Sunday, April 9, 2017

AWAS, KEJARA PERLU DEMI KESELAMATAN ORANG RAMAI DI JALAN RAYA



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah beroperasi sejak 1 April lalu namun kementeriannya memberi tempoh dua minggu ini sebagai tempoh percubaan, bermakna ia akan berkuat kuasa sepenuhnya 15 April ini.

Oleh itu dari 1 hingga 14 April ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan hanya akan diberi maklum sahaja. Selepas 15 April sahaja mata demerit akan dikenakan kepada mereka jika kesalahan lalu lintas dilakukan.

Menjelang akhir tahun ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sebanyak 23 kesalahan jalan raya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

AWAS akan bermula dengan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat dan juga kesalahan melibatkan had laju, tegas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron. Manakala 21 kesalahan-kesalahan lain akan dikuatkuasakan secara peringkat demi peringkat sehingga akhir tahun ini.

Diharap dengan perlaksanaan sistem ini akan lebih mendisiplinkan pemandu-pemandu.  Pesalah trafik yang didapati melakukan kesalahan ini akan diberi amaran berdasarkan mata merit mereka. Jika mata demerit mereka telah mencapai 40 mata pertama, lesen mereka akan digantung dan jika terus melakukan kesalahan hingga 100 mata, lesen mereka akan dibatalkan.

Jika didapati mereka memandu semasa lesen digantung atau dibatalkan, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara tida lebih tiga tahun.  

Orang ramai yang rasa terbeban dengan denda dan saman yang dikenakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) perlu mengelak dari melakukan kesalahan tersebut. 

Kerajaan tidak pernah berniat untuk menbebankan rakyat, apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa pengguna jalan raya. 

Pelbagai kempen kesedaran jalan raya yang telah kerajaan buat, namun kesannya masih belum cukup memuaskan hati. Kita sedar kes kemalangan jalan raya di Malaysia masih lagi tinggi dan membimbangkan. 

Justeru itu perlaksanaan sistem AWAS dan KEJARA  dilihat perlu bagi mengatasi masalah ini, terutama dalam kesalahan melanggar isyarat lampu merah dan memandu lebih dari had laju. 

Rakyat perlu memahami ketegasan kerajaan ini bukan untuk menyusahkan mereka, bahkan bagi menyalamat nyawa orang ramai yang juga mungkin orang kesayangan mereka. 




No comments:

Post a Comment