Tuesday, September 16, 2014

Teguran Mat Sabu seperti mahu PAS 'buka baju' - Nik Abduh



 
SHAH ALAM: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz menyifatkan teguran yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, kepada ulama seperti "ada sesuatu yang tidak kena". 
 
Justeru beliau enggan mengulas lanjut kerana menghormati kedudukan Mat Sabu dalam parti.
 
"Ada desakan supaya PAS maju ke depan. Dan kenyataan beliau (Mat Sabu) pada saya seolah-olah menyuruh PAS pecat (buka) baju sedangkan kita ini kalau nak suruh nampak menarik tak perlu pecat baju, kita kena basuh baju.
 
"Jadi saya fikir macam ada sesuatu yang tak kena. Tapi saya tak fikir lagi untuk mengulas panjang. Saya hormatilah kenyataan dia sebagai timbalan (presiden)," memetik laporan Malaysiakini
 
Beliau ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan, malam tadi.
 
Terdahulu Mat Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.
 
Beliau mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya
 
Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.
 
Sementara itu, Nik Abduh mengakui parti itu kini berdepan dengan krisis dalaman parti.
 
Bagaimanapun ahli jawatankuasa PAS itu berkata, perkara itu hanya akan ditangani diantara pemimpin parti itu sendiri.
 
"Ya...ya. PAS sekarang dalam krisis. Cuma sekarang ini ialah kita nak tangani krisis itu dengan PAS," katanya ringkas.
 
Sementara itu, mengulas mengenai tulisan di laman Facebooknya  minggu lalu yang mengkritik tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong PKR sebagai pengkhianat, Nik Abduh berpendapat, kenyataannya itu merupakan pandangan majoriti pemimpin PAS.
 
Malah, katanya, perkara itu juga turut dipersetujui oleh ayahnya yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Saya yakin pandangan saya ialah pandangan majoriti pemimpin PAS di peringkat pusat dan saya tanya ayah saya pun, ayah saya setuju yang mereka pengkhianat.

Monday, September 15, 2014

Pandangan Subki Latif - Nik Abduh


Pandangan dan tulisan saya mengenai krisis PR di negeri Selangor akibat Langkah Kajang yang sumbang telah mengundang reaksi yang banyak antara pujian dan kritikan yang keras.
Saya menekuni lebih 500 komentar di FB ini selain beberapa pautan lain di media baru dan akhbar juga. Saya ucapkan terima kasih atas kesudian para pembaca untuk berkongsi pandangan.
Antara yang aktif menulis dan mengulas isu Selangor ini ialah Pak Subki Latif, veteran politik PAS yang begitu dihormati tulisannya. Hampir semua ahli PAS sejak dulu lagi membaca tulisannya terutama melalui kolumnya di dalam akhbar rasmi parti, Harakah.
Ayahanda TGNA juga adalah pembaca tetap kolum beliau itu. Beliau selalu bertanya saya, "Dah baca tulisan Subki Latif dalam Harakah minggu ni?" Mungkin, selain meminati pandangan beliau, ayahanda juga akan mudah mengingati balik dan menghadam sejarah lama parti PAS yang selalu menjadi senjata utama yang mengukuhkan isi dan hujahan Pak Subki Latif dalam tulisannya.
Saya sejak zaman remaja di awal 80an lagi telah pun membaca tulisan-tulisan beliau. Saya juga membaca buku-buku politik daripada penulis-penulis politik yang lain. Antaranya Mohd Sayuti Omar (MSO). Beliau peminat tegar krisis politik. Cuma, sekarang saya agak jarang membaca tulisan beliau. Kelihatan tulisannya kini agak kelam kabut sikit. Mungkin cuaca politik hari ini dah mengelirukannya. Sekali nampak macam El Nino, rupa-rupanya La Nina yang datang.. Bagi saya, beliau patut kembali ke tapak asalnya agar tulisannya kembali segar.
Saya sering dihujah sebagai masih mentah untuk mengulas isu-isu politik yang panas sekarang. Sementelahan KPInya tinggi sangat. Nik Abduh ni tak setara ayahnya.. haha
Pak Subki Latif tak ada siapa sanggup kata dia ni mentah atau tumpul. Kalau ada yang kata, itu tanda kebiulan. Jika ingin mengkritik tulisan beliau, hendaklah cermat, secermat tulisan beliau juga.
Saya sarankan anda membaca tulisan Pak Subki Latif dan pandangan beliau mengenai krisis politik Selangor hari ini. Dipuji dan dikritiknya PAS, PKR dan DAP secara berhemat. Kali ini, kritikannya terhadap PKR begitu tajam dan konsisten.
Antara penegasannya, 2 ADUN PAS yang sumbang itu telah lakukan kerja khianat terhadap parti. Beliau juga menyatakan kehairanannya dengan sikap DAP yang baginya agak pelik.
Oleh kerana tulisan dan pandangan saya begitu sama dengan pandangan beliau, saya begitu teruja. Ada ilmu yang Pak Subki berjaya perturunkan buat saya sepanjang pembacaan saya terhadap tulisan beliau sedari kecil saya. Hikmat orang tua jangan dipinggirkan di dalam menghadam politik baru hari ini.
Jika anda membaca tulisan-tulisan saya, anda akan dapat mengesan sebahagian seni penulisan saya, saya perolehinya daripada seni penulisan beliau yang hebat. Wah, perasan haha..
Generasi muda hari ini kadang-kadang lemah memahami ini. Mereka fikir sejarah tidak lagi bersambungan. Hujah mereka, sejarah ditulis oleh pemerintah yang menguasai dan memaksa. Ia palsu, tak boleh dirujuk. Hujah ini benar, cuma salah pasang dan salah letak.
Saya sarankan anda membaca tulisan-tulisan Pak Subki Latif yang konsisten mengulas isu Selangor, termasuk isu-isu dalaman PAS. Anda boleh membacanya di laman Harakahdaily. Selamat membaca..

PasMa : Timbulnya Sebuah Kapal Selam - Nasrudin bin Hassan At Tantawi.


1. Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya PasMa. Ia kini menjadi bahan bualan ahli - ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru PasMa bukanlah sebuah ngo kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan AMAL, Muslim Care dan lainnya. Juga bukan sebuah ngo yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R) , ANAK dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah ngo yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.

2. Pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari jelas mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap ngo ini. Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

3. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mahu bekerjasama dengan UMNO dan dilabel sebagai Geng UG sementara mereka pula adalah Pro PR. Jika konsep 1 Jamaah 2 Parti itu menjadi kenyataan, barangkali Parti Ummah Sejahtera ( فاس ) akan wujud.

4. Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari , bagaimana Shaikh Umar Bagharib bin Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat ? . Menganggap Tuan Guru Presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar.

5. Seorang peserta yang lain pula menyebut bahawa fokus mesti dialihkan kepada Setiausaha Agung Musthafa Ali untuk dijatuhkan dengan maksud jatuh Musthafa Ali maka lemah dan jatuhlah Tuan Guru Presiden. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Tuan Guru Presiden yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.

6. Sementara resolusi pertemuan itu disampaikan oleh Ust Mohd Taib Ahmad Setiausaha PasMa. Beliau menegaskan jika AJK PAS Pusat tidak mahu menurunkan Presiden PAS, maka semua AJK PAS Pusat kita turunkan termasuk Mohamad Sabu Timbalan Presiden, Naib - Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan semua AJK PAS Pusat kita turunkan semuanya. Kenyataan beliau berasaskan satu keyakinan bahawa terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO di Selangor.

7. Menyentuh soal rahsia parti pula, beliau menyebut bahawa baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing ( sebagai membayar kifarah ). Ucapan resolusi PasMa itu juga turut menegaskan bahawa Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Musthafa Ali. Musthafa Ali over rule segalanya, beliaulah Presiden PAS yang sebenarnya.

8. Penjelasan ini adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang jelas menggambarkan agenda sebenar PasMa . Pertemuan itu menjadi majlis "membelasah" pimpinan PAS khasnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.

9. PasMa menjadi forum yang akan bergerak secara terbuka ke seluruh negara dengan membawa agenda tersebut. Himpunan mereka di Pustaka Az Zahra' menyaksikan kesungguhan mereka mendokong agenda yang mengatasnamakan usaha menyelamatkan PAS itu. Antara yang mengambil bahagian berucap dan melontarkan pandangan dalam Perhimpunan PasMa yang berlangsung di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari ialah Ustaz Mohamad Hussin selaku pengerusi dan menyampaikan ucapan alu - aluan, sementara penceramah pertama ialah Yb. Dr Hatta Ramli dan penceramah kedua ialah Dato Phahrolrazi bin Zawawi.

10. Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa.

ULAMA DI SERANG DUBUK PAKATAN KETUM



Beberapa tahun yang lepas aku menjangkakan Ustaz Harun Din bakal di serang oleh para munafiqun dalam PAS dan PKR yang didalangi oleh DAP . Ini bukanlah ramalan aku tentang masa depan....aku tidak ada keupayaan sebegitu. Jangkaan aku berdasarkan perbezaan yang ketara, pertentangan dua pendapat yang sangat jauh, sangat serius .... iaitu isu" Kalimah Allah". Kenyataan Ustaz Harun Din dengan KETUM PKR amat bercanggah. Ibarat Air dan Minyak...memang tidak boleh disatukan. Dari Kenyataan inilah bermulanya bibit perseteruan yang dihiasi oleh opera Tahalus siasi yang sering memakan diri.

Hari ini Ustaz Harun Din Al-Hafiz di serang bertalu-talu oleh pecinta Kebebasan yang tiada batasan. Dituduh sebagai arkitek yang membina jambatan antara PAS dan UMNO, di tuduh kolot , di caci dan dihina sewenang-wenangnya. Mereka kini amat membencinya.
Keghairah mereka untuk menguasai negara ini tidak dapat dibendung lagi. Nafsu bergelodak membuak-buak melihat jongkong emas di depan mata. Hanya sejengkal lagi yang memisahkan mereka dengan kejayaan. Iaitu dengan menobatkan Sang Ratu sebagai boneka untuk mencapai cita-cita hanyir mereka.
Lakonan bersahaja si Kembar Abdullah bin Saba pengasas Syiah begitu mengkagumkan sehingga berjaya mendapat pengikitrafan Khalifah di sebuah Pulau. Kini dia dicanang-canang untuk dinobatkan sebagai Tuan Presiden yang baru.
Seribu Dosa ditimpakan kepada Tuan Guru Haji Hadi demi untuk mencapai cita-cita buas mereka. Bahkan "Amanat Tuan Presiden" yang mereka pertahankan dahulu, kini dihukum sebagai pemecah belah umat. Pendek kata segalanya sudah menjadi dosa.
Tuan Guru tidak perlu malu lagi ...tidak perlu malu lagi untuk meminta pertolongan kepada "orang-orang yang beriman" demi untuk menyelamatkan bahtera PAS. Orang-orang yang beriman sudah lama menghulurkan tangan untuk bersatu padu atas nama Islam. Syukurlah Tuan Guru ada sahabat sebaik dan setia seperti Ustaz Harun Din. Jambatan ukhwah yang di bina mampu menyelamatkan bahtera PAS. Semuanya di tangan Tuan Guru.... bersediakah ...???

Thursday, September 11, 2014

KUASA PRESIDEN DAN MAJLIS SYURA ULAMA – BERDASARKAN KERANGKA PERLEMBAGAAN PAS



Siri Pertama:-

1. Lujnah Undang-Undang Dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat melalui siaran media bertarikh 9/9/2014 telah menyiarkan pandangan perundangan berkenaan dengan kuasa Presiden & Majlis Syura Ulama (MSU) berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS. Pada akhirnya, kenyataan LUHAM yang disokong sebulat suara oleh keseluruhan Ahli Lajnah tersebut tampil dengan satu kesimpulan – kononnya MSU Presiden tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS untuk menamakan calon Menteri Besar Selangor, melainkan mendapatkan persetujuan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Lantaran itu, pendirian MSU yang diputuskan melalui mesyuarat pada 7/9/2014 untuk mempertegaskan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26(1)(a) – turut disifatkan oleh LUHAM sebagai silap dan tidak mempunyai asas perundangan dalam konteks Perlembagaan PAS.

2. Pada 5/9/2014, The Malaysian Insider (TMI) telah menerbitkan sebuah tulisan bertajuk “Majlis Syura Ulama beri contoh tak baik pada PAS”. Berdasarkan TMI, artikel tersebut ditulis oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat. Dewan Pemuda PAS Pusat turut juga memiliki Jabatan Undang-Undangnya sendiri – Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM). Namun sehingga kini, tiada apa-apa pendirian rasmi daripada JUHAM samada bersama menyetujui pendirian berdasarkan artikel TMI tersebut, atau tidak bersetuju atau sekurang-kurangnya menjarakkan diri dari tulis tersebut.

3. Kedua-dua pendirian undang-undang yang saya rujuk diatas, yang dinukilkan oleh teras minda undang-undang dalam PAS, mempunyai satu kesimpulan yang sama – bahawa Presiden PAS telah melangkah diluar batasan Perlembagaan PAS apabila bertindak sendirian mencalonkan 3 nama ke Istana Selangor bagi tujuan perlantikan Menteri Besar Selangor. Namun penulis artikel TMI kelihatan lebih radikal dan agresif apabila mencadangkan bahawa Presiden PAS perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib parti – yang boleh membawa natijah kepada samada digantung atau dilucutkan keanggotaan parti. Ringkasnya, Presiden boleh dilucutkan jawatannya, melalui perlucutan keanggotaan parti.

4. Atas premis perundangan yang diambil LUHAM berkenaan isu ini, dan untuk mengelakkan kekeliruan yang pastinya akan melebar bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli PAS bahkan pendokong diluar gelanggang, saya terpaksa menggagahkan diri untuk meneliti dengan tekunnya Fasal-Fasal yang berkaitan, dalam Perlembagaan PAS, lantas membetulkan beberapa kesilapan teras yang saya fikir telah dilakukan oleh LUHAM sewaktu tampil dengan kesimpulan perundangan tersebut. Sekurang-kurangnya tulisan ini akan mengayakan ruang perbahasan dan menyediakan penelitian alternatif terhadap pendirian rasmi Lujnah yang dipertanggungjawabkan oleh PAS dalam apa-apa urusan perundangan parti.

PERANAN DAN KUASA MAJLIS SYURA ULAMA

5. LUHAM memulakan asas perbahasannya dengan mengingatkan MSU bahawa MSU hanya mempunyai kuasa untuk menghurai, menafsir dan menjelaskan peruntukan Perlembagaan PAS dalam dua keadaan semata-mata:- Pertama jika wujudnya perselisihan faham, dan Keduanya – jika ada rujukan secara rasmi dibuat terlebih dahulu kepada MSU. Atas tafsiran ini, LUHAM berpendirian bahawa Fasal 8(1)(a) hendaklah dibaca bersama dengan Fasal 88(1). Bagi menjelaskan lagi pendirian itu, pada perenggan 7 dan 8 Kenyataan LUHAM tersebut, LUHAM tampil dengan kesimpulan bahawa kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa “of first instance” atau kuasa sedia ada (inherent).

6. Disinilah kesilapan asas yang mencemari keseluruhan pendirian LUHAM dalam penafsiran kuasa MSU, yang pada akhirnya membuat rumusan yang salah ke atas kuasa Presiden, berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS.

7. Penelitian saya terhadap Perlembagaan PAS – Fasal 8(1)(a) adalah sangat jelas memberikan kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan dalam perlembagaan yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

8. Fasal 8(1)(a) tidak pada bila-bila memperuntukan kriteria yang diletakkan oleh LUHAM – mesti wujud perselisihan faham mahupun keperluan rujukan rasmi untuk dibuat keputusan.

9. Fasal 8(1)(a) membawa maksud yang sangat jelas – bahawa MSU berhak bertindak pada bila-bila masa yang difikirkan perlu, atau bilamana wujudnya keadaan yang mendesak mempunyai apa-apa perakuan atau keputusan atau penghuraian atau penjelasan atau pentafsiran TANPA wujudnya perselisihan faham, apatahlagi rujukan bertulis. Keseluruhan Fasal 8 yang digubal khusus untuk memperincikan kuasa dan struktur organisasi MSU tidak pernah mensyaratkan mesti adanya rujukan/komplen/permintaan bertulis.

10. Perlu diingat bahawa MSU tidak berperanan seperti Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa berlainan bagi setiap satu peringkat Mahkamah (katakan: Mahkamah Tinggi – Mahkamah Rayuan – Mahkamah Persekutuan). MSU sifatnya adalah proaktif dan bukannya reaktif! Atas sifat itu kuasanya diperihalkan secara umum melalui Fasal 8(1) bagi menjamin Hukum dan Kekuasan PAS di bawah Fasal 7 dapat ditangani dengan berhemah dan bijaksana sesuai dengan tuntutan politik semasa berlandaskan keilmuan dan kepakaran ahli-ahli yang membentuk MSU.

11. Selanjutnya, berbalik kepada hujahan LUHAM bahawa kononnya Fasal 8(1)(a) perlu dibaca bersama dengan Fasal 88(1), dan tidak boleh dibaca secara berasingan!

12. Sekali lagi saya berpendapat bahawa pendirian LUHAM adalah jauh tersasar. Saya berpendapat Fasal 8 (Majlis Syura Ulama) dan Fasal 88 (Lain-Lain Perkara) adalah Fasal yang berasingan yang berdiri di atas sifatnya sendiri. Fasal 8 memperihalkan kuasa dan struktur MSU, manakala Fasal 88 memperihalkan Lain-Lain Perkara yang memerlukan campurtangan atau keputusan atau penglibatan MSU (sesuatu keputusan yang diminta oleh lain-lain pihak untuk MSU membuat keputusan). Jika dirujuk kepada Fasal 88(3), Fasal 88 boleh ditafsirkan membawa maksud sebarang pertikaian atau perselisihan ANTARA badan-badan, atau organisasi-organisasi, jawatankuasa-jawatankuasa, lajnah-lajnah didalam PAS (yang mana tidak boleh dibawa ke Mahkamah).

13. Maksudnya, Fasal 88 adalah kuasa rujukan atau rayuan kepada MSU yang diminta oleh lain-lain badan/jawatankuasa/lajnah dalam parti. Manakala Fasal 8 adalah kuasa induk MSU atas kapasitinya sendiri. Justeru sangat terang lagi bersuluh, Fasal 8 dan Fasal 88 adalah Fasal-fasal berasingan yang tidak terikat antara satu sama lain.

14. Untuk memudahkan lagi kefahaman, dalam keadaan wujudnya pertikaian antara Presiden dan sebahagian Jawatankuasa Pusat (dalam isu pencalonan Menteri Besar Selangor) – MSU boleh mengambil peranan dibawah Fasal 8(1)(a)/(b) serta Fasal 88(1) untuk membuat satu keputusan yang akan mengikat keseluruhan pihak-pihak yang terlibat.

15. Dalam suasana wujudnya percanggahan antara tindakan Presiden dan penafsiran Perlembagaan oleh LUHAM, MSU juga boleh mengambil peranan dibawah Fasal 8(1)(a)(b) atau Fasal 88(1) untuk memutuskan bahawa tindakan Presiden adalah tepat kerana mempunyai kuasa pemutus di bawah Fasal 26 (1).

16. Oleh itu, permulaan premis LUHAM yang menegaskan bahawa Fasal 8(1)(a) dan Fasal 88(1) hendaklah dibaca bersama adalah satu pendirian superimposed ke atas peruntukan Perlembagaan yang tidak wujud. Justeru jelas sekali LUHAM telah membuat satu tafsiran yang salah-arah (misconceived) atas kerangka Perlembagaan PAS yang sepatutnya dipertahankan!

17. Suatu perkara yang tidak langsung disentuh oleh LUHAM adalah kuasa MSU di bawah Fasal 88(1)(b) dan Fasal 88(2):-

17.1 Fasal 8(1)(a) – MSU berkuasa mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar itu dan ketetapan itu serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS

17.2 Fasal 88(2) – Majlis Syura Ulamak adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

18. Atas sebab yang hanya diketahui oleh LUHAM, kedua-dua Fasal 8(1)(b) dan Fasal 88(2) tidak langsung dirujuk sewaktu memberi penafsiran terhadap Perlembagaan PAS berkenaan kuasa dan peranan MSU.

19. Kedua-dua Fasal ini, terutamanya Fasal 8(1)(b) dengan jelasnya memberikan kuasa kepada MSU untuk mengeluarkan ARAHAN dan PERINTAH kepada semua organisasi parti, termasuk Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat – apatahlagi kepada LUHAM sendiri!

20. Penelitian yang mendalam terhadap Perlembagaan PAS, terutamanya terhadap Fasal 8(1)(a) dan Fasal 88(1) – akan memberikan satu kesimpulan yang akan mengejutkan LUHAM – iaitu, kuasa mentafsir Perlembagaan PAS itu sendiri terletak dipundak MSU, dan bukannya LUHAM (walau pun LUHAM boleh dianggap sebagai penasihat undang-undang PAS). Maknanya, walau apa pun kepakaran undang-undang yang dimiliki LUHAM, hanya pentafsiran, penghuraian dan penjelasan MSU ke atas sesuatu peruntukan Perlembagaan PAS yang mempunyai nilai dan bersifat mengikat.

21. Oleh itu, apabila Majlis Syura Ulama bersidang pada 7/9/2014 dan memutuskan bahawa Presiden (dalam konteks pencalonan Menteri Besar Selangor) mempunyai kuasa pemutusan berdasarkan Fasal 26(1), maka itulah penafsiran, penjelasan dan penghuraian yang sebenarnya yang mengikat keseluruhan parti PAS – kecuali sehingga ia diputuskan sebaliknya oleh Muktamar.

22. Mudahnya, MSU tidak pernah bertindak diluar batas Perlembagaan PAS. Sebaliknya dengan kenyataan media LUHAM pada 9/9/2014 (selepas sidang MSU pada 7/9/2014) yang secara terbuka menyerang pendirian badan tertinggi dalam parti - adalah pihak yang melampaui batas berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS.

....bersambung (akan turut diulas – Kuasa Presiden dalam pencalonan Menteri Besar Selangor dan Mandat Muktamar PAS berkenaan Tahalluf Siasi).

Wan Rohimi Bin Wan Daud
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur

SSK dengan 1MDB - Tun Dr. Mahatir



1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.

2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jikabenar, Alhamdulillah.

3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit

4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.

5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.

6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.

7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.

8. Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.

9. Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.

10. Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

11. Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.

12. Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.

13. Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

14. Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.

15. Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.

Wednesday, September 10, 2014

Siapa Pengkhianat? - Nik Mohamad Abduh



Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;

1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam!

Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!

PAS mula dipermainkan rakan-rakannha sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..

Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

Monday, September 8, 2014

Dunia bakal berubah ...

HANCURNYA bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Pertempuran dahsyat ini dikenal sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestina. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah film rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang ingin menyamarkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda film. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.
Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam Hadis manapun. Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestina. Sebuah tempat yang cukup strategis dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklir.
Banyak yang mengatakan bahwa dalam Perang Dunia Ketiga, bom nuklir akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempo yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentara hanya akan menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklir, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.” – Louis Lord Mountbatten
“Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu.” – Albert Einstein
Apakah Einstein dan Mountbatten hanya kebetulan mengatakan ini? Konon, ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu karena EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklir itu sendiri terjadi ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentara ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah karena semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.
Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi yaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi”. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 

Sunday, September 7, 2014

PAS DI SERANG ...!!!

Tuan Guru Haji Hadi dengan tegas menyatakan Wan Azizah tidak layak, manakala Timbalannya Mat Sabu mempertahankan keputusan 17 ogos yang memilih Wan Azizah dan Azmin sebagai MB.

Tuan Guru juga menambah, jika ada di kalangan pemimpin PAS yang tidak sehaluan dalam perjuangan PAS - sila keluar ...!!!

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan penegasan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man agar DAP dan PKR jangan menyibuk dalam halehwal urusan pas. Tidak perlu mengajar pas buat keputusan.

PAS sekarang seolah-olah sedang di rasuk puaka jembalang tanah Anwariyun. Segala doa perambat Tuan Guru Hadi Awang nampak sehingga kini masih lagi belum berkesan.
 Ifrit Sabu dan Polong Khalid Samad masih lagi degil bersarang dalam tubuh PAS. 

Manakala sebahgian dari pengikut pas yang juga terkena virus Zombie Anwariyun berperang sesama sendiri dengan pengikut yang taat setia kepada TG Hadi Awang. 
Disaat TG Hadi Awang, ustaz Nasrudin, Tuan Ibrahim dan Nik Abduh sedang bergelut dengan Ifrit, Polong dan Zombie.....
 Raja Iblis PKR dan Syaitan DAP sedang bergelak ketawa memerhatikan saat kehancuran sebuah parti cap Ayam yang mempergunakan Islam sebagai modal politik.

Thursday, September 4, 2014

GUAN ENG PUN BOLEH DI TANGKAP ....

Bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang.

Kerajaan negeri mendakwa PPS ini tertakluk kepada bidang kuasanya. Tetapi tidak ada satu pun undang-undang negeri yang ada menyatakan sedemikian itu. - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang.

Jelas sekali, sebuah kerajaan negeri seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa di sisi Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan apa-apa badan atau pertubuhan yang fungsinya seperti polis, iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang.

Kerja berkaitan keselamatan, kepolisan dan ketenteraman awam adalah kerja PDRM. PPS, yang ditubuhkan sebagai pertubuhan ala polis oleh Guan Eng, adalah jelas sekali haram di sisi undang-undang negara - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang.

Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 - boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali - Salleh Buang. Penganalisis Undang2
Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 - boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang
Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 - boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang.

Jangan ingat PAS sahaja yang rugi


SUBKY LATIF
TS Mohamad Mohd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.
Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.
Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.
DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.
Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri. Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani.
Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.
PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.
Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.
PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin semasa dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantah kezaliman terhadap bekas TPM itu.
Demikianlah besarnya minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.
Terima kasih adanya Pakatan Rakyat, PAS suka kepada Cina dan India DAP, dan DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di kampung-kampung. Jika DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.
Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya.