MCA tidak suka sebarang kontroversi dan tidak pernah berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam terutama berkenaan melibatkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355. MCA faham pekara ini cukup serius dan sensitif kepada umat Islam.
Apa yang berlaku cuma kekhuatiran yang disuarakan oleh komuniiti kecil bukan Islam termasuklah segolongan kecil golongan muda, walaupun perkara RUU 355 ini ianya tidak melibatkan masyarakat bukan Islam. Itulah yang disampaikan oleh Setiausaha Agung MCA. Datuk Seri Ong Ka Chuan.
MCA amat kecewa apabila pandangan yang disuarakan disalah faham sebagai anti Islam atau ingin campur tangan dala hal ehwal Islam. Namun sebenarnya MCA berniat baik iaitu mahu menghilangkan kekeliruan kepada yang bukan Islam dan pada masa yang sama mahu melihat rakyat di negara ini hidup dalam keadaan bersatu pada serta aman damai. Pada MCA kepentingan negara adalah lebih penting daridapa segala-galanya.
MCA tidak pernah berhasrat untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam seperti pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.
“Isu ini (RUU 355) sangat sensitif kerana ia melibatkan agama dan sebagai parti politik, kita perlu menyuarakan pandangan bagi pihak masyarakat Cina supaya tidak ada kekhuatiran dan kebimbangan di kalangan mereka".
“Saya meminta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung perasaan kerana MCA berniat baik, kita mahu sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman damai,”
Diharap segala kekeliruan ini dapat dirungkaikan dan rakyat kembali bekerjasama meneruskan agenda negara. Sebaiknya semua parti-parti politik lebih menumpukan kepada agenda yang mempunyai kebersamaan serta nilai universal antaranya pendidikan, kos sara hidup dan pembangunan ekonomi. Elakkan kepada memberi tumpuan perkara-perkara yang boleh mengundang pecah belah, kekeliruan dan salah faham.
Dalam pada itu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini pernah menyatakan pendirian bahawa MCA akan menyokong RUU 355 ini andai KEPUTUSAN KAJIAN tersebut tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.
Beliau merujuk kepada JAWATANKUASA yang telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu yang melibatkan pakar-pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif perlaksanaan RUU 355.
No comments:
Post a Comment