Saturday, February 2, 2013

ADOIII....HABISLAH ...., NAJIB DAH MENGAKU KES ALTANTUNYA


“Walaupun ini bukanlah nak dikatakan majlis nak mengangkat sumpah secara rasmi atau pun apa. Tapi saya nak nyatakan, Atas nama ALLAH WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI bahawa saya tidak terlibat dan saya tidak mengenali perempuan Moggolia yang dituduh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tertentu.
 Biarlah ALLAH menjadi saksi kepada apa yang saya katakan di dalam Masjid Guar Perahu ini, saya tidak mahulah orang kata ini satu sumpah rasmi. Ini bukan sumpah rasmi tapi ini urusan saya dengan ALLAH SWT. Saya pernah cakap ini sebab saya tahu bahawa saya berdiri atas prinsip yang benar, jadi saya tak mahu kata pihak orang lain. Orang lain nak sumpah tak sumpah itu kita masing-masinglah buat kesimpulan. Tapi kalau dia cuba nak ejek, provok saya, saya kata saya tak khuatir, saya tetap berdiri di atas landasan yang saya tahu adalah yang benar. Mudah-mudahan ALLAH SWT akan menentukan segalagalanya.

Terima kasih Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.”

Lafaz sumpah Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
di depan jemaah Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang
pada 22 Ogos 2008


1 comment: