka memandangkan ketiga-tiga pemimpin terbabit ber­pengalaman dalam memba­ngunkan Selangor.

“UMNO Selangor bersama tiga bekas Menteri Besar akan berbincang dan menggembleng tenaga serta melakukannya secara bersepadu memperkukuhkan jentera demi menawan semula negeri serta tidak terkecuali mempertimbangkan kehadiran bekas-bekas Exco Selangor semula.

“Namun, kita mengalu-alukan kehadiran Abdul Khalid sekiranya beliau sudi bersama demi kepentingan rakyat. Ini kerana contohnya lihat sahaja Muhammad menyatakan bahawa sepanjang bersama pembangkang tiada agenda rakyat dibincangkan khususnya untuk orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Gelombang Tani Nasional (GTN): Karnival Jom Ke Sawah Peringkat Negeri Selangor 2017 di Sungai Haji Dorani, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Ab Razak Kasbollah.

Program GTN yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu bertujuan memfokuskan kepada kerja dan aktiviti pembersihan kawasan kampung serta pencucian infrastruktur padi iaitu tali air dan parit.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor mahu golongan muda mendekatkan diri dengan aktiviti pertanian dengan menggunakan kaedah yang lebih mo­den.

“Kita tidak mahu negara bergantung dengan sumber makanan dari negara luar sedangkan Malaysia mempunyai teknologi moden yang boleh digunakan khususnya oleh golongan muda bagi mengeluarkan produk ma­sing-masing,” ujarnya.


Tuesday, September 26, 2017

PENGANGKUTAN AWAM DARAT - MEMACU EKONOMI KE ARAH NEGARA MAJU



Sistem pangangkutan negara kita semakin hari semakin moden dan efisyen. Kuala Lumpur yang dahulunya cukup dikenali dengan kotaraya yang penuh sesak dengan kenderaan, hari ini sedikit-demi sedikit sudah beransur reda. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurang di beberapa tempat ia ketara. 

Kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat. Terutama kepada warga kota yang sehari-hari berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Ini tidak bermakna keperluan pengangkutan awam di desa tidak di perdulikan. Sesuatu pengangkutan awam dibina mengikut keperluan penduduk di sesuatu tempat. 

Adalah tidak kena pada tempatnya jika pengangkutan awam seperti, LRT, Monorel, MRT di bina dikawasan kampung dan pendalaman. Siapa dan berapa ramai yang akan menggunakannya ? Tetapi itulah yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang iri hati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan. 

Sejak MRT Sungai Buloh - Kajang (laluan SBK) beroperasi pada 17 Julai 2017 yang lalu, ia telah mencatat peningkatan penumpang lebih dari dua juta orang. Dan angka ini semakin hari semakin meningkat. Bukan itu sahaja, dengan terbinanya MRT SBK ini, ianya telah mengurangkan jumlah kenderaan sebanyak 160,000 kenderaan di jalan raya. Ini satu pencapaian seperti yang diharapkan. 

Hasil daripada kejayaan ini Perdana Menteri mahukan MRT 2 dan 3 dipercepatkan lagi pembinaannya kerana ia amat memberi manfaat kepada rakyat. Walaupun sebelum ini ada yang memperkecilkan usaha ini diatas beberapa kelemahan kerana terdapat kawasan tertentu tidak dimasukkan di dalam jajaran khidmat pengangkutan. Kali ini, lebih banyak kawasan perumahan dan perbandaran yang direntasi oleh laluan MRT ini.

Impian Perdana Menteri untuk melihat Sistem Pengangkutan Bersepadu Lembah Kelang dilaksanakan sebelum 2018 akhirnya berjaya direalisasikan. Ini satu bukti bahawa Perdana Menteri begitu kommited bagi melaksanakan pengangkutan awam yang moden dan setaraf negara maju. 

Sudah tentulah mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisyen merupakan perintis kepada pertumbuhan ekonomi negara.Oleh kerana itulah kerajaan di bawah Program Transformasi Negara( NTP), telah meletakkan peningkatan Pengangkutan Awam di Bandar sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama. 

Kerajaan juga telah mengembangkan laluan LRT dengan Projek Sambungan Laluan (LPE) dengan 15 stesen yang merentasi kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti Subang Jaya, Glenmarie, Kinrara dan Puchong, manakala projek Transit Aliran Ringan 3 atau LRT3 pula dijangka akan berupaya menampung 74,000 pengguna sehari dan menghubungkan koridor Barat Lembah Kelang seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang.

Begitulah perubahan sistem pengangkutan awam negara yang bergerak dengan begitu pantas sekali dalam jangka masa tidak sampai 7 tahun, negara sudah boleh berbangga kerana memiliki sistem pengangkutan yang canggih serta prasarananya yang sangat efisyen dengan pengunaan alatan moden dan terkini.

Sebenarnya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk merealisasikan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, yang penting keyakinan bahawa kita di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran perkongsian pengangkutan awam 40 peratus menjelang 2030 di Semenanjung Malaysia.



















ANTARA MIMPI DAN REALITI




Ikuti TSAM dalam BICARA BH
- Facebook (FB) online live / print)
esok ( 10.30 pagi - 12.00 t hari).

Sesi temubual secara langsung Bicara BH bersama Tan Sri Annuar Musa (TSAM), Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Tajuk: PRU-14 Antara Mimpi dan Realiti

Tarikh/Hari: 27 September 2017/ Rabu.
Masa: 10.30 pagi.
Tempat: Studio Digital, Aras 4, Anjung Liku, Balai Berita Bangsar.

Monday, September 25, 2017

DAP WAKIL KEPADA PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN



Sejak Merdeka sehingga hari ini tidak ada satu pun pembangunan yang di buat oleh pembangkang. Perpaduan dan keharmonian antara kaum ini pun diusahakan oleh perikatan Barisan Nasional. Bukan satu perkara yang mudah untuk memupuk persefahaman antara kaum. Mesti ada tolak ansur dan memahami dan menghormati sensitiviti antara kaum. Barisan Nasional sehingga kini masih lagi berjaya mempertahankan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang mana negara luar yang mempunyai satu etnik pun sukar melakukannya. 

Kerana apa ? Kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak suka kepada pergaduhan dan pertumpahan darah. Sikap sebeginilah yang perlu kita kekalkan dan diwarisi kepada anak cucu kita.

Namun sejak kehadiran parti DAP, sedikit demi sedikit nilai murni persefahaman dan perpaduan kaum cuba di ganggu gugat oleh mereka. Pada awal kemunculan mereka, DAP cuba memainkan sentimen perkauman, DAP telah mengganggu gugat keharmonian kaum dengan memainkan sentimen perkauman dengan membawa aliran membenci orang Melayu. 

Selama beratus-ratus tahun masyarakat Cina tinggal bersama orang Melayu tanpa ada pergeseran kini cuba di robek oleh DAP. Masyarakat Cina hidup dengan aman damai sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Orang Melayu menerima masyarakat Cina ketika itu sebagai saudara, sahabat, rakan kerana ketekunan, kerajinan dan kesetiaan masyarakat Cina kepada Sultan dan Tanah Melayu ketika  itu.

Bahkan disaat-saat negara diancam komunis pun orang Melayu, Cina dan India berkerjasama menentang kezaliman dan kekejaman pengganas komunis. 

Namun selepas hari kemerdekaan dan tertubuhnya Parti DAP, mereka mula memainkan jarum perpecahan dan perkauman. Hubungan baik dan kerjasama erat antara orang Melayu dan Cina dipandang dengan penuh dengki dan khianat. Orng Cina yang bekerjasama dengan orang Melayu diaanggap penakut dan tak berani.Kebiadapan dan niat jahat DAP ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menimbulan kemarahan masyarakat Cina kepada orang Melayu. 


Syukurlah MCA sebagai wakil kaum Cina bertindak bijak dan berhemah. Segala usaha jahat DAP ditangkis dengan memberi khidmat yang baik kepada semua golongan masyarakat termasuk orang Melayu, India, Cina dan lain-lain. 

Niat ikhlas dan gerak kerja penuh semangat MCA telah menunjukkan peningkatan sokongan kaum Cina kepada BN. Ini ditunjukkan pada pilihanraya kecil yang lepas di Teluk Intan dan Kuala Selangor. Jelas sekali kaum Cina menolak politik perkauman dan kebencian yang di bawa oleh DAP.

MCA di bawah kepimpinan Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Dato' Sri Wee Kaa Siong telah menunjukan satu kerjasama erat bermula dari peringkat bawaahan sehinggalah keperingkat atasan. Banyak masalah rakyat telah diselesaikan dan hubungan dengan rakyat pun bertambah mesra dan erat. 

Dalam beberapa majlis terutama pada Hari Malaysia 16 September yang lalu, komuniti Cina yang hadir diluar pada jangkaan. Mereka keluar beramai-ramai bagi menujukkan patriotisme yang tinggi kepada negara.  Ini jelas menunjukkan masyarakat Cina  hari ini yakin dengan kerajaan Barisan Nasional. Boleh dikatakan majlis anjuran MCA mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Cina. 








Thursday, September 21, 2017

MCA HORMATI KEPUTUSAN DBKL - TONY PUA GAGAL





Niat Tony Phua untuk mengenakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong dalam isu Pesta Arak yang menjadi kebanggaan pemimpin DAP nampaknya tak menjadi apabila Presiden MCA itu menolak untuk membuat ulasan berkenaan isu tersebut. 

Pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Oktober depan mendapat kecaman orang ramai. Pemimpin DAP sengaja menimbul polimik politik untuk menaguk di air yang keruh. 

Pihak DBKL dengan tegas  menolak permohonan permit untuk mengadakan pesta arak tersebut oleh penganjur. Namun tidak kepada pemimpin DAP yang bertegas tetap mahukan pesta ini diteruskan. Jelas sekali pemimpin DAP mahu menunjukkan sikap keras kepala mereka terhadap kerajaan. 

Yang paling nampak perangai iblisnya ialah Tony Phua yang cuba melibatkan MCA ke dalam kancah pertelingkahan ini. Niatnya tidak lain tidak bukan ialah cuba menimbulkan pertelagahan dan menimpakan semua ini ke atas MCA. Mereka tahu jika ada pemimpin MCA memberi kenyataan tentang isu ini, mereka akan berhadapan dengan tentangan masyarakat dan DAP akan lepas tangan. 

Tony Phua sedar masyarakat Malaysia tidak dapat menerima pesta arak dikhalayak ramai sebagai satu budaya. Tentangan hebat rakyat Malaysia terhadap usaha DAP ini cuba dialihkan oleh Tony Phua kepada MCA. Sememangnya kita sudah boleh agak, sepertimana mereka melakukan apabila RUU 355 diusulkan oleh Tuan Guru Hadi Awang di parlimen tidak lama dulu. 

Akhirnya TonyPhua sangat  tentu kecewa kerana jeratnya tidak mengena apabila Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan menghormati keputusan DBKL yang tidak membenarkan pesta arak yang dirancang oleh mereka yang ada kaitan dengan DAP. 

Tidak ada mana-mana agama pun yang merestui pesta arak yang memabukkan diletakkan satu budaya yang perlu dibanggakan. Oleh itu pendirian MCA ini amatlah tepat dan bijak kerana memahami sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. 

Jika kita lihat usaha membawa perpecahan dan pergaduhan kaum ini lebih di monopoli oleh DAP. Tidak ada satu pun program yang mereka bawa dan sokong melainkan membawa kepada pertelingkahan rakyat. Sedangkan MCA berusaha mendekati rakyat bagi memupuk nilai-nilai baik, persefahaman dan muafakat yang baik antara kaum. 

Pemimpin-pemimpin MCA lebih banyak mendekati masyarakat di bawah dan menyelami masalah mereka, daripada terlibat isu yang kontroversi seperti pesta arak ini. Apakah pesta arak ini memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya ? Apakah peniaga arak sahaja yang perlu di jaga kebajikan mereka ? Adakah pelancong datang ke Malaysia ni semata-mata hendak minum arak ? Ini semua DAP perlu jawab kepada rakyat, bukan pemimpin MCA. 

Contohi pemimpin MCA seperti Datuk seri Liow Tiong Lai dan Dato Seri Wee Ka Siong yang kerap berjumpa dengan rakyat bagi menyelami permasalahan mereka. Itu baru dinamakan pemimpin sebenar. Bukan pemimpin yang mengajak rakyat minum arak sampai mabuk. 





Wednesday, September 20, 2017

PEMANDU GRAB CAR DI DAKWA



Pemandu Grab Car yang dituduh mencederakan penumpang hari ini tidak mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan yang dikenakan keatasnya. Inilah yang menjadi kebimbangan rakyat terhadap keselamatan penumpang grab car. Bagi negara kita penggunaan perkhidmatan Grab car ini masih lagi baru. Masih  banyak kelemahan perlu diperbaiki dan perlu juga ada akta yang boleh memastikan keselamatan penumpang. 

Tertuduh, Muhammd Izuwan Kamaruddin 38, di dakwa menggunakan kekerasan jenayah yang mendatangkan kecederaan dan melakukan  ugutan jenayah. Mangsa yang berumur 18 tentulah berada trauma. Hal sebegini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Pada pendapat penulis, walau  dalam keadaan macam mana pun pemandu kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh sesekali mencederakan penumpang apatah lagi dia  seorang perempuan yang lemah. Perbuatan seperti ini perlu diberi hukuman yang setimpal agar menjadi tauladan kepada pemandu lain. Kes ini  didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Krseksaan (KK), Seksyen 323 KK dan Seksyen 506 KK. 

Penulis menyokong sangat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempercepatkan lagi pengaktifan aplikasi butang kecemasan yang berfungsi menghubungkan penumpang dengan Polis secara terus. 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri pada Jun lepas menegaskan mahukan pelaksanaan butang panik atau butang kecemasan (SOS) diselaras kepada operasi e-hailing di seluruh negara termasuklah di Sabah.

Butang keselamatan ini amat penting kerana ia terus berhubung dengan SPAD. Dengan adanya butang ini keselamatan penumpang lebih terjamin. Bukan itu sahaja, keselamatan pemandu Grab Car juga terpelihara andai mereka di ancam oleh penumpang atau perompak. 

Walaupun rang undang-undang belum diluluskan, butang kecemasan ini perlu dilaksanakan segera demi menjaga keselamatan penumpang dan juga pengendali Grab Car. Kita tidak mahu kes yang sama berulang lagi. Ianya akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak serius dalam  mengatasi masalah ini. 

HSR KUALA LUMPUR - SINGAPURA BERI PULANGAN BESAR



Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura mampu memberi sumbangan besar kepada negara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bukan itu sahaja HSR dijangka akan  menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan menjelang 2060. Ia dikatakan mampu menjana lebih 100 ribu peluang pekerjaan disamping dapat menyumbang kepada peningkatan KDNK negara sebanyak RM21 bilion.

Apabila siap HSR Kuala Lumpur - Singapura ni ianya bakal memacu pertumbuhan, pembangunan dikawasan sekitar serta dapat membantu membangunkan bandar-bandar kecil di sekitarnya. Tentu kawasan dan bandar-bandar tersebut akan lebih mudah diakses oleh pelancong seterusnya memberi pulangan ekonomi kepada pendudduk setempat. Bahkan ia juga bakal membawa pelabur dan membuka ruang pekerjaan.

Menurut Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah, HSR bakal memberi manfaat kepada sosio-ekonomi yang penting kepada Malaysia dan juga Singapura. 
Dengan ada HSR permintaan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura yang semakin meningkat dapat diatasi. Sebelum ini banyak permintaan untuk perjalanan ke Singapura yang menggunakan perkhidmatan bas dan kapal terbang. Ini dapat dilihat daripada jumlah peningkatan kedua-dua perkhidmatan tersebut merentasi ke negara seberang. Sudah tentulah dengan adanya perkhidmatan kereta api ini akan memberi mereka pilihan yang lebih menjimatkan masa dan wang. 


Projek HSR itu dijangka bukan hanya mengubah landskap pengangkutan tetapi turut mewujudkan manfaat ekonomi dan sosial dalam jangka masa panjang kepada Malaysia.

"Kami menjangka HSR akan meningkatkan jumlah pelancong dengan ketara di kedua-dua negara, dan di bawah konsep pembangunan berorientasikan transit, mewujudkan aktiviti ekonomi di sepanjang laluannya, termasuk dan tidak terhad kepada aktiviti perniagaan di kawasan sekitar stesen

Namun begitu beberapa isu yang tidak kurang pentingnya perlu terlebih dahulu diselesaikan. antaranya pengembangan rangkaian, peningkatan kapasiti, pilihan pembiayaan, komunikasi dan keselamatan. Semua ini perlu diberi keutamaan sebelum kereta api berkelajuan tinggi ini dapat direalisasikan di negara kita. 




 Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA), SPAD akan memastikan keselamatan terus menjadi pertimbangan utama dalam reka bentuk dan operasi HSR.

 Mohd Azharuddin berkata susulan kejayaan taklimat industri pertama yang diadakan di Singapura pada 5 Julai tahun ini, MyHSR Corp Sdn Bhd dan LTA akan menjalankan taklimat kedua sebagai persediaan bagi tender HSR.

"Taklimat kedua, yang dijadualkan pada 26 Sept, 2017, akan menyediakan maklumat terperinci mengenai aspek teknikal, komersial dan tadbir urus projek mengenai projek tersebut dan turut menjadi platform untuk berkongsi ciri-ciri utama projek itu dengan industri dan peserta yang berminat.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian dua hala bagi projek Rapid Transit System yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands pada Disember ini.

Projek kereta api rentas sempadan ini penting berikutan ia memberi kelegaan kepada pengguna disebabkan tambak Johor yang sentiasa sesak, antara pusat pemeriksaan paling sibuk di dunia yang memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia dan Singapura, tetapi juga ramai warga asing," katanya.

Sidang kemuncak selama dua hari itu, bermula hari ini, membincangkan mengenai cabaran dan peluang dalam pembinaan kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi di Asia berdasarkan kejayaan negara lain. 

Tuesday, September 19, 2017

LIM KIT SIANG TAHU TAK DIA YANG MINTA RCI ?



Rakyat Malaysia semakin hari semakin pelik dan bingung dengan perangai pembangkang. Mereka ingin pemimpin negara ini bebas, berintegriti, amanah dan telus, tetapi mereka sendiri di kerana rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa. Mereka ingin akhbar bebas, tetapi mereka sendiri sekat media masa yang mereka tidak suka.

Mereka yang memohon RCI daripada kerajaan, apabila kerajaan tunaikan mereka pula menuduh kerajaan  sengaja ingin kenakan mereka. Sebenarnya apa masalah mereka ni ?



Vateran DAP, Lim kit Siang hari ini tak boleh menyalahkan kerajaan kerana Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat  Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an (RCI FOREX)  dibuat atas desakkan beliau juga.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa pernah menjelaskan tentang perkara ini.  Menurutnya pemimpin DAP tersebut pernah membangkitkannya dua kali, kali pertama pada tahun 1994 dan  kali ke dua pada 2006, ketika dia berucap dalam Parlimen menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan. 

Semalam ketika diminta di beri keterangan berkenaan kerugian sebenar yang diamali oelh Bank Negara (BNM), Tun Dr. Mahathir menjawab beliau tidak tahu jumlah kerugian sebenar yang di alami oleh BNM. Menurutnya  Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Clifford Francis Herbert melaporkan secara LISAN kerugian adalah sekitar 5 bilion.

Memang amat mendukacitakan apabila mendengar penjelasan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini. Sebagai Perdana Menteri ketika itu beliau tidak sewajarnya memberi kenyataan TIDAK TAHU kepada  pertanyaan RCI. Ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Andai kata pun kerugian itu RM5 bilion, ia tetap satu jumlah yang amat besar ketika itu.  Bayangkan apa yang rakyat boleh dapat dengan 
RM5 bilion ? Apatah lagi kita tahu jumlah kerugian sebenar ialah RM30 bilion. Gilalah jika sebagai Perdana Menteri  beliau tidak tahu. 

Dan yang lebih pelik, bekas menteri Kewangan ketika itu,  Tun Daim Zainunddin menyatakan beliau tidak tahu  menahu penglibatan BNM dalam urusniaga pertukaran mata wang. Sebagai Menteri Keewangan ketika itu adalah tidak munasabah beliau tidak tahu menahu tentang perkara ini. Bukan kecil nilainya, sangat besar dan tidak ada  negara yang sanggup buat perkara yang resikonya begitu besar. 

Daim dalam kenyataannya menyatakan dia tidak mengetahui BNM menjalankan urusan pertukaran wang asing  kerana perkara itu tidak dimaklumkan kepada beliau dan beliau pun tidak bertanya kepada bank pusat BNM.  Pelik semakin pelik, bagaimana mungkin Daim sebagai Menteri Kewangan tidak mencampuri urusan BNM, sedangkan BNM  perlu memaklumkan kepadanya setiap urusan, apatah lagi sejumlah duit yang cukup besar. 

Nampaknya masing-masing cuba menutup lobang sendiri, namun selama mana mungkin mereka mampu  menutup bangkai yang sudah membusuk. Segala bukti semuanya berada di dalam tangan. 

Jelas sekali kebijaksanaan Perdana Menteri meletakkan keempat-empart sekawan dalam kandang RCI. Kita  hanya menunggu siapa dulu yang akan membuka langkah menikam kawan. Memandangkan mereka semua  mempunyai rekod pernah mengkhianati kawan, rasanya tak lama lagi mereka akan berperang sesama sendiri.

Kita tunggu dan lihat, pakatan caca marba ini berkecai. 

Monday, September 18, 2017

PECAT LA ANAK HANG DULU !



Sikap buruk pembangkang yang langsung tidak ada sensitiviti terhadap sesuatu musibah cukup mendukacitakan. Dalam kita bersedih diatas kematian 23 orang termasuk 21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Lim kit Siang pula sibuk bermain politik kotornya apabila mangaitkan kejadian ini  dengan Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Kit Siang dalam blognya mahukan Noh meletakkan jawatan Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kononnya tidak memahami fungsi, tidak serius dan tidak sesuai dengan portfolionya.

Nampaknya Kit Siang sudah lupa yang anaknya tu lebih layak untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah didakwa  di mahkamah. Cepat sangat dia melupakan segala salah laku anaknya yang kini masih lagi tak malu mahu memegang jawatan Ketua Menteri. Sebelum nak cabar orang lain, Kit Siang perlu menasihati anaknya dulu letak jawatan. Nampak sangat cetek betul pemikiran Penasihat DAP ini. 

Sikap mengambil kesempatan diatas sesuatu peristiwa ini memang sudah menjadi kelaziman pembangkang. Mereka tidak pernah berhenti dari mencari kesalahan orang lain. Kuman di seberang laut nampak sangat, padahal  anak sendiri buat hal depan mata boleh buat tak nampak. Itu belum lagi menguasai kerajaan persekutuan, sikap buruk double standard pembangkang sudah jelas. Mereka langsung tiada integriti. 

Apa masalah di pulau Pinang yang tidak berkaitan dengan anaknya ?  RM305 juta yang ‘dibuang’ begitu sahaja hanya semata-mata untuk menyediakan kertas kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam.

Salah laku gunakuasa dalam pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran malah turut dikaitkan dalam salah guna kuasa penjualan tanah Taman Manggis.Pemilihan CEC yang penuh dengan unsur penipuan, kes Kilang haram yang dibenarkan beroperasi dan macam-macam hal lagi. 

Jadi Kit Siang sepatutnya minta anaknya letak jawatan dahulu sebelum nak sibuk perihal kerja orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya. Pendek kata "Pecat la anak hang dulu !





Saturday, September 16, 2017

MUNGKIN SEBAB TU DUTERTE TEMBAK BUNUH PENAGIH DAN PENGEDAR DADAH


2 tong gas timbulkan tanda tanya

Asrizal Aris
asrizal.aris@hmetro.com.my

"DARI mana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama)?" kata Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Muhammad Shahir, 11, mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Akibat kebakaran itu, Sharifuddin berkata, anaknya melecur separuh di belakang badan.

"Kita tak pasti lagi bagaimana boleh berlaku kebakaran, tetapi berhampiran pintu masuk tingkat tiga (bilik asrama), ada dua tong gas yang tidak tahu datangnya dari mana.

"Kita pasti bahawa tempat memasak adalah di tingkat paling bawah, tingkat atas tidak dibenarkan untuk memasak," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur,.

Beliau curiga dengan 'kemunculan' dua tong gas berkenaan yang sudah pasti mendatangkan kecelakaan yang lebih teruk apabila berlaku kebakaran.

"Tong gas itu tidak sepatutnya berada di situ," katanya.

Dalam kejadian itu, Sharifuddin berkata anaknya menyelamatkan diri dengan memecahkan tingkap dan terjun atas 'awning' bangunan.

Katanya, anaknya dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sharifuddin berkata, anaknya belajar di sekolah itu sejak setahun lalu dan setakat ini bangunan tahfiz itu tiada sebarang masalah kerana baru sahaja digunakan kira-kira setahun yang lalu.

Terdahulu Bernama melaporkan, siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada 5.15 pagi semalam.



Berikut senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, di sini pagi tadi.

Al-Fatihah kepada seluruh Allahyarham yang terkorban agar ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh dan
SalamTakziah kepada seluruh Keluarga yang terlibat

1. Muhammad Danieal Md Amin, 14

2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13

3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14

4. Muhammad Haikal Abdullah, 12

5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10

6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11

7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11

8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12

9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8

10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan

11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11

12. Umar Al Khatab Helmi, 6

13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11

14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13

15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11

16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10

17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16

18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12

19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13

20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13

21. Muhammad Zattulah Roslan, 11

22. Mohd Yusuf Md, 26

23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25

BANJIR KILAT PETUNJUK DAP BAKAL TENGELAM DI PULAU PINANG




Apa sebenarnya yang telah berlaku di Pulau Pinang ? Apa yang telah Ketua Menteri, Lim Guan Eng buat ? Dana yang berjumlah RM 22.09 juta ke mana menghilang ?  

Dana yang patut disalurkan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri gagal dilaksanakan sejak 2008 hingga Jun 2016. Apa yang kerajaan negeri buat duit itu ? 

 Hari ini Pulau Pinang bagaikan sebuah pulau yang dihanyutkan oleh banjir. Tahukah Guan Eng beberapa kawasan sekitar bandar raya itu dinaiki air setinggi 0.2 meter dan 0 3 meter? 

Guan Eng kena jelaskan apa punca dana tersebut gagal disalurkan hinggakan Pulau Pinang dilanda banjir kilat seteruk ini. 

Rakyat Pulau Pinang begitu kecewa dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang gagal mengatasi masalah banjir kilat. Bahkan ada kawasan yang tidak pernah dinaiki air hari ini dilimpahi banjir. 

Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjalankan projek dan pembangunan tanpa perancangan rapi juga merupakan antara faktor berlakunya banjir kilat. 

Keghairahan dan Kerakusan Ketua Menteri, Lim Guan Eng boleh dilihat dengan gagalnya beberapa projek yang membazirkan duit rakyat antaranya Projek Terowong yang melesapkan duit rakyat lebih RM300 juta. 

Banjir kali ini disifatkan oleh beberapa pemerhati sebagai paling buruk dalam tempoh 10 tahun. 


Menurut beberapa aktivis alam sekitar sistem perparitan dan aliran sedia ada tidak begitu sistematik dan seimbang jika nak dibandingkan dengan projek yang dijalankan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tak usahlah menuding jari kepada pihak lain lantaran kelalaian mereka dalam menangani masalah banjir kilat di Pulau Pinang. 

 Sewajarnya kerajaan negeri sudah mempunyai sistem yang boleh menentukan taburan air hujan di sesebuah kawasan yang dibangunkan agar tidak berlaku limpahan air jika hujan lebat. 

Kerajaan negeri juga perlu menilai semula projek - projek kormesial di lereng-lereng bukit. Jangan sampai ianya meragut nyawa rakyat. 

Apakah banjir ini memberi tanda kerajaan DAP Pulau Pinang akan tenggelam dan hanyut pada PRU ke 14 nanti. Sama-sama kita nantikan kesudahannya.


ANINA, HAMIDAH BIKIN PPBM BERGOYANG



Tamparan demi tamparan yang menimpa Parti cap bunga PPBM setiap hari sehinggakan tak sempat pemimpin atasannya bernafas. Sehinggakan mereka lebih suka diam seribu bahasa. 

Kali ini ribut dibikin pula oleh Mantan Ketua Srikandi yang juga pengasas PPBM iaitu Anina Saadudin. Anina merupakan tujuh pengasas parti cap bunga itu. 

Menurut Anina perjuangan PPBM hari ini tidak lagi berlandas prinsip membela kepentingan rakyat, tetapi diresapi unsur kepentingan politik individu dan berlandaskan dasar kronisme. Tiada lagi prinsip membela kepentingan rakyat, keadilan, ketelusan dan integriti. 

Turut sama mengikut jejak langkah Anina meletak jawatan ialah Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman. Biasalah, parti yang diasaskan oleh orang kecewa, maka hasilnya mengecewakan. 

19 April sebelum ini, Kamarul Azman Habibur Rahman, kecewa dengan PPBM dan membawa bersamanya sekali 821 orang keluar dari parti cap Bunga tersebut. 

25 Ogos 2017, 250 ahli PPBM Dungun kecewa dengan kepimpinan atasan cap bunga. Mereka juga bertindak keluar dari parti yang tak ada harapan walaupun berada dalam pakatan HARAPAN. 

Sememangnya Pakatan HARAPAN memang tidak boleh diharap langsung apatah lagi bercita-cita untuk menyelamatkan Malaysia. 

Admin harap penyokong mereka sedar bahawa tiada parti pembangkang tiada harapan untuk menang dalam PRU ke 14 nanti memandangkan mereka lebih sibuk dengan perebutan kuasa sesama sendiri. 

Semoga parti cap bunga ini berkubur dengan selamatnya selepas PRU ke 14 nanti. 

HAYATI MAKNA SEHATI SEJIWA




Hari Malaysia pada 16 September, yang mana disambut sebagai cuti umum semenjak 2010, menampilkan satu kelainan setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi meraikan dan memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hari Malaysia merupakan hari penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada kaca mata Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia,  Dato' Sri Liow Tiong Lai, Hari Malaysia bukan sahaja hari kelahiran negara kita tetapi juga merupakan hari untuk kita meraikan semua kejayaan yang kita kecapi hari ini tanpa melupakan jasa dan usaha gigih bapa-bapa pengasas Persekutuan Malaysia dengan nilai-nilai yang telah mereka pamerkan iaitu berganding bahu, persefahaman dan hormat menghormati. 

Tanpa nilai-nilai penting yang telah mereka asaskan sebelum ini mungkin hari ini kita tidak merasai nikmat perpaduan dan keamanan . Justeru itu adalah penting untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama meneruskan legasi perjuangan bapa-bapa pengasas kita. 

Generasi muda hari ini perlu menghargai keamanan dan kemakmuran negara. Mereka cukup bertuah kerana lahir-lahir sahaja mereka terus dapat menghirup udara kemerdekaan negara. Tidak seperti generasi terdahulu yang terpaksa berjuangan dan berkorban nyawa dan harta. 

Oleh itu Liow mahu generasi muda hari ini menghayati makna sehati sejiwa. 








OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN

Liow: Bersatu Demi Malaysia yang Lebih Teguh

Sambutan peristiwa penting dalam sejarah negara kita pada hari ini memberi peluang untuk kita menghayati dan mendalami semangat Negaraku Sehati Sejiwa.

Tema ini adalah pengiktirafan usaha gigih Bapa-bapa Pengasas kita dan visi mereka untuk mewujudkan sebuah negara yang berjaya. Nilai-nilai yang mereka pamerkan iaitu berganding bahu dalam persefahaman dan penghormatan merupakan suatu perkara yang harus dijadikan sebagan pegangan dan amalan, sebagai rakyat yang benar-benar menghayati makna sehati sejiwa.

Sesungguhnya, Hari Malaysia bukan sahaja menandakan kelahiran negara kita, malah juga meraikan semua kejayaan yang telah kita kecapi selama ini. Dari mengorak langkah sebagai peneraju sektor pertanian sehinggalah transformasi kita menjadi sebuah negara yang berasaskan pengeluaran dan ekonomi berteraskan eksport, kita telah menyesuaikan diri, berkembang, dan membangun sejak tahun 1963.

Inilah asas yang perlu diperkukuhkan dalam pembangunan negara, bagi diwarisi generasi masa depan. Meskipun akan tetap ada pihak yang ingin memecah-belahkan kita, saya pasti bahawa rakyat Malaysia mampu memacu ke hadapan  dan menangani segala cabaran.

Setiap antara kita mempunyai peranan yang tersendiri, bukan sahaja dalam merancakkan pembangunan negara, malah juga dalam memelihara kepelbagaian budaya, tradisi dan warisan di Malaysia. Dengan pendirian teguh dan menyokong satu sama lain, kita pastinya akan terus berkembang sebagai sebuah Malaysia yang progresif dan bersatu padu.

Kepada semua warganegara Malaysia, Selamat Hari Malaysia!

Thursday, September 14, 2017

SAYANG MRT KU #PlayTouristwithMRT





Congratulations to our Week 3 #sayangMRTku – grand prize winners who have won themselves Starbucks Card worth RM150, and Touch ‘n Go card with reload value of RM50!
Winners, kindly DM us your details; FULL NAME, CONTACT NUMBER, E-MAIL ADDRESS to redeem your prizes.
The #sayangMRTku – Week 3 contest has come to an end. Thank you to all our participants and if you would like to try again, Week 4 contest is ongoing and there is still a chance to win amazing prizes!

Wednesday, September 13, 2017

"PENAHANAN HARAM" GUAN ENG BIADAP , ANGKUH



Pemuda UMNO negeri hari ini membuat laporan polis bagi menggesa tindakan tegas diambil ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai 'penahanan haram'.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Guan Eng itu bersifat tuduhan jahat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali gus tindakan undang-undang perlu diambil segera.


"Dengan laporan yang dibuat ini, kita harap tindakan segera diambil bagi menjaga kredibiliti dan imej SPRM.

"Peluang memohon maaf telah diberikan kepada Guan Eng tetapi diabaikan beliau, jadi kita tidak mahu isu ini diam begitu sahaja," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya pada 24 Ogos lalu membuat kenyataan tersebut sebelum SPRM memintanya memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam.

Bagaimanapun, Guan Eng tetap mengambil pendekatan membisu sehingga ke hari ini.

Tuesday, September 12, 2017

SITI KASIM SERANG LAGI



Dewan Pemuda Pas Kelantan menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas tiga individu yang didakwa menghina Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s, para ulama dan agama Islam baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, pihaknya kesal dengan tindak-tanduk tiga individu berkenaan iaitu peguam Siti Kassim serta pemimpin parti pembangkang, David Orak dan Ronnie Liu yang disifatkan melampau.


Katanya, jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, perbuatan sama mungkin diulangi pihak lain sekali gus mencemarkan imej Islam yang merupakan agama rasmi negara.

“Dalam laman sosial Facebook pada 1, 7 dan 8 September lalu, Siti Kassim dan David Orak membuat kenyataan yang menyimpang daripada Islam sebenar.

“Tindakan mereka boleh mengelirukan umat Islam jika tidak dihalang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Monday, September 11, 2017

DAP MUSUH SEBENAR




Pas menyeru semua pihak termasuk bukan Islam supaya menolak parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota Pakatan Harapan.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana DAP dan Pakatan Harapan memisahkan urusan kehidupan daripada agama dan boleh me­nu­kar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara.


“Mereka sudah menunjukkan sifat negatif dengan hanya mentadbir negeri, belum lagi negara, dan telah pun menunjukkan perangai yang boleh menempah ketegangan dalam masyarakat majmuk ini, lebih-lebih lagi menunjukkan keberanian mahu merungkai perkara asas dalam kontrak sosial yang telah diikat dalam Perlembagaan Negara.

“Berbeza dengan Pas di Kelantan yang boleh meneruskan perjuangannya walaupun dicekik dan dijerut lehernya, namun tetap tidak dapat dicucuk hidungnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas juga tidak mengharapkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana tidak mempercayai kepemimpinan gabu­ngan tersebut.

Advertisement

“Pas tidak mengharapkan Pakatan Harapan kerana mengenali semua mereka yang terlibat dengan penubuh­annya, tidak boleh di­percayai ha­ra­pannya.

“Ini kerana mereka hanya bergantung ha­rapan dalam Kabinet bayangan dan konsep matlamat menghalalkan cara yang lemah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menambah, Pas juga tidak perlu terikut-ikut dengan propaganda pihak lain yang kononnya bimbang Pas ditipu oleh UMNO atau UMNO ditipu oleh Pas.

“Islam mengajar penganutnya bahawa urusan ikhlas dan niat menipu tidak mengira Pas atau UMNO dan sesiapa sahaja adalah perkara tersirat yang menjadi urusan ilmu Allah dan balasannya daripada Allah, urusan kita apa yang zahir sahaja,” katanya



Sunday, September 10, 2017

APA SEBAB KIT SIANG SAYANGKAN TUN MAHATHIR ?

Pelik sungguh kalau kita tengok kasih sayang antara Kit Siang dan Tun Mahathir, macam kawan lama sehati dan sejiwa. Padahal semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, Lim Kit Siang lah orang yang paling membencinya dan menjadi musuhnya nombor satu. 




Berkurun lamanya DAP menentang Tun Mahathir, bukan sehari dua. Kebencian mereka kepada Tun Mahathir sejak belum dia diangkat menjadi Perdana Menteri lagi. Alih-alih tiba-tiba mereka begitu sayang kepada Tun Mahathir, terutama Penasihat DAP Lim Kit Siang. Apa sebenarnya yang mereka mahu dari Tun Mahathir ? 

Sudah tentulah mereka tak pernah percaya kepada Tun Mahathir, semasa dia menjawat sebagai Perdana Menteri pun mereka tak pernah menyokongnya, apatah lagi selepas dia tak ada apa-apa jawatan, lagilah tak ada HARAPAN. 

Sebenarnya seperti mana yang Tun Mahathir pernah ceritakan dahulu, masing-masing berniat untuk menipu satu sama lain. Lim Kit Siang berharap boleh menipu Tun Mahathir dan meletakkan parti DAP dan anaknya di tempat yang tinggi. Begitu juga Tun Mahathir , berniat untuk menipu parti DAP dan mahukan anaknya juga berada di heiraki yang tertinggi. 

Mereka berhasrat untuk memecahkan undi orang Melayu. Jika tidak dapat ke DAP undi Melayu pergi ke parti BERSATU. Dengan itu undi untuk UMNO akan berkurang dan DAP kekal atau mendapat lebih undi. Itulah perancangan mereka yang tidak perlu disembunyikan lagi. Tak ada apa-apa yang boleh disembunyikan pun. Melainkan jika orang Melayu buta hati tidak dapat melihat permaianan politik dari dua politikus usang yang menunggu masa untuk gugur. 

Selama 22 tahun Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tidak pernah sekali pun Lim kit Siang merestui segala keputusan kerajaan, oleh itu tidak mungkin selepas bersara Lim Kit Siang akan bersetuju atau mengikut saja kata-kata Tun Mahathir.  Lepas habis PRU ke 14 nanti percayalah Lim Kit Siang akan biarkan Tun Mahathir terkontang kanting dengan parti cap ayamnya. 

Saturday, September 9, 2017

MRT 3 BAKAL DI LAKSANA LEBIH AWAL



Jelas sekali Transit Aliran Massa (MRT) telah memberi impak yang positif kepada rakyat dan negara.  Rata-rata rakyat menyambut baik projek PRORAKYAT ini sehinggakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melepaskan peluang merasai pengangkutan awam bertaraf dunia itu. 

Penulis sendiri telah menaiki MRT sebanyak 5 kali pada awalnya fasa 1 memang tak ramai yang menggunakananya kerana ia belum siap sepenuhnya. Namun selepas siap sepenuhnya Fasa ke 2 iaitu dari Sungai Buloh ke Kajang, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan MRT.

Impak paling terkesan yang penulis dapat lihat dengan mata kepala sendiri ialah kesesakan lalu lintas sudah beransur-ansur kurang. Walaupun masih ada namun ianya sudah kelihatan reda. Jika di Selayang baru, selepas bulatan besar Jalan Kuching begitu selesa bergerak sehingga simpang Jalan Ipoh.  Kesesakan hanya berlaku dekat Pasar Borong sahaja. 


Ianya mungkin kesan daripada ramai orang menggunakan perkhidmatan KTM di Batu Caves dan Taman Wah Yu. Tidak seperti sebelum ini, dari Selayang hinggalah ke Bulatan Jalan Duta kereta bersesak-sesak. Inilah kesannya apabila rakyat mula menggunakan pengangkutan awam. 

Justeru itu tidak hairanlah jika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendapat lampu hijau cadangan  agar MRT 3 dipercepatkan setelah mendapat respon positif dari YAB Perdana Menteri. MRT 3 bakal dibina di laluan berimpak tinggi dekitar Greater KL yang menghubungkan lebih banyak stesen. 

MRT 1 fasa 1 dan fasa 2 yang telah menunjukkan prestasi yang cukup baik, rata-rata rakyat yang menggunakan perkhidmatan MRT menyatakan mereka cukup berpuashati dan sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri. Sehinggakan bekas Perdana Menteri yang kuat menentang pun tak sabar hendak merasai pengangkutan moden bertaraf dunia. 

MRT 1 SBK sepanjang 51 kilometer melalui 31 stesen termasuk 7 stesen bawah tanah telah beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017. Sebelum itu fasa 1 Sungai Buloh Semantan telah mula beroperasi dahulu pada 16 Disember 2016.

Seterusnya MRT 2, Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya  dijangka siap pada tahun 2024. Manakala MRT 3 yang akan melalui laluan Greater KL bakal siap pada tahun 2027.  Setiap projek  mengambil masa 5 tahun tempoh untuk siap oleh sebb itulah Liow Tiong Lai mahu ianya dipercepatkan pembinaannya agar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara sepenuhnya.