Dasar Kabotaj ini sudah lama diperkatakan oleh aktivis politik, NGO, economist, apatah lagi pihak pembangkang dan juga pehak kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu. Namun jelas sekali apa yang dilihat seolah-olah tiada jalan penyelesaian sehinggakan isu panas ini lenyap begitu saja.
Sebelum ini iaitu pada Ogos 2016, Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Sabah (FSI) Datuk Mohd Basri Abd Gafar baru-baru ini membuka lembaran baharu berupa pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapa Mohamed mengenai dasar kabotej tersebut. Dengan ringkas Mustapa Mohamed menyatakan bahawa kapasiti pelabuhan di Sepanggar tidak mencukupi dan menyebabkan penghantaran perlu dilakukan di Pelabuhan Kelang dan dengan itu mengekalkan dasar kabotaj saperti sebelumnya.
Baru -baru ini kementerian Pengangkutan(MOT) ketika Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkunjung ke Sabah berkata, kementeriannya bersedia membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah. Ini sebagai satu usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.
Menurut Liow lagi, kerajaan Persekutuan sentiasa peka terhadap keperluan Sabah dengan menyediakan persekitaran ekonomi terbaik untuk negeri itu.
"Punca kos barangan pengguna yang tinggi di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung sudah lama dibincangkan dengan sebahagian besarnya dikaitkan dengan perlindungan dasar kabotaj Malaysia.
Di bawah Dasar Kabotaj, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.
Kabotaj adalah dasar perkapalan yang dilaksanakan pada 1 Jan, 1980 mewajibkan kapal membawa barangan ke Sabah dan Sarawak berlabuh di Pelabuhan Klang untuk memindahkan barangan ke kapal lain sebelum meneruskan pelayaran. Pengangkutan barang-barang dan penumpang dari pelabuhan Klang itu kemudian diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.
Dalam pada itu Liow turut mengumumkan bahawa kerajaan telah mengkaji semula dasar kabotaj ini. Ini bagi meliberalisasikan mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri Sabah.
Berucap pada Forum Pelabuhan Sabah, Liow berkata, antara sebab utama harga barangan tinggi di Sabah bukan saja berpunca dari dasar kabotaj dan kos perkapalan, tetapi ada saluran pengedaran lemah, caj pengendalian yang tinggi dna pangangkutan darat yang tidak efektif.
Jika dilihat dari sudut perhubungan pengangkutan, sebenarnya Sabah sewajarnya memenfaatkan sepenuhnya kedudukan strategiknya dalam kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).
."Pengguna lautan dari Amerika Selatan dan Australia ke China, sukakan Sabah berdasarkan lokasinya yang strategik.
“Oleh itu, Sabah perlu memanfaatkan potensinya untuk muncul sebagai penggiat utama dalam sektor maritim dan logistik," katanya.
Menyedari pentingnya Sabah sebagai hab maritim, Tiong Lai berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.027 bilion untuk pengembangan Pelabuhan Kontena Sapangar Bay (SBCP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
"Pengembangan itu merupakan pengiktirafan penting ke atas pembangunan infrastruktur pelabuhan Sabah dan peranannya dalam mewujudkan peningkatan ekonomi yang seimbang di negeri ini menerusi perhubungan dan rantaian pelabuhan," katanya.a
No comments:
Post a Comment