Showing posts with label KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SPAD. Show all posts
Showing posts with label KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SPAD. Show all posts

Saturday, April 1, 2017

300 PEMANDU TEKSI DAPAT LESEN INDIVIDU

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyasarkan sebanyak 30,000 lesen teksi individu dikeluarkan dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan pemandu teksi bersaing secara adil dan sihat.



Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu akan dilaksanakan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) bermula dengan kumpulan pertama melibatkan 300 pemandu teksi yang layak, hari ini.

Katanya, SPAD bersetuju menarik balik pembekuan lesen individu yang dilaksanakan sebelum ini kerana mendapati kaedah sistem pajak lama itu membebankan para pemandu teksi.

“Saya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi turut merungut apabila Uber dan Grab beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan tersebut kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.

“Atas sebab itu, SPAD telah berusaha mencari inisiatif dan mendapati pemberian lesen teksi individu ini merupakan jalan terbaik untuk pemandu teksi bersaing secara sihat dengan pemandu Uber dan Grab,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Bagi Permit Teksi Individu di Persada Plus, Subang, dekat sini hari ini.

Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak masing-masing menerima STK lesen teksi individu dan geran tunai RM5,000 bagi membolehkan mereka membeli kenderaan baharu. -




Monday, March 7, 2016

TEKSI MINI MERESAHKAN PEMANDU TEKSI



Sekali lagi pemandu teksi dilanda keresahan apabila kerajaan bercadang untuk memperkenalkan teksi mini hujung tahun ini. Teksi mini diikhabarkan akan memberi perkhidmatan yang lebih murah dan efisyen. 

Jika disoroti kembali permintaan-permintaan pemandu teksi di negara kita, banyak yang sudah kerajaan tunaikan. Kenaikan tambang yang mereka pinta dulu pun sudah dituruti. Namun sikap dan perkhidmatan masih ditakuk lama. 

Maka pemandu teksi tidak boleh menyalahkan sesiapa jika perkhidmatan mereka tidak menjadi pilihan pengguna lagi.

Sebelum ini pun mereka sering menyalahkan perkhidmatan Uber dan GrabCar. Kononnya perkhidmatan Uber dan GrabCar ini telah mencuri sebahgian hasil yang sepatutnya menjadi hak mereka. 

Penulis bukan ingin menyokong perkhidmatan Uber dan GrabCar ini, namun di satu segi penulis melihat ruang peluang yang dittinggalkan oleh pemandu teksi telah diambil kesempatan oleh Uber dan GrabCar ini. 

Perkhidmatan Uber dan GrabCar dilihat lebih mengutamakan pelanggan, sikap dan cara mereka menepati masa menarik minat pengguna. Pemandu teksi patut berubah sikap dan lebih profesional. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, pemandu teksi perlu mengubah sikap dan kaedah mereka berkerja. Di zaman teknologi ini mereka perlu berubah mengikut zaman. Mereka perlu bijak mengunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Contohnya seperti aplikasi Myteksi yang digunakan oleh kebanyakan pemandu teksi sekarang. 

Pengguna hari ini tidak lagi suka menunggu teksi diluar rumah. Mereka lebih suka menunggu di rumah sehingga teksi datang. Ianya lebih mudah dan lebih selamat kepada mereka. Ini yang patut pemandu teksi fikir dan buat. 

Jika mereka berubah sikap kepada yang lebih positif, kehadiran apa-apa jenis perkhidmatan pun tidak akan menjejaskan pendapatan mereka termasuklah teksi mini yang dikatakan akan dibenarkan beropersi.

Kehadiran pelbagai jenis perkhidmatan teksi ini pun berpuca dari masalah yang ditimbulkan oleh pemandu teksi. Ada sesetengah pemandu teksi tidak mahu ke lokasi-lokasi yang diminta oleh pelanggan, oleh itu pelanggan terpaksa mengunakan perkhidmatan lain yang boleh memenuhi keperluan mereka. 

Ada juga yang masih tidak mengunakan meter, sehingga mengenakan caj bayaran yang tidak munasabah kepada pelanggan. Ini pun satu faktor yang menyebabkan pengguna memilih perkhidmatan lain. 

Oleh itu kebimbangan pemandu teksi akan pendapatan mereka terjejas dengan kehadiran teksi mini ini adalah tidak wajar. Jika mereka memberi perkhidmatan yang baik, selesa, mesra, menepati masa dan berpatutan, mereka tidak perlu risau pendaatan mereka terjejas. 

Satu fakta yang penulis ingin pesan kepada pemandu teksi, negara kita terkenal mempunyai perkhidmatan teksi yang terburuk dalam dunia.Tinjuan sebuah laman Web Brtisih telah menyenaraikan Malaysia antara 10 buah negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk didunia.