Dirinya terpalit dengan skandal rasuah, penjualan tanah tanpa tender terbuka, dikatakan tamak membolot 14 jawatan, menghabiskan wang rakyat beratus juta hanya untuk kononnya dibuat FEASIBILITY STUDY (Laporan kebolehupayaan) projek jalan raya di Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi masalah yang dibawanya sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Namun lelaki tak ada maruah dan tak tahu malu ini masih lagi ingin menfitnah kononnya kerajaan Barisan Nasional semasa menerajui Pulau Pinang telah menjual tanah pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi. Ini semua adalah ingin mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinannya.
Guan Eng tak perlu nak bersandirwara dengan rakyat, jika betul apa yang didakwanya itu, silalah dengan segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tindakan Guan Eng membangkitkan perkara tersebut hanya ingin mengelirukan pemikiran rakyat yang mula mempertikai segala tindak-tanduknya dalam pentadbiran negeri apatah lagi apabila terbongkarnya skandal penjualan tanah secara rundingan terus kepada pemaju swasta. Kelihatan keputusan itu seperti diputuskan oleh satu orang, namun seperti biasa Guan Eng menafikan dan mendakwa ianya keputusan semua exco.
Semua yang didakwa oleh Guan Eng tiada langsung bukti atau dokumen-dokumen sokongan, cuma dakwaan mulut dan lidah yang tak bertulang. Jika dia jujur dan amanah, dia perlu mengemukakan sekali dengan dokumentasi sahih kerana rakyat juga ingin mengetahui kebenarannya. Bukannya sekadar dakwaan kosong. Jika pemimpin DAP masih lagi berjiwa pembangkang, maka layaklah tinggalkan kerusi Ketua Menteri dan berikan kepada yang lebih layak.
Tindakan Guan Eng yang berterusan membangkitkan isu itu tanpa menunjukkan sebarang bukti hanya mengelirukan penduduk negeri ini apatah lagi dakwaan tersebut dibantah parti Gerakan negeri.
“Segala dakwaan yang dibuat Guan Eng itu perlu dikemukakan dengan dokumentasi sahih kerana penduduk negeri ini berhak mengetahui perkara sebenar memandangkan melibatkan tanah rakyat.
“Sehubungan itu, beliau perlu berani membawa perkara tersebut kepada SPRM supaya satu siasatan telus dapat dijalankan, bukan setakat membangkitkannya di media semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, pihaknya mempertimbangkan untuk menyaman Guan Eng yang berterusan mengelirukan rakyat dengan menyeleweng fakta berhubung projek tambak laut Seri Tanjung Pinang dan Lebuh Raya Jelutong di sini.
Menurut Baljit, dakwaan Guan Eng kononnya tanah itu dijual pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi memberi persepsi buruk kepada kerajaan BN terdahulu sedangkan transaksi tersebut merupakan satu bentuk konsesi tambakan laut.
Sementara itu, Rahmad turut mengalu-alukan tindakan undang-undang yang mahu diambil Gerakan terhadap Guan Eng berhubung isu terbabit yang disifatkan mampu menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.
Menurut beliau, pertikaian isu terbabit perlu dimuktamadkan menerusi saluran mahkamah dengan segera bagi mengelak tanah rakyat terus dijadikan modal ‘sandiwara’ politik.
“Sedangkan pada akhirnya, penduduk negeri ini juga yang terpaksa menanggung kerugian kerana sedikit demi sedikit, tanah yang sepatutnya memberi manfaat kepada mereka dinikmati oleh pemaju swasta,” katanya.
No comments:
Post a Comment