Monday, March 7, 2016

TUMBANGKAN TUN MAHATHIR SEBAGAI MANTAN PERDANA MENTERI




Boleh dikatakan orang yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir dulu sebagai Perdana Menteri adalah orang yang paling tidak Bijak.

 Kerana pada ketika itu Tun Mahathir sudah pun menjadi Perdana Menteri. Jika dia dijatuhkan pun, belum tentu yang menjatuhkannya itu akan menjadi Perdana Menteri.

 Sepatutnya dia mencantas mereka yang ada potensi untuk menjadi Perdana Menteri mengantikan Tun Mahathir. 


 Begitu juga situasinya ketika ini, orang yang Cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri juga tidak bijak. 

Kerana Datuk Seri Najib sudah pun menjadi Perdana Menteri. Belum tentu mereka yang merancang menjatuhkan nya akan menjadi Perdana Menteri. 

Boleh jadi juga mereka yang cuba menjatuhkannya hari ini akan menerima Nasib yang sama seperti bakal Perdana Menteri idaman Pakatan Tinggal Harapan. 


 Sejarah selalu berulang sepertimana kebodohan pakatan yang tidak pernah padam.

TEKSI MINI MERESAHKAN PEMANDU TEKSI



Sekali lagi pemandu teksi dilanda keresahan apabila kerajaan bercadang untuk memperkenalkan teksi mini hujung tahun ini. Teksi mini diikhabarkan akan memberi perkhidmatan yang lebih murah dan efisyen. 

Jika disoroti kembali permintaan-permintaan pemandu teksi di negara kita, banyak yang sudah kerajaan tunaikan. Kenaikan tambang yang mereka pinta dulu pun sudah dituruti. Namun sikap dan perkhidmatan masih ditakuk lama. 

Maka pemandu teksi tidak boleh menyalahkan sesiapa jika perkhidmatan mereka tidak menjadi pilihan pengguna lagi.

Sebelum ini pun mereka sering menyalahkan perkhidmatan Uber dan GrabCar. Kononnya perkhidmatan Uber dan GrabCar ini telah mencuri sebahgian hasil yang sepatutnya menjadi hak mereka. 

Penulis bukan ingin menyokong perkhidmatan Uber dan GrabCar ini, namun di satu segi penulis melihat ruang peluang yang dittinggalkan oleh pemandu teksi telah diambil kesempatan oleh Uber dan GrabCar ini. 

Perkhidmatan Uber dan GrabCar dilihat lebih mengutamakan pelanggan, sikap dan cara mereka menepati masa menarik minat pengguna. Pemandu teksi patut berubah sikap dan lebih profesional. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, pemandu teksi perlu mengubah sikap dan kaedah mereka berkerja. Di zaman teknologi ini mereka perlu berubah mengikut zaman. Mereka perlu bijak mengunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Contohnya seperti aplikasi Myteksi yang digunakan oleh kebanyakan pemandu teksi sekarang. 

Pengguna hari ini tidak lagi suka menunggu teksi diluar rumah. Mereka lebih suka menunggu di rumah sehingga teksi datang. Ianya lebih mudah dan lebih selamat kepada mereka. Ini yang patut pemandu teksi fikir dan buat. 

Jika mereka berubah sikap kepada yang lebih positif, kehadiran apa-apa jenis perkhidmatan pun tidak akan menjejaskan pendapatan mereka termasuklah teksi mini yang dikatakan akan dibenarkan beropersi.

Kehadiran pelbagai jenis perkhidmatan teksi ini pun berpuca dari masalah yang ditimbulkan oleh pemandu teksi. Ada sesetengah pemandu teksi tidak mahu ke lokasi-lokasi yang diminta oleh pelanggan, oleh itu pelanggan terpaksa mengunakan perkhidmatan lain yang boleh memenuhi keperluan mereka. 

Ada juga yang masih tidak mengunakan meter, sehingga mengenakan caj bayaran yang tidak munasabah kepada pelanggan. Ini pun satu faktor yang menyebabkan pengguna memilih perkhidmatan lain. 

Oleh itu kebimbangan pemandu teksi akan pendapatan mereka terjejas dengan kehadiran teksi mini ini adalah tidak wajar. Jika mereka memberi perkhidmatan yang baik, selesa, mesra, menepati masa dan berpatutan, mereka tidak perlu risau pendaatan mereka terjejas. 

Satu fakta yang penulis ingin pesan kepada pemandu teksi, negara kita terkenal mempunyai perkhidmatan teksi yang terburuk dalam dunia.Tinjuan sebuah laman Web Brtisih telah menyenaraikan Malaysia antara 10 buah negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk didunia.












Sunday, March 6, 2016

RAPID KAMUNTING PERCUMA SEBULAN !



Satu khabar gembira buat rakyat negeri Perak terutama yang tinggal di Taiping. Rapid Kamunting akan menyediakan perkhidmatan bas percuma selama sebulan mulai bulan Mac sehingga akhir bulan ini. Rapid Kamunting merupakan rangkaian perkhidmatan keempat Rapid Bas telah dilancarkan baru-bau ini.

Perkhidmatan bas Rapid terkenal dengan pemanduan yang berdisiplin, menepati masa dan bertimbang rasa. Kesempatan ini patut diambil oleh penduduk di Taiping untuk merasai perkhidmatan percuma bas ke tempat kerja setiap hari sepanjang bulan Mac ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Zulkifli Mohd Yusof mengumumkan tentang pekara ini dan pada masa yang sama berkata kadar tambang bas akan dberitahu kemudian. Menurutnya lagi, setakat hari ini Rapid Kamunting hanya menyediakan perkhidmatan untuk dua laluan. 


Dua laluan yang dimaksudkan ialah laluan yang dimaksudkan ialah laluan 10 atau lebih dikenali dengan Taiping Loop yang mempunyai 17 hentian termasuk Kamunting Raya Express Bus Terminal, Stesen KTM Taiping, Kawasan Perindustrian Kamunting, Hospital Besar dan First Galleria Museum. 

Manakala laluan 20 atau Jejak Warisan Loop juga mempunyai 17 laluan yang melalui kawasan Zoo Taiping dan Night Safari, Taman Tasik, Stesen KTM Taiping, Taiping Mall dan Perpustakaan Taiping. 


Jarak yang perjalanan 24 kilometer paling jauh dengan kadar tambang tidak melebihi RM2 adalah amat cukup berpatutan. Saya yakin rakyat akan menyambut baik perkhidmatan Rapid Kamunting ini.  

Rapid Kamunting mendapat kerjasama daripada Northern Corridor Implementation Autority (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Seperti perkhidmatan Rapid Bus di negeri-negeri lain, Rapid Kamunting juga memberi diskaun 50 peratus kepada golongan kelainan upaya , warga emasa dan pelajar. Mereka semua akan mendapat kemudahan ini sebaik sahaja kadar tambang diputuskan nanti. Ini merupakan sumbangan Rapid Kamunting kepada rakyat. 


  

Friday, March 4, 2016

MH370 : PROSES SIASATAN MENGAMBIL MASA



Agaknya sudah mejadi kebiasaan warga dunia hari ini setiap kali terjumpa serpihan kapal terbang sahaja semuanya menjurus kepada penemuan #MH370. Ini berikutan terjumpa satu lagi objek oleh warga Amerika yang tertulis "NO STEP" di Terusan Mozambique.


Objek itu dikatakan penyambung antara sayap dan ekor pesawat. Bagi membuktikan ia adalah serpihan dari MH370 ianya akan memakan masa yang lama kerana banyak prosuder yang perlu dijalankan. Bukan satu pekara yang boleh dibuat secara tergesa-gesa.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, proses siasatan ini akan mengambil masa yang panjang. Kerajaan akan menghantar pasukan penyiasat yang terdiri dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS. Pasukan penyiasat khas MH370 juga akan turut serta ke Australia untuk menyiasat serpihan ini.



Pasukan penyasiat kita akan bekerjasama dengan dengan penyiasat dari kerajaan Australia yang selama ini sentiasa memberi komitmen mereka yang terbaik. Serpihan itu akan dibawa ke Australia untuk disiasat dengan menyeluruh. Walaupun begitu, penyiasat kita akan memantau keseluruhan proses siasatan ini secara terperinci. 



Anggota DCA akan berjumpa dengan ketua pengarah DCA Mozambique untuk berbincang dan membawa pulang serpihan objek yang ditemui itu.


Jesteru itu selagi belum disahkan oleh kerajaan, jangan ada sesiapa yang cuba membuat spekulasi tentang penemuan serpihan kapal terbang tersebut. Biarlah siasatan terperinci dijalankan terlebih dahulu. 



Dalam pada itu, Datuk Seri Liow juga menasihatkan semua waris MH370 agar membuat tututan terhadap MAS sebelum 6 mac ini. Ini bagi mengekalkan hak perundangan mereka berdasarkan Konvensyen Montreal.


Sehingga kini sudah 60 kes sudah diselesaikan berkenaan tuntutan oleh waris MH370.


Berdasarkan Perkara 35 Konvensyen 1999 mengenai Penyatuan Tertentu dengan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Konvensyen Montreal) hak untuk ganti rugi terhadap MAS akan terhapus jika tiada tindakan dilakukan dalam tempoh yang dua tahun dari tarikh di mana pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 8 Mac 2014.







Thursday, March 3, 2016

TIDAK PERNAH ADA SIAPA KEKAL BERKUASA DALAM UMNO



Tidak ada seorang pun Presiden UMNO yang kekal berkuasa sehingga hari ini. Dari Dato Onn Jafar,  Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussain Onn,  Tun Mahathir, Tun Abdullah sehinggakan Dato Seri Najib Tun Razak, tidak pernah ada yang kekal. 

Oleh itu Ahli UMNO tidak perlu terburu-buru untuk menjatuhkan Presiden sedia ada kerana masanya akan tiba juga untuk Presiden UMNO menyerahkannya kepada orang lain. Segala usaha sepatutnya digunakan untuk menguatkan parti dan negara, bukannya digunakan untuk menghancurkannya. 

Seharusnya Ahli UMNO tidak memerlukan orang lain menentukan siapa Presiden UMNO. Apatah lagi pembangkang yang sudah tentu memusuhi UMNO. 

Hari ini kita lihat segolongan orang kaya berhabis-habisan untuk menjatuhkan Presiden UMNO. Mereka yang dulunya mendapat bermacam-macam keistimewaan, kemudahan dan kekayaan berkata perjuangan mereka menjatuhkan Presiden UMNO adalah untuk membela rakyat. Padahal ketika mereka mendapat pelbagai kemudahan dan projek kerajaan sedikit pun ianya tidak tercurah kepada rakyat. 

Mereka ini sebenarnya pembohong !  Pembelit dan Penipu ! Mereka menentang Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bukan kerana ingin membela rakyat, tetapi kerana dendam kesumat mereka kepada Najib.  Puncanya  kerana mereka sudah tidak di beri keistimewaan yang pernah mereka miliki dulu ketika mengaut hasil mahsul negara. 

Tidak sekelumit pun dalam Pemikiran mereka untuk membela rakyat.

#KekalNajib

Wednesday, March 2, 2016

Mama.. Papa.. Adik nak minum air..


Itulah kata2 akhir adik Dhia Izz Qayyiem sebelum terlantar di Padeateic Intensive Care Unit(PICU) HUKM Cheras.

Tlh dimasukkan ke hospital lbih kurang 9 hari lpas dan tlh disahkan menghidapi kanser limpa tahap 4. Berumur 4thn(anak bongsu dr 2 org adik beradik). Sebelum ini Adik Qayyiem merupakan seorang kanak-kanak biasa yg aktif dan mjalani hidup spt biasa. Segalanya berubah apabila kembung perut yg disangkakan sakit perut biasa adalah kanser tahap kritikal.

IbuBapa mana yg sanggup atau ingin menghadapi saat getir sebegini..?

Segala ketentuan Ilahi diterima dgn hati yg Redha. Insyaallah semua yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Hari ini Rabu(02 Mac 2016) prosedur mngambil sum-sum tulang blkg adik Qayyiem tlh bjln. Slps ini prosedur kimoterapi akan dijalankan dan bakal menelan ribuan ringgit.

Ayuh! Seikhlas #RM10 seorang utk Adik Dhia Izz Qayyiem bg menampung kos rawatan, kos sampingan, kos rawatan susulan dan sebagainya.

Segala pertanyaan/ pengesahan/ perkembangan berkaitan Adik Dhia Izz Qayyiem boleh berhubung terus dgn bapanya, En Razali Jusoh (H/P : 013-372 8494)

Akaun No. : 1622 4563 2072-Maybank (Razali Bin Jusoh)

Utk pengetahuan semua, bapa kpd adik Qayyiem agak keberatan utk memohon sumbangan ini atas sbb tidak mahu susahkan org lain. Penulis hnya merancang Tuhan penentu segalanya.

Kpd yg tidak berkemampuan wang ringgit cukup sekadar mendoakan dan solat hajat agar Adik Dhia Izz Qayyiem kembali pulih sihat seperti anak-anak lain.

#Pray for Adik Qayyiem #RM10 Donate for Adik Qayyiem # Adik Qayyiem sihat & sembuh

pls : Sekarang adik Qayyiem berada di Wad ICu hospital Ampang

JUMLAH PEMBAYAR CUKAI INDIVIDU, SYARIKAT MENINGKAT TAHUN LEPAS


Cyberjaya - Jumlah pembayar cukai individu dan syarikat meningkat, masing-masing sebanyak 3.6 peratus dan 3.9 peratus pada tahun lepas meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu.


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pertambahan jumlah pembayar cukai itu adalah hasil rangkaian jaringan yang diwujudkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan individu dan syarikat di seluruh negara.

Katanya kejatuhan harga minyak dan gas di pasaran dunia turut memberi kesan kepada jumlah kutipan cukai keseluruhan tahun lepas, dengan RM121.186 bilion, susut sedikit berbanding RM133.7 bilion yang dikutip pada 2014.

Beliau berkata jumlah kutipan berkurangan berikutan adanya pengurangan penalti yang diberikan pada kadar tertentu kepada pembayar cukai.

"Ini menunjukkan kecekapan dan prestasi LHDN dalam mengutip cukai walaupun negara berhadapan dengan kutipan hasil minyak dan gas berkurangan tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Hasil ke-20.

Menurutnya, usaha-usaha LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai turut membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai dari individu dan syarikat setiap tahun.