Friday, January 6, 2017

KAD KOMUTER LINK SEMURAH RM2.00





KTM Berhad sentiasa meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatannya untuk pengguna. Disamping memberi perkhidmatan yang mesra KTM juga membantu pengguna dalam penjimatan kos. Oleh itu mulai esok 5 Januari sehingga 5 Februari 2017 KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 berbanding harga asal RM10. 


KTM membuat promosi ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter mengunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

Ini bagi menggalakan pengguna KTM Komuter beralih daripada cara pembayaran tunai kepada bukan tunai (cashless). Dengan cara ini pengguna dapat berjimat sebanyak 20% berbanding bayaran tunai. 

Oleh itu pengguna mempunyai pilihan disamping dapat menjimatkan kos. Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kaedah ini sewajarnya menjadi pilihan. Dengan ini pengguna tidak perlu beratur dikaunter atau mesin tiket dan penjimatan perbelanjaan tambang.


“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.


Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing. 


Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.