Thursday, October 13, 2016

BURU DAN BUNUH PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH ?



Di Filipina bukan sahaja pengedar dadah dibunuh, bahkan penagih pun bakal menerima nasib yang sama.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melancarkan perang "bunuh" terhadap penagih dan pengedar dadah.

Justeru itu lebih 700,000 penagih dadah dilaporkan menyerah diri bagi mengelakan mereka daripada menjadi mangsa 'pembunuhan' dalam perang dadah yang dilancarkan sejak Jun lalu.

Hanya dalam tempoh 100 hari semenjak Rodrigo Duterte dilantik menjadi Presiden Filipina pada akhir Jun lalu, lebih 3,600 warga Filipina menjadi mangsa terbunuh dalam perang melawan dadah.

Duterte dalam kempen pemilihan presiden  berjanji tidak akan membenarkan Filipina menjadi “negara dadah” dan bersumpah membunuh pengedar dan penagih dadah serta penjenayah.

Begitu serius kempen memerangi dadah di Filipina, namun di Malaysia, Walaupun Malaysia mengisytiharkan Dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak 1983 lagi, namun sehingga kini dadah masih lagi menjadi masalah utama negara.

Bahkan ada penagih yang sanggup membunuh ibu, bapa dan saudara kandung hanya semata-mata ingin mendapatkan duit untuk membeli dadah. Bukan itu sahaja, jenayah kecurian, rompakan, rogol dan lain-lain lagi juga kebanyakannya berpunca dari Dadah.

 Oleh itu apakah perlu ada undang-undang yang lebih keras untuk menangani masalah Dadah ini ? Perlukah kita mencontohi Filipina dalam menangani jenayah yang berpunca dari Dadah ini?

Apa pun perlu ada satu mekanisme baru yang ampuh dan berkesan 

Apa pendapat RAKYAT MALAYSIA ?

No comments:

Post a Comment