Sunday, March 6, 2016

RAPID KAMUNTING PERCUMA SEBULAN !



Satu khabar gembira buat rakyat negeri Perak terutama yang tinggal di Taiping. Rapid Kamunting akan menyediakan perkhidmatan bas percuma selama sebulan mulai bulan Mac sehingga akhir bulan ini. Rapid Kamunting merupakan rangkaian perkhidmatan keempat Rapid Bas telah dilancarkan baru-bau ini.

Perkhidmatan bas Rapid terkenal dengan pemanduan yang berdisiplin, menepati masa dan bertimbang rasa. Kesempatan ini patut diambil oleh penduduk di Taiping untuk merasai perkhidmatan percuma bas ke tempat kerja setiap hari sepanjang bulan Mac ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Zulkifli Mohd Yusof mengumumkan tentang pekara ini dan pada masa yang sama berkata kadar tambang bas akan dberitahu kemudian. Menurutnya lagi, setakat hari ini Rapid Kamunting hanya menyediakan perkhidmatan untuk dua laluan. 


Dua laluan yang dimaksudkan ialah laluan yang dimaksudkan ialah laluan 10 atau lebih dikenali dengan Taiping Loop yang mempunyai 17 hentian termasuk Kamunting Raya Express Bus Terminal, Stesen KTM Taiping, Kawasan Perindustrian Kamunting, Hospital Besar dan First Galleria Museum. 

Manakala laluan 20 atau Jejak Warisan Loop juga mempunyai 17 laluan yang melalui kawasan Zoo Taiping dan Night Safari, Taman Tasik, Stesen KTM Taiping, Taiping Mall dan Perpustakaan Taiping. 


Jarak yang perjalanan 24 kilometer paling jauh dengan kadar tambang tidak melebihi RM2 adalah amat cukup berpatutan. Saya yakin rakyat akan menyambut baik perkhidmatan Rapid Kamunting ini.  

Rapid Kamunting mendapat kerjasama daripada Northern Corridor Implementation Autority (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Seperti perkhidmatan Rapid Bus di negeri-negeri lain, Rapid Kamunting juga memberi diskaun 50 peratus kepada golongan kelainan upaya , warga emasa dan pelajar. Mereka semua akan mendapat kemudahan ini sebaik sahaja kadar tambang diputuskan nanti. Ini merupakan sumbangan Rapid Kamunting kepada rakyat. 


  

No comments:

Post a Comment