Najib berkata, pindaan undang-undang akan dilakukan supaya bukan sahaja penerima rasuah, tetapi pemberi juga dikenakan tindakan tegas.
“Pemberian untuk parti politik juga perlu ada peraturannya dan kita perlukan kerjasama pembangkang dalam soal ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE