Thursday, June 15, 2017

BUTANG SOS WAJIB UNTUK SEMUA GRAB DAN UBER


Keselamatan penumpang sememangnya menjadi agenda utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Sejak awal kemunculan perkhidmatan Uber dan Grab ramai yang risau dengan tahap keselamatan penumpang. Ini kerana SPAD tidak mempunyai sebarang rekod tentang pemandu Uber dan Grab ini. Kita tidak tahu siapa pemandu Uber dan Garb ini, adakah mereka mempunyai rekod jenayah atau tidak ?

Kes yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini dimana pemandu Uber dipukul oleh 10 individu kerana dituduh cuba mencabul penumpang warga Vietnam sangat membimbangkan, ini cukup jelas bahawa perkara ini perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan. Walaupun belum terbukti siapa yang bersalah, namun ia perlu tindakan segera.

Bagi memenuhi piawaian keselamatan ini, maka SPAD telah mengarahkan semua syarikat perkhidmatan kenderaan Uber dan Grab bagi melengkapi aplikasi kenderaan mereka dengan butang SOS bagi menjamin keselamatan penumpang.  

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah yang mana telah menjelaskan butang SOS ini mempunyai akses terus ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Jika penumpang kenderaan awam ini terasa terancam, mereka boleh memberi amaran dengan menekan butang tersebut.

Menurutnya lagi "sistem" ini telah pun digunakan oleh perkhidmatan Uber di Negara India. Sistem ini baik untuk kedua-dua pihak samaada pemandu atau penumpang. Masing-masing perlu peka pada keselamatan. Disebabkan oleh beberapa kes yang diadukan oleh penumpang, maka sistem ini diperkenalkan.

Perkara ini juga disambut baik oleh pihak Uber dan mereka memberi persetujuan untuk memperkenalkan butang SOS. Selain itu mereka juga akan membuat saringan pemeriksaan yang ketat terhadap tingkah laku dan rekod jenayah setiap pemandu.

Maklumat dan kerjasama dari pihak pengguna juga penting kerana merekalah yang akan menggunakan perkhidmatan ini.

Semoga dengan adanya butang SOS ini kes-kes jenayah seperti ini dapat dielakan disamping dapat memberi keyakinan kepada penumpang dan juga keselamatan pemandu itu sendiri.




No comments:

Post a Comment