Thursday, January 19, 2017

FOREST CITY JB



1. Kontroversi isu Forest City yang menjadi hangat di media maya telah digembar-gemburkan oleh Bloomberg serta dipanjangkan oleh Tun Mahathir dengan menggunakan faktor penggadaian kedaulatan negara yang ditekankan dlm isu ini agar menjadi topik hangat politik negara.

Pelbagai pendapat telah diberikan dan sehingga baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terpaksa bersuara untuk memperjelaskan kepada rakyat jelata akan kepentingan projek ini.

Ada pihak tertentu yang telah mengambarkan Forest City sebagai projek yang  boleh mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara. Mereka menyerang kerajaan kerana membenarkan projek Forest City dilaksanakan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil peluang  memperkatakan berkenaan isu kedaulatan ini dan menganggap projek tersebut tidak perlu untuk negeri Johor.

2. Sebagai informasi, sebenarnya Forest City ialah sebuah projek pembangunan campuran jangka panjang bernilai  RM100 billion dan dibiayai oleh syarikat China dan dilaksanakan bersama GLC kerajaan negeri. Ia dibangunkan di kawasan paya laut di Pantai Lido Johor Bahru.

Jelas sekali, Forest City ialah One International Enclave seperti Dubai. Konsep Forest City jelas sebagai hub antrabangsa di selatan tanahair.

Hub antarabangsa Forest City antara lain akan menjadikanya sebagai pusat ;
(a) Strategic Trade Exchange atau pusat tukaran perdagangan antarabangsa ,
(b) Strategic Financial Exchange , pusat tukaran perniagaan kewangan antarabangsa ,
(c) Military Strategic Zone , kepentingan military ,diplomatik politik ekonomi dan lain-lain.

3. Pertimbangan untuk kelulusan projek Forest City ini bukan satu perkara mudah dan ianya bukan dibuat sesuka hati mahupun dibuat secara bersahaja seperti mana projek-projek lain.

Projek Forest City adalah satu projek yang bersifat berkepentingan menyeluruh kepada kepentingan strategik negara.

Tekanan keatas projek ini oleh media Bloomberg dan lain-lain media membuktikan kewujudan Forest City mampu untuk menjadi pesaing yang berpotensi menyebabkan saingan hebat kepada negara jiran Singapura yang selama ini menguasai 100 tahun lebih ekonomi politik dan kepentingan military di kawasan barat barat daya negara dan Selat Melaka.

Kelulusan untuk projek Forest City telah mengambil kira pelbagai pertimbangan ekonomi politik diplomatik dan militari dan kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA). Impak alam sekitar projek seperti ini bersandarkan piawaian antarabangsa kerana ia melibatkan aktiviti  penambakan.
Begitu juga pertimbangan lain yang sensitif seperti kepentingan politik dan millitari, ianya dibuat dengan kajian menyeluruh dan feasibility studies yang comprehensif sebelum kerajaan membenarkannya.

Kelulusan projek ini juga sudah lama dibuat iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yasssin masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri , dan sudah pastilah terlibat dalam jawatankuasa yang meluluskan projek yang besar lagi sensitif ini. Ia bukan satu keputusan yang mudah memandangkan impak kepada kepentingan ekonomi dan militer di rantau ASEAN khususnya.

4.Penglibatan negara China dalam projek ini merupakan punca kepada kemelut kontroversi ini. Kerajaan Malaysia digambarkan  mempertaruhkan kedaulatan negara dalam  projek Forest City ini.

Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Johor telah bersepakat untuk membangunan Forest City setelah berpuashati dengan faedah manfaat kepada kepentingan ekonomi, politik, diplomatik dan militer negara.

Kita dapat melihat dengan jelas, penglibatan negara China dalam projek ini telah mendatangkan kegusaran kepentingan strategik militer ekonomi dan politik kepada Amerika.

Faktor geo-politik antara lima negara ASEAN iaitu Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Malaysia juga akan terkesan dengan kewujudan hub ini kelak, Indonesia, Singapura dan Taiwan yang  merupakan sekutu kuat US akan diimbangi oleh faktor China, Russia  dan lain-lain.

Amerika dilihat tidak lagi dapat menguasai kepentingan ekonomi politik militer secara mutlak dirantau Selat Melaka dan ASEAN,  Malaysia akan jadi negara yang penting dipersada antarabangsa dan akan mendapat status entiti terpenting di ASEAN.

Malaysia telah menaikan status quonya dalam kepentingan politik ekonomi military ASEAN di arena politik dunia dan tidak boleh menolak atau menidakkan peluang ini dan amat perlu menguasai pelbagai kepentingan strategik yang wujud daripada international enclave Forest City di Johor Bahru.

5. Belum tercatat di dalam mana-mana dokumen rasmi dunia bahawa negara China telah menjajah kedaulatan negara lain melalui pelaburan luar mereka. 

China bukan sahaja mempunyai pelaburan besar di ASEAN, malah ,China juga adalah antara pelabur terbesar di US dan  Europe.

Percaturan politik ekonomi yang bijak dalam pembangunan Forest City, Johor membolehkan negara mendapat pelbagai faedah ekonomi politik, militer status dan lain-lain.  Dan ianya merupakan satu pencapaian yang cukup tinggi.

Kerakusan politik ekonomi militer dunia dan dikalangan negara ASEAN dapat distabilkan dan diimbangi melalui pendudukan kepentingan China dirantau Selat Melaka.
Malaysia tidak lagi boleh dibuli sewenang-wenangnya. Kesannya Malaysia akan lebih terlindung daripada ancaman tekanan politik dunia.

Mohammad Firdaus Hasnel
TMX

No comments:

Post a Comment