Thursday, November 19, 2015

PEMANDU TEKSI TABUR BAKTI DI BERI ANUGERAH



Apa lagi hadiah istimewa jika usaha selama ini diberi pengiktirafan oleh rakyat dan negara. Tidak ada yang mustahil, jika bekerja dengan tulus ikhlas, jujur dan amanah akhirnya mendapat balasan yang baik, bukan sahaja diakhirat tetapi didunia lagi Allah telah membalasnya. 

Walaupun pelbagai anggapan buruk dan cerita yang jelek kita dengar tentang pemandu teksi, namun masih ada diantara mereka yang bekerja dengan jujur, amanah dan berdedikasi. Usaha jujur dan ikhlas mereka diberi pengiktirafan dan penghormatan tertinggi. 


Begitulah yang berlaku kepada Hanizan Mohamed Radzi 42, seorang pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak yang diculik kepada keluarganya. Jasa baik beliau akhirnya diberi pengiktirafan oleh rakyat dan negara melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Beliau telah mendapat Anugerah Khas yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar. 

Anugerah itu diberikan sempena Simposium SPAD 2015 yang bertemakan  "Journey Into The Future: Building People Centric Mobility".

Seorang lagi pemandu teksi, Abdul Wahid Tahir yang juga mendapat Anugerah Khas kerana kejujurannya memulangkan kembali telefon pintar i-phone 6 kepada pemiliknya. Sikap mulia beliau itu melayakkan dirinya menerima Anugerah Khas tersebut. 

Selain itu, Encik Tamil Nesan Shanmugam juga mendapat anugerah yang sama kerana beliau sanggup meminjamkan wang kepada pelanggannya yang tertinggal dompet di rumah. Sikap luar biasa mereka sewajarnya menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada pemandu-pemandu teksi diluar sana. 

Dalam program tersebut juga, SPAD memberi anugerah kepada pemandu-pemandu teksi terbaik berdasarkan "point" yang dipungut melalui aplikasi "Meter On". Mereka ialah ;

1- En. Yau Kok Wah
2- En. Mohd Hasfizal bin Ahmad
3- En. Abdul Razak bin Yusop 
4- En. Muhamad Nadzrin bin Ibrahim
5- En. Khairul Amilin Mukti
6- En. Mohammad Faizal bin Mohd. Yusup
7- En. Muhammad Azroy bin Abdullah
9- Puan Anjalai A/P Poonusamy
10- Puan Azeela binti Yatiman.

Seramai 1,200 yang terlibat dalam industri pengangkutan awam berjaya dikumpulkan dalam program ini bagi meraikan kejayaan dan sumbangan mereka dalam industri pengangkutan awam darat ini. Yang terbaik menerima anugerah berdasarkan pencapaian dan sumbangan mereka kepada masyarakat awam dan negara. Antara senarai penerima anugerah Pengangkutan Awam Darat ialah; 
- Syarikat pengangkutan terbaik (A) - JP Logistic Sdn Bhd
- Pengusaha Terbaik (KA) - LTS Logistic Sdn Bhd
- Inovasi Terbaik - Koc Wanita Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Pengusaha Bas Ekspres Terbaik - Sani United Berhad
- Sistem Pelincir Pengangkutan Rel Terbaik - KL Star 1 oleh Rapid Rail Sdn Bhd
- Pengusaha Bas Persiaran Terbaik - Columbia Leisure Sdn Bhd
- Pengusaha Bas Henti-Henti Terbaik - Handal Indah Sdn Bhd
- Pengusaha Rel Terbaik - Rapid Rail Sdn Bhd


No comments:

Post a Comment