Monday, April 15, 2013

NIK AZIZ ATAU TUN MAHATHIR YANG AKAN MENJADI IMAM HUSAM DI MASJID PUTRAJAYA ?

PUTRAJAYA: "4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat semula. Ketika itu, kita tidak tahu siapa akan memerintah.

"Jika diberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Imam untuk solat Jumaat."

Itulah kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang bakal bertanding di Putrajaya kali ini.

“4 minggu lagi akan bertemu hari Jumaat. Sekiranya saya berjaya tawan P-125 Putrajaya & Pakatan Rakyat berjaya tawan Malaysia, saya akan pastikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Imam untuk Solat Jumaat selepas kemenangan,” katanya.

Kata-kata Husam disambut dengan hebat oleh warga maya di Facebook. Di laman Page Rasmi P-125 Putrajaya, kata-kata itu mendapat 1,707 Likes dan 133 shares.

Keratan kata-kata Husam kemudian menjadi viral di Facebook dan dishare di pelbagai segmen komuniti.

Besar betul hajat saudara kita Husam Musa. Dia cukup yakin akan dapat menumbangkan sesiapa sahaja yang akan di tentangnya di Putrajaya. 
PSM pun ada hajat juga , iaitu ingin melihat Husam menjadi makmum di belakang Tun Mahathir.    


No comments:

Post a Comment