Tuesday, November 8, 2016

APA AGENDA MAJLIS PEGUAM TERIMA DANA SOROS ?



Sememangnya kenyataan berani yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Steven Thiru bahawa badan itu tidak langsung memperdulikan perasaan rakyat Malaysia apabila menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan hartawan Amerika Syarikat, George Soros dikritik hebat oleh pengamal undang-undang sebagai tidak beretika.

Geogre Soros yang terkenal sebagai penyangak mata wang kerana pernah cuba "menjajah Malaysia" dengan menyerang mata Malaysia pada tahun 1997/98 juga dikatakan dalang kepada kejatuhan beberapa negara terutama negara Islam.

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Steven Thiru, Presiden Majlis Peguam, itu menunjukkan seolah-olah badan itu menyokong pendirian Soros, sekali gus menjejaskan status badan itu sebagai sebuah badan bebas.


Abdul Aziz merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan juga menjelaskan bahawa Majlis Peguam sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sumber dana yang diberikan dan bukannya terima dengan begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkal pemberian tersebut.


“Sekiranya sumber itu daripada pihak yang mencurigakan sama ada identitinya, tujuannya atau apa sahaja, Majlis Peguam sepatutnya tidak boleh mene­rimanya. Dalam isu ini, dana yang diterima itu adalah daripada OSF yang diasaskan oleh Soros, seorang yang menentang kerajaan, bukan sahaja di Malaysia tetapi banyak negara lain.


Dalam pada itu, seorang peguam, Andy Yong Kim Seng memberitahu, tidak sewajarnya Thiru membuat kenyataan se­perti itu seolah-olah menerima dana daripada organisasi yang dikaitkan dengan Soros adalah perkara normal.
Tindakan Majlis Peguam menerima dana tersebut amat tidak wajar dan melukakan hati rakyat Malaysia, kerana sudah jelas sejak dahulu lagi Soros telah mencuba beberapa kali untuk mengugat kedaulatan negara dengan pelbagai cara termasuklah serangan mata wang.
“Ini bukan perkara ‘mudah’ seperti dinyatakan oleh Thiru tetapi satu isu besar. Tindakan itu seolah-olah badan tersebut menyokong Soros,”


Peguam dan aktivis masya­rakat, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz pula mendakwa Majlis Peguam bukan sahaja menerima pembiayaan dana dalam usaha menjatuhkan kerajaan, tetapi pada masa sama mahu memperkenalkan budaya liberalisasi.


Jadi, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Thiru itu yang tidak kisah dengan pene­rimaan dana daripada mana-mana sumber sekali pun.

“Majlis Peguam akan mencari jalan, lompong-lompong dalam undang-undang untuk ‘membenarkan yang salah’ sekiranya tidak selaras dengan peruntukan undang-undang. Antaranya penerimaan dan pemberian da­na ini,” jelas beliau.

Seorang lagi peguam, Datuk M. Reza Hassan pula membe­ritahu, meskipun Akta Profesion Undang-Undang 1976 membo­leh­kan Majlis Peguam menerima dana itu, namun seharusnya dana itu ditolak sekiranya boleh mengundang kontroversi.


“Walaupun akta ini memberi budi bicara kepada Majlis Peguam, namun pada pendapat saya sekiranya sumber dana itu menjemput kontroversi, hadiah tersebut seharusnya ditolak dengan baik,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment