Wednesday, January 7, 2015

Biodata Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia.



Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim
Tarikh Lahir 9 Oktober 1964
Tempat Lahir Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pendidikan:
B.A. Hons, Universiti Al-Azhar, Mesir; M.A., Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; PhD, Universiti Kaherah, Mesir.

Dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987.


Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.

Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992.


Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.

Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.



Pada Pilihan Raya Umum 2004 Mashitah mengalahkan bekas imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi.

Selepas menang kerusi Parlimen Baling itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

Pada18 Mac 2008 PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi melantik Mashitah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator.

Pada 1 Ogos 2012 atas idea Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Yayasan Pondok (YPPM) didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan.

Dato’ Sri Mohd Najib yang jiga Penaung YPPM telah melantik Mashitah sebagai Pengerusi Eksekutif YPPM.

Mashitah terpilih menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008. Jawatan itu dipertahankan sehingga sekarang.

Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2014 mengumumkan di bawah tajuk - Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan - bahawa:

Sekolah Pondok yang berdaftar 25 juta ringgit; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan diperuntukkan sebanyak RM25 juta.


http://yppm.org.my/


No comments:

Post a Comment