Thursday, April 4, 2013

DAP RAMPAS TANAH TERNAKAN KERANG

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang merampas tanah lesen menduduki sementara (TOL) seluas 3,395 hektar yang diusahakan Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai (PNKSP) untuk penternakan kerang mendapat bantahan keras ahli persatuan itu.Kira-kira 200 ahli persatuan itu membuat bantahan secara aman di jeti nelayan Sungai Chenaam di sini bagi menyatakan rasa kecewa di atas tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Pengerusi PNKSP, Mahadi Md. Razi berkata, tanah itu dihadiahkan kepada persatuan itu sejak 1980-an dan sebahagian daripadanya diusahakan untuk ternakan kerang yang membawa pulangan hampir RM150,000 setahun."Seramai 4,000 ahli persatuan mendapat manfaat daripada projek ternakan kerang itu dan hasilnya digunakan untuk pelbagai aktiviti persatuan termasuk membantu ahli yang ditimpa musibah serta melibatkan keluarga ahli."

Namun pada 2010, PNKSP tidak dibenarkan lagi memperbaharui lesen tanah itu dan terdapat ura-ura kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengambil alih tanah itu," katanya semasa mengetuai bantahan aman itu hari ini.Menurut Mahadi, pihaknya pernah berbincang mengenai perkara itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 kerana tanah itu dihadiahkan oleh Anwar semasa beliau menjadi Menteri Pertanian.Jelasnya, Anwar telah mengarahkan tanah itu dikembalikan kepada persatuan namun tidak diendahkan sehinggalah pada 31 Mac lalu satu majlis penyerahan tapak itu dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada hanya 30 nelayan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah PNKSP, Rosli Ariffin berkata, tindakan kerajaan DAP itu menunjukkan tiada ketelusan dalam pentadbiran mereka kerana projek itu hanya memberi keuntungan kepada sebahagian kecil nelayan sedangkan ia merugikan banyak pihak."Saya memang terkilan dengan tindakan Exco terlibat kerana beliau hanya membela golongan minoriti sedangkan ramai yang terjejas dengan pengambilan balik tanah itu."Choo Kiang juga harus dipersalahkan dalam hal ini kerana gagal menangani isu ini dengan baik. Kami berharap tanah itu dikembalikan kepada PNKSP untuk diusahakan," ujarnya.Bagi Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, Md. Zainol Ajamin, kerajaan negeri harus memberi perhatian terhadap kesulitan yang dihadapi oleh golongan nelayan dan tidak menindas kumpulan tersebut.Katanya, selama ini nelayan telah banyak terjejas oleh beberapa projek dan kini kerajaan DAP pula cuba menutup periuk nasi nelayan dengan merampas tanah penternakan kerang ituArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130403/dn_28/Nelayan-berang-kerajaan-DAP-rampas-tanah-ternakan-kerang#ixzz2PT7DQIJG © Utusan Melayu (M) Bhd

2 comments:

  1. Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabat , saya akan pautkan kembali blog bro

    ReplyDelete