Showing posts with label KTM. Show all posts
Showing posts with label KTM. Show all posts

Sunday, August 20, 2017

SUKAN SEA 29: LEBIH MUDAH GUNA PENGANGKUTAN AWAM



Temasya sukan SEA ke 29 ini nampak cukup meriah. Bukan sahaja para atlet yang bersemangat tapi para  penyokong Malaysia pun cukup positif memberi semangat kepada pasukan negara. Ini dapat penulis lihat setiap  acara yang pasukan Malaysia sertai, penyokongnya seperti sepakat dan bersatu hati. Memang cukup membanggakan. 
Inilah yang kita cari selama ini penyokong yang teguh bersama pasukan negara.

Syukurlah walaupun keadaan lalu lintas trafik di negara kita agak sesak, kerajaan awal-awallagi sudah buat persedian awal bagi mengatasi masalah ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terutamanya telah berkerja bertungkus-lumus bagi memastikan sistem perjalanan perkhidmatan awam berjalan dengan lancar.  

Sebelum itu pun kerajaan sentiasa mewar-warkan di media massa dan media sosial agar rakyat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika temsya ini berlangsung.  

Untuk acara pembukaan, LRT laluan Sri Petaling ke stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi. Bagitu juga upacara penutup pada 30 Ogos ini waktu operasinya juga dilanjutkan sehingga jam 2 pagi. Untuk kemudahan orang ramai ke setiap avenue sukan SEA , Rapid KL menyediakan bas khas untuk peminat  dan penyokong-penyokong negara di sukan SEA.

Di bawah disediakan jadual-jadual kepada pengguna yang ingin menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi seperti berikut :

KE KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)




UNTUK KE MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXIBITION CENTER MITEC

UNTUK KE STADIUM BUKIT JALIL

Semoga perjalanan anda menjadi lebih mudah dan selamat. Teruskan memberi sokongan kepada pasukan negara. BANGKIT BERSAMA. 




Friday, January 6, 2017

KAD KOMUTER LINK SEMURAH RM2.00





KTM Berhad sentiasa meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatannya untuk pengguna. Disamping memberi perkhidmatan yang mesra KTM juga membantu pengguna dalam penjimatan kos. Oleh itu mulai esok 5 Januari sehingga 5 Februari 2017 KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 berbanding harga asal RM10. 


KTM membuat promosi ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter mengunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

Ini bagi menggalakan pengguna KTM Komuter beralih daripada cara pembayaran tunai kepada bukan tunai (cashless). Dengan cara ini pengguna dapat berjimat sebanyak 20% berbanding bayaran tunai. 

Oleh itu pengguna mempunyai pilihan disamping dapat menjimatkan kos. Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kaedah ini sewajarnya menjadi pilihan. Dengan ini pengguna tidak perlu beratur dikaunter atau mesin tiket dan penjimatan perbelanjaan tambang.


“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.


Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing. 


Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.



Saturday, May 28, 2016

KTMB LAKSANA PROJEK NAIK TARAF KVDT



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  akan menjalankan projek menaik taraf infrastruktur bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) secara berperingkat bermula 27 Mei 2016. 

Oleh itu akan ada sedikit perubahan jadual perjalanan, meliputi perkhidmatan berberapa pekhidmatan antaranya Tren Elektrik,(kawasan Lembah Klang) , Komuter dan KTM Kargo yang beroperasi dilaluan berkenaan. Dijangkakan perubahan dan gangguan perjalanan dan jadual ini akan berlarutan sehingga projek ini siap sepenuhnya pada November 2019.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berharap KTM memastikan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan,". Turut hadir ialah Presiden KTM Berhad, Lt Kol (B).Datuk Sarbini Tijan serta pegawai-pegawai SPAD dan KTM.

Menurut Sarbini, KTMB sebolehnya tidak mahu masalah-masalah seperti kelewatan, kegelinciran dan pembatalan perkhidmatan secara tiba-tiba yang mengganggu urusan pengguna seharian. Oleh itu kerja-kerja menaik taraf ini perlu  segera dilaksanakan sebagai langkah untuk memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak akan lagi berhadapan dengan masalah.  KTMB mahu kualiti perkhidmatan tren KTM Komuter dipertingkatkan demi keselesaan penggguna dimasa depan. 

Kerja-kerja membaik pulih landasan ini meliputi  jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu. Selain itu, projek ini akan menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan ini. Ianya akan  beropersi  secara berperingkat bermula pada awal suku ketiga 2016, dan dijangka siap pada 2019.


Walaupun permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) telah diluluskan, namun KTMB  memberi jaminan terhadap keselamatan pengguna dan memastikan bahawa perkhidmatan tidak akan tergendala. KTM amat menitik beratkan dan mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. 












Monday, May 9, 2016

KEMALANGAN KOMUTER -ETS : SPAD AKAN BUAT SIASATAN TERPERINCI


Insiden kemalangan yang berlaku antara KTM komuter dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS)  berlaku di km 322 berdekatan Stesen Kuala Kubu Baru jam 1.45 petang. Kemalangan ini menyebabkan tiga orang penumpang mengalami kecederaan ringan dan telah segera diberi rawatan.

Pasukan bomba yang menerima panggilan pada jam 1.50 petang mengenai kejadian tersebut serta merta mengerahkan pasukan bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bahru dan Puchong bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan tersebut membabitkan Kereta api milik Keretapi Tanah Melayu dan ETS. Keretapi 13 gerabak itu dari Batterworh, Pulau Pinang  dikatakan dalam perjalanan meuju ke Pusat bandar manakala ETS 6 gerabak pula  pusat bandar ke Ipoh., Perak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) menganggap insiden kemlangan ini  serius dan akan mengambil  tindakan yang sewajarnya setelah siastan selesai.

Usaha untuk membuka semula landasan sedang giat dijalankan oleh KTMB. KTMB akan membuat pengumuman pembukaan semula setelah kerja-kerja membaik pulih siap. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-226;

Thursday, April 28, 2016

PERKHIDMATAN REL MENJADI PILIHAN RAMAI




Pagi semalam saya mengunakan perkhidmatan tren KTM Komuter dari Batu Caves, Gombak ke Padang Jawa, Klang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih agak tenang dan selesa kerana tidak pada waktu puncak. Tren KTM Komuter sentiasa memberi maklumat dalam setiap perjalanan menjadikan kita lebih peka terhadap persekitaran. 

Saya cuba merasai apa yang diperkatakan oleh  akhbar arus perdana bahawa indek kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam cukup memuaskan. Jadi saya turun ke arena dan merasai apa yang mereka katakan itu.

 Memang ada kebenarannya jika kita bandingkan indek kepuasan ini sejak 5 tahun yang lalu. Mengikut Laporan Tahunan Program Transformasi Nengara (NTP) 2015, tinjauan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2015 menunjukkan penumpang paling berpuashati dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL). Ia amat berkait rapat dan signifikan dengan indeks kepuasan daripada 48 peratus pada 2010 kepada 74 peratus pada 2015. 

Laporan itu menunjukkan orang ramai lebih gemar mengunakan perkhidmatan rel kerana perkhidmatan rel lebih cekap, berpatutan, selamat dan menjimatkan masa. Perkhidmatan rel juga sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ini merupakan antara faktor yang menyebabkan orang ramai lebih berminat dengan perkhidmatan rel dari mengunakan kenderaan sendiri.

Berbanding perkhidmatan awam yang lain seperti teksi dan bas, perkhidmatan rel hari ini adalah satu perkhidmatan alternatif yang murah dan lebih selamat. Dengan menyediakan kemudahan sistem pertukaran dan sambungan yang mudah antara perkhidmatan rel yang lain dengan mengunakan sistem tiket yang standard. Ia cukup menyenangkan dan memudahkan orang ramai mengunakan perkhidmatan rel. 

Cara ini cukup menjimatkan masa, sangat cekap dan berkesan. Sistem ini membolehkan orang ramai bergerak dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan lain dengan mengunakan tiket yang sama. Mereka boleh bergerak dari ERL ke LRT dan Monorel tanpa membeli menukar tiket berkali-kali. 

Setiap tahun tinjauan kepuasan pelanggan terhadap pengangkutan awam bagi mendapat maklum balas orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Semua ini bertujuan meningkatkan kecekapan terutama bahagian mod pengangkutan awam dalam kawasan Greater Kuala Lumpur, Klang Valley(GKL/KV) kepada 40 peratus menjelang 2030. 

Orang ramai perlukan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu, selesa, senang dihubungi serta mudah  dan murah. 

Kita telah lihat sepanjang 2015, NKRA UPT menunjukkan penambahan kapasiti yang sangat diperlukan dalam perkhidmatan yang sedia ada, disamping meneruskan pembinaan projek infrastruktur rel bersla besar.

Kemudahan rakyat akan ditambah apabila Projek Jajaran LRT (LEP) penuh akan dimulakan pada pertengahan tahun ini, manakala projek MRT Lembah Klang yang pertama dikatakan akan bermula menjelang akhir tahun 2016 atau aal 2017. 

Apabila Fasa pertama MRT Lembah Klang laluan Sungai Buloh-Kajang  ianya dapat mengurangkan kesesakan trafik kawasan tersebut. Pengangkutan awam akan mudah, selesa dan lebih lancar. Orang ramai akan merasai perkhidmatan yang lebih moden, laju dan selesa. Perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang hanya mengambil masa 88 minit.  




























Thursday, March 24, 2016

ERCL BAKAL MENGERATKAN HUBUNGAN KUALA LUMPUR DENGAN NEGERI PANTAI TIMUR




Kerajaan telah berusaha dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam setaraf negara maju. Pelbagai projek berimpak tinggi telah dilakukan oleh kerajaan bagi menghubungkan jaringan antara bandar bagi membantu meningkatkan kegiatan ekonomi secara tidak langsung. Semua yang kerajaan usahakan ini adalah untuk kepentingan rakyat.


Kerajaan melihat pengangkutan jalan darat menuju ke Pantai Timur seringkali mengalami kesesakan yang teruk terutama apabila tiba musim perayaan. Justeru itu kerajaan melalui Suruhanjaya Jaya Pengangkutan Awam Darat telah merancang untuk mewujudkan satu lagi perkhidmatan awam darat yang lebih canggih dan moden iaitu Laluan Kereta Api Pantai Timur (ERCL). 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah,  perkhidmatan tren sepanjang 600 kilometer itu  akan merentasi Banjaran Titiwangsa. Ianya akan melalui beberapa  bandar utama disepanjang jalan ke Pantai timur. Bermula dari Gombak seterusnya menuju ke Mentakab, Jengka,  Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Baharu dan perhentian terakhirnya di Tumpat.


Projek yang masih berstatus kajian ini masih diperingkat awal  dengan satu kaji selidik dijalankan melalui kaedah  Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) oleh SPAD dengan bantuan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi  Pantai Timur (ECERDC).  Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah kerana ingin mendapatkan maklumat dan pandangan industri yang mana akan membantu dalam menentukan proses maklum balas pasaran yang sangat berguna untuk melaksanakan projek ini. Mana-mana syarikat dan konsortium yang boleh mengambil bahagian dalam proses RFI ini jika berminat.


Proses RFI ini juga termasuk dalam mereka cipta bentuk design kereta api ECRL, pembiayaan, pengendalian operasi, pembinaan dan penyelengaraan keseluruhan rangkaian bergantubng kepada kepakaran dan pengkhususan syarikat tersebut. 


Jika projek ini dapat direalisasikan kelak ianya akan dapat membantu mengurangkan kos dan masa perjalanan disamping membantu pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggarkan mempunyai populasi seramai 4.43 juta penduduk. 


Ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat disamping dapat meningkatan ekonomi secara keseluruhannya. Selain itu, jaringan integrasi perkhidmatan awam seperti bas dan teksi di setiap stesen juga akan dikaji bagi memudahkan orang awam. 

Jika ia berjaya dilaksanakan kelak besar impaknya kepada bandar-bandar disepanjang lalaun ke Pantai Timur. Peluang ekonomi dan pekerjaan akan bertambah. Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu sudah tentu akan menjadi sebuah bandar yang moden dan bertambah maju. Boleh jadi Kuala Lumpur akan menjadi desitnasi  harian bagi sesetengah dari mereka yang bekerja. 

Dikatakan pembinaan ERCL ini akan meningkatkan KDNK sebanyak  rm50.1 bilion dan merangsang pertumbuhan .5 peratus setiap tahun kepada KDNK Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 

Dengan merealisasikan ERCL ini, warga pantai timur yang menetap di Kuala Lumpur  akan lebih mudah berulang alik dari Kuala Lumpur ke kampung masing-masing. Kesesakan di musim perayaan akan berkurang. 

Walaupun ianya tidaklah sepantas kereta api harapan ADUN Salor, Dato' Husam Musa yang mahukan kereta api selaju satu jam Kota Bahru ke Kuala Lumpur, tapi dengan adanya ERCL ini akan banyak memberi manfaat kepada mejoriti penduduk pantai timur.  


Menjadi harapan rakyat agar usaha ini berjaya dilaksanakan. 






Sunday, January 10, 2016

KTM TAWAR DISKAUN UNTUK PELAJAR




Terima kasih diucapkan kepada KTM kerana sudi memberi potongan harga sebanyak 50 peratus untuk yuran tahunan KTM i-Card kepada pelajar kolej dan universiti yang telah bermula sejak 4 Januari hingga 4 Februari.

Promosi yang berjalan selama sebulan ini telah menawarkan harga yang cuk  berpatutan iaitu sebanyak RM 15.90 berbanding harga biasa RM31.80. 

Sewajarnya para pelajar mengambil peluang keemasan ini untuk menjimatkan sedikit perbelanjaan harian mereka. 

Selain itu, bagi perkhidmatan komuter di Lembah klang memberi diskaun 50 peratus dari kadar tambang tunai bagi pelajar yang mempunyai KTM i-Card. 

Bagi perkhidmatan intercity dan ETS, bagi setiap tambang perjalanan akan di berikan 40 peratus diskaun. 

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon KTM i-Card, bolehlah datang ke kuanter tiket KTM Intercity/ETS, Atas 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur pada setiap isnin hingga jumaat mulai jam 8:30 pagi hingga 7 malam.

*Sila rujuk garis panduan seperti dibawah : 


Cara untuk membuat kad pelajar bagi menikmati diskaun di Rapid Rail/Bas dan di KTM.

Untuk Rapid Rail/Bas.

-Pelajar boleh membuat permohonan di Stesen LRT Pasar Seni 
-Bayaran sebanyak  RM10 (untuk proses kad)
-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Kad Pelajar 
-Surat pengesahan daripada universiti/kolej -
-Isi borang
- Sesi bergambar untuk Kad
-Tempoh siap kad dalam anggaran seminggu
-LRT Pasar Seni buka pada hari bekerja, termasuk Sabtu sehingga jam 4.00pm. Cuti umum tutup.
-Pemegang kad akan menikmati diskaun 50% untuk semua perkhidmatan LRT , bas dan monorel.

untuk KTM


-Boleh membuat permohonan di KL Sentral (kaunter 8 & 9 KTM Antara bandar)

-Datang awal sebab limit 200 sehari boleh mendaftar. (Kaunter dibuka 8.30pagi)
-Yuran tahunan RM31.80 termasuk GST (KTMB ada membuat tawaran dari 4 Jan 2016 - 4 Feb 2016 Yuran sebanyak RM15.90 hanya akan dikenakan.
-Pemegang kad akan menikmati diskaun sebanyak 50% untuk Komuter dan 40% untuk ETS 
-Surat pengesahan drpd universiti/kolej (para pelajar boleh memuat turun dari lawan sesawang  KTMB)
-Isi borang
-Salinan kad pengenalan & Kad pelajar

-Kad akan siap dalam 10 - 30minit .