Wednesday, May 17, 2017

MAT SABU YANG SOKONG IDEOLOGI KOMUNIS BUKAN MCA



Kerjasama erat Malaysia China sejak zaman Tun Abdul Razak lagi. Ketika itu China dipimpin oleh Presiden Mao Ze Dong.Tun Mahathir ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pun pernah ke China dalam usaha mempereratkan hubungan dua hala.

Adakah Tun ketika itu membawa ideologi komunis ke Malaysia ? Sudah tentu lah tidak . Maka apa masalahnya jika MCA, parti dari kompenen Barisan Nasional menjalinkan kerjasama dengan China dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Lim Guan Eng juga menjalinkan kerjasama dengan negara komunis tersebut senyap la pula. Apasal Tun Mahathir tak cakap DAP sekutu komunis ?

Serangan Tun Mahathir dan PERKASA terhadap MCA dilihat satu cubaan untuk melemahkan Barisan Nasional. Mungkin mahu menarik kaum Melayu agar menyokong parti PPBM atau PKR. Justeru itu MCA perlu dilabelkan dengan satu label yang dibenci oleh orang Melayu, iaitu Komunis.  

Manakala kaum Cina dilhat akan terus kekal menyokong DAP. Serangan ini tidak lain tidak bukan bertujuan melemahkan Barisan Nasional. Tun Mahathir ketika menjadi Pengerusi Barisan Nasional sering menyelar DAP sebagai parti yang cauvinis, perkauman dan lebih dekat dengan ideologi komunis. Hari ini kenyataannya telah berputar kepada MCA. 

Sikap Tun Mahathir ini tidak hairan, Sedangkan Lim Kit Siang boleh dengan tiba-tiba tak ingat, lupa dan nyanyuk berkenaan isu skandal Forex Tun Mahathir yang selama beberapa dekad menjadi pelurunya menyerang Tun Mahathir, takkan lah Tun M tak boleh hendak membalas jasa Lim kit Siang anak beranak Company.

Sebagai sebuah komponen Barisan Nasional MCA melihat hubungan erat dengan negara China bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia keseluruhan. Sebab itu kita lihat hubungan Perdana Menteri dengan pemimpin utama China begitu erat. 

Tidak timbul isu MCA nak bawa ideologi kerana MCA hanya mengadakan kerjasama dengan CPC dalam proses mengadakan perjanjian diantara MCA dan CPC. Kerjasama ini hanya berkisar dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan lain-lain yang berkaitan.

Latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China (CPC) hanyalah dari sudut teknikal dan MCA bukan dihantar untuk membawa pulang  dasar  fahaman komunis ke Malaysia. Jika tuduhan komunis ini hendak ditujukan kepada MCA, sewajarnya Tun Mahathir dan PERKASA  menuding jari kepada Mat Sabu Presiden PAN yang jelas dan terang menyokong perjuangan pengganas komunis. 

Adalah pelik jika rakan sepakatan menjunjung tinggi pengganas komunis tetapi MCA pula yang menjadi sasaran. Jika kita lihat disudut sejarah pun jelas parti MCA dari awal-awal lagi penubuhannya adalah parti yang anti komunis.. 

Jika DAP, PPBM dan PERKASA berani, katakanlah tidak pada ideologi komunis dan dalam pada masa yang sama juga Kerajaan Pulau Pinang perlu membatalkan  semua kerjasama yang telah dijalinkan dengan kerajaan China. 



No comments:

Post a Comment