Friday, February 17, 2017

DEGO RIDE TIDAK DIBENARKAN




Kepelbagaian pengangkutan awam di Malaysia banyak memberi kemudahan kepada rakyat. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat. Antara pengangkutan moden yang telah sedia ada di Malaysia termasuklah monorail, LRT, keretapi, ETS, teksi, bas dan yang terbaru MRT. 

Grabcar dan Uber walaupun sebelum ini menjadi musuh kepada pemandu teksi, kini telah mendapat kepercayaan mejoriti rakyat dan kabinet dikatakan masih mengkaji keadah untuk menjadikannya pengangkutan awam alternatif. 

Namun baru-baru ini kita digejutkan dengan kehadiran satu lagi pengangkutan untuk orang awam yang menggunakan motosikal atau lebih dikenali sebagai DEGO RIDE

Dego Ride ini popular di Indonesia tapi di Malaysia ia tidak dibenarkan. Orang awam perlu berhati-hati kerana keselamtan mereka tidak terjamin apabila menggunakan "teksi motorsikal" ini. 

Agak mengejutkan apabila JPJ dikatakan memburu lebih 5000 penunggang Dego Ride di Lembah Klang sahaja. JPJ sentiasa memantau pergerakan mereka ini dan orang awam diminta agar jangan melanggan Dego Ride. 

Tak sangka begitu banyak sekali Dego Ride ini, kerajaan perlu buat sesuatu yang tegas sebelum kejadian buruk menimpa pelanggan Dego Ride. 

Sebab itu lah Kabinet dengan segera bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motorsikal Dego Ride ini. 

Perkara ini telah diputuskan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai setelah Mesyuarat Jemaah Menteri mengambil serius faktor keselamatan orang awam kerana perkhidmatan tersebut mendatangkan resiko kepada orang awam. 

“Kementerian Pengangkutan tetap dengan keputusan sebelum ini bahawa kita tidak sesekali membenarkan perkhidmatan itu beroperasi di negara ini.

Namun Liow berkata beliau amat terbuka dan mengalu-alukan pengusaha Dego Ride sekiranya mereka mahu berjumpa untuk memberi penjelasan."Saya amat terbuka dalam soal ini", katanya. 

Dalam perkembangan yang lain, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk V. Valluvan berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat dan sedang memantau pergerakan mereka bagi memastikan perkhidmatan tersebut tidak lagi beroperasi.

Jika ditangkap mereka akan dikenakan tindakan tegas terhadap mereka yang degil dan masih menjalankan kegiatan berkenaan. Kegiatan ini perlu dibenteras kerana ia memberi resiko kepada kedua-dua pihak.

Pihak JPJ lebih mengutamakan keselamatan orang awam yang menggunakan perkhidmatan itu kerana mereka tidak dilindungi oleh undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.  

Susulan dari tindakan penguatkuasaan, JPJ telah menyaman tiga pemilik yang motosikalnya digunakan untuk tujuan Dego Ride dalam operasi penyamaran di sekitar ibu negara dan Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan kes pertama diambil tindakan melibatkan kesalahan tersebut.


Valluvan berkata, semua yang disaman akan didakwa di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.



No comments:

Post a Comment