Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Friday, October 13, 2017

SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2017: "Reimagining Transportation: Mobiliti Mampan"


Lebih kurang lima tahun yang lalu, ekosistem pengangkutan awam darat di Malaysia dan di rantau ini telah mengorak langkah yang perubahan yang luar biasa sebagai  satu agensi transit. Manakala kerajaan terus melabur dalam satu langkah kepada penyelesaian pengangkutan pada  abad ini bagi memenuhi pelbagai keperluan mobiliti masa depan. 

Dalam arus kemajuan ini, kita telah menghadapi cabaran yang besar - perubahan iklim, penduduk yang semakin berkembang pesat, kekurangan sumber daya, dan lain-lain. Tetapi kita juga mendapat peluang yang baik -iaitu peluang untuk mengubah reka bentuk dan membina perhubungan dengan rakyat.

Justeru itu, kami sekali lagi berbesar hati menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) tahunan yang dijadualkan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 22 hingga 23 Oktober 2017.

Simposium ini telah diadakan buat kali ke enam berturut-turut yang merupakan acara luar yang terbesar yang dianjurkan oleh SPAD. Banyak acara bakal diadakan antaranya Anugerah Makan Malam dan Anugerah Industri, dan lain-lain lagi. 

Simposium tahun ini yang bertemakan "Reimagining Transportation: Mobiliti Mampan". Simposium merupakan platform  yang terbaik untuk pemain industri LPT, kerajaan, pembuat dasar, NGO, ahli akademik, pelajar dan masyarakat awam untuk membincangkan dan berkongsi cara yang terbaik dan bertukar-tukar pendapat sambil  merencana perancangan perjalanan ke hadapan sambil terus membina masa depan.

Jom sama-sama memeriahkan lagi suasana simposium ini dengan pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung. Anda juga  berpeluang merasai sendiri bagaimana memandu simulator kereta api berkelajuan tinggi dari China, Japan dan Korea. Banyak juga hadiah yang menanti antaranya hadiah yang bernilai RM 200,000 para pengunjung untuk dimenangi..

Anda juga berpeluang berinteraksi dengan pengacara Radio Hot.FM, Ajak, Fizie dan Issey

Jumpa anda 22 dan 23 Oktober ini di Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017!!!


Friday, February 24, 2017

MRT BUKA PELUANG BARU


'Projek mega sering dinilai berdasarkan pelaburan kapitalnya, walhal ia membuka pelbagai peluang buat orang muda mendapat pekerjaan, dan menerima latihan dalam bidang teknologi tinggi' ~ Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.


Masih lagi dalam ingatan pada tanggal 10 Jun 2010 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek Aliran Transit Massa (MRT) semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke 10 di Parlimen yang mana ianya sebahgian daripada Program Transformasi Nasional untuk membina sistem pengangkutan awam bersepadu di kawasan Greater Kuala Lumpur. 

MRT merupakan satu cadangan sistem Aliran Massa yang akan membantu mentransformasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar mesra pengangkutan awam yang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Lembah Klang dalam masa yang sama akan mengubah cara hidup penduduk di sekitar laluannya. 

MRT menawarkan mod pengangkutan alternatif berbeza dengan kereta yang selama ini digunakan. Ianya selaras dengan hasrat kerajaan yang ini mencapai perkongsian modal pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030. 

Bagi merancakan lagi peluang dalam projek ini, MRT Corp  juga telah membuka tender ruang niaga di stesen bawah tanah Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh - Kajang (SBK). Oleh itu MRT Corp mempelawa mana-mana perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengambil bahagian dalam tender itu.

Berdasarkan penyertaan bumiputera dalam MRT melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 50 peratus, admin harap untuk tender ini juga MRT wajar memberi peluang lebih kepada bumiputera - sekurang-kurangnya mencapai tahap 50 peratus juga. 

Walaupun syarat untuk mendapat tender ini ialah mempunyai modal berbayar sebanyak RM500 ribu selain mempunyai 3 tahun pengalaman, admin berpendapat peniaga yang berpotensi juga patut diberi peluang yang sama. 

Ruang niaga yang disediakan berukuran 77 meter persegi hingga 122 meter persegi dan jauh lebih besar berbanding ruang niaga di stesen bertingkat yang terletak distesen bawah tanah. 

Kesemua stesen tersebut terletak di Bukit Bintang dengan jumlah lot yang dibuka sebanyak tiga lot, Muzium Negara (satu lot) dan Tun Razak Exchange (TRX) (tiga lot).

Berdasarkan laluan MRT sepanjang Sungai Buloh ke Kajang, admin yakin peluang ini patut di rebut oleh peniaga tempatan. 

Untuk makluman, Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK) akan mula beroperasi dalam dua fasa. Fasa 1 operasi komersial Sungai Buloh – Semantan mula beroperasi pada 16 Disember 2016 manakala Fasa 2, Semantan – Kajang dijangka mula beroperasi secara komersial pada Julai 2017.

Thursday, January 19, 2017

FOREST CITY JB



1. Kontroversi isu Forest City yang menjadi hangat di media maya telah digembar-gemburkan oleh Bloomberg serta dipanjangkan oleh Tun Mahathir dengan menggunakan faktor penggadaian kedaulatan negara yang ditekankan dlm isu ini agar menjadi topik hangat politik negara.

Pelbagai pendapat telah diberikan dan sehingga baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terpaksa bersuara untuk memperjelaskan kepada rakyat jelata akan kepentingan projek ini.

Ada pihak tertentu yang telah mengambarkan Forest City sebagai projek yang  boleh mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara. Mereka menyerang kerajaan kerana membenarkan projek Forest City dilaksanakan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil peluang  memperkatakan berkenaan isu kedaulatan ini dan menganggap projek tersebut tidak perlu untuk negeri Johor.

2. Sebagai informasi, sebenarnya Forest City ialah sebuah projek pembangunan campuran jangka panjang bernilai  RM100 billion dan dibiayai oleh syarikat China dan dilaksanakan bersama GLC kerajaan negeri. Ia dibangunkan di kawasan paya laut di Pantai Lido Johor Bahru.

Jelas sekali, Forest City ialah One International Enclave seperti Dubai. Konsep Forest City jelas sebagai hub antrabangsa di selatan tanahair.

Hub antarabangsa Forest City antara lain akan menjadikanya sebagai pusat ;
(a) Strategic Trade Exchange atau pusat tukaran perdagangan antarabangsa ,
(b) Strategic Financial Exchange , pusat tukaran perniagaan kewangan antarabangsa ,
(c) Military Strategic Zone , kepentingan military ,diplomatik politik ekonomi dan lain-lain.

3. Pertimbangan untuk kelulusan projek Forest City ini bukan satu perkara mudah dan ianya bukan dibuat sesuka hati mahupun dibuat secara bersahaja seperti mana projek-projek lain.

Projek Forest City adalah satu projek yang bersifat berkepentingan menyeluruh kepada kepentingan strategik negara.

Tekanan keatas projek ini oleh media Bloomberg dan lain-lain media membuktikan kewujudan Forest City mampu untuk menjadi pesaing yang berpotensi menyebabkan saingan hebat kepada negara jiran Singapura yang selama ini menguasai 100 tahun lebih ekonomi politik dan kepentingan military di kawasan barat barat daya negara dan Selat Melaka.

Kelulusan untuk projek Forest City telah mengambil kira pelbagai pertimbangan ekonomi politik diplomatik dan militari dan kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA). Impak alam sekitar projek seperti ini bersandarkan piawaian antarabangsa kerana ia melibatkan aktiviti  penambakan.
Begitu juga pertimbangan lain yang sensitif seperti kepentingan politik dan millitari, ianya dibuat dengan kajian menyeluruh dan feasibility studies yang comprehensif sebelum kerajaan membenarkannya.

Kelulusan projek ini juga sudah lama dibuat iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yasssin masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri , dan sudah pastilah terlibat dalam jawatankuasa yang meluluskan projek yang besar lagi sensitif ini. Ia bukan satu keputusan yang mudah memandangkan impak kepada kepentingan ekonomi dan militer di rantau ASEAN khususnya.

4.Penglibatan negara China dalam projek ini merupakan punca kepada kemelut kontroversi ini. Kerajaan Malaysia digambarkan  mempertaruhkan kedaulatan negara dalam  projek Forest City ini.

Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Johor telah bersepakat untuk membangunan Forest City setelah berpuashati dengan faedah manfaat kepada kepentingan ekonomi, politik, diplomatik dan militer negara.

Kita dapat melihat dengan jelas, penglibatan negara China dalam projek ini telah mendatangkan kegusaran kepentingan strategik militer ekonomi dan politik kepada Amerika.

Faktor geo-politik antara lima negara ASEAN iaitu Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Malaysia juga akan terkesan dengan kewujudan hub ini kelak, Indonesia, Singapura dan Taiwan yang  merupakan sekutu kuat US akan diimbangi oleh faktor China, Russia  dan lain-lain.

Amerika dilihat tidak lagi dapat menguasai kepentingan ekonomi politik militer secara mutlak dirantau Selat Melaka dan ASEAN,  Malaysia akan jadi negara yang penting dipersada antarabangsa dan akan mendapat status entiti terpenting di ASEAN.

Malaysia telah menaikan status quonya dalam kepentingan politik ekonomi military ASEAN di arena politik dunia dan tidak boleh menolak atau menidakkan peluang ini dan amat perlu menguasai pelbagai kepentingan strategik yang wujud daripada international enclave Forest City di Johor Bahru.

5. Belum tercatat di dalam mana-mana dokumen rasmi dunia bahawa negara China telah menjajah kedaulatan negara lain melalui pelaburan luar mereka. 

China bukan sahaja mempunyai pelaburan besar di ASEAN, malah ,China juga adalah antara pelabur terbesar di US dan  Europe.

Percaturan politik ekonomi yang bijak dalam pembangunan Forest City, Johor membolehkan negara mendapat pelbagai faedah ekonomi politik, militer status dan lain-lain.  Dan ianya merupakan satu pencapaian yang cukup tinggi.

Kerakusan politik ekonomi militer dunia dan dikalangan negara ASEAN dapat distabilkan dan diimbangi melalui pendudukan kepentingan China dirantau Selat Melaka.
Malaysia tidak lagi boleh dibuli sewenang-wenangnya. Kesannya Malaysia akan lebih terlindung daripada ancaman tekanan politik dunia.

Mohammad Firdaus Hasnel
TMX

Friday, January 6, 2017

KAD KOMUTER LINK SEMURAH RM2.00





KTM Berhad sentiasa meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatannya untuk pengguna. Disamping memberi perkhidmatan yang mesra KTM juga membantu pengguna dalam penjimatan kos. Oleh itu mulai esok 5 Januari sehingga 5 Februari 2017 KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 berbanding harga asal RM10. 


KTM membuat promosi ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter mengunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

Ini bagi menggalakan pengguna KTM Komuter beralih daripada cara pembayaran tunai kepada bukan tunai (cashless). Dengan cara ini pengguna dapat berjimat sebanyak 20% berbanding bayaran tunai. 

Oleh itu pengguna mempunyai pilihan disamping dapat menjimatkan kos. Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kaedah ini sewajarnya menjadi pilihan. Dengan ini pengguna tidak perlu beratur dikaunter atau mesin tiket dan penjimatan perbelanjaan tambang.


“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.


Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing. 


Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.



Thursday, December 29, 2016

TINGGAL PERJUANGAN SIA-SIA DAP




Dalam beberapa halaman akbar Cina antaranya Nanyang mengulas tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap DAP yang dilihat tidak lagi memperjuangkan nasib kaum Cina. DAP seperti tiada haluan, tidak perjuangan mereka. Kadang-kadang mereka ingin dilihat lebih terbuka sehinggakan mereka sanggup sekapal dengan PAS sebelum ini dan hari ini mereka boleh berpeluk dengan Tun Mahathir yang mereka caci selama 22 tahun.

Oleh itu masyarakat Cina keliru dan kecewa dengan perjuangan DAP yang seperti yoyo dan tidak tetap pendirian. Jika keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak dan pilihanraya kecil Parlimen sungai Besar sebagai ukuran, maka boleh dikatakan orang Cina sudah menampak riak-riak ingin kembali kepangkuan Barisan Nasional. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA 2016, baru-baru ini, turut berjanji untuk menambah bilangan SJKC dan akan sedaya upaya menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat Cina?

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai  pada perhimpunan itu juga turut meminta Perdan Menteri agar segerakan mengiktiraf UEC sekolah menengah Cina, kerana itu merupakan impian mereka selama ini.

Tiong Lai berkata, walaupun MCA tewas teruk ketika PRU-13, parti itu tetap tidak akan meninggalkan masyarakat Cina. Orang hari ini sudah sedar komitmen kerajaan dalam membasmi kemiskinan dibandar dan di desa-desa. Mereka juga sedar, dengan menukar kerajaan ia tidak semestinya dapat membasmi rasuah dan salahguna kuasa. 

Ini terjadi kepada pentadbiran di negeri Selangor dan Pulau Pinang, tidak ada satu pun indeks yang menunjukkan penurunan dari penglibatan rasuah dan salahguna kuasa.  Yang kita tahu rasuah masih lagi berleluasa , ini terbukti dengan bercambahnya pusat judi dan pusat urut haram. Lebih 800 pusat judi haram di Selangor yang tidak berlesen sedangkan PBT yang di bawah kerajaan negeri langsung tidak membua tindakan. 

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya sendiri terpalit dengan kes rasuah. Bahkan kerajaan negeri menghabiskan wang rakyat lebih RM300 Juta hanya untuk membayar kos Kajian Terowong cadangan ‘Jambatan Ketiga’. Ini antara salahguna kuasa dan penyelewengan  yang kononnya dulu mereka perjuangkan untuk membasminya.

Sebab itulah tidak hairan hari ini masyarakat Cina sudah tidak percaya kepada temberang pembangkang. 

Tiong Lai berkata, walaupun prestasi MCA merudum teruk  ketika PRU-13, parti itu tetap terus berkhidmat kepada masyarakat Cina tanpa mengira fahaman mereka. DAP sudah menghiraukan  perjuangan kaum Cina kerana parti itu sibuk mencari sokong­an orang Melayu. Walaupun sebenarnya mereka sedang cuba mempergunakan orang Melayu.

Tanpa sokongan orang Melayu, DAP sudah lama tersungkur. Tengoklah selepas mereka menang besar, pemimpin-pemimpin mereka dengan angkuh dan sombong dengan rakyat, seolah-olah merekalah menentukan kemenangan Pakatan Rakyat. Akhirnya kini sesama mereka berantakan berebut kerusi. 

Sudah sampai masanya rakyat meninggalkan perjuangan sia-sia DAP dan pakatan nya.

Thursday, December 22, 2016

PEGANGKUTAN AWAM DARAT MEMBAWA SAYA KE ....


Tahukah anda? Anda berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy J7 dan kad Touch 'n Go bernilai RM250 dengan menyertai peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe! Tapi bagaimana? Anda hanya perlu kongsi pengalaman ke lokasi kegemaran yang boleh diakses dengan pengangkutan awam darat dalam bentuk kolaj gambar atau video. Untuk info lanjut cara-cara penyertaan, kunjungi profil kami. Tarikh peraduan adalah dari 16 ke 30 Disember 2016.

Monday, December 19, 2016

KOS SEBENAR MRT RM100 BILION, RAFIZI RAMLI



Tidak pernah serik langsung. Tak tau erti dosa dan pahala. Hidup macam orang tak ada pendidikan agama. Penulis merujuk kepada Rafizi yang di mulutnya sentiasa melafazkan kata-kata fitnah dan dusta. 

Siapa yang tidak pernah kenal Rafizi, hasil dari Fitnahnya kepada NFC, usaha yang baik untuk umat Islam bagi memnuhi industri daging halal  musnah. Inilah Rafizi, penfitnah akhir zaman ini. 

Belum puas dengan itu,baru-baru ini Rafizi sekali lagi menfitnah MRT kononnya kos projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang berjumlah RM21 bilion hanya untuk fasa pertama projek, padahal dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kos tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51 kilometer.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menafikan dakwaan Rafizi, MRT Corp. berkata,  jumlah RM21 bilion tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51.

Sebelum ini Rafizi pernah berkata, kos MRT ini akan mencecah RM100 bilion, namun akhirnya tertelan sendiri fitnahnya apabila Perdana Menteri mengumumkan kosnya. 

Niat jahat Rafizi untuk melihat projek MRT ini gagal tidak berjaya. Dia dan rakan-rakan pembangkang lain kecewa apabila rakyat menerima baik projek yang bakal memberi impak positif terhadap perkembangan ekonomi negera.

Dibawah adalah petikan dari fitnah yang Rafizi katakan dalam suara keadilan : 

KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul.



Nampaknya Rafizi tidak pernah serik dan insaf terhadap fitnah-fitnah yang dilakukannya. Di harap pihak berkuasa bertindak terhadap fitnahnya yanng tidak pernah habis. 











Thursday, December 15, 2016

PM RASMI FASA 1



Setelah lama menantikan saat julung melihat projek MRT menjadi kenyataan, akhirnya hari ini impian itu telah menjadi kenyataan. Sebagai rakyat Malaysia admin cukup gembira dan berbangga dengan kejayaan ini. 

Inilah kejayaan yang ditunggu-tunggu, ianya bakal melonjak nama Malaysia di mata dunia sebaris dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Selepas lima tahun dalam pembinaan, Transit Aliran Masa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa pertama sedia untuk menerima penumpang buat julung kalinya bermula pukul 6 pagi, 16 Disember esok.

 Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Fasa 1 Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang di Stesen Kwasa Damansara, Sungai Buloh.

Laluan sepanjang 24 kilometer yang bermula dari Stetion sungai Buloh ke Semantan akan beroperasi mulai esok. 



Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sistem pengangkutan awam yang dianggap antara paling moden di dunia itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini.

22 tren akan di sediakan pada waktu puncak dan kekerapan antara tren adalah antara 3 ke 4 minit. Pengguna yang jauh dari stesen MRT pelbagai keadah pengangkutan untuk ke sana, antaranya Bas Pengantara MRT. 120 bas pengantara di sediakan untuk memudahkan pengguna untuk ke stesen MRT yang berdekatan dengan kediaman mereka. 

Tuesday, November 15, 2016

PENGANGKUTAN AWAM MENUJU KE TARAF DUNIA



Sejak pembukaan laluan kereta api yang pertama pada tahun 1885, sistem pengangkutan awam darat Malaysia telaha mengalami perubahan pesat. Kemajuan pengankutan awam ini telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi yang mampan kepada kemajuan negara. 

Hari ini sejak seratus tahun yang lalu, laluan kereta api telah menrentasi bandar-bandar utama yang mana telah memberi manfaat kepada berjuta-juta penumpang yang mengunakannya.

Bagi menghubungkan dua negara yang berjiran, Malaysia juga memeterai perjanjian untuk membina Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail yang akan menyingkatkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit. Sesuatu yang tidak pernah dimimpikan sejak  dulu.

Segala perubahan ini telah dirasai oleh rakyat di Seluruh negara dan mereka telah menikmatinya hari ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peningkatan ini sedang dirasai diseluruh negara, kerajaan telah dan sedang menangani beberapa persoalan secara mendalam sebelum memulakan Program Tranformasi Nasional (NTP). 

Kerajaan sentiasa menkaji kedudukan Malaysia berbanding negara-negara maju yang lain dan bagai mana dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini  negara kita kekal relevan dan berdaya saing.

 Perdana Menteri yakin bahawa pengangkutan awam  yang maju adalah pelopor penting kepada pertumbuhan sosio -ekonomi, terutama dalam meningkatkan kualiti hidup, peningkatan produktiviti,  peluang pelaburan dan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat. 




Tuesday, November 8, 2016

APA AGENDA MAJLIS PEGUAM TERIMA DANA SOROS ?



Sememangnya kenyataan berani yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Steven Thiru bahawa badan itu tidak langsung memperdulikan perasaan rakyat Malaysia apabila menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan hartawan Amerika Syarikat, George Soros dikritik hebat oleh pengamal undang-undang sebagai tidak beretika.

Geogre Soros yang terkenal sebagai penyangak mata wang kerana pernah cuba "menjajah Malaysia" dengan menyerang mata Malaysia pada tahun 1997/98 juga dikatakan dalang kepada kejatuhan beberapa negara terutama negara Islam.

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Steven Thiru, Presiden Majlis Peguam, itu menunjukkan seolah-olah badan itu menyokong pendirian Soros, sekali gus menjejaskan status badan itu sebagai sebuah badan bebas.


Abdul Aziz merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan juga menjelaskan bahawa Majlis Peguam sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sumber dana yang diberikan dan bukannya terima dengan begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkal pemberian tersebut.


“Sekiranya sumber itu daripada pihak yang mencurigakan sama ada identitinya, tujuannya atau apa sahaja, Majlis Peguam sepatutnya tidak boleh mene­rimanya. Dalam isu ini, dana yang diterima itu adalah daripada OSF yang diasaskan oleh Soros, seorang yang menentang kerajaan, bukan sahaja di Malaysia tetapi banyak negara lain.


Dalam pada itu, seorang peguam, Andy Yong Kim Seng memberitahu, tidak sewajarnya Thiru membuat kenyataan se­perti itu seolah-olah menerima dana daripada organisasi yang dikaitkan dengan Soros adalah perkara normal.
Tindakan Majlis Peguam menerima dana tersebut amat tidak wajar dan melukakan hati rakyat Malaysia, kerana sudah jelas sejak dahulu lagi Soros telah mencuba beberapa kali untuk mengugat kedaulatan negara dengan pelbagai cara termasuklah serangan mata wang.
“Ini bukan perkara ‘mudah’ seperti dinyatakan oleh Thiru tetapi satu isu besar. Tindakan itu seolah-olah badan tersebut menyokong Soros,”


Peguam dan aktivis masya­rakat, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz pula mendakwa Majlis Peguam bukan sahaja menerima pembiayaan dana dalam usaha menjatuhkan kerajaan, tetapi pada masa sama mahu memperkenalkan budaya liberalisasi.


Jadi, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Thiru itu yang tidak kisah dengan pene­rimaan dana daripada mana-mana sumber sekali pun.

“Majlis Peguam akan mencari jalan, lompong-lompong dalam undang-undang untuk ‘membenarkan yang salah’ sekiranya tidak selaras dengan peruntukan undang-undang. Antaranya penerimaan dan pemberian da­na ini,” jelas beliau.

Seorang lagi peguam, Datuk M. Reza Hassan pula membe­ritahu, meskipun Akta Profesion Undang-Undang 1976 membo­leh­kan Majlis Peguam menerima dana itu, namun seharusnya dana itu ditolak sekiranya boleh mengundang kontroversi.


“Walaupun akta ini memberi budi bicara kepada Majlis Peguam, namun pada pendapat saya sekiranya sumber dana itu menjemput kontroversi, hadiah tersebut seharusnya ditolak dengan baik,” ujar beliau.

Thursday, October 13, 2016

BURU DAN BUNUH PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH ?



Di Filipina bukan sahaja pengedar dadah dibunuh, bahkan penagih pun bakal menerima nasib yang sama.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melancarkan perang "bunuh" terhadap penagih dan pengedar dadah.

Justeru itu lebih 700,000 penagih dadah dilaporkan menyerah diri bagi mengelakan mereka daripada menjadi mangsa 'pembunuhan' dalam perang dadah yang dilancarkan sejak Jun lalu.

Hanya dalam tempoh 100 hari semenjak Rodrigo Duterte dilantik menjadi Presiden Filipina pada akhir Jun lalu, lebih 3,600 warga Filipina menjadi mangsa terbunuh dalam perang melawan dadah.

Duterte dalam kempen pemilihan presiden  berjanji tidak akan membenarkan Filipina menjadi “negara dadah” dan bersumpah membunuh pengedar dan penagih dadah serta penjenayah.

Begitu serius kempen memerangi dadah di Filipina, namun di Malaysia, Walaupun Malaysia mengisytiharkan Dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983 lagi, namun sehingga kini dadah masih lagi menjadi masalah utama negara.

Bahkan ada penagih yang sanggup membunuh ibu, bapa dan saudara kandung hanya semata-mata ingin mendapatkan duit untuk membeli dadah. Bukan itu sahaja, jenayah kecurian, rompakan, rogol dan lain-lain lagi juga kebanyakannya berpunca dari Dadah.

 Oleh itu apakah perlu ada undang-undang yang lebih keras untuk menangani masalah Dadah ini ? Perlukah kita mencontohi Filipina dalam menangani jenayah yang berpunca dari Dadah ini?

Apa pun perlu ada satu mekanisme baru yang ampuh dan berkesan 

Apa pendapat RAKYAT MALAYSIA ?

Thursday, July 21, 2016

MH17 : MALAYSIA TEGUH MENCARI KEADILAN




MH17 adalah antara satu-satunya kes jenayah terhadap orang awam yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan selesai dengan mudah.  Beratnya kes ini kerana ia melibatkan banyak negara. 

Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang terlibat secara langsung dalam insiden ini berikrar akan berusaha membawa penjenayah yang menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan. Dua tahun lepas pesawat MJ17 ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine. 

Peristiwa ini amat memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana sebelum itu, pesawat MAS MH370 hilang secara misteri dan sehingga kini usaha mencarinya masih menemui jalan buntu.  Perbuatan jenayah ini perlu dibawa kemuka pengadilan. 

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak menegaskan akan terus memperjuangkan nasib 298 penumpang berserta anak kapalnya yang terbunuh.Menurutnya, Malaysia akan terus memperjuangkan keadilan tentang pekara ini melalui saluran undang-undang antarabangsa. 

Seluruh warga dunia amat marah dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat penumpang.  "Kami tidak akan sekali-kali melupakan penumpang dan anak kapal berkenaan, juga kepiluan yang dirasai keluarga mangsa. Doa dan harapan kami mengiringi mereka dalam melalui hari-hari yang amat menyedihkan itu," kata Najib. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia menunggu rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai Penerbangan MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine, menjelang akhir tahun ini, termasuk jenis senjata yang digunakan dan maklumat penting lain secara terperinci. 

Pesawat MH17 ketika itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh di ketinggian 3000 kaki pada 17 julai 2014 di timur Ukraine berhampiran dengan sempadan Rusia. 

Pelbagai teori yang ditimbul oleh masyarakat dunia terhadap insiden ini. Ada sesetengah dari teori itu menyatakan pesawat itu ditembak dari udara ke udara, tetapi pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra menyatakan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara BUK di ruang udara Ukraine. 





Wednesday, July 13, 2016

SPAD MEMULAKAN PROSES PENGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah dengan tegasnya memulakan proses penggantungan lesen termasuk 26 permit bas yang dipegangg oleh Qistina Express sdn.Bhd. ekoran kemalangan yang melibatkan bas syarikat berkenaan dengan 10 kenderaan awam pada 10 Julai 2106 di Km265.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora.

Pekara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd. Azharuddin Mat Sah. Menurutnya pihak SPAD telah memulakan tindakan berkenaan berdasarkan salahlaku atau pelanggaran syarat-syarat  keselamatan mandatori sepertimana laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut. Tindakan tegas itu tetap dikenakan dalam masa yang sama siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) tetap diteruskan. 

Bagi SPAD pekara in amat serius kerana ia melibatkan keselamatan awam. Tindakan ini juga menunjukan SPAD tidak akan berkompromi atau memberi muka dalam isu-isu keselamatan dijalanraya. Semua syarikat bas expres perlu mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa demi keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

SPAD tidak akan bertolak ansur dalam isu keselamatan dan memberi jaminan kepada penggguna bahawa pihaknya akan pastikan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) berterusan bagi memastikan syarikat bas menjalankan operasi kenderaanya dalam keadaan baik, selamat dan mematuhi peraturan jalan raya. 










Thursday, June 9, 2016

NIZAR BIADAP


 ‘Biadab’. Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Hishammuddin berkata, beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, hanya semata-mata sebab politik.

“Saya tengok kalau ayat-ayat begitu diluahkan dalam keadaan sebegini, saya tengok memang, biadablah.

“Sebab saya kenal Datuk Wan Khair-il secara rapat, saya kenal isterinya, saya kenal anak-anaknya,” kata Hishammuddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nizar, selepas melawat bazar Ramadan Taman Berkat, di sini hari ini.

Semalam, sewaktu berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Mohammad Nizar dipetik dalam media sosial yang berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar”.

Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, Allah memilih supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi Menteri Besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009,” katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah portal berita.

Beliau seterusnya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah “merampas” kerajaan Pakatan pimpinannya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata berdasarkan keperibadian Nizar, memang sukar untuk membendung beliau daripada mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Justeru, Hishammuddin menyeru pihak lain agar tidak terikut-ikut dengan kenyataan Mohammad Nizar itu yang sama sekali tidak memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il.

DI KUALA KANGSAR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar taubat Mohammad Nizar diterima Allah SWT.

Katanya, beliau ‘bersimpati’ dengan Nizar dan berharap agar ahli politik itu berubah.
”Saya tidak terkejut dengan apa yang keluar dari kalam beliau (Nizar), kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum cukup bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini.

Saya syukur kerana beliau berkata demikian, mudah-mudahan taubat beliau segera diterima Allah,” kata Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama pengundi dan masyarakat tempatan di Ulu Kenas.


Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, May 24, 2016

DOKTOR DIUGUT DAN DICERCA !



Sudahlah kita kekurangan doktor wanita di bahagian sakit puan. Yang ada pun dimaki dan diugut bunuh. Siapa nak stay kat bidang O&G macam ni? Kalau aku doktor pompuan pun aku lari. Mana taknya, hidup stress, risiko litigasi dan medico legal tinggi dan kerja tak tentu masa. Ya lah...orang beranak bukan boleh tetapkan appointment bila anaknya nak keluar.
Jika ada aduan, gunakan saluran yang betul. Jangan beri alasan konon anda bukan siapa2/marhaen etc jadi aduan tidak akan dipandang. Jadi elok viralkan di media sosial konon impaknya lebih besar. Ini fitrah anjing sebenarnya. Semakin kerdil badan anjing itu, semakin kuat salakan anjing tersebut sekadar utk menarik perhatian seperti spesies chihuahua.
Bagi sesiapa yang tertinggal isu ini yg berlaku semalam boleh lah singgah dan baca di link ini: 
https://m.facebook.com/story.php…



Saya kecewa ada pula makhluk yang boleh sokong dan justifikasi komen2 biadap di sana. Kami suka apabila makhluk ini berkata dia tidak akan sesekali menggunakan khidmat kesihatan kerajaan. Dia ada insurans katanya. Thank you. Good riddance. Kalau accident kritikal dan koma mana2 hospital private takkan respond. Kat spital gomen gak ko tersadai. Pesan kat anak bini awal2 suruh sign borang ambil risiko mati dan bawak ke spital swasta. Tu pun kalu depa terima la. Kad insurans tak jamin depa terima. Depa terima kalau stable for transport saja. 😊
Saya tak peduli tuduhan2 bodoh individu ini yang mengatakan kakitangan hospital tak pernah kerja ikhlas, hanya mengejar gaji besar dan tunggu pencen. Ia adalah merupakan fitnah ke atas 268,712 penjawat awam KKM dan merangkaklah di akhirat nanti memohon ampun kepada mereka.
Cuma saya tertarik dengan komennya yang mengatakan servis kesihatan kita lebih teruk dari Romania dan Albania. Apalah dia merepek ni. 
Negara kita telah menduduki ranking perkhidmatan kesihatan no 3 terbaik di dunia mengikut ranking yang dibuat oleh sebuah majalah US. Rujuk link:
https://internationalliving.com/…/where-to-go-for-the-best…/

Apakah kamu tidak mahu bersyukur? Kita hanya dibelakang Perancis dan Uruguay. 
Dengan kos paling murah di dunia, kita berikan perkhidmatan bertaraf dunia. Mohon anda berpindah ke negara lain atau sila meninggal. 😊
Part dia menggelar doktor, jururawat Melayu sebijik macam babi tu saya malas nak komen. Kalau tgk gambar profile dia pun kita boleh tau siapa babi.
Note: saya tidak padam profile dan nama individu ini kerana dia meminta2 diviralkan. 
Your wish is granted.

Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir