Seperti yang dijangkakan, hubungan DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan satu hubungan yang berlandaskan setiakawan. Mereka hanya saling perguna dan mempergunakan. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa.
Seperti biasa DAP tentulah tak mahu mengalah dan tunduk dengan aura kuasa Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa.
Justeru itu hari ini DAP dengan tegas menolak ketuanan PPBM dalam usaha memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.
Keghairahan PPBM yang mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden bagi Pakatan Harapan amat mengusarkan DAP. Oleh sebab itulah Lim Guan Eng dengan berangnya menentang penguasaan PPBM dalam Pakatan Harapan.
DAP sedar jika Tun Dr Mahathir diberi kuasa, telunjuk mereka akan menjadi tumpul. DAP tidak mahu bayang-bayang UMNO wujud dalam Pakatan Harapan. Mereka mahu terus berkuasa, itu sahaja.
Jika yang meminta jawatan Pengerusi itu adalah dari parti PKR atau PAN, DAP mungkin tak ada masalah. Sebab itulah Lim Guan Eng dengan mudah menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan menolak calon dari parti PPBM.
Justeru itu Guan Eng menegaskan, DAP dan parti-parti lain dalam pakatan masih setia menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.
“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.
“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.
Keangkuhan dan Ego DAP bakal membawa masalah kepada Pakatan Harapan. Tun Mahathir sedar perkara ini. Pakatan Harapan perlu bersatu dalam satu nada.
Sebab itulah PPBM mengsyorkan agar Pakatan bertanding dengan menggunakan satu lambing sahaja. Itu pun DAP bantah, apatah lagi jika nak meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Muhyiddin sebagai Presiden. Memang tak ada harapan lah.
Pergolakan dalaman pakatan antara DAP dan PPBM bakal memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Mereka hanya berpakat demi kepentingan parti politik masing-masing.
No comments:
Post a Comment